Friday, November 21, 2008

Pengalaman ku `ber Hijamah'

Assalamualaikum,..Kaifahaluqha.
Alhamdulillah,hari ini pagi-pagi selepas subuh lagi,dengan hanya berbekalkan semangat yang kuat tak kuat,walaupun hatiku sendiri tidak berapa berani,aku telah berjaya melakukan process ber`hijamah/chopping aka berbekam yang di lakukan oleh seorang ustaz yang tinggalnya tentu melebihi lamaku disini.Memang telah menjadi suratan Ilahi,process berbekam ini yang memang aku sendiri ada niat untuk melakukanya di Malaysia lagi dulu...telah aku lakukan dengan izin Allah di bumi Qatar ini.Aku pun tak sangka aku telah melalukan bekam untuk 2 `point`di kepalaku hari ini.Semoga ianya mampu memberikan sedikit-sebanyak kelegaan dan barangkali hilangkan terus sakit kepala atau migrain yang kekadangnya bisa menyerang kepalaku.Hanya padaMu jua Allah tempat aku berserah dengan usaha-usaha sebegini,Engkaulah maha penentu!!!
Memang berbekam ini menjadi antara tuntutan,bahkan Rasulullah S.A.W sendiri pernah berbekam ketikanya baginda di racun dan disihir oleh orang-orang Yahudi Madinah dulu....katanya ustaz Mukhlis dengan bahasa Indonesianya.Ustaz yang 2 tahun lebih berumur dari aku ini,memang agak terkenal dengan berbekam dan menjadi antara pengajar di kawasan `AL-Khor community Housing`.
Yang kelakarnya,walaupun dengan semangat berkobar umpama Mat Rempit,aku sangkakan pastinya aku akan di landa pening-pening ketika berbekam ini,namum tuhan punya kuasa aku telah `TerPITAM'ketika hampir dipenghujung sedutan yang pertama.Seakan gelap-gulita dunia ini aku rasa,berpeluh-peluh,sejuk,dan bibir ku membiru katanya Ustaz dan Batman(ex-BASF).....mesti orang-orang yang dah biasa berbekam akan gelak sakan/suka gelepor bila tahu aku pitam bila berbekam,teringat aku Che Lah(OMS) dan Hj Mang barangkali yang pernah berbekam,yang selaunya kata ok aje,tak da pulok cerita pasal pitam-pitam ni.....tapi tak pa at least aku dah ada pengalaman pertama berbekam,.Orang lain yang belum ada pengalaman berbekam dan gelak-gelak tu...tak pe,tak kena kat dia,kalu kena ke dia mesti nangis punya.....meminjam ayat dari M.Fadzilah Anyway!!!aku harap process berbekam ini mampu membantu aku mencapai apa yang aku hajatkan,teutama ke arah mencari keredhaan Mu ya Allah,teutama selepas agak banyak darah kotor umpama perut ikan selar yang keluar dari kepala ku.Mana tak nya,kalau perumpuan mereka bisa ada haid untuk membuang darah kotor,kok lelakinya dimana mahu buang.....itu sebab berbekam sangat cocok,sangat dituntut.
Anyway inilah sekadar ikhtiar aku dan juga mengambil kesempatan sementara ustaz Mukhlis ada disini,yang pastinya berbekam ini tidak sakit seperti yang aku sangkakan,cumanya masa diletakkan penyedut seumpama `vacuum`tu yang terasa kulit kepala ini seumpama di tarik terus-terusan.

Illaliqaq..........

Wednesday, November 19, 2008

Urusan License

Assalamualaikum....Kaifahaluqha,

Hari ini,aku and the geng teleh pergi ke Qatar Traffic Police untuk register for driving license.Kami nak cuba dulu ambik `direct test` seperti cadangan ramai kawan-kawan,lagipun kos nya jauh lebih rendah dari test with full class(QR 450 vs QR 1300).Bukannya apa test yang full class tu leceh je sikit,nak kena gi belajar banyak kali sikit compare tu test yang kami nak ambik ni....mungkin kena cari orang mengajar untuk 1 jam aje kok.Tapi nak cari pengajar tu selalunya agak susah sikit...sebab cikgu dia kena curi-curi ajar,tak tahulah legal ke tak.Tapi test nin memang dibenarkan......yang rohoknya,masa nak register kat traffic tadi,semua nak dalam bahasa Arab terutamanya menulis,so kenalah cari runner yang memang dah sedia menunggu mangsa,mampus saje bahagian runner saje QR 100,tak pelah janji kerja jalan,dan at least dapat register untuk test so that Insyallah boleh dapat lesen seberapa segera,kalau pass.Ya Allah kurniakanlah aku ketenangan,kemudahandan kejayaan pada hari test ku nanti Ya Allah,sesungguhnya pada Engkau lah jua tempat kami meminta pertolongan.Amin.
Balik dari traffic tadi aku and the geng terus ke Ar-Rayyah driving school.Menyilau-nyilau akan
pocket parking yang memang menjadi kerisauan orang yang terdahulu,bukan kerana parkingnya kecil,tapi kereta yang digunakan untuk testnya agak besar sikit kok...kalau Malaysia
guna Kancil dgn Charade,tapi kat sini semua guna kerete honda city ataupun toyota vios,rasenya kalau aku tak silap tadi.Alhamdullillah,dengan semangat juang Man Rambo,kami telah berjaya memperolehi tenaga pengajar yang sudi memberikan kelas 1-2 jam sebelum test,tapi biasalah mesti kena bayar...wallahuallam,apakah ini upah atau sebaliknya.Semoga Ustaz Idrus,boleh bagi jawapan dalam CDnya ataupun Haji Mang boleh tolong tanyakan.Semoga usaha-usaha aku and the geng ini terus menjadi buat pertama kalinya,tak tahan dah asyik kena susahkan member je bila nak ke mana-mana juga asyik menunggu teksi/kereta prebet je...panas siol. Lagipun geram jugak tengok
kereta GMC,Ford Explorer,Cayyen,Altima dengan Accord 2.4 yang Insyallah mampu dimiliki..Tapi ini setakat dugaan kecil yang harus aku tempuh,mungkin banyak lagi cabaran yang bakal ditanggung bila dah masuk plant atau bawa family nanti kok......,anyway!!!Hijrah Itu Pengorbanan..
Ilalliqaq......