Saturday, October 30, 2010

Football Klinik.

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Baru hari ini aku dapat turun untuk kepadang bersama anak-anak Malaysia di klinik bolasepak yang kami aturkan untuk mereka yang berumur 7-15tahun. Memang agak mengalakkan sambutan dari anak-anak dan sokongan ibu-bapa semua.Mungkin kerana rindukan suasana bermain bolasepak di padang-padang kampung atau tepi pantai dan sungai dulu menjadi ibu-bapa turut bersemangat memberi sokongan.Walaupun agak penat dan cerewet menjadi volunteer coach pada anak-anak ini,tapi sekadar mengambil cabaran dan tanggungjawab dimana kalau orang lain tak nak,biar aku jelah cuba.Kalau tak semua perkara takkan jadi kalau tak de yang nak sukarela.Anyway nak coach anak-anak ni tak lah susah sangat,sekadar bagi basic need for football tu,Insyallah aku boleh berikan.................Bersambung

English Khutbah

Assalamualaikum/Khaifahalaq,

Alhamdulillah setelah sekian lama mendengar khutbah dalam bahasa Arab yang mana hanya beberapa patah perkataan sahaja yang aku sendiri tahu maknanya. Hari ini di Masjid Alkhor Community telah disajikan dengan khutbah in English oleh Presiden Aman Palestin,Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin. Khutbah yang memperkatakan tentang Palestin,Ghaza dan Masjidil Aqsa yang semakin hari semakin tergugat kedudukannya oleh kejahatan rejim Zionis Yahudi, yang ingin menjadikan Al-Aqsa sebagai tempat ibadat mereka pula.Dimanakah suara-suara besar dari pemimpin-pemimpin negara Islam yang kaya raya.Dimanakah peranan OIC,apakah memang betul-betul`ooe i see'. Memang terkejut bila diberitahu oleh Prof Dr Zainur yang kawasan Baitul Maqdis telah dipagari oleh tentera Israel dengan tembok besi sejauh 70KM setinggi 12 kaki.Juga sebuah balai polis tentera Israel telah berada dalam kawasan masjid Al-Aqsa yang menjadikan Masjid ketiga tersuci di dunia semakin hari semakin jauh dari umat Islam.Dimanakah peranan aku dan kawan-kawan.....


Illalliqaq.

Wednesday, October 27, 2010

WTA Doha 2010.

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Memang tahun ini,aku tak plan pun nak tengok Kejohanan Tennis Wanita ini.That why lah aku tak beli tiket dan langsung tak buat persediaan untuk pergi menontonnya secara langsung diKhalifaq Stadium,Doha.Ditambah pulak bila ramai pemain yang datang ini,dah pernah aku tengok gaya permainan mereka secara live diDoha ini.Cuma semalam bila aku bepeluang ke Khalifaq Stadium aku sekadar masuk merayau di persekitaranya untuk mencari souvinier yang bisa dibeli,tapi sayangnya baju dari jenama CrestLink penaja untuk tahun-tahun lepas tidak kelihatan pula,jenama Fila menjadi gantinya.Anyway kalau Justin Henin ataupun Sharapova yang datang,pasti akan lebih ramai lagi penonton di Khalifaq Stadium ini,dan pastinya aku sendiri akan awal-awal lagi mendapatkan tiketnya....

Illaliqaq.