Memang orang yang datang,melebihi kuih-muih dan makanan yang dijual kat Bazar Ramadhan yang specially brought by MalQatar Association dan Mal Embassy semalam.Anyway and at least bolehlah sesape yang rindukan makanan dan suasana puasa di Malaysia menikmati makanan Malaysia.Walaupun ada juga harga makanan yang agak keterlaluan,tapi rasanya jualan masih tetap laris.Mungkin kerana overhead cost yang agak tinggi,sehinggakan ada makanan yang biasanya antara RM2-3 aje di Malaysia sana,menjadi antara QR10-12 di Qatar ini.Anyway terima kasih pada yang bersusah payah untuk turut serta samada menjadi penganjur ataupun peniaga semalam,tanpa usaha anda pastinya bazar Ramadhan di Hyatt Plaza sekitar Doha semalam tak akan menjadi.Tapi bagi aku, rasanya kalau peniaga semalam menjual pada harga yang lebih berniat nak menolong orang lain,melepaskan rindu dan keinginan mereka pada makanan Malaysia ataupun kata orang berniat bersedekah di bulan Ramadhan adalah lebih baik,lagipun bukannya dapat jadi kaya pun dapat berniaga sekadar 3 kali aje dibulan Ramadhan di Qatar ini...
Illaliqaq....