Saturday, February 13, 2010

Family Fun Day 2010

Assalamualaikum/khaifahalaq,

Macam tahun lepas jugak FFD tahun ini untuk crew aku Delta bersama-sama Charlie,nampak masih bercelaru dan kelam-kabut sikit masa game dan telematch,tapi mungkin dah jadi kebiasaan pada geng-geng India dan Pakistan yang memonopoli keseluruhan komitee FFD tahun ini. Macam biasa jugak,walaupun nampak agak celaru anyhow the event is still manageable dan berjaya disempurnakan.Walaupun aku gagal mempertahankan kejuaraan `sack race`yang dimenangi last year,tapi Alhamdulillah,menang tempat 3 tahun,sama aje nilai hadiahnya dengan menjadi johan last year.Syukur juga untuk cabutan bertuah tahun ini`amount of money`nya agak besar dan memang berbaloi untuk dimenangi, juga hampir kesemua staff yang datang dapat memenangi cabutan bertuah yang rata-rata bernilai antara Qr500 hingga ke QR 3000. Alhamdulillah aku berjaya membawa balik QR800 pada tahun ini,apabila anak lelaki aku,Afiq Daniel juga agak cenderung bersukan dimana dia berjaya membawa balik QR 200 untuk 2 game yang disertainya. Ramai juga teman-teman dari Malaysia yang berjaya memenangi cabutan bertuah,mungkin juga ianya telah dirancangkan untuk semua staff yang ada hari ini,ataupun apakah memang kami-kami ini betul-betul bertuah hari ini........

Illaliqaq,

Friday, February 12, 2010

Qatar & Q8

Assalamualaikum/Khaifahalaq.
Memang Joe Rizal adalah pengemar sukan golf samaada menonton ataupun bermain,lagipun dia agak outstanding jugak dalam permainan ini,that why lah bila ada Qatar Golf Open 2010,si Joe ini dah awal-awal kata nak datang.So bertemulah kami semua di pasar malam Qatar beberapa minggu lepas.
Kebetualan pulak Azrin juga rakan dari lama bersama Joe dari current company mereka Equate Petrochemical Company turut sama kata mereka bercuti di Qatar ini,mungkin ada rezeki lebih gamaknya,lagipun matawang Q8 agak power bilamana 1Kuwait Dinar equal to QR12-13 barangkali,ataupun mungkin dah ada budget awal-awal dari mereka untuk keQatar ini,
Illaliqaq,

Sunday, February 7, 2010

Family Day & Sukaneka.

Assalamualaikum/khaifahalaq.

Alhamdulillah,semuanya berjalan seperti yang dirancang hari ini pada`program family day`dan sukaneka 3 penjuru RasGas Malaysian Community yang tediri dari compound LaPallace,Al-Haya juga Al-Merqab 2.Hampir 50 family hari ni yang berkumpul bagi maksud lebih mengenali satu sama lain terutamanya bagi kaum ibu dan memberi pelunag kepada anak-anak melepaskan geram dan keinginan bersukan seperti mana kebiasaan diperolehi di Malaysia.Syukur pada Allah bermula dengan kelancaran penyusunan logistik dan makan-minum sehinggalah kepada berbagai acara sukan dengan hadiah masing-masing menjadikan program ini pada aku nampak berseri juga walaupun ianya adalah `event self sponsered`tapi atleast kami-kami dan mereka semua dapat lakukan.Insyallah sekiranya masih ada ruang dan kesempatan berbagai kekurangan hari ini pastinya dapat diperbaiki dengan kerjasama semua,ibu-ibu,bapa-bapa dan anak-anak yang agak bersemangat bersukan dan sedikit kerja lebih masa dari kami-kami ini`committe`yang sekadar melantik diri sendiri demi menjayakan program ini.Anyway shukran dan mabruq to all.


Illaiqaq.