Monday, September 21, 2009

Eid-Mubarrak,Qatar

Assalamualaikum/khaifahalaq,

Kelmarin,20 Sept 2009 yang jatuhnya 1 Syawal 1430 Hijrah.Alhamdulillah aku masih sempat ke Malaysia Embassy untuk solat sunat dan juga sambutan hari raya Eid-Fitri,walaupun aku sampai agak lewat kerana balik kerja shift malam, pada hari pertama Raya Puasa 2009 ini.Memang agak ramai juga yang datang untuk kedua-dua acara itu, walaupun mungkin tidak semeriah suasana di Malaysia,tapi at-least pihak kedutaan dan organising committe cuba mengadakan event ini pada setiap lebaran samada Eid-Fitri mahupun Eid-Adha. Keadaan tempat yang agak limited untuk solat dan juga jumlah makanan yang agak kurang mungkin kerana under estimitation ataupun tersalah budget, pastinya kena di improvekan segera oleh pihak penganjur dan juga embassy kerana sememangnya rakyat Malaysia di Qatar dah semakin ramai.
Hari ini pula, aku dan family ke Doha Sheraton Hotel,untuk majlis sambutan Eid-Fitri anjuran Rasgas.Memang ramai gile orang yang datang,maklumlah mungkin sekitar 60% staf Rasgas yang beragama Islam,ditambah pula event hari ini pun di`open`kan sekali kepada yang Non-Muslims so,memang riuh rendah lah dewan utama Sheraton Hotel hari ini.Nasib baik banyak juga indoor playground yang di buka di dalam dewan tu,so that budak-budak termasuk anak aku memang tak senang duduklah, asyik nak mian je.Cumanya yang tak tahan,antara alunan lagu raya Arab tadi yang di mainkan, ada juga lagu India yang di keluar,tak tahulah samada itu lagu raya versi mereka..


Illaliqaq...