Tuesday, August 24, 2010

Iftar dCorniche

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Walaupun macam program ad-hoc aje pada mulanya,Alhamdulillah menjadi jugak hari ini program Iftar di pinggir corniche bersama-sama family, walaupun aku cuma keseorangan tapi terasa jugak kelawasan berbuka di tengah padang.Adalah 5-6 family yang datang,memang tak open invitation pun rasanya,cumanya pada sesapa yang nak join...please,you are welcome.
Mungkin itu gamoknya kata orang yang curahkan idea majlis Iftar ni,Awang Fadli,Rudy juga Amir.Walaupun aku sekali lagi sekadar menumpang ,kerana masih keseorangan tapi tetap terasa juga kemeriahan berbuka ramai-ramai, walaupun ala kadar aje menu dan juadahnya. Sempat juga selepas itu aku bertarawikh ditempat masjid kegemaran aku pada tahun lalu,di kawasan Najma,sekitar 15KM dari Doha.Alhamdulillah,walaupun imam ala-ala Mekah yang dijemput tahun lalu tidajk kelihatan,namum pengantinya juga tak kurang sedap dan merdu bacaan Qurannya,tiba-tiba dah nak habis 8 rakaat yang selalu dibuat di bumi Qatar ini. Alhamdulillah, syukur pada mu Ya Allah kerna masih di beri rezeki untuk bertarawikh di situ,juga rezeki ketika berbuka tadi......amin.


Illaliqaq.


Monday, August 23, 2010

Iftar Perkampungan Malaysia.

Assalamualaikum/khaifahalaq,

Alhamdulillah,pada hari Jumaat tanggal 20/Aug/2010 yang lepas geng-geng RG/QG Malaysia di Al-Khor Community ini,telah berjaya menganjurkan majlis gotong royong berbuka puasa dan solat tarawikh bersama-sama di perkarangan komplek kami tinggal ini.Meriah jugak pada masa berbuka, bilamana agak ramai jugak yang datang dari seantero Doha dan Alkhor. Walaupun `humidity`masih agak tinggi dan bahang panas masih terasa, namum dengan semangat ukhwah dan kesungguhan menjayakan aktiviti ini berjaya juga kami laksanakan majlis ini,walaupun aku sekadar menumpang dari banyak sudut terutamanya bila family aku masih berada diMalaysia. Cumanya,ramai juga yang merungut bilamana 'Pak Imam' bagi solat tarawikh memberikan tazkirah dan membaca doa yang sedikit panjang,bagi selang ruang yang ada ketika solat sunat berkenaan. Agaknya kurang keselesaan, mungkin kalau di Malaysia,it's shud be ok,we have good weather.That whylah Rasulullah S.A.W,menyuruh kita mencari keselesaan ketika beribadat,di mana Baginda s.a.w sendiri pun pernah berhenti ketika merasa terlalu panas ketika bersolat.....Apapun semoga usaha-usaha mereka berkenaan di rahmati dan mendapat balasan setimpal dari Allah jua.
Illaliqaq.