Tuesday, December 30, 2008

KaRuf

Assalamualaikaum!!!khaifahaluqha

Inilah antara makanan tradisional Qatar,KaRuf.
Istimewanya seumpama nasi dagang atau pulut kuning di Malaysia.Aku sempat juga merasa KaaRuf di CCB Rasgas baru baru ini.Majlis dibuat sempena meraikan new promoted panelman dan juga senior operator di Train 5 LNG,tempat aku sekarang mencari rezeki. Not bad,ada lauk ayam,dan ada yang berlauk kambing siap dengan kepala lagi.(Dillah mesti suka,kalau ada kambing).Nasinya lembut dan lauknya pun sedap...ikut taste akulah.Yang tak tahannya bila makan dengan geng-geng bawang India/Pakistan/Tok Arab Qatar ni dia orang main ambik camtu je nasi dalam dulang tu....dengan tangan aje,tak de lah senduk, sudu atau pengaut.Nasib baik masa turn aku makan masih ada satu dulang yang fresh belum diusik.Alhamdulillah.Anyway budaya belanja makan,bila got promoted ni not only well known at Malaysia,but also for India,Pakistan,Indonesia and even to Arabic.Teringat aku antara
maksud firman Allah masa sekolah dulu,kalau tak silap!!!
1.Sesunggunnya setiap apa yang kamu dapat itu,pastinya
ada hak orang lain keatasnya.
2.Sekiranya kamu bersyukur pasti akan Aku tambahkan lagi
nikmatKu atas kamu,namum jika kamu kufur,ingatlah
sesungguhnya azabKu amatlah pedih.
Dan semoga hendaknya Allah menjadikan aku dan kengkawan semua antara golongan orang bersyukur dan redha dengan nikmatNya.Amin.
CountDown to Malaysia...10days.
Illalillqaq.

Saturday, December 27, 2008

Jan 2009...tak lama lagi

Assalmualaikum,khaifahaluqha,
Teringat aku pada masa gambar ini di ambil ketika aku dalam perjalanan ke bumi Qatar ini.Dah hampir 3 bulan rupanya,pejam celik.Alhamdulillah so far so good.Insyallah kalau ada jodoh dan rezeki akan balik buat pertama kalinya nanti Jan 2009.So baki minggu mendatang ini,aku agak sedikit sibuk mencari sedikit ole-ole dan cenderahati kepada keluarga dan sahabat handai,sekadar ingatan yang tak seberapa barangkali.Jubah lelaki/perempuan,serban,kopiah,minyak atar,syisa casing,gula-gula Arab antara yang selalunya menjadi pilihan sesapa jua yang datang ke sini sebagai cenderhati untuk pulang.........terlupa pulak aku,siapa agaknya member PPT kirim kopi Turki itu hari!!!!anyway,insyallah kalau ada rezeki aku sempat kok aku menonton Qatar Tennis Open peringkat semi final,sebelum balik ke Malaysia sejurus selepas itu.

Illaliqaq....

Thursday, December 18, 2008

Exciting Offer.....

Assalamualaikum,khaifahaluqha,

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyaksikan Kejohanan Tennis Qatar Open 2009,terhad kepada 10 orang pertama sahaja.!!!!Tiket untuk semi final dan final,makan dan minum,penginapan sepanjang kejohanan, juga bakal menapat souvinier Qatar berupa jubah,serban,syisa casing ataupun daging unta(pilihan satu saja).Sila berhubungan terus dengan penulis untuk mendapatkan pembiayaan ini.Peringatan!!!!!!Tiket kapal terbang pergi dan balik juga akan di booking oleh penulis tetapi dengan pembiayaan sendiri oleh mereka yang terbabit.

This offer is valid for those who are staying at Malaysia only.
Insyallah kalau tak ada aral melintang,aku akan dapat tengok semi final nanti,tiket dah beli!!!!!!Abang Mat Sulong,Hj Mang,Jim,Mat Yie,Essam jangan marah............
Illaliqaq......

Monday, December 15, 2008

Pengalaman Shutdown Pertama LNG

Assalamualaikum,khaifahaluqha....

Tak sangka pula,pada 2nd day shift cycle minggu ini,train 5 LNG plant,tempat aku mencari makan sekarang berhadapan dengan emergency shutdown,kerana ada satu line yang di tapping dari line feed utama LNG train 5 ini,bocor.Normal pressure untuk line ini agak tinggi sekitar 65bar so that why lah bila bocor,LNG train 5 ini kena down untuk beberapa ketika.......apa yang menariknya tentang shutdown ini bagi aku adalah........
1.Aku sekadar kesana-kemari mengikut senior aku menutup
valve,check line dan system!!! jadilah macam budak baru
kerja,ikut je dan buat aje,rasa luculah pulak.
2.Dah lama juga tak merasa menutup valve sebesar 32inci
pipe,umpama tank D958 di OMS dulu...berat gila,platform dah
lah tak comfartable,banyak pulak...lelah dan letih ooe,1 valve
hampir satu jam dgn 3 orang operate.
3.Di Rasgas ni,bagusnya bila plant down,not rush to start but
ensure all safety precautions and
procedure is definetly follow,prior to start,boss turun for safety not for starting the plant.
4.Safety department agak power walaupun ketika shutdown,once mereka idintified near miss
maka akan jadi susahlah process start-up.
5.Plant LNG ni,hanya akan di start bila mana everything is really-really ok interm of safety and
process,no compromise at all.

Anyway,agak menarik bila bekerja aku kena terlibat dengan shutdown dan isolation process dikilang baru ini,walaupun gelap gambor dan tak tahu kala lagi,but at least aku kena ambil pelajaran untuk shutdown hari tu...........
Illalliqaq........

Sunday, December 14, 2008

Ok Jugak.........why not

Assalamualaikum,Lailatulqasaeedah,
Mungkin betul juga,bagai dikata orang bila dah datang Qatar ini,at least bila sudah nak balik 5-6 tahun akan datang Insyallah,perlu ada sesuatu yang patut menjadi ingatan dan kenangan di bumi Qatar ini.So kenapa tidak dengan motor-motor seumpama ini,harganya memang murah sekitar QR 40000 - QR70000 je,tu yang baru,2nd hand jangan ceritalah,mungkin Haji Din,Leo,Muzaisham dah buat advance planning sebab masing-masing dah ada motor sebegini.Ok jugak kok,Insyallah kalau ada rezeki dan dipanjangkan umur,motor harley davidson dyna low ryder mungkin menjadi pilihan setidak-tidaknya boleh bawak pergi surau-bala ataupun buat gi beli roti canai!!!!

Illalliqaq.........

Friday, December 12, 2008

Yang mana satu.........

Assalamualaikum,kaifahaluqha,
Aku pun pening memikirkan yang mana satu patut aku ambil,????GMC Acadia QR 133K lower spec yang full specnya pula QR 187k,,Memang kereta ini lawo dan luxury!!!Namum mampukah aku?Memang boleh kalau aku nak ambik,tapi takut terpesong pulak tujuan sebenar aku datang ke Qatar ini,
Mazda CX9,full specnya QR 130k,kereta ni kalau kat Malaysia Anwar Ibrahim yang pakai geng aku kata,itu hari itu aku nampak kat Paka sutir,plat Singapore mungkin anak sedara Lee Kuan Yew ataupun anak abang tiri Leo kok yang bawak,harganya kalau kat Malaysia sekitar RM290k,
Ford Explorer,sekarang tengah offer,hujung tahun QR 99k,baru dan not full spec tapi cukup dan memadai lah untuk pergi Sand Dune dan Sea Line!!!4wd dgn 4000 cc,kat Malaysia rasanya aku tak pernah nampak.Second hand tahun 2006,milleage dlm 25000km sedang di dalam advertised untuk dijual dengan harga QR 65k.....

Apa pun aku kena cepat settlekan masalah dalam dilema ini,setidak-tidaknya sebelum family aku sampai bulan Jan atau Feb nanti!!!!!Kalau tak aku kena menenggek sebelah Dekwan lah dulu dalam Hummer H3 dia.................

Ilalliqaq..........

Tuesday, December 9, 2008

Raya Qurban Pertama.....di negeri orang.

Assalamualaikum,lailatulqasaedah........
Banyak juga undangan hari raya Aidiladha,hari raya pertama aku and the geng di bumi orang Al-Qatar ini.Selepas aje balik menunaikan solat sunat Aidiladha di kedutaan Malaysia hari ini,dengan keadaan perut yang dah agak sendat,bermulalah episod makan-makan dihari raya ini.Pertamanya ke rumah Wan Kamal perkena nasi minyak citarasa Terengganu,buatan orang
Chendering rasanya asal isteri dia,not bad rasanya!!! biasalah kami mesti tambah punya.Syukur Alhamdulillah kenyang!!kami terpaksa menangguhkan untuk kerumah Haji Funky Din al Barat untuk perkena satay dan nasi himpit,sehingga petangnya.Sedang elok lepas Asar barulah kami suruh Haji datang menjemput,lama juga sembang-sembang sambil menjadi rumah Haji Din pusat bertemu hari ini oleh keluarga W.Kamal,Amir M,Yus,Cuping dan kami bujang di kampung orang berlima orang ini,termasuk dua budak baru dari VCM untuk company ORYX.Selepas Isyaknya kami menghabiskan jemputan hari ini dirumah Ustaz Nasri,merasai mee bandung selera Kedah,sedap dan menyelerakan!!!walaupun perut dah agak kenyang tetapi dah undangan dan rezeki.....makanlah kami sejujurnya.
Semoga Allah melimpahkan yang rahmat dan rezeki yan berterusan kepada mereka semua.Dan semoga hendaknya Allah menjadikan hari raya Qurban pertama kami di bumi orang ini...ruang-ruang syukur dan sabar yang lebih bermakna kepada aku dan kawan-kawan.Amin.

Illaliqaq........

Monday, December 8, 2008

Eid Adha....Al-Qatar.

Assalamualaikum,khaifahaluqha......

Antara isi penting yg menyentuh semasa khutbah di Malaysia Embassy pagi tadi ialah,mampu kah kita redha seperti nabi ibrahim yang sanggup menyembelih anaknya Ismail ketika diperintahkan Allah melalui mimpi baginda,Nabi Ismail pula turut hanya akur,redha dan menyuruh ayahnya hanya menurut perintah Allah,manakala pula Siti Hajar redha dan sanggup berada di atas padang pasir yang kering kontang dan panas perit........ itulah antara rentetan peristiwa yang menjadikan ibadat Qurban itu adalah perkara yang menjadi tuntutan.Juga peringatan tentang rezeki yang Allah kurniakan....apakah kita hanya akan berkata `inilah nikmat ataupun rahmat Allah bila dikurniakan kemewahan,
namum bila kita dikurniakan ujian dan sedikit kesusahan,kita berkata Allah telah menguji aku dan memberikan aku kesusahan ....lupakah kita yang rezeki itu samada banyak atau sedikit kesemuanya ujian Allah`
Alhamdulillah hari ini,aku sempat menunaikan Solat sunat Eid Adha di Kedutaan Malaysia.So nampaklah suasana perayaan rakyat Malaysia di bumi Qatar ini bermula dengan takbir rayanya,pakaian sehinggalah ke juadah raya.Agak ramai juga rakyat Malaysia yang datang,mungkin sekitar 300-400 orang termasuk isteri dan anak-anak.Risau juga nampak Malaysia Embassdor kesana-kemari rungsingkan makanan takut tak cukup,namam rasanya Alhamdulillah semua yang hadir dapat merasa sedikit-sebanyak hidangan yang ada,umpamanya rendang,nasi minyak,nasi himpit dll.Aku tertanya-tanya kenapa sembahyang dimulakan agak lambat sekitar jam 0830pg,sedangkan fajr/subuh di Qatar ini bermula pada pukul 0445 lagi,dan kebanyakan masjid di Qatar telah siap menunaikan solat sunat Eid Adha sekitar jam 0630 lagi.......rupanya kesemua embassdor perlu meghadap Emir Qatar di awal pagi........that way waktu sembahyang bermula jam 0830pg.
Ok and not bad,event ini walaupun sederhana namum at least aku rasa Malaysia Embassy berjaya mengumpulkan sebilangan rakyat Malaysia di Qatar ini,umpama tahun-tahun lepas kata senior aku di Qatar ini.Selalunya untuk raya haji,raya puasa memang ada majlis seumpama ini,Bazar Ramdahan pun ada nanti bila bulan Ramadhan.!!!!Qullu Taman........Malaysia Embassy.

Illaliqaq..........

Aku dah masuk shift.........

Assalamualaikum,kaifahaluqha,
Minnal Eid Adha.
Alhamdulillah,semalam aku telah melepasi 2 malam pertama aku dalam shift di Rasgas Company.Risau juga aku pada mulanya takut tak larat betahan atau terbawa-bawa tradisi dikilang lama aku dulu,namum Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ok.Dua orang senior aku ini pun memberikan komitmen yang baik.Terutamanya yang dari Indonesia walaupun dah hampir 4 tahun,yang dari India pun ok jugak,dah nak masuk 2 tahun...walaupun selalu lelap tetapi quick response bila jaga.Macam kilang BZ dan PX jugak,kilang LNG ni....jarang-jarang je ada kerja pada waktu malam,dengar panelman pun sekali-sekala aje......Anyway banyak juga benda menarik yang aku dapat,bila dapat join shift dikilang baru aku ini......antaranya!!!!!!
1.Safety first,jangan ribut-ribut bila ada upset,save aje yang penting.
2.Tiada formal meeting untu h/over cumanya h/over ditempat letak basikal.
3.Position senior operator cukup selesa,tiada tanggunjawab yang khusus,duduk antara operator
dan panel aje.
4.No specific task for new operator mcm aku,janji tahu buat kerja nanti bila disuruh,so aku
kenalah cepat sikit belajar.
5.Tiada routine job dan checklist reading at all,everything is reliable on P.I system.
6.Sample....operator ambil aje,sample bomb ambik dan hantar,sample semuanya lab personnel
yang buat.
Paling bestnya,lepas 2 malam kerja ni,aku terus dapat 4 hari off yang kebetulan pulak jatuh pada hari raya Eid Adha,dekat Qatar ni dapat 4 public holiday.So senior aku yang Indonesia kata bulan ini agak lumayan,hasilnya sebabnya bila public holiday pada hari off company bayar 8 jam OT,kalau kerja dapat 14 jam,so kalau 1 jam+- QR 50.....dah banyak jugak bila 8jam x 4 hari x QR 50...Alhamdulillah,T.Q Allah for giving us this such benefits.Bulan ini pulak ada 6 hari public kat Qatar ini.Syukran!Syukran.

Illaliqaq.........

Thursday, December 4, 2008

Minggu ini....aku

Assalamualaikum,..kaifahaluqha,
Seminggu ini aku and the geng telah melengkapkan`familiarization to plant and every shift`prior to enter the shift.Alhamdulillah,everthing look`s ok so far dan tak banyak bezanya environment dengan tempat kerja aku dulu,kecuali lah kami ini bertaraf new employees....mungkin jadi macam budak-budak baru masuk office aku dulu,macam Duen,Syahrul,Iwee Kecik,Soba,mula-mula masuk nak cakap pun segan dan malu,dah lama!!! ambik toh............lawan tauke habis,senior pulok kena marah.Tengoklah camana nanti,kalau geng-geng bawang nak tunjuk lagak,aku layan je lah dulu,cukup haul dan masa nanti....tengoklah camana.!!!
Kami telah di bawa ke unit AGI(acid gas inlet),IAS(inlet ....sulfur),SRU(sulfur recovery unit),Helium Plant dan juga LNG.Process nya nampak jauh lebih simple compare to BZ dan PX tempat kerja lama aku dulu,it`s more straight forward........feed masuk dari offshore buang air,buang sulfur,cooling to certain temp then almost dapat LNG,cuma adalah process yang lebih halus sikit lagi untuk dapatkan pure LNG,insyallah aku akan covered secepat mungkin.Seriyal jugak bila dengar temp inlet Feed lebih kurang 45 oC then become -160 oC at LNG state,kalau kena memang cool burn lah.Yang bestnya ada satu plant kecik mcm Mericin Unit KR1, yang jauh terpencil,ada operator 2 org,senior 1 org,panel 1org,feednya ambil access daripada LNG product overhead.Tapi productnya antara yang termahal didunia.....temp pun sejuk gila -250oC.,masih ramai nak pakai orang terutamnaya bila banyak lagi Helium plant akan naik nanti...ditambah dengan reserved gas dibumi Qatar ini menghampiri 250-300 tahun lagi.Tempat standby operator-operator di Rasgas ni,memang berada dalam plant siap share lagi dengan bilik kabinet instrument,tapi agak selesa untuk standby.Disitulah nanti aku akan duduk dan standby nanti!!!tiada lagi kerusi tinggi masa jadi panel dekat kilang lama dulu,nak naik bas malam jauh sekalilah,kata senior dari Indon,geng-geng bawang ni mampu merosakkan kerjaya kita.Wallahuallam.

Anyhow,suhu aka temp dibumi Qatar ini dah bermain disekitar 20degC -17degC pada malamnya hingga ke awal pagi,tak tahulah camana aku nak bertahan bila masuk mula shift malam pada hari Jumaat dan Sabtu ni,.....semoga aku mampu menghadapinya,Ya Allah.

Paling penting!!!Alhamdulillah aku dah berjaya melepasi ujian memandu peringakat jalanraya hari ini,!!!Qhalas 'you passed' kata polis traffic tu tadi,walaupun cara memandu aku tadi tidak banyak bezanya semasa aku failed hati tu.....mungkin rezeki aku tiada hari itu,Anyway TQ Allah
hanya pada mu tempat aku meminta dan berserah.Amin.

Illalliqaq....

Saturday, November 29, 2008

Antajadaan.........Conang.

Assalamualaikum!!laillatuqasaedah,

Patutlah bila diminta oleh Man Rambo(masa pergi tangkap ketam itu hari) supaya Conang membawa kami merendap di kota Doha ini,Conang memberikan jawapan `selepas Disember nanti Insyallah aku free,sekarang aku sibuk sikit`.Langsung tidak diberitahu apa sebabnya,rupanya Conang barangkali sibuk menyiapakan diri untuk pergi menyambut seruan Ilahi menghadap kaabah,kiblat umat Islam dengan lebih dekat.Agak terkejut juga aku bila Man Rambo beritahu Ahmad Hasnan aka Conang juga kan pergi ke Mekah,ketika dia pergi menghantar 2 orang lagi kawan aku(Nasir Gaban dan Nasir Katang) di terminal haji Doha.Aku memang tabik dan respect dengan istiqamah dan iltizam Conang,lantas mampu pergi menunaikan rukun Islam ke5,pada usia semuda 30tahun,mungkin mendahului ramai rakan-rakan lain yang sudah agak lama di bumi Qatar ini.
Teringat aku dua kupasan tentang haji oleh seorang ustaz dulu.....
1.Kalau boleh hanya dihebahkan selepas balik dari Mekah seperti kenduri doa selamat,bagi
mengelakkan riaq dan salah anggap.
2.Ramai yang pergi haji kerana mampu bukan semata-mata kerana nak berubah,sebab itulah
bila balik haji ramai yang nampak tak berubah.
Dan semoga Conang aka Ahmad Hasnan bin Mohd Zaki mendapat keredhaannya dan haji yang mabrur,dan mampu memberikan kami iltizam dan istiqamah,untuk turut seberapa segera menunaikan rukan Islam ke 5 ini,Laibaqallah Hummaqallabaiq...........

Ilalliqaq....................


Thursday, November 27, 2008

Qatar Driving License.........so what next!!!!!!

Assalamulaikum....Lailatulqasaeedah,

Setelah fail on my first time,i did well in my second time....Qhalas, now you passed!!!!Alhamdulillah.What next..........find a car.Mampukah aku memeliki kereta ini GMC Acadia
yang berharga QR 136000 lower spec,full specnya QR 180000.Apakah ini keperluan atau sekadar kehendak!!!tepuk dada,tanya kemampuan dan iman mu,wahai penulis akudqatar.!!!!!Anyway selepas aku lulus license Qatar ini,inilah apa yang dapat aku rumuskan,tentangnya............
There are some options to take the driving test at Qatar,prior to gain driving license.The most common are get a full class from any driving school,probably Ar-Rayyah,Karwa,Doha Driving School,Qatar Moden Driving School and etc....the cost might be arround min QR 1300 up to QR 2000,bergantung kepada beberapa sessi kelas yang nak diikuti....anyway the cheepest so far yang dijumpai adalah,just go to the direct test....take only 1-2 hours traing session,recommeded Driving School is Qatar Moden Driving School sebab kat sini tak ada pocket parking,yang orang ramai failed.Some guidelines to have a driving license thru this method is as follows,
1.Go to Madinnat Khaliffa Police Traffic for direct test registration
(Cost is only QR 50).
Kalau boleh bawaklah geng0-geng Arab,semua urusan dlm
bahasa Arab.Kalau tak pun runner sedia tunggu mangsa
upahnya selalu QR 50-QR100,just to make a registration of
the document(sponsor letter from comp/husband,eye test
result,copy of original country driving license that still alive.
(kalau mati pun tak pa kena buat appeal sikit,max 20day after
expired i think,as per my case) and 2 pieces photograph.
2.Go to driving school(Qatar Modern Driving School i proposed),get a 1 -2 hour class.The cost is
probably QR 200 per hour.Ensure before the test date or at a night/day before the test.
3.On the test day!!!!as early as 5AM,bring all valid document to test place as stated.Pay QR 150
for car rental using during the test,Then go for signal test,parking entry test and lastly for road
test.
4.After success on the the test,pay another QR250 for the driving license,after 4 hours
Alhamdulillah Qatar Driving License is yours,with the total cost for this method is only about
QR 650-750 to have a Qatar Driving license,compared to QR1300-QR2000 for the most
common used method,next
5.Go to car dealer/shop...GMC/Ford/Nissan/Chervolet/BMW/Hummer...bring along Qatar ID
and company letter,make a choice!!!!Probably 2-3 days after,Hummer/infiniti/murrano/x3
it`s all yours.......so bayarlah hutang antara QR1500-QR2500/month, 5-6 tahun pulok!!!!!
padan mampuis gitu doh,pah hutang-hutang.
Insyallah,aku akan gunakan method ini untuk isteri aku nanti ataupun akan ku promote pada
kawan-kawan terutamanya dari Malaysia yand sudah datang juga yang akan datang
nanti,because it`s proven that 7 of us already succeed and got our license.

Inconclusion,untuk mendapatkan lesen memandu di Qatar,agak leceh juga.Terutamanya bila banyak urusan perlu dalam bahasa Arab,bermula dari dokumen awal sehinggalah pada hari
ujian memandu,di driving school yang rata-rata staff mereka tak boleh berbahasa English.,polis traffic terbesar di Doha pun,kena guna bahasa Arab.Minah-minah Arab yang bertudun litup,hanya nampak mata 2biji itu,diambil bekerja sebab rakyat Qatar aje gamoknya,bukan kerana kelayakan.Sistemnya pula macam sistem zaman jahiliah,baik sistem dalam cerita Tarzan lagi aku rasa..... Nama aje Qatar ni,dah sampai level international.
Illaliqaq.

Cubaan Pertama Ku Gagal...

Assalamualaikum....kaifahluqha,

Pada mulanya everything nampak goes ok and very smooth untuk `signal test` dan 'parking entry`.Alhamdulillah aku and the geng selalu berada pada permulaan.Sehinggalah
bila mana peringkat `road test`yang pada awalnya aku agak confident to complete it perfectly.Namun Allah punya kuasa,ada 2-3 sily mistakes yang aku sendiri perasaan,terutama bila disebelah aku ada testernya iaitu Polis Traffic Qatar,yang nampak baik tak baik.Mungkin bagi orang dah ada lesen Qatar ni,cara memandu aku probably ok,tapi macamana aku boleh terlupa beberapa tips yang member beri sebelum test so that adalah some mistakes was happened...........
Memang aku lebih takutkan`signal test`sebab aku malas nak mengingat simbol-simbol jalanraya dan kekadang over confident kalau beri jawapan.'Parking entry` pulok yang paling aku risau sebelum test tu...sebab aku aku langsung tak ambil kelas/training untuk masuk parking during testing...mana boleh buat silap,mana boleh kedepan-belakang,apatah lagi bawak kereta `LeftHanded`tapi Alhamdulillah aku berjaya lakukannya .......walaupun kaki aku ketor gegor,bila aku cari kon tepi yang last tidak kelihatan pada mulanya di cermin sisi aku,dah lah pakai kereta `Lancer` bukannya kancil,parkingnya pulok mendebarkan jantung bila nak masuk masa test.
Anyway!!!Alhamdulillah aku berjaya dalam 3 out of 4 test prior to get driving license at Qatar.I just need to repeat for only on the road test...on this 4th Dec 2008,next week same day,same place.Insyallah aku akan study where am i doing wrong in my road test today,terpaksalah aku sekali lagi berbolok-bolok dengan Bawang-Bawang dan Nepal,Semoga Allah memberikan kemudahan aku dan kejayaan.Amin..........
Tahniah pada Man Rambo dan Dekwan kerana berjaya lulus,cepatlah sikit beli Hummer dgn Nissan Infiniti,bawak aku gi jalan-jalan,kalau geng-geng Petronas datang nanti pun senang sikit.Semestinya belajar parking dan driving hari tu,yang ber`cost`kan QR 200/hour memang berbaloi.Kejayaan mesti ada cara,kegagalan mesti ada sebab..terutamnya bagi aku yang pasti akan terpaksa menambah beberapa ratus Q.R lagi untuk completekan lesen aku ini,but at least i got something today....

Ilalliqaq.........

Monday, November 24, 2008

Ras Gas...Ya Hala Day!!!!!

Assalamualaikum……Kaifahaluqha,

Alhamdullilah,2 hari ini aku and the geng telah diraikan dalam satu majlis `welcome new employees` oleh pihak pengurusan RasGas Co Ltd.Lebih kurang 400 staff baru yang bersama-sama dengan kami tadi,menjadikan jumlah keseluruhan staff RasGas hampir
mencapai angka 3000 iaitu 2861 orang yang terdiri daripada 55 warganegara.Geng-geng Malaysia tadi adalah antara 15-20 orang yang tarikh masuk kerja mereka, lebih kurang tarikh aku report ke RasGas.Uniknya!!!!Kami diraikan dalam satu majlis yang sama,dimana kesemua kakitangan yang baru masuk tak kiralah dari jawatan tertinggi sehingga ke paling rendah berada dalam satu majlis. Antara remark penting dari MD..,walaupun krisis ekonomi yang melanda dunia hari ini juga penurunan harga minyak ke bawah paras 50 USD,it`s so far does not affect RasGas at all,so do stay with RasGas and do not find others job from RasGas….tak tahulah dia kelentong ke apa,yang penting ianya sedikit sebanyak memberikan gambaran positif akan kekuatan market LNG.Banyak lagi remark-remark menarik dari GM-GM lain,yang lebih kepada `once you all reach here at RasGas,it`s our responsibility to make you stay much longer with us,that why we many planning for your career development and staff and family welfare.Tak sangka pulok pada hari pertama aku adalah antara 10 orang yang bertuah bilamana SAP No aka Staff No(3829),telah dipanggil seawal no 2 lagi untuk memenengi `lucky draw`,ada yang dapat Digicam,Camcorder,++++++.Alhamdulillah aku telah mendapat wooden photo box,yang mungkin sekadar berharga QR150-200 sahaja,namum teringat aku pesan Jamal RPD............`terlalu sedikit hamba Allah yang bersyukur,walaupun ramai yang berkata Alhamdullilah bila mana kenyang,gaji besar,ot banyak,bonus besar…..namum!!!!!!!! Jadilah antara golongan hamba Allah yang bersyukur bukan hanya ketika mendapat sesuatu yang lebih baik, tapi kita dapat sesuatu yang orang lain langsung tak dapat,apakah itu kamu masih belum bersyukur!!!!!T.Q Jamal,walaupun orangnya tak lawo mana,tapi ada sesuatu pada mu yang boleh aku jadikan
panduan
manakala Man rambo dapat lucky draw pada hari kedua...........................

Illaliqaq……….

Sunday, November 23, 2008

Setelah 6 bulan.......akhirnya

Assalamualaikum,

Malam tadi,aku berkesempatan ke Doha Airport menghantar 2 orang kawan baru yang telah hampir 6 bulan berada di Qatar ini,untuk pulang ke Malaysia buat kali pertamanya.Dasyat jugak mereka ni,kerana mampu bertahan untuk 6 bulan lamanya,sebelum pulang,mungkin antara rekod terlama di Qatar for the first time sebelum balik ke Malaysia!!!!!!mamat ni dua orang kuat OT ooe,sebab tu tak terasa sangat bila lama tak balik pun.Aku salute lah kat mereka ni,terutama si Faisal ni,yang dah mempunyai 4 orang anak,si Husin ni tak terasa sangat kok....sebab dia masih bujang.Anyway emak -ayah dikampung tetap menjadi ingatan dan kerinduan kata Husin.Nampak juga keriangan mereka untuk balik,mana tak nya...hujan emas negeri orang,pastinya hujan batu juga yang dicari...semestinya makanan Malaysia nanti akan di baham cukup-cukup oleh mereka berdua ini kok,ya lah kat sini asyik makanan ala-arab dan citarasa `taste of bawang` je yang memanjang dihidangkan terutamanya kat kantin RasGas.
Hopefully segalanya akan halas bagi mereka, selamat sampai di Malaysia...lepaskan segala kerinduan terutama pada keluarga dan makanan juga budaya kita dan pastinya kami mengharapkan mereka akan selamat juga datang ke bumi Qatar ini..........Have a nice journey,Guys.


Illalliqaq............

Friday, November 21, 2008

Pengalaman ku `ber Hijamah'

Assalamualaikum,..Kaifahaluqha.
Alhamdulillah,hari ini pagi-pagi selepas subuh lagi,dengan hanya berbekalkan semangat yang kuat tak kuat,walaupun hatiku sendiri tidak berapa berani,aku telah berjaya melakukan process ber`hijamah/chopping aka berbekam yang di lakukan oleh seorang ustaz yang tinggalnya tentu melebihi lamaku disini.Memang telah menjadi suratan Ilahi,process berbekam ini yang memang aku sendiri ada niat untuk melakukanya di Malaysia lagi dulu...telah aku lakukan dengan izin Allah di bumi Qatar ini.Aku pun tak sangka aku telah melalukan bekam untuk 2 `point`di kepalaku hari ini.Semoga ianya mampu memberikan sedikit-sebanyak kelegaan dan barangkali hilangkan terus sakit kepala atau migrain yang kekadangnya bisa menyerang kepalaku.Hanya padaMu jua Allah tempat aku berserah dengan usaha-usaha sebegini,Engkaulah maha penentu!!!
Memang berbekam ini menjadi antara tuntutan,bahkan Rasulullah S.A.W sendiri pernah berbekam ketikanya baginda di racun dan disihir oleh orang-orang Yahudi Madinah dulu....katanya ustaz Mukhlis dengan bahasa Indonesianya.Ustaz yang 2 tahun lebih berumur dari aku ini,memang agak terkenal dengan berbekam dan menjadi antara pengajar di kawasan `AL-Khor community Housing`.
Yang kelakarnya,walaupun dengan semangat berkobar umpama Mat Rempit,aku sangkakan pastinya aku akan di landa pening-pening ketika berbekam ini,namum tuhan punya kuasa aku telah `TerPITAM'ketika hampir dipenghujung sedutan yang pertama.Seakan gelap-gulita dunia ini aku rasa,berpeluh-peluh,sejuk,dan bibir ku membiru katanya Ustaz dan Batman(ex-BASF).....mesti orang-orang yang dah biasa berbekam akan gelak sakan/suka gelepor bila tahu aku pitam bila berbekam,teringat aku Che Lah(OMS) dan Hj Mang barangkali yang pernah berbekam,yang selaunya kata ok aje,tak da pulok cerita pasal pitam-pitam ni.....tapi tak pa at least aku dah ada pengalaman pertama berbekam,.Orang lain yang belum ada pengalaman berbekam dan gelak-gelak tu...tak pe,tak kena kat dia,kalu kena ke dia mesti nangis punya.....meminjam ayat dari M.Fadzilah Anyway!!!aku harap process berbekam ini mampu membantu aku mencapai apa yang aku hajatkan,teutama ke arah mencari keredhaan Mu ya Allah,teutama selepas agak banyak darah kotor umpama perut ikan selar yang keluar dari kepala ku.Mana tak nya,kalau perumpuan mereka bisa ada haid untuk membuang darah kotor,kok lelakinya dimana mahu buang.....itu sebab berbekam sangat cocok,sangat dituntut.
Anyway inilah sekadar ikhtiar aku dan juga mengambil kesempatan sementara ustaz Mukhlis ada disini,yang pastinya berbekam ini tidak sakit seperti yang aku sangkakan,cumanya masa diletakkan penyedut seumpama `vacuum`tu yang terasa kulit kepala ini seumpama di tarik terus-terusan.

Illaliqaq..........

Wednesday, November 19, 2008

Urusan License

Assalamualaikum....Kaifahaluqha,

Hari ini,aku and the geng teleh pergi ke Qatar Traffic Police untuk register for driving license.Kami nak cuba dulu ambik `direct test` seperti cadangan ramai kawan-kawan,lagipun kos nya jauh lebih rendah dari test with full class(QR 450 vs QR 1300).Bukannya apa test yang full class tu leceh je sikit,nak kena gi belajar banyak kali sikit compare tu test yang kami nak ambik ni....mungkin kena cari orang mengajar untuk 1 jam aje kok.Tapi nak cari pengajar tu selalunya agak susah sikit...sebab cikgu dia kena curi-curi ajar,tak tahulah legal ke tak.Tapi test nin memang dibenarkan......yang rohoknya,masa nak register kat traffic tadi,semua nak dalam bahasa Arab terutamanya menulis,so kenalah cari runner yang memang dah sedia menunggu mangsa,mampus saje bahagian runner saje QR 100,tak pelah janji kerja jalan,dan at least dapat register untuk test so that Insyallah boleh dapat lesen seberapa segera,kalau pass.Ya Allah kurniakanlah aku ketenangan,kemudahandan kejayaan pada hari test ku nanti Ya Allah,sesungguhnya pada Engkau lah jua tempat kami meminta pertolongan.Amin.
Balik dari traffic tadi aku and the geng terus ke Ar-Rayyah driving school.Menyilau-nyilau akan
pocket parking yang memang menjadi kerisauan orang yang terdahulu,bukan kerana parkingnya kecil,tapi kereta yang digunakan untuk testnya agak besar sikit kok...kalau Malaysia
guna Kancil dgn Charade,tapi kat sini semua guna kerete honda city ataupun toyota vios,rasenya kalau aku tak silap tadi.Alhamdullillah,dengan semangat juang Man Rambo,kami telah berjaya memperolehi tenaga pengajar yang sudi memberikan kelas 1-2 jam sebelum test,tapi biasalah mesti kena bayar...wallahuallam,apakah ini upah atau sebaliknya.Semoga Ustaz Idrus,boleh bagi jawapan dalam CDnya ataupun Haji Mang boleh tolong tanyakan.Semoga usaha-usaha aku and the geng ini terus menjadi buat pertama kalinya,tak tahan dah asyik kena susahkan member je bila nak ke mana-mana juga asyik menunggu teksi/kereta prebet je...panas siol. Lagipun geram jugak tengok
kereta GMC,Ford Explorer,Cayyen,Altima dengan Accord 2.4 yang Insyallah mampu dimiliki..Tapi ini setakat dugaan kecil yang harus aku tempuh,mungkin banyak lagi cabaran yang bakal ditanggung bila dah masuk plant atau bawa family nanti kok......,anyway!!!Hijrah Itu Pengorbanan..
Ilalliqaq......

Wednesday, November 12, 2008

Coretan minggu in di Qatar

Assalamualaikum,!!!!kaifahaluqha......
Hari ini,aku and the geng telah di bawa masuk kedalam kawasan CCB,untuk sedikit sessi familiarization.CCB ni macam MCB lah kalau office lama ok dulu,cumanya dia lebih besar dan lebih ramai penduduknya yang berbilang bangsa,kami sempat berkenalan dengan 4-5 orang panelman dan supervisor yang memang nampak berpengalaman kalau tengok umurnya yang baya-baya Jamal Abdillah/Jackie Chan atau Pele.Hari ini juga kami telah dibekalkan dengan PPE yang baru setelah hampir sebulan meninggalkan warna kuning coverall Petronas,safety shoes Worx.......dapatlah pulok coverall orange dan brown,sempat lagi aku ejast ambik kasut Red Wing walaupun mamak bawang yang berlagak gila nampak!!!bagi kasut kat aku jenis U-Vex pada mulanya,,,tapi dia dok tahu aku liar gok!!! dang lagi ejast dekat dept lain baham Red Wing yang mula-mula aku masuk Petronas dulu,first conclusion untuk familiarization ni nampaknya suasana dalam CCB ini,agak banyak panel consolenya dan surelah panelman nya agak ramai walaupun cuma seorang untuk satu unit,tapi bila dah ada 7 trains,setiap train tak silap aku ada 3-4 orang panel................so nanti dah masuk plant dan process area barulah aku akan lebih nampak...apa barangnya!!
DayB4
Alhamdullilah,Residential Permit(R.P)aku telah siap,setelah sebulan dalam prosses!!!!Insyallah aku boleh berada terus berada di bumi Qatar sehingga suatu masa yang aku sendiri belum pasti.Memang R.P ini adalah lesen yang memang ditunggu oleh siapa jua expatriate yang datang ke Qatar ini,barangkali ke Middle East pun.Dengan R.P ini banyak benda yang selama ini tergantung boleh aku buat umpamanya urusan lesen memandu,urusan visa keluarga,urusan dgn bank dan banyak lagilah yang mudah kalau ada R.P ini,aku tak perlu bawa pasport copy juga visa ke sana-ke sini lagi,maklumlah dah ada new I.C lah,ni kononnya.Selalunya urusan R.P ni memang mengambil masa 1-2 bulan pun,Alhamdulillah seperti yang aku jangka aku telah berjaya mendapatkanya base to e-mail i received.Walaupun aku sedikit risau juga,takut-takut kalau ada problem dengan aku punya medical dan x-ray yang aku buat kat sini hari tu,!!!anyway alhamdulillah everything goes ok,So!!!!Insyallah hari Ahad,16hb/11, nanti aku boleh pergi mengambilnya di HRM office...
So selepas ini dengan lR.P/new I.C yang aku akan dapat ini,aku akan berusahalah seterusnya untuk membuat lesen memandu sebelum pulang mengambil keluarga seberapa segera,mungkin akhir December nanti.....
DayB4,
Kelmarin aku telah pergi ke Malaysia Embassy,atas urusan visa untuk famili aku yang bakal datang.Aku kena `authentitic`surat beranak anak aku aku,sijil nikah dan akademik cert yang telah aku translate ke English,berdasarkan pada format orang-orang yang dah buat.Ada setengah orang kata tak perlu translate pun,ada kata kena translate.......so senang cerita buat je lah dulu,nanti kan kalau Qatar Embassy nak at least aku dah ada,kat sini bermacam pendapat pada sesuatu progress yang nak di buat,so aku ambilah the safest way.
Pejabat Malaysia Embassy ni,macam rumah orang je nampaknya,mungkin di sewa dengan tok Arab kok.Orang Malaysia yang kerja kat embassy ni pun tak ramai,mungkin 7 orang sahaja dari 16 yang ada.Pada awalnya,hajat dihati nak jumpa dengan pegawai dari Malaysia,tapi malangnya mereka sibuk sebab ada delagasi dari Malaysia yang datang,so aku buatlah appointment dulu,Insyallah ada rezeki nanti boleh lah jumpa....boleh tanya sikit pasal sekolah anak-anak Malaysia kat sini,sekolah India dgn Filipina pun dah ada...manlah tahu,boleh set-up sekolah Malaysia kat sini,rakyat Malaysia pun dah ada dlm 3000-4000 orang rasanya dibumi Qatar ini.....
DayB4,
Setelah hampir sebulan,barulah aku and the geng berpeluang meninjau kawasan plant R.G ni,tupun aku curi-curi naik bas yang membuat pusingan didalam plant untuk mengamil pekerja yang menunggu dilokasi tertentu.Memang besarlah kilang ni nampaknya,1 train probably sama dengan 3 unit dekat kilang Aromatik aku dulu,banyak juga yang masih dalam construction terutama dikawasan utilities.Terkejut juga aku bila tengok pipa-pipa yang agak besar sizenya,sama tinggi dengan coaster yang mengangkut pekerja kontraktor.Barangkali sizenya 100inci diameter.Nasib baik line tu, line seawater yang barangkali diguna utk unit utilities for cooling tower mereka.....
Ilalliqaq............