Wednesday, July 29, 2009

Welcome back to Qatar....

Assalamualaikum/khaifahalaq,

Ketika aku menulis ini, pastinya family aku sedang berada dalam flight dari Klia ke Dubai untuk sampai di Qatar malam ini sekitar jam 2.30 pagi waktu tempatan. Sepatutnya kalau dengan direct flight mereka boleh sampai dalam masa 7.5 jam,tetapi kerana terpaksa transit di Dubai selama 5 jam mungkin menjadikan total time perjalanan mereka sekitar 12 jam. Dah nak buat camana tiket masa aku beli tu agak melambung naiknya, tapi Alhamdulillah mereka masih sanggup dan mendapat rezeki dariNya untuk pulang meraikan perkhawinan adik ipar aku pada 8 Julai yang lalu dan kenduri dirumah mertua aku pada 25 Julai lepas. Alhamdulillah semua telah selamat disana dan semoga hendaknya isteri dan 4 orang anak-anak aku selamat dan diberi kemudahan dalam perjalanan pulang mereka ke Qatar ini!!!!Amin,Ya Allah.

Illaliqaq.

Panasnya...

Assalamualaikum/khaifahalaq,

Mungkin kepanasan hari ini mencecah sekitar 47-48 deg C.Patutlah bila aku berkayuh basikal dari shelter ke kantin untuk makan tengahari yang jaraknya sekitar 2.5km return trip,panasnya umpama berada dalam Bang Tembakau. Aku berharap dan berdoa supaya rantai basikal aku yang dah uzur tu supaya tidak jatuh,kalau jatuh maka jenuhlah nak kena berjemur membetulkan balik, dah lah wap kepanasan seumpama sentiasa berada di belakang bas.Panas bro. Yang kelakarnya last week,juga dengan kepanasan seumpama ini,dikala aku juga berharap supaya rantai basikal aku tidak jatuh,tiba-tiba sayup ditengah jalan aku melihat seorang staff Rasgas yang juga menggunakan basikal untuk ke kantin,sedang berusaha membetulkan rantai basikalnya yang jatuh,bila semakin aku hampiri bentuk tubuhnya macam ku kenal!!!!rupanya itu teman seflight aku ManRambo,yang sedang cuba membetulkan rantai basikalnya.Jadi lucu lah pulak masa tu. Anyway,summer season di Qatar ini,baru nak masuk musim climate yang mungkin akan mencecah antara 49-53 deg C untuk tempoh mungkin sekitar 40 hari lagi,tengoklah macamana!!!apapun,kena ada motivasi 'kalau takut di landa panas,jangan datang ke tanah Arab`barulah mungkin semangat akan jadi sentiasa kuat.Insyallah.

Illaliqaq.