Saturday, August 22, 2009

1st Tarawikh dQatar

Assalamualaikum/khaifahalaq,

Memang dari awal tarawikh sehingga habis witir tadi tidak nampak beza jumlah makmum untuk tarawikh malam pertama ini.Cuma aku tak sangka pulak langsung tiada peringatan antara tarawikh dan witir tadi,terus aje di sambung untuk total 11 rakaat.Sempat juga diberi sedikit tazkirah penuh semangat oleh iman tempat aku bertarawikh di sekitar kawasan Al-Mansoura tadi,rasa aku dia menyeru supaya di ambil kesempatan bulan Ramadhan ini,untuk at least bertarawikh berjemaah,kalau di tengok pada gaya bahasa dan tangan iman tu ketika bertazkirah.Sebenarnya tak lah panjang dan lama sangat surah dibaca tadi, sekadar 3-4 minit untuk setiap rakaat.Lagipun bacaan dan alunan suara 2 orang iman tadi amat syahdu di dengar,lagilah tak terasa lamanya.Yang bezanya dengan tarawikh di Malaysia ialah tak ada selawat dan sambutan`Sallallah Salamualaik`dari makmum, juga seawal malam pertama ini lagi dah dibacakan doa Qunut.

Illaliqaq,

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Kareem...

Assalamualaikum/khaifahalaq,
Pertama kali,tahun ini aku dan family bakal,menyambut Ramadhan di bumi Qatar.Hopefully kami tabah dan mampu hadapi cabaran Ramadhan pertama di dunia luar ini. Makanya tiada lagi bazar Ramadhan harian seperti dulu-dulu,so nak makan bubur lambuk Terengganu pun nampaknya payah lah sikit.Tapi kalau cerita pasal makan memang tak habis!!!Malam tadi pun geng-geng Malaysia Al-Merqab housing complex tempat aku tinggal ini,sempat mengadakan sedikit jamuan makan-makan sempena nak menyambut Ramadhan walaupun program awal sepatutnya sekali dengan bacaan Yassin beramai-ramai,yang tergendala kerana ramai kaum Adam yang tak dapat hadir kerana bekerja.Anyway program still going on with jamuan makan.Yang menariknya,siang tadi aku terpandang sebuah masjid di area Doha ini mempromosikan mari bertarawikh bersama imam dari Mekah kalau tak silap translation aku,sebab yang di tulisnya dalam bahasa Arab.Aku pun memang dah planned awal-awal lagi memang nak buat rotation ke banyak masjid untuk tarawikh tahun ini,terutamanya bila berada di bumi Arab ini.Kata OTAI-OTAI di Qatar ini,sembahyang tarawikh disini agak simple,tanpa selawat dan tazkirah seperti kebiasaan nya di Malaysia,tapi kekadang boleh mencecah 2 jam untuk 11 rakaat bersama witirnya.Apapun semoga Ramadhan tahun ini,lebih bermakna dan sempurna bagi aku dan keluarga melebihi Ramadhan sebelum ini.Ramadhan Kareem to all muslim...from akudqatar and family







Illaliqaq,

Thursday, August 20, 2009

Solid Off

Assalamulaikum/khaifahalaq,

Memang sejak dari akhir bulan Jun lagi sehingga ke cycle last ni,barulah aku mendapat solid off day empat hari,moga-moga hendaknya.Sebelum ni, ada aje rezeki dari panggilan OT untuk masuk kerja.Memang terasa bebenar nak rehat lama sikit,lagipun family aku dah lama sampai kembali dari Malaysia.

Bulan Ramadhan pun tak lama lagi nak masuk ni.Nasib baik jugak,pada cycle-cycle lepas aku sempat juga mencuri peluang membawa mereka semua ke beberapa tempat rekreasi untuk hilangkan boring.Ya lah kat Qatar mana ada tempat banyak sangat nak pergi,alih-alih tempat tu le-le,ditambah pulak dengan kepanasan maksima dan humidity tahap gaban....memang malas pun aku nak cari tempat yang jauh-jauh dari bandar Doha ini.Apapun inilah asam garam tinggal di bumi orang....

Illaliqaq,