Saturday, February 14, 2009

Sekitar Doha

Assalamualaikum,khaifaluqha.....

Tak banyak tempat yang boleh dibawa tanpa kenderaan sendiri di bumi Doha ini.Shopping complex yang mudah untuk mendapatkan teksi ajelah yang menjadi tumpuan.Maklumlah bila ada 3 hero/heroin ditambah pula dengan anak yang baru 8 bulan,pastinya banyak kerenah yang perlu dilayan.Namum,Alhamdulillah sedikit sebanyak terasa nikmat berkeluarga,pastinya banyak ragam.City Center tempat yang kami pergi ini umpama pusat bandar bagi Doha.Mungkin Anwar Ibrahim yang akan berforum pada 14hb ini di Doha pun berada disekitar City Center ini....Anyway Doha tak lah besar mana kata member-member yang dah lama duduk diQatar ini,kalau bawa kereta sendiri 1 bulan aje,maka mahirlah selok belok jalan di Doha ini......

Illaliqaq...

Wednesday, February 11, 2009

Dah habis Jet Leg......

Assalamualaikum/khaifahaluqha.

Pada 4-5hari pertama,nampak sangat family aku ni dilanda jet leg yang agak kritikal,sehinggakan aku balik dari kerja terpaksa menunggu hampir setengah jam,untuk dapat masuk kerana mereka semua dah tido.Maklumlah jam tu pukul 9 malam diQatar,makanya dah pukul 2 pagi diMalaysia.
Anyway now everything goes ok.Anak-anak aku pun dah bersemangat nak ke sekolah,anak yg kecil selalu tanyakan pasal kereta,bila nak beli.Insyallah dalam masa sehari dua ini,kok settle lah masalah kereta dan akan lebih sedikit terisi rasa kosong mereka nanti hendaknya..Sementara ini,aku sekadar menggilirkan bawa mereka sekiranya ada kerja yang perlu aku settlekan,maklumlah bila tak ada kereta sendiri dan masih ada baby pastinya akan sedikit susah.
Namum aku perhatikan mereka semakin ok dari hari ke sehari,Insyallah!!!Semoga Allah sentiasa memberikan aku dan keluarga kemudahan di bumi Qatar ini.

Illaliliqaq.