Friday, December 3, 2010

Qatar 2022.

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
,Kalau tengok dari preparation awal diQatar ini,seumpama kerajaan Qatar sudah tahu yang mereka akan berjaya menjadi hos untuk World Cup 2022.Ada yang kata sehingga 8tons bunga api dah siap menunggu semalam untuk dibakar di sekitar angkasa Doha. Anyway,ramai jugak rakyat Qatar yang tak setuju dengan penganjuran ini,yang katanya bukan setakat membazir tapi pastinya penuh dengan xtvt sosial dan maksiat.Arak dan `prostitute`juga salah satu syarat daripada FIFA. Wallahuallam.Yang pastinya negara Qatar ini yang antara hujung ke hujungnya sekitar 2.5jam aje ni,pasti akan menjadi pesat membangun dan sibuk gile terutamanya pada 5-6tahun mendatang.Project stadium bolasepak berhawa dingin sekitar 28'C,capsule berhawa dingin dari hotel terus ke stadium,project pembinaan hotel 5-6 bintang,kesemuanya ini akan pasti menaikkan sejumlah harga barang dan facilities di Qatar ini.Aku pun tak tahu,samada tahun 2022 aku masih disini ataupun mungkin sudah kembali ke Malaysia mungkin juga sudah pergi mengadap Ilahi.Amin.
Illaliqaq.

Sunday, November 28, 2010

Football Friendly Match Mas VS Indo KIds


Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Walaupun pada dasarnya,team anak-anak Malaysia ini masih belum bersedia untuk sebarang perlawanan tapi dengan semangat sentiasa mahu bermain dan berlawan dan sentiasa bertanya bila nak main,bila nak lawan.So hari ini, mereka turun menguji keupayaan mereka sendiri sebenarnya,menentang pasukan anak-anak Indonesia yang memang dah lama terbina dengan kekuatan beberapa `key player`mereka yang bermain untuk kelab-kelab remaja terpilih di Qatar ini. Kalah menang bukanlah ukuran,terutama melihat kesungguhan mereka cuba memberi tentangan,lagipun mereka masih di peringkat pembinaan dan pembikinan,apatah lagi mereka masih jauh dengan suasana berlawan bola sebenarnya,yang selalu diperolehi oleh anak-anak yang berada Malaysia. Anyway,`thank u`so much to mak-bapak yang hadir memberikan semangat dan sokongan mental,Insyallah kami `the volunteer coach`akan cuba memberikan apa yang termampu terutamanya dari segi persediaan mental dan teknikal untuk game-game yang akan datang,atau setidak-tidaknya kekalahan 0-7 hari,akan kita balas suatu hari nanti,umpama kata orang `kalau takut kalah,jangan cakap pasal bola'Insyallah pasti suatu hari kita akan menang...

Illaliqaq,