Tuesday, December 1, 2009

2009 Eid Adha

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Tak banyak sangat beza raya haji 2009 ni bagi aku,terutamanya selepas tahun lepas aku dah pun beraya disini keseorangan,cuma ditemani rakan-rakan.Tahun ini,aku menyambut Eid-Adha ini bersama family disini,so macam biasa aje rasanya.Yang paling ketara tak leh nak tengok orang buat korban binatang,yang lainnya, ziarah dan hidangan makanan pastinya dah seumpama hidup di Malaysia.Memang agak letih juga hari itu,bila hampir sepuluh rumah dikawasan perumahan aku tinggal kena aku ziarahi,dah lah kenyang perut.Tapi nak buat camana semua kengkawan kat situ dah nak buat tradisi macam itu,kenalah aku ikut,dah namanya berkawan dan eratkan silaturahim. Tahun ini,aku berkesempatan solat Eid-Adha di kawasan padang bola sekitar Stadium Bolasepak Al-Ahli, memang ramai giler jemaahnya, menghampiri 10 ribu orang barangkali,that why lah imam masjid tempat aku nak pergi solat di kawasan itu turut serta,pastinya nak memberi ruang pada jemaah yang lebih ramai menghayati dan mengambil berkat Eid-Adha. Anyway untuk kedua-dua Eid tahun ini,aku dan keluarga beraya disini, kampung dan negera orang, yang pastinya walaupun tak terasa mana kesyahduan dan asingnya beraya disini,namum hujan emas di negeri orang,pasti best walaupun hujan batu di negeri sendiri....
Illaliqaq,