Monday, December 20, 2010

FlyDubai

Assalamualaikum/Khaifahalaq,

Saja-saja setelah lama tak bercuti bersama keluarga,kali ini Dubai menjadi destinasi.4Hari 3Malam, Hotel London Crown 2 menjadi pilihan.Nama macam dasyat gile hotel ni,but it's only a budget hotel and some reviewers said and it's a good hotel as well good value for money.Apalagi aku booked lah,terutamanya bila berada at strategic location and free internet wi-fi. Walaupun sebenarnya pada aku,Dubai is not really best place for shopping at reasonable value but it's nice place to visit.Mungkin wife aku agak suka,bila dia sendiri agak happy berada di Dragon Mart, pasaraya 1.2KM yang totallynya menjual barang-barang kegunaan dan perhiasan dari China....
.

Missed All

Assalamualaikum/Khaifahalaq,

Banyak juga event menarik yang aku terlepas kerana bekerja antaranya Makan Malam Bersama Agong, Qatar Merdeka Day dan Qatar Open Bowling 2010. Insyallah mungkin lain kali....

Friday, December 3, 2010

Qatar 2022.

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
,Kalau tengok dari preparation awal diQatar ini,seumpama kerajaan Qatar sudah tahu yang mereka akan berjaya menjadi hos untuk World Cup 2022.Ada yang kata sehingga 8tons bunga api dah siap menunggu semalam untuk dibakar di sekitar angkasa Doha. Anyway,ramai jugak rakyat Qatar yang tak setuju dengan penganjuran ini,yang katanya bukan setakat membazir tapi pastinya penuh dengan xtvt sosial dan maksiat.Arak dan `prostitute`juga salah satu syarat daripada FIFA. Wallahuallam.Yang pastinya negara Qatar ini yang antara hujung ke hujungnya sekitar 2.5jam aje ni,pasti akan menjadi pesat membangun dan sibuk gile terutamanya pada 5-6tahun mendatang.Project stadium bolasepak berhawa dingin sekitar 28'C,capsule berhawa dingin dari hotel terus ke stadium,project pembinaan hotel 5-6 bintang,kesemuanya ini akan pasti menaikkan sejumlah harga barang dan facilities di Qatar ini.Aku pun tak tahu,samada tahun 2022 aku masih disini ataupun mungkin sudah kembali ke Malaysia mungkin juga sudah pergi mengadap Ilahi.Amin.
Illaliqaq.

Sunday, November 28, 2010

Football Friendly Match Mas VS Indo KIds


Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Walaupun pada dasarnya,team anak-anak Malaysia ini masih belum bersedia untuk sebarang perlawanan tapi dengan semangat sentiasa mahu bermain dan berlawan dan sentiasa bertanya bila nak main,bila nak lawan.So hari ini, mereka turun menguji keupayaan mereka sendiri sebenarnya,menentang pasukan anak-anak Indonesia yang memang dah lama terbina dengan kekuatan beberapa `key player`mereka yang bermain untuk kelab-kelab remaja terpilih di Qatar ini. Kalah menang bukanlah ukuran,terutama melihat kesungguhan mereka cuba memberi tentangan,lagipun mereka masih di peringkat pembinaan dan pembikinan,apatah lagi mereka masih jauh dengan suasana berlawan bola sebenarnya,yang selalu diperolehi oleh anak-anak yang berada Malaysia. Anyway,`thank u`so much to mak-bapak yang hadir memberikan semangat dan sokongan mental,Insyallah kami `the volunteer coach`akan cuba memberikan apa yang termampu terutamanya dari segi persediaan mental dan teknikal untuk game-game yang akan datang,atau setidak-tidaknya kekalahan 0-7 hari,akan kita balas suatu hari nanti,umpama kata orang `kalau takut kalah,jangan cakap pasal bola'Insyallah pasti suatu hari kita akan menang...

Illaliqaq,

Wednesday, November 17, 2010

Brazil VS Argentina....Doha,Qatar.

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Kalau tak kerana kerana bekerja night shift pada tarikh 17hb Nov ini,pastinya dah awal-awal lagi aku beli tiket untuk match ini,Brazil vs Argentina,siapa yang tak mahu tengok.Tambah pula katanya Messi dan Ronaldinho akan pasti mengetuai skuad masing-masing.Tapi dah tak de rezeki kok untuk menonton match yang dinantikan oleh ramai peminat bolasepak dunia, walaupun sekadar perlawanan persahabatan.Apapun harap-harapnya kedua-kedua team akan membariskan pemain-pemain hebat masing-masing untuk perlawanan ini,tidak seperti match Brazil vs England last year yang mana ada segelintir aje pemain-pemainnya yang aku kenal....

Illaliqaq.

Eid Adha Al-Mubarak

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Kebetulan pulak aku kena kerja hari ni,so terpaksalah family aku beraya sesama kaum ibu aje disekitar kawasan aku tinggal ni.Nasib baik juga rumah kami semua ini agak berdekatan yang tak memerlukan kenderaan untuk kunjungan ziarah Eid-Adha ini.Alhamdulillah suasana perayaan seperti di Malaysia tetap terasa, cumanya anak-anak aku sedikit mengeloh kerana katanya beraya kat sini tak best,tak dapat duit raya!!!memang anak-anak dah macam tu,asal raya pasti nak duit.Anyway dah masuk tahun kedua aku dan keluarga menyambut Eid Adha di Qatar ini,memang suasana perayaan tak nampak ketara terutamanya dikalangan orang Arab, suara takbir yang biasa kedengaran jelas di Malaysia selama 3hari selalunya untuk Eid Adha ini,tetapi agak sepi disini mungkin sekadar kedengaran diruangan masjid-masjid aje,.....

Illaliqaq.

Sunday, November 14, 2010

Ex-PPT Gathering

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Alhamdulillah menjadi jugak akhirnya gathering ini,walaupun pada mulanya agak sepi dan kurang sambutan untuk penyertaan dari rakan-rakan Ex-PPT di Qatar ini maklumlah bilamana ada yang kena kerja,ada yang balik Malaysia dan ada jugak yang sedang mengerjakan haji di Baitulah.Mungkin juga aura En Megat Kuwaiti yang datang melawat Qatar berjaya mengumpulkan seramai 14 orang ex-ppt di Qatar semalam di Al-Khor Beach Club.Juga semestinya tanpa commitment project leader Asrul/Che Din gathering semalam tak mampu mengumpulkan sebahagian dari kami di Qatar ini, terutamanya bila xtvt semalam bertembung pulak dengan xtvt geng2 India dari Karala dan Gujerat dengan penyertaan dari mereka seramai 180 orang.Resipi dan perencah BBQ ayam,udang,ketam dari Chef Amir M pun memang boleh tahan sedapnya, menjadikan masa xtvt selama 6 jam itu berlalu agak cepat juga,bila makan sambil membakar BBQ dan bertukar2 cerita..
Illaliqaq.

Saturday, October 30, 2010

Football Klinik.

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Baru hari ini aku dapat turun untuk kepadang bersama anak-anak Malaysia di klinik bolasepak yang kami aturkan untuk mereka yang berumur 7-15tahun. Memang agak mengalakkan sambutan dari anak-anak dan sokongan ibu-bapa semua.Mungkin kerana rindukan suasana bermain bolasepak di padang-padang kampung atau tepi pantai dan sungai dulu menjadi ibu-bapa turut bersemangat memberi sokongan.Walaupun agak penat dan cerewet menjadi volunteer coach pada anak-anak ini,tapi sekadar mengambil cabaran dan tanggungjawab dimana kalau orang lain tak nak,biar aku jelah cuba.Kalau tak semua perkara takkan jadi kalau tak de yang nak sukarela.Anyway nak coach anak-anak ni tak lah susah sangat,sekadar bagi basic need for football tu,Insyallah aku boleh berikan.................Bersambung

English Khutbah

Assalamualaikum/Khaifahalaq,

Alhamdulillah setelah sekian lama mendengar khutbah dalam bahasa Arab yang mana hanya beberapa patah perkataan sahaja yang aku sendiri tahu maknanya. Hari ini di Masjid Alkhor Community telah disajikan dengan khutbah in English oleh Presiden Aman Palestin,Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin. Khutbah yang memperkatakan tentang Palestin,Ghaza dan Masjidil Aqsa yang semakin hari semakin tergugat kedudukannya oleh kejahatan rejim Zionis Yahudi, yang ingin menjadikan Al-Aqsa sebagai tempat ibadat mereka pula.Dimanakah suara-suara besar dari pemimpin-pemimpin negara Islam yang kaya raya.Dimanakah peranan OIC,apakah memang betul-betul`ooe i see'. Memang terkejut bila diberitahu oleh Prof Dr Zainur yang kawasan Baitul Maqdis telah dipagari oleh tentera Israel dengan tembok besi sejauh 70KM setinggi 12 kaki.Juga sebuah balai polis tentera Israel telah berada dalam kawasan masjid Al-Aqsa yang menjadikan Masjid ketiga tersuci di dunia semakin hari semakin jauh dari umat Islam.Dimanakah peranan aku dan kawan-kawan.....


Illalliqaq.

Wednesday, October 27, 2010

WTA Doha 2010.

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Memang tahun ini,aku tak plan pun nak tengok Kejohanan Tennis Wanita ini.That why lah aku tak beli tiket dan langsung tak buat persediaan untuk pergi menontonnya secara langsung diKhalifaq Stadium,Doha.Ditambah pulak bila ramai pemain yang datang ini,dah pernah aku tengok gaya permainan mereka secara live diDoha ini.Cuma semalam bila aku bepeluang ke Khalifaq Stadium aku sekadar masuk merayau di persekitaranya untuk mencari souvinier yang bisa dibeli,tapi sayangnya baju dari jenama CrestLink penaja untuk tahun-tahun lepas tidak kelihatan pula,jenama Fila menjadi gantinya.Anyway kalau Justin Henin ataupun Sharapova yang datang,pasti akan lebih ramai lagi penonton di Khalifaq Stadium ini,dan pastinya aku sendiri akan awal-awal lagi mendapatkan tiketnya....

Illaliqaq.

Tuesday, October 19, 2010

Forum Perdana & RedBull Fortress Challange

Assalamualaikum/Khaifahalaq,

Dah kebetulan first day shift aku jatuh pada Jumaat 22 Oct 2010.So tak dapatlah turut nak sertai kedua-dua event ini nanti.Forum perdana,dengan ahli panel tekenal dari Malaysia,Dr MAZA,Ustaz Mujahid Yusof Rawa dan Ustaz Abdullah Zaik yang akan datang bertandang di Qatar ini selama 2-3 hari.Beberapa program ceramah dan kuliah telah disusun atur oleh pihak penganjur disini, terutamanya dari orang kuat Malaysia di Qatar En.Megat Rithauden dibantu oleh dengan promosi yang gah dari orang kuat alam cyber En Amir. Memang rugi rasanya,bila tak leh nak join acara berkenaan tapi mungkin bukan rezeki aku kali ini,terutamanya sayang sekali `miss' program bersama Dr Maza yang akan berlangsung pada Sabtu 23Oct.Redbull MTB Fortress Challange,tak lah aku minat sangat sebenarnya.Tapi dah kebetulan ada MTB,terasa juga nak cuba beraksi dan mencuba walaupun nampak macam impossible bagi aku.Sesekali rasa besemangat juga, terutamanya bila agak ramai juga geng-geng Malaysia yang mempunyai mountain bike bicycles nak turut mencuba.Mungkin sekadar nak cari pengalaman ataupun nak tengok bagaimana peserta lain beraksi barangkali.


Illaliqaq,

Monday, October 11, 2010

Akhirnya Syawal

Assalamualaiku/Khaifahalaq,
Alhamdulillah,walaupun ketika Syawal dah hampir habis pada Jumaat lepas, dengan disokong oleh usaha kuat kaum ibu dan beberapa orang kuat block aku,maka sempat juga kami menganjurkan `Syawal Open House`secara co-host,dengan 7 tuan rumah.Memang senang sikit nak organise dan managed, juga agak senang pada mereka-mereka yang nak datang.Ditambah pula ramai juga yang tak berkesempatan menganjurkan `open house`kerana baru tiba dari Malaysia,lagipun block yang aku tinggal ini agak terbatas ruang legarnya, so penganjuran secara co-host banyak juga advantagesnya.Terima Kasih tak terhingga pada yang bersusah payah menjayakan majlis tersebut terutamanya pada kaum ibu block C208.

Illaliqaq.

Wednesday, September 22, 2010

Kids n School

Assalamualikum/Khaifahalaq,

Hari ini dah masuk hari ketiga Haiqal bersekolah di class reception at AKIS.Walaupun pada mulanya aku dan wife agak risau juga tentang communicationnya di sekolah,tapi Alhamdulillah pada setiap kali balik dari sekolah,dia sentiasa cakap besok nak ke sekolah lagi.Mungkin ramai
kawan-kawan barunya disekolah,mainan pun banyak katanya,kebetulan pulak guru kelasnya seorang muslim dari Middle East ini di bantu oleh seorang assistant dari Indonesia,that why senang sikit bagi dia nak terima kok.Anyway pada kakak dan abangnya,memang aku tak risau lagi,sebabnya mereka dah pun boleh communicate in English dengan guru-guru mereka.
Insyallah selepas ini aku merancang untuk memasukkan mereka ke kelas bahasa Arab,dan semoga mereka dapat menguasai juga bahasa Al-Quran dengan baik.Insyallah.
Illaliqaq.

Thursday, September 16, 2010

Welcome Back!My Family

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Alhamdulillah,setelah hampir 3 bulan berada diMalaysia,hari ini mereka semua telah selamat sampai dQatar seawal jam 5pagi.Terubat rasa rindu pada isteri dan anak-anak,setelah melihat mereka di Doha airport,ketika menunggu aku yang sedikit lewat tiba,kerana bekerja malam semalam.Insyallah,selepas ni,boleh lah makan makanan citarasa Malaysia,selepas hampir setiap hari menjamah makanan citarasa India,samada di office ataupun kedai makan sekitar Al-Khor.Maka Insyallah juga next week bermulalah sessi sambungan persekolahan untuk 2 orang anak-anak dan sessi persekolahan baru untuk Haiqal,yang berusia 4 setengah tahun yang memang agak bersemangat dan beriya-iya nak bersekolah dari mula-mula sampai ke Qatar ini.

Illaliqaq,

Friday, September 10, 2010

Eid Mubaraq dQatar

Assalamualaikum/Khaifalaq,

Alhamdulillah,sempat juga hari ni aku menunaikan solat sunat Eid-Fitri di perkarangan padang bola Al-Khor Community,walaupun aku terpaksa sedikit rushing untuk ke tempat kerja selepas itu.Memang agaknya dah jadi trend ataupun memang orang Arab ni nak mengambil sunnah nabi s.a.w yang sentiasa mendirikan solat sunat Eid di padang yang luas,cumanya sekali nabi s.a.w solat Eid didalam masjid ketika cuaca tidak berapa elok...Memang agak ramai juga, jemaah yang datang that why lah,padang yang luas menjadi pilihan untuk solat.Dan yang menariknya bagi kanak-kanak,selepas itu ada acara pembahagian token dan gift yang dianjurkan oleh mungkin orang Arab yang agak berharta demi mengembirakan hati kanak-kanak.Tahun ini tak berkesempatan ke Malaysia Embassy di Doha,solo,kena kerja dan kurang minat dengan xtvt yang dirancangkan oleh MAQ menjadikan modal untuk aku tidak kesana.Sedih juga,bila mengingatkan orang-orang yang kurang bernasib baik dan ditimpa musibah pada ambang Syawal,dan hendaknya mereka semua tabah dengan dugaan Allah.Pastinya masih ramai orang lebih tidak bernasib baik dan mengalami segala kerumitan dan kepayahan di luar sana,kepada Mu jua Allah tempat kami berserah,Engkau tuhan maha besar.
Allahuakbar,allhuakbar,allhahukbar...Walilllahilham.

Illaliqaq.

Thursday, September 9, 2010

Eid Mubaraq/Selamat Hari Raya Eid Fitri


Assalamulaikum/Khaifahalaq,
Alhamdulillah,esok semua umat Islam diseluruh dunia akan menyambut hari raya Aidilfitri.Hari kemenangan bagi umat Islam.Hari yang ditunggu oleh ramai manusia,terutamanya budak2 dan orang tua yang tak nak berpuasa. Apakah Ramdhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya terutama bagi aku ini. Walaupun banyak juga,event yang dijadualkan oleh RasGas pada staffnya yang bakal berhari raya esok dan dua-tiga hari mendatang diQatar ini,tetapi kerana aku masih solo dan berbetulan pulak aku kena kerja pada hari raya pertama nanti,tak pulak aku terpikir untuk join sama dalam event berkenaan samada di AlKhor Community AlWaha Club dan Sheraton Hotel Doha.Anyway Insyallah lagi 6 hari family aku akan kembali ke Qatar ini,dan pastinya masih ada ruang untuk kami meraikan Eid Fitri sekeluarga.SELAMAT HARI RAYA AIDILFITI,MAAF ZAHIR BATIN........
Illaliqaq.

Friday, September 3, 2010

Balik Raya..........best sangat ke?

Assalamualaikum/Khaifahalaq,


Memang sekarang perkampungan Malaysia di Al-Khor Community tempat aku bermastautin ini dah agak lengang.Ramai yang sudah balik ke kampung halaman di Malaysia untuk sambutan Eid-Fitri. Mungkin yang tinggal nanti hanya beberapa kerat yang tak berkesempatan balik ataupun dah balik sebelum Ramadhan lagi juga yang akan balik pada Eid-Adha nanti,terpulang pada citarasa masing-masing. Teringat aku soalan`best sangat ke balik raya ni` terpulanglah pada mereka membuat penilaian.Pastinya nampak macam best.Anyway semakin ramai yang pulang kerana Eid-Fitri semakin hampir, maka semakin dekatlah family aku akan sampai ke Qatar,selepas mendapat pelepasan bercuti, berpuasa dan menyambut Syawal di kampung isteri aku di PD.Sesunggungnya aku lebih fokus pada 16 Sept 2010 hari family aku akan sampai berbanding 10 Sept kalau jatunnya Eid Fitri. Apapun Selamat pulang berhari raya pada yang berkesempatan dan Insyallah!! Welcome Back my family to Qatar........
Illaliqaq.

Tuesday, August 24, 2010

Iftar dCorniche

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Walaupun macam program ad-hoc aje pada mulanya,Alhamdulillah menjadi jugak hari ini program Iftar di pinggir corniche bersama-sama family, walaupun aku cuma keseorangan tapi terasa jugak kelawasan berbuka di tengah padang.Adalah 5-6 family yang datang,memang tak open invitation pun rasanya,cumanya pada sesapa yang nak join...please,you are welcome.
Mungkin itu gamoknya kata orang yang curahkan idea majlis Iftar ni,Awang Fadli,Rudy juga Amir.Walaupun aku sekali lagi sekadar menumpang ,kerana masih keseorangan tapi tetap terasa juga kemeriahan berbuka ramai-ramai, walaupun ala kadar aje menu dan juadahnya. Sempat juga selepas itu aku bertarawikh ditempat masjid kegemaran aku pada tahun lalu,di kawasan Najma,sekitar 15KM dari Doha.Alhamdulillah,walaupun imam ala-ala Mekah yang dijemput tahun lalu tidajk kelihatan,namum pengantinya juga tak kurang sedap dan merdu bacaan Qurannya,tiba-tiba dah nak habis 8 rakaat yang selalu dibuat di bumi Qatar ini. Alhamdulillah, syukur pada mu Ya Allah kerna masih di beri rezeki untuk bertarawikh di situ,juga rezeki ketika berbuka tadi......amin.


Illaliqaq.


Monday, August 23, 2010

Iftar Perkampungan Malaysia.

Assalamualaikum/khaifahalaq,

Alhamdulillah,pada hari Jumaat tanggal 20/Aug/2010 yang lepas geng-geng RG/QG Malaysia di Al-Khor Community ini,telah berjaya menganjurkan majlis gotong royong berbuka puasa dan solat tarawikh bersama-sama di perkarangan komplek kami tinggal ini.Meriah jugak pada masa berbuka, bilamana agak ramai jugak yang datang dari seantero Doha dan Alkhor. Walaupun `humidity`masih agak tinggi dan bahang panas masih terasa, namum dengan semangat ukhwah dan kesungguhan menjayakan aktiviti ini berjaya juga kami laksanakan majlis ini,walaupun aku sekadar menumpang dari banyak sudut terutamanya bila family aku masih berada diMalaysia. Cumanya,ramai juga yang merungut bilamana 'Pak Imam' bagi solat tarawikh memberikan tazkirah dan membaca doa yang sedikit panjang,bagi selang ruang yang ada ketika solat sunat berkenaan. Agaknya kurang keselesaan, mungkin kalau di Malaysia,it's shud be ok,we have good weather.That whylah Rasulullah S.A.W,menyuruh kita mencari keselesaan ketika beribadat,di mana Baginda s.a.w sendiri pun pernah berhenti ketika merasa terlalu panas ketika bersolat.....Apapun semoga usaha-usaha mereka berkenaan di rahmati dan mendapat balasan setimpal dari Allah jua.
Illaliqaq.

Thursday, August 19, 2010

Iftar dan Istiqamah Untuk Palestin.

Assalamualaikum/Khaifahalaq,

Alhamdulillah petang tadi aku dan rakan-rakan sekitar Doha dan Al-Khor berkesempatan mengikuti program iftar anjuran MAQ dan Dar-Al Arqam/Al-Khor Malaysian Community bersama-sama dengan Tn.Haji Jamaludin Elias,Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia bagi misi bantuan dan kemanusian di kebanyakan negara,terutamannya untuk pembebasan Palestin di Semenanjung Ghaza....kenapa Ghaza,Insyallah bebasnya Ghaza dari cengkaman Israel maka Insyallah bebaslah Palestin dan Al-Aqsa dari Yahudi Laknatullah begitulah luahan Tuan Haji Jamaludin.Memang bersemangat serta sakitnya hati bila banyak gambar adan cerita secara terus dari orang berpengalaman berada secara live di negara Palestin ketika jet-jet dan helikopter Apachee Israel berlegar-legar di atas kepala mencari sasaran dan mangsa,tapi Alhamdulillah rata-rata sukarelawan Yayasan Amal Malaysia sudah bersedia untuk pergi kemana saja,walaupun balik dan pulangnya belum pasti...hanya Allah yang tahu.Betapa mulia dan istiqamahnya mereka.Apakah aku jua sanggup menjadi seperti mereka?Walallahualam.
Illaliqaq.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Kareem 2010

Assalamualaikum/khaifahalaq,

2010/1431Hijrah,Ramdhan Kareem,Alhamdulillah Ramadhan datang lagi.Kali ini sudah tahun kedua aku menyambut Ramadhan dan insyallah Syawal nanti dibumi Qatar ini,bukan tidak berkesempatan untuk balik,tapi naluri dan perasaan aku lebih banyak untuk berRamadhan dan bertarawikh disini,walaupun tanpa nak dan isteri di sini.Mungkin berbetulan juga,dengan income bulan Ramadhan di bumi Qatar ini sedikit lebih,menjadi daya penarik untuk aku menyambut Ramadhan dan berpuasa disini.Apapun memang sepatutnya tidak menjadi masalah pada sesiapa jua,bila sudah berada pada international level ,soal puasa dan raya bukan sesuatu yang menjadi hal,bab kata seorang kawan lama`best sangat ke balik raya ni`. Anyway semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang lebih baik bagi aku dan teman-teman hendaknya,dan semoga jua aku mendapat ketiga-tiga bahagian daripada keseluruhan Ramadhan ini,kurniakan aku rahmat mu Ya Allah,ampunkan segala kesalahan dan dosa ku Ya Allah dan bebaskan aku dari siksa api nerakaMu ya Allah. Amin ya Allah.
Illaliqaq.

Friday, August 6, 2010

Qatar...I Came Back

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Alhamdulillah,hari ini 5 August 2010 aku telah selamat kembali ke Qatar setelah hampir 40hari pulang bercuti di Malaysia.Banyak jugak benda yang telah aku settlekan,walaupun masih ada beberapa perkara yang terbengkalai. Insyallah next time akan diusahakan.Ternyata walaupun semangat dan keinginan untuk datang kembali agak kuat,namum ralat dan sedih tetap terasa bila keluarga aku masih berada di Malaysia sehingga selepas Syawal nanti.Banyak juga perubahan yang dilihat di daerah kelahiran aku Dungun setelah hampir 18 bulan aku disini. Apapun yang paling aku terkilan bila tidak berkesempatan bertemu dengan 2-3 orang rakan dan sahabat lama di office lama terutamanya brother MBS dan AHC,orang yang selalu bertekak dan tak sehaluan dengan aku dulu,tapi mempunyai beberapa ciri-ciri yang membuatkan aku terasa untuk bertemu muka tapi mungkin bukan rezeki dan tiada titik pertemuan kali ini.....
Ilalliqaq.

Sunday, June 27, 2010

Hometown Vacation

Asslamualaikum/Khifahalaq,
Insyallah hari ini 27Jun 2010 selepas hampir setahun setengah tak balik ke Malaysia,hari ini aku dan family akan balik bercuti untuk beberapa ketika sehingga awal August nanti.Memang banyak benda yang aku rindu dan tak sabar aku nak menikmatinya semula pada kelapnagan yang ada nanti Insyallah.Berbetulan pula semalam,buat pertama kalinya Al-Khor Community tempat aku tinggal sekarang menganjurkan pasar malam yang dikelolai oleh geng-geng dari Malaysia,namum aku tidak berkesempatan untuk at least meraikan dan melihat suasana,kerana masih sibuk dengan last packing.Mungkin juga nanti banyak pasar malam yang akan aku dan family jumpa sepanjang sebulan diMalaysia,menjadikan aku tak berapa bersungguk untuk ke sana!!anyway Tq to Malaysian yang sentiasa menghidupkan suasana budaya Malaysia di Qatar yang sememangnya menjadikan perasaan rindu pada Malaysia sentiasa di kemuncak!!

Tuesday, June 15, 2010

World Cup 2010.


Assalamualaikum/Khaifahalaq,

South Africa 2010,walaupun aku tidak mengambil cakna sangat dengan World Cup kali ini,tetapi bila-bila dan di mana-mana aje sembang pasal bola ini terus kedengaran,menjadikan aku terpanggil juga untuk menonton beberapa game.Malangnya,walaupun hampir 20 channel sukan bagi siaran satelit di rumah aku ini,masih belum jumpa walau satu pun siaran yang hidangkan live telecast untuk semua game,apalah!!tok arab ni,semua nak kena subscribe. Nasib baik Al-Waha Club,dekat dengan rumah baru aku tinggal ni,ada pancarkan big screen live telecast for the all matches,so boleh lah pilih-pilih yang mana nak pie tengok.Dan kebetulan pulak geng-geng India kat sini memang tak berapa minat dengan bola,so agak lapang dan tenang jugak lah berada di Al-Waha Club big screen walaupun tak lah besar mana sebenarnya...compare big screen yang ada kat Malaysia.Anyway,Insyallah untuk perlawanan bertarikh 27hb June keatas aku akan sempat menonton game-game berkenaan di Malaysia,termasuklah perlawanan akhir nanti.Cuma tinggal 16 hari lagi untuk aku balik kali kedua selepas hampir 1 tahun setengah berada di Qatar .!!!memang tak sabar,banyak benda yang di rindui.
Illaliqaq.

Tuesday, June 1, 2010

My New Accomodation

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Setelah hampir satu setengah tahun aku dan family menetap di Al-Merqab Rasgas Doha Housing maka hari ini,31 May 2010 bermulalah kehidupan baru aku dan family di RG/QG Al-Khor Community. Alhamdulillah walaupun kediaman baru ini agak kecil sedikit,berbanding dengan Al-Merqab Compound namum masih ada ruang dan keselesaan yang cuba disediakan oleh pihak RG/QG.Yang paling penting,anak2 pasti akan lebih ceria dan gembira kerana suasana budaya Malaysia memang ketara kelihatan disini terutamanya bila hampir 40 keluarga Malaysia berada di sekitar ini.Jarak ke sekolah mereka pun sekitar 1-2km aje,mungkin mengambil sekadar 5minit dengan shuttle yang disediakan,untuk ke plant RG/QG pula mungkin kami dah save 1jam dari masa Doha to RasLaffan,menjadikan perjalanan sekadar 20-25 minit sahaja.....


Illaliqaq.

Monday, May 3, 2010

2010 Shutdown..

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Alhamdulillah,telah berakhir shutdown Train5 LNG Rasgas selama 15hari. Walaupun agak penat jugak bila bekerja tanpa rehat selama 15 hari berturut-turut.Ditambah pulak dengan musim summer dah bermula bercampur sedikit tekanan starting-up the plant ahead of schedule oleh bos-bos `bawang`disini. Apapun alhamdulillah aku berjaya menyelesaikan task yang diberikan walaupun aku dah lama tak involve dengan shutdown secara directly berada di field.Mungkin juga sedikit hasil lebihan shutdown ini,boleh jadikan modal untuk mendapatkan extra lens Nikon 70-200mm f/2.8 dan flash SB 900 untuk D90 aku yang kekadang aje aku letakkan on running mode sekarang ini.

Illaliqaq.

Saturday, April 17, 2010

2010 Shutdown

Assalamualaikm/khaifahalaq,
Maka esok 17 April hingga 3 May,akan bermula kerja siang aku berterusan selama 18hari tanpa rehat untuk sessi shutdown LNG Train 5 plant aku bekerja sekarang.Kalau tahun lepas aku melalui 28malam tanpa rehat untuk shutdown Train 3/4 2009. Nampaknya tahun ini kenalah,memerah keringgat dan peluh pada kepanasan 35oC-38oC di awal musim summer ini.Nasib baik tak lama sangat shutdown kali ini, mungkin pejam celik-pejam celik dah nak masuk seminggu nanti rasanya.Anyway rasa bersemangat jugak,untuk melibatkan diri dalam shutdown kali ini,bilamana aku kena jadi care taker untuk `drier and mercury removal unit`bersama Bang Agus teman dari Indonesia.

Illaliqaq.

Sunday, April 11, 2010

New Housing

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Sehari dua ni agak sibuk sikit membuat persediaan untuk berpindah kerumah baru di Al-Khor Community.Rumah baru yang telah siap semenjak awal tahun lagi,sekarang telah mendapat arahan dari pihak Rasgas Housing Commitee untuk aku and the geng membuat persediaan berpindah.So banyak lah keperluan furniture yang perlu di beli,nasib baik company bagi elaun perabut so tinggal nak beli aje lah.Anyway mungkin aku tak sempat untuk berpindah secara total bulan ini,kerana Train 5 LNG RasGas,tempat aku mencari makan sekarang akan melalui process TNA selama 17hari,jadinya mungkin sekitar awal Mei nanti barulah aku berkesempatan untuk move secara total.So mungkin selepas itu perjalanan ke Doha akan menjadi sedikit berkurangan kerana jaraknya sekitar 50KM dari rumah baru aku nanti.Anyhow it's still ok...

Illalliqaq.

Sunday, April 4, 2010

My Umrah dan Ziarah.

Assalamualaikum/Khaifahalaq,

Alhamdulillah atas limpah nikmat dan kurniaNya dapat aku dan keluarga menunaikan ibadat umrah tahun ini.5 hari diMekah dan 4 hari diMadinah memang bagai dikata orang seperti terlalu singkat,begitu pantas berlalu,tiba-tiba dah nak balik.Nasib baik sempat meziarahi beberapa tempat bersejarah zaman Rasulullah SAW seperti gua Hiraq,gua Sur,bukit Uhud,masjid Qubaa,masjid Qiblatine dan banyak lagi.Bab kata Ustaz Hussin,muttawir bagi family aku untuk trip umrah kali ini,sudah tidak ketara bezanya jemaah umrah dan jemaah musim haji sekarang, bila jumlah manusia yang berada di bumi Mekah sentiasa ramai samada musim umrah ataupun haji. Sempat juga berada diruangan Raudhah beberapa kali dan menziarahi maqam Nabi s.a.w dan dua sahabat baginda Sayyidina Abu Bakar alSiddiq dan Sayyidina Umar alKhatab,sempat juga 3-4kali aku ke perkuburan Baqie,tempat jenazah ayah aku disemadikan.Alhamdulillah perjalanan kami berjalan seperti dirancang pada masa berangkat pergi,tiada ganguan besar cuma sebiji tayar kereta rakan bocor dan aircond kereta seorang lagi teman mengalami masalah,juga sedikit gangguan`sandstorm`yang agak mencemaskan juga,yang menyebabkan perjalanan mejadi sekitar 16-17jam.Pada ketika pulang keDoha pula walaupun kami sekeluarga bersendirian aje dari Madinah,perjalanan yang memakan masa 12jam berjalan lancar,cumanya ketika lost signal pada garmin/gps system menjadikan kami agak panik juga ditambah pula, indicator petrol berada pada kedudukan separuh aje sementara petrol pump tidak pula kelihatan,anyway Alhamdulillah umrah aku dan keluarga yang berjumlah 9 hari bermula 25march-4april 2010 berjalan lancar seperti dirancang juga atas kehendakNya, walaupun anak lelaki kedua aku yang berumur 4 tahun agak merenget kerena demam sebaik menjelang malam perjalanan.....



Illalliqaq.

Sunday, March 21, 2010

Umrah & Ziarah

Assalamualaikum/Khaifahalaq,

Alhamdulillah,sekarang dah masuk pertengahan musim umrah.Ramai juga teman-teman dari compund Al Merqab 2,tempat aku tinggal ini yang turut sama pergi,ada yang masih di Tanah Suci dan ada yang dah pun selamat pulang,dan masih ramai lagi yang akan pergi sekitar 2 minggu ini.Ramai diantara mereka yang pergi menaiki bas, terutamanya bagi yang membawa orang tua datang dari Malaysia ke Qatar in untuk tujuan umrah.Ramai juga yang menggunakan kenderaan sendiri,konvoi 4-6buah kenderaan menuju jarak 1500km yang mengambil masa sekitar 15-17 jam. Teman-teman office lama dulu seperti ManRambo,Amir,CheMus yang masing-masing dengan Ford Explorer 4.0L telah selamat berada disana semenjak 3 hari lepas, ditemani oleh LandCruiser milik KLot dan RamboExPM juga sebuah MercBenz kepunyaan HishamExPPM yang telah berlepas sekitar jam 3pagi hari Rabu yang lepas,semoga hendakNya mereka selamat kembali nanti.Dan semoga hendakNya jua,supaya aku dan keluarga diberi kesempatan manis sebegitu suatu hari nanti untuk sama-sama pergi menuju ke rumahMu Ya Allah. Amin.Amin,Ya Rabalallamin.

Illaliqaq.

Sunday, March 7, 2010

Malaysian Futsal Tour

Assalamualaikum/khaifahalaq,

Memang langsung tak disangka bila HajiDin aka Haji Barat nama glamournya,juga Yem turut sama dalam kejohanan futsal semalam.Walaupun aku tak nampak kedua-duanya menerima dan mengawal bola.Tapi kesungguhan larian mereka menunjukkan semangat yang bagai nak rak untuk team meraka. Tak tahulah aku samada bola betul-betul tak singgah dikaki mereka ataupun sebenarnya memang mereka berlari untuk lari dari bola.Mujur lah jugak Leo sekadar menjadi penonton semalam, kalau tak mungkin kejadian muntah hijau 15tahun yang lalu berulang lagi. Apapun tahniah pada MAQ dan Haji Konang selaku orang kuat kejohanan semalam kerana berjaya mengumpulkan ramai player-player dari Malaysia, sehinggakan mencapai 16pasukan dengan hampir 160 pemain,termasuklah kami-kami ini ExPPTSB yang turut sama bermain HajiBarat, Yem,WanKamal,ManRambo termasuklah aku sendiri serta bintang import team Al-Khor A yang berjaya ke final,walaupun baru 5 hari berada di Qatar ini,Iwe aka OTM.TQ and tahniah pada ManRambo dan Batman dari team aku My-Merqab kerana aura kapten dan team manager mereka membawa team kami ke semifinal.Walaupun tewas,tapi kami berjaya melebihi sasaran lagipun kami hanya play for fun,walaupun agak penat kerana bermula seawal jam 8pagi hinggalah jam 10mlm,kami berkampung di padang futsal AlKhor Komuniti.

Illaliqaq.