Saturday, November 1, 2008

Assalamulaikum........kaifahaluqha,

Hari ini aku and the geng telah dibawa oleh YEM ke Lousail Internatinal Circuit,di sinilah litar kejuaraan motor GP di yang adakan pada waktu malam.Hari ini aku mengambil kesempatan untuk melihat sprint test motocycle and motorcar,for those who intersted to join....it`s opened.Kami hanya sempat melihat acara motorcycle sahaja,yang bermula sebaik saja kami sampai.Banyak jenis motor jugak yang masuk,ada Ducati,Fire Blade,Honda ZSR dan macam-macam lah.Ada yang driver yang muda macam Mat Obat,ada yang sedikit berumur macam Boh Lan....tetapi rata-rata mereka sekadar nak test power motor masing-masing.Banyak lap mereka pusing untuk litar sejauh 5km ini,nasib baik cuaca dah masuk musim sejuk...tak lah panas sangat rasa bahangnya.Mungkin suatu hari Leo akan menge`test` power motor Fire Blade 660cc dia,tengok selaju mana boleh pergi,tu pun kalau Leo berani letak kepala lutut masa ambil selekoh.......aku sure kalau M.Obat aka W.Hairel ,mesti dok sabar akan peluang sebegini.Come-on Mat....join us motor murah kat sini,nak masuk sprint test pun senang...........ada yang sanggup bagi motor dia kalau mum nok test power.
Untuk sessi kereta!!! bermula agak lambat sikit,dalam pukul 1.30tgh...so kami tak sempat nak tengok yang dalam circuit punya,masa kami nak balik tu adalah, geng-geng kereta lawo dan power yang dah buat scrutineering kereta mereka untuk test power kat dalam litar.Ada kereta Porsh,Corv,Bmw,Audi V1o....Tok Arab mungkin lambat sikit sampai,sebab tu orang dia tak berapa kelihatan lagi........ya lah lagi 2 jam nak start.Tapi aku and geng sempat tgk testing yang yang off circuit punya,tetapi itu untuk driver yang dah register dan expert kok.....sebab nampak gaya merka bawak macam dah lama je,main kat situ.........kereta Impreza dgn Evo 7 tadi memang power lah.....masalahnya ada jugak honda bullet dan EK yang masuk,dah lah nampak slow je
masa selekoh pun ada yang terlanggar kon.....anyway kalau orang minat tengah panas randang dia orang mai tgk,tapi kami ni sekadar mengisi masa dan peluang shj....

Ilalliqaq.

Friday, October 31, 2008

Assalamualaikum......

Hari ini dah masuk kali ketiga aku berJumaat di negera Qatar ini,macam dah jadi routine Hari Jumaat ngan Sabtu,di paginya kami akan perkena roti canai dulu di kedai Mamak Taste of Asia,sekarang bolehlah sementara Wan Kamal masih solo menunggu mek dia mari(nanti mungkin kena gi dgn Hummer Rambo ataupun Nissan Infiniti Adik Wan pulok kok,aku punya GMC belum jumpa lagi)....Kesian Adik Wan!!!!bila turn dia bayar je,mahal pelik pulok kena hari ini....untuk 4 biji roti telur,4 biji roti kosong campur 4 gelas teh tarik...selalunya memang dah mahal pun,tapi hari ni lagi mahal.Qatar bang bukan Kerteh bukan kedai Pak Ali,ataupun kedai awek licin kesukaan Ringgo,Aru,Ustaz Shakri.Sendiri mahu ingatlah,Lepas tu....
Kami saja-saja pergi ke pasar ikan,daging,dan sayur-sayur.....usha-usha harga.Banyak gila ikan kat pasar,segar-segar belaka........mintak maaflah nak cari ikan selar,kembung yang dikatakan masih baru,tetapi bekasan air batu rupanya,macam kat pasar Dungun.Kat sini macam barang lain jugak hanya yang original dan terbaik di jual...so harganya pun,standard dan sendiri mau pikirlah.....
Cerita pasal ikan tadi....ikan selar,kembung,ikan sultan ibrahim.ikan cermin,ikan muduk,ikan aya,ikan yu....harganya lebih kurang Malaysia je,udang pun sama spt harga dekat Pasar Dungun!!!!!tetapi yang paling obvious mahal adalah sotong.Kalau yang harga dalam RM6-10 kat pasar Dungun tu,sotong yang halus-halus tu,bukan sotong jarum bang....tanya Mat Zaki panelman Benzene in waiting lah,sotong mendapa.Harganya memang mahal gila ooe.....dalam QR 30-35/kg.Daging dan ayam belum sempat usha lagi harganya.......next time kok.
Sayur,bawang besar,bawang putih,cili kecik/besar....banyak.Harga lebih kurang je.Cuma kepada kengkawan dari PPTSB...KR2B dan KR2A yang telah/sedang/akan mendapat offer itu....ada lah kok lagi 4-5 orang lagi rasanya,kena bawak awal-awal lah macam....asam jawa,lada kering,ajinomoto dan bahan asas memasak yang simple-simple tu,lepas tu belajar lah memasak sikit-sikit kalau tak untuk orang lain pun untuk kita makan sendiri..........bersambung.
Assalamualaikum........khaifahaluqha,
Semalam dikala aku and the geng sedang berfikir untuk menu makan malamnya,walaupun kami telah diundang kerumah terbuka Deepavali\happy birthday Anand(junior instep)melalui Wan Kamal......runsing juga kami tentang apa yang bakal dihidangkan,walaupun Anand dan isterinya,asalnya dari Malaysia/Terengganu juga,namum berlainan bangsa dan adat menyebabkan kami tak sedap hati untuk memikirkan yang positive tentang..........menu hidangannya,aku dan Adik Wan sempat standby maggi lagi.Namum!!! Alhamdullillah,kami diberitahu yang si Anand ni telah menempah masakan Melayu untuk rakan-rakan Melayunya siap ada kuih gulung inti nyior lagi...Nasi Dagang ditempah dari catering mek Yem aka E.A.Nasri,so apalagi bila nampak nasi dagang dan kuih Melayu kami pun belasah lah betul-betul.Thanks to Anand and family for their very undestanding on choosing the many kind`s of food and menu`s for his multi ration freindstar.May God bless you and your family.Mr Anand.........ramai juga member dia yang datang,yang Melayu ramai yang ada.Selepas itu.................
Sementara menunggu pukul 1.00pg waktu Qatar/6.00pg waktu Malaysia,kami jalan-jalan pusing-pusing sekitar bandar Doha dan Corniche,sekadar melihat gelagat dan permandangan di Qatar ini......malam tadi Amir OMS atau lebih dikenali Amir (M) oleh Lee Plumber akan pulang selama 2 minggu ke Malaysia,bertemu parent dia yang akan ke Mekah,untuk urusan haji.So buat kali keduanya aku and the geng telah ke Doha airport,,,,,baru aku perasan,tak besar mana airport ni rupanya,lebih kurang airport Terengganu yang lama aje,tapi manusia ya Allah,punyalah ramai dekat arrival hall...set-set bawang,bangla penuh.Sempat juga aku tengok bintang-bintang tenis untuk Qatar Sony Ericssson yang kebetulan samapai....tapi malangnya aku tak kenal minah ngan mamat tu(kurang glamour kok),siap naik BMW 7 series lagi,as an official car untuk tournament tu.Excited gila Amir (M) and family to fly back to our hometown,Malaysia.Itulah orang kata hujan emas negeri orang,hujan batu negeri sendiri..........by the way datanglah dulu ambik yang emas tu,cukup masa kita baliklah.
Dan semoga Amir (M) and family selamat sampai di Malaysia dan selamat datang kembali mengambil emas di bumi Qatar ini.........yang paling pentingnya semoga Amir akan terus berusaha mengekalkan trademark Amir(M)....sebab sekarang Amir dah hampir nak jadi Amir XXL.........jgn marah Mir,keta accord baru mum memang best lah.......nanti kita ajak Dillah test bawak,biar tahu penangannya ,kalau dia kena nangislah.......
Ilalliqaq,halas......

Wednesday, October 29, 2008

Permakanan d Qatar

Assalamualaikum........ahlamwassalam,

Alhamdulillah,setelah 3-4 hari tidak dapat merasa nasi pada waktu tengahari,maka hari ini dapatlah aku menjamah nasi walaupun lauk-pauknya ala-ala Arab dan Western di kantin RasGas Office.Ada perkara kurang mengizinkan,tulah sebabnya aku tak dapat ke kantin.....2-3 hari sebelum ini.Anyway Alhamdullilah,...ada ketikanya masih sempat makan nasi pada waktu malam.Cerita pasal makan ni!!!sekarang ,aku masih tak membawa family,so agak rumitlah sikit kalau nak makan....kenderaan pun tak ada lagi.Tapi ramai kawan-kawan yang dah OTAI,selalu call untuk membawa makan...W.Kamal,Yem,Leo,U.Nasri dan ramailah lagi,Insyallah aku and the akan sentiasa dapat makan kat sini......... beginilah routine makan harian aku sementara waktu ini,selalunya pagi aku makan kat rumah je(roti,biskut,telur)alah buat alas perut,ok jugak sekarang dah rasa makin biasa,walaupun jarang berjumpa dengan roti canai,nasi lemak....tetapi kira boleh bertahanlah sehingga tengahari sebelum dapat makan di kantin office.Makan tengahari selalunya memang kat kantin lah,nasi dan berbagai jenis lauk ala Arab dan Western(company deduct QR 4.00/day)...kalau makan kat foodcourt makanan mcm ni.....memang berpuluh -puluh QR lah kok!!!!!!Malam so far,tak tentu.kalau ada member ajak keluar...makan dekat foodcourt shoping complexlah,kalau tak Mee Maggi sedap dimakanlah ataupun roti siput keluaran Carrefour.Nasi bukhari dekat foodcourt kat sini,kira boleh makanlah,harga pun tak mahal sangat dalam QR 7 je,,,,,nasi pun banyak,ayam bapok besor.(kalau aku yang makan memang dok habislah)boleh share 2 orang.Air teh O...mahal gila,kat food court tu QR 8/ gelas kertas bersaiz sederhana....macam tak logik rasanya,tapi ini Qatar bang,bukan Merchang kampung Abang Mat Sulong ataupun Seb.Pintasan kampung aku..........most of the drinking water at food court is between 8QR - 15Q/gelas....aku rasa lah.Fast food mcm KFC,McD,Thaza Chicken pun banyak harga.......lebih kurang Malaysia je,sebab kat sini tak da gov tax,rasanya je lah yang lain sikit.Sos cili kena bawa sendiri........only tomato ketchup is available.Kalau selalu makan kat kedai kat sini,mungkin tauke kedai pun hairan.....
maka pikir-pikirlah sendiri..........


Ilalliqaq..........

Tuesday, October 28, 2008

Assalamualaikum........AhlamWassalam,

Alhamdulillah,setelah 2 minggu lebih berada di Qatar ini,buat pertama kalinya aku and the geng sempat solat Isyak berjemaah bersama imam yang pernah bertugas di Malaysia,imam yang amat terkenal dikalangan penduduk Kerteh.....barulah kali ini sembahyang kami tak perlu tergopoh-gopah mengejar setiap bacaan spt diimamkan oleh Tok Arab kat sini,Tertib dan toqmaninah pun lebih terurus,tidak seperti selalunya bila di imamkan oleh Tok Arab maka....expresslah jadinya sembahyang aku,boleh dikatakan setiap bacaan Fatihah tidak sempat dihabiskan,bacaan masa rukuk dan sujud pun sempat baca sekali je,dah lah tu bila habis sembahyang,memang dah jadi amalan kat sini tiada bacaan wirid dan doa oleh imam.....terus-terus bangun je selalunya,ada yang duduk sekejap tetapi pun berdoa seperti di Malaysia.
Banyak juga perkara pelik yang aku tak pernah tengok di buat oleh makmum-makmum di Malaysia yang menjadi kebiasaan di sini,mungkin kawan-kawan di PPTSB dah ada pengalaman semasa geng-geng Oman datang OJT dulu....tangan selalu bergerak2 kesana-kesini,mematikan handphone,ada yg menjawab SMS(kawan aku yg tgk),ada yang meletakkan spec ke lantai adalah antara perkara yg tak menjadi hal pada kebanyakan Tok Arab,maklumlah ada yg bermazhab Hanafi,Hambali,Ibadi ada juga yang ikut kesemua mazhab.......apa pun semoga ibadat kami diterima Mu Ya Allah,tunjukkanlah kami pintu-pintu rahmat Mu,Ya Allah....Kat sini pun,kalau awal-awal selepas Azan tu kalau nampak masjid sekadar ada 4-5 makmum shj,tetapi antara 15-20min maka berduyung-duyung lah jemaah yang datang....kekadang kat sini Azan je on time tetapi sembahyang memang sengaja di lewatkan....Alhamdulillah memang jemaah ramai,ada yang masjidnya setiap waktu sembahyang macam sembahyang Jumaat makmumnya,kata Ustaz yang menjadi imam kami.......
Imam kami ni sempat bertanya,tentang Dillah betul ke nak mari juga ke Qatar ni,sempat juga dia mengusik,Dillah tu kan takut ke bini ataupun bini tak takut kat dia,tetiba melintas pulok kereta macam Ghan...mung tgk tu,kat sini orang buat teksi je keta mcm tu,kata Imam tersebut,maklumlah Imam tu pun sekarang dah jadi orang kaya Al-Ghanim sekarang.......sebab tu cakap pun umph sikit,zuhud dia pun dah kurang sikit pakai Mits Highlander,tel pun dah updated....tapi sifat tawaduk dan istiqamah pada ugama memang dari dahulu lagi menjadi tunjang Imam ini,Ustaz Nasri.Siap mamat Syria kawan kami yang turut berjemaah bersama kami,kagum dan takjub dengan bacaan ustaz Nasri,tetapi bila ditanya dalam bahasa Arab,ustaz pun macam aku and the geng...masih mencari-cari maknanya,Insyallah,aku akan berusaha mempelajari bahasa Arab.,walaupun tak banyak....
Illalliqaq.



Sunday, October 26, 2008

Assalamualaikum......kaifahalukha,
Hari ini masuk 2 minggu aku di bumi Anbiaq al Qatar.satu pengalaman baru telah menimpa aku and the geng as early in the morning.Gate Pass...memang sesuatu yang tiada kompromi di bumi Qatar ini.Memang aku and the geng dah aware yang temporary gate pass kami sekadar sepuluh hari bermula pada 16hb.So 2-3 hari lepas,kami ada bertanya pada facilitator tentang new gate pass,but he said our gate pass is still valid until today 26hb.Ambik toh.......sesampai aje dekat security gate no1,bila mana pemeriksaan keselamatan...Pak Guard Nepal yang check bas kami ni,terus suruh kami turun bila mana,tengok gate pass kami yg bermula pada 16hb...sebenarnya dah expired hari ini.Yang peliknya facilitaor kami,kata still ok and even another security guard kat situ pun kata masih valid.....sehinggalah supervisor dia kata,no!!!it`s already expired.Kami bertiga bersungguh-sungguh convinced them yang supv kami kata masih ok,sehingga 26hb....
No way,you call you senior or supervisor,ask him tyo bring new gate pass...
Maka terkebil-kebil lah kami,mencari jalan untuk masuk ke RG office...selepas sedikit usaha menelefon rakan Indon yg dah sampai kat office oleh Man The Rambo...maka gate pass yg baru sampailah ke tangan kami,,selepas 1jam 10min...berdiri bersama Bangla,Nepal,India di pintu masuk utama ke kawasan perindustrian Ras Laffan,bezanya dia orang pakai coverall,kami bertiga pakai smart sikit je,T-shirt bercolour tight in,kalau tak memang macam Bangla lah kami.
Anyway one thing yang aku admired kat Qatar ni,there`s no compromise at all to any security and safety matters.
Insyallah,itulah akan menjadi pengalaman pertama dan terakhir aku and the geng sebagai Bangla aka Indon aka Nepal.Panas siol walaupun baru pukul 7.10pg.Nasib baik dah hampir musim sejuk.....
Illalliqaq.

Saturday, October 25, 2008

Assalamulaikum.........kaifahalukha

Hari ini aku and the geng telah ke LandMark Shopping Area.Kami ke Carrefour mencari barang-barang keperluan seharian untuk persediaan masuk ke rumah kami milik company,pada esok hari 26hb.Mujurlah,Wan Kamal masih menunggu kedatangan isterinya jadi dialah yang terus tanpa rasa jemu menemani kami.Terima Kasih!!!Wan Kamal,kalau mum takdok maka naik teksi lah kami...aku dgn A.Wan akan jadi bawang,Man Rambo akan jadi Filipino kok....Banyak juga yang kena beli bermula dari rice cooker, kettel, periuk,pinggang mangkuk,bantal,cadar,selimut,beras,garam,gula dll.So kami pun berbelanjalah seadanya,tak lah berbelanja sakan kerana barang-barang camni isterilah yang lebih arif.Nanti bila orang rumah dah datang barulah `rabok` berbelanja kok. Maka habislah jugak kami hari ini dalam QR 500-600.Banyak barang-barang disini yang harganya memang berbeza dgn Malaysia ada yang murah,yang mahal pun banyak.Barang barang asas spt beras,gula,telur,sos-sos pastilah sedikit mahal dari Malaysia...probably add another 20-30%....

On the way to shopping complex tadi kami sempat ke Mitshubishi showroom,menyilau-yilau kereta Mitshubishi Grandis yang dicadangkan kengkawan kepada aku,harganya memang murah lah kat sini full spec harganya baru dalam QR 95000,Lancer 2.0 mcm Leo atau Budin OMS
QR 85000,Highlander macam Ustaz Nasri tak sampai QR 100k pun.
Sebelum sempat balik,Che Ku Mustaffaa Kamal(7th intake at instep),now our senior at Qatar call W.Kamal untuk jemputan kami ke rumahnya...perkena masakan Malaysia.Alhamdullilah,razeki kat sini melimpah-limpah!!!!,masak lemak ketam,sambal ayam,budu dan ikan Sultan Ibrahim campur sayur dan timun batang telah disajikan kepada kami tadi.Terima Kasih Che Ku.....banyak gok aku and the geng makan tadi,masakan mek mum memang nok bad lah,budu tadi pun lebih kurang Malaysia je...cuma tak de tempoyok,kalau ada.....man rambo,mesti lagi banyak tambah....ikan sultan ibrahim tu,kalau kat Malaysia adalah dalam RM 10/kg kok......ikan kerisi namanya disana.

Ketam pun besar-besar pulok tadi,isi penuh.Walaupun ketam tu tangkapan sendiri Che Ku. Maklumlah,Qatari dah kurang menangkap ketam...mungkin dia orang dah develop kok,rahmatnya dapat juga rakyat Malaysia dapat berpesta menangkap ketam....ramai gila ketam ooe,kalau nak dapat dalam 10-20KG memang senanglah,kalau kena dengan musimnya.
Insyallah aku and the geng akan mengambil peluang merasai keseronokan menangkap ketam dalam masa terdekat ini.....












Ilalliqaq.
Assalamualaikum........

Semalam aku and the geng sempat ke Souq Al Wakif,macam biasa Wan Kamal lah yang bawa kami.Souq Al Wakif ni macam pasar kedai payang lah kalau dekat Terengganu Malaysia.Banyak benda lah yang ada dijual disini bermula dari makanan,pakaian,perhiasan,permata,emas dan macam-macam lagi lahTujuan aku and the geng sekadar menyilau-yilau apa-apa barang yang boleh dijadikan souvinier bila balik nanti.Pening gok kepala,pusing-pusing kat Souq ni.Dah lah Tok Arab ramai bunyi muzik mcm cerita Ali Baba P.Ramlee pun boleh tahan kuat,pelancong asing pun ramai.....tok arab siap bernyayi-nyayi lagi,ingatkan malam Jumaat dia orang duduk
rumah.....
Anyway Souq Al Wakif ini adalah tempat yang sesuai untuk mencari cenderahati kepada kepada sanak saudara dan kawan-kawan bila first time balik nanti,namum biasalah bila ramai orang
maka berbolok wok lah sikit jadinya......










ILALLIQAQ.

Friday, October 24, 2008

Assalamualaikum.....syukran!syukran

Alhamdulillah,aku and the geng baru balik daripada rumah Yem Otai,perkena nasi dagang buatan isteri dia,syukran,syukran rasanya not bad .......bertambah-tambah juga kami semua tadi.Tadi ada lah jugak geng lama aku ,yg bergelar Nasir Gaban the Otai,yg dah datang sini hampir 3 tahun dah,semangat jugak dia maka makan pun semangat jugalah..... On the way tadi Wan Kamal,buat pertama kalinya telah mengisi minyak kereta Honda Jazz dia...murahnya lah minyak kat sini..isi QR 26 dapat 32 Liter lagi,kat Malaysia kalau harga macam tu pastinya rakyat akan lebih selesa,bila agaknya harga kat Malaysia nak turun...harga minyak sekarang pun dah bawah 70 USD.

ILALLIQAQ.....

Thursday, October 23, 2008

Assalamualaikum……

Hari ini aku telah mengambil kunci rumah aku,Ahad ini,26hb aku akan move out from the Merweb Hotel to my permenant residential house.So nanti akan bermulalah
hidup baru aku di rumah company.Maka tiadalah lagi suasana makan dihotel dan pakaian pun kenalah basuh sendiri….selama 2 minggu ini,RG sponsered aku QR 300/day untuk makan dan QR400/week for my laundry.
Rumah yang aku dapat itu bertaraf fully furnished,so tak dapatlah aku elaun perabut buat sementara waktu ini,sehingga berpindah pula ke rumah lain nanti mungkin 1-2 tahun lagi.Banyak juga benda yang kena beli spt rice cooker,kettle,pinggang mangkuk,kuali dan peralatan kecil-kecil untuk memasak dan kegunaan harian.Mungkin perlu jugak dalam seribu-dua nak beli barang-barang ni.Tak apalah kok,nanti bila dapat elaun perabut tu aku dah ada semua barang-barang tu….. boleh jimatlah elaun tu,banyak juga ooe jumlahnya QR 2++++.
Adik Wan pun akan berpindah ke rumah bujang bertaraf semi furnished,bestnya dia dapatlah furniture elaun QR 1++++,banyak gak tu boleh beli kete Ringgo in cash kalau dia nak jual.

ILALLIQAQ…….


Assalamualaikum….

Hari ini aku dan Adik Wan kena buat `finger printing`untuk process Residential Permit.
Macam biasa aku di ambil di hotel oleh shuttle RG.Perjalanan adalah dalam 40min ke immigration office.Office immigration ni nampak macam rumah orang je,tapi security kat Qatar memang ketat lah,nampak aje mcm simple.
Aku ingatkan finger printing ni,dia orang ambil cap ibu jari saja,rupanya kesemua jari-jemari aku diambil capnya.Siap dengan kedua-dua tapak tangan lagi kena buat scaning,jadi macam dalam cerita CSI lah puloknya. Tak tahulah dekat Malaysia kalau orang nak dapat residential permit kena buat macam tu jugak,Abang Mat Sulong dgn Hj Mang mungkin boleh bagi jawapan...Anyway!!! alhamdulillah everything goes ok.
Insyallah kalau ada rezeki aku di bumi Qatar ini dalam sedikit masa lagi aku akan dapat Residential Permit yang bakal memudahkan aku berurusan dengan banyak benda,especially can make preparation to bring my family to Qatar.

ILALLIQAQ.

Tuesday, October 21, 2008

Assalamualaikum,…
Disaat aku menulis ini,aku telah pun berada di hotel,bukan mengulor tapi balik awal sikit
sebab dok tahu nok buat mendapa kat office(tapi tak leh selalu).Schedule aku and the geng untuk training hanya bermula pada 26hb ni saja .Kami mencari-cari juga slot untuk masuk training dalam masa terdekat ni,malangnya semua dah penuh..very limited seat.Peliknya!!! kat sini kami kena proactive untuk buat booking dan cari date untuk training kami,pihak company cuma bagi list of training to be completed saja…the rest is depend on us,if we quest fast so that we can join shift early.Kalau dah masuk shift lagi ok gamoknya,rest pun banyak,duit mungkin lebih lagi kok,kok lah.Anyway banyak pengalaman baru disini,jangan haraplah nak dapat manjaan masa dengan Petronas dulu.

Day B4.
Semalam,selepas Isyak sekali lagi W.Kmal Otai mengajak aku bertiga perkena roti canai dekat kedai mamak Taste Of Asia,Yem Otai pun join kami sekali.Kami perkena roti sardin dgn teh tarik.4 biji roti sardin,5 teh tarik dan bungkus 5 roti kosong……cuba teka berapa harganya.Ok,kok kalau kat sini,kalau kat Malaysia mampuslah kedai ni kena boikot,siap dgn mamak-mamak sekali kena bungkus,pastu buang kat laut.
Selepas tu kami pergi ke Villagio,cari barang dekat Carefour.Aku cari neck pillow untuk guna dlm bas hari-hari,sakit kepala ooe kalau tak de bantal ni.Geng lain cari barang accesories lain...makanan dsb.Sempat jugak kami survey barang dekat Carefour ni,maklumlah next week kami dah kena keluar hotel masuk apartment yg company bagi,so kena silau-silaulah barang makanan dan apa-apa yang boleh membantu kami
menahan lapar.....2 minggu duduk hotel makan tanggung,nah kau nanti tahulah macam mana nak makan...masak ke,makan maggi,makan kat kedai(skali-skla bolehlah).
Anyaway banyak bahan mentah boleh didapati dekat Carefour,yang buatan Malaysia pun ada....harga!!!! ada yang mahal,ada yang murah.Sure kalau family mari nanti senang lah nak masak dan makan dan mesti jimat banyak sikit.....


ILALLIQAQ.

Monday, October 20, 2008

Assalamualaikum…..,Ahlam wassalam.

Hari ini aku dan Adik Wan,dah kena buat medical check-up for residential permit, Rambo belum lagi.Buat dekat hospital gov,Dia orang ambil darah dengan X-Ray saja. Banyak juga system dia orang yang ketinggalan dan ada yg advance pada Malaysia. Walaupun nampak tidak systematic tetapi everything goes find.Mula-mula kena bayar dan ambik bil dulu (QR100 company sponsored)Kalau di Malaysia bayar kemudian.
Ambil darah....macam Yem kata macam ambik darah ayam,main inject gitu je,aku dok tengok tapi Adik Wan kata memang kasar lah dia inject,dok mainlah slow-slow,itu doktor yg buat,kalau nurse tak tahulah camana,aku punya lengang bekok notong lepas ambik darah,sekarang nampak dah nak ok X-ray.....memang macam kartun lah,kena beratur panjang..yang kelakarnya masa beratur tu dah kena bukak baju,ada yang slim,terboyol,katang dan mcm-mcm.Aku bukak baju masa dalam bilik X-Ray je,bukan lama pun nak bukak baju.Jadilah kami tadi macam geng Bangla dan pelarian..
Insyallah kalau everything goes ok and no problem with blood and X-ray,i will get my RP after past the finger printing process.Hopefully Allah will help us,to stay much more longer here,even so far there is no obvious negative result from the expat,bimbang jugak kalau-kalau aku yang ada problem……dan sesungguhnya rezeki di tanganmu ya Allah.

ILALLIQAQ,

Sunday, October 19, 2008

Assalamualaikum......Alhamdulillah,hari ini setelah hampir seminggu tidak kena roti canai dgn nasi lemak,maka hari ini Wan Kamal Otai telah membawa kami perkena nasi lemak dan roti canai,Malaysian mari.Buat pertama kali dalam hidup aku,makan 3 biji roti canai...1 telur,2 kosong campur air teh tarik.Buatan Malaysia........apa lagi,lagipun dah seminggu padan perkena ala Arab punya makanan.Harga mestilah boleh tahan sikit......barang payah dapat,nak tahu berapa sen sebiji
nantilah aku balik Malaysia,insyallah bulan 1 ni kok.Tapi tak lah mahal sangat........may be add another 40% cost at Malaysia.

Petangnya kami merendap lagi ke bandar Doha,cari barang dan survey harga dekat Carefour,
Ada yang mahal dan ada yang murah dari Malaysia,yang pentingnya ada dan boleh didapati disini.Insyallah....everything will goes ok,


KULLUTAMAN,....ILALLIQAQ.

Saturday, October 18, 2008

Assalamulaikum........

Maka hari ini sudah masuk seminggu aku berada di bumi anbiaq Qatar.Banyak pengalaman baru yang aku dapat,susah senang,kerinduan,makanan dan bermacam-macam.But in conclusion for my first week here at Qatar,is as follows..
1.Cuaca.....walaupun sekarang dah masuk musim sejuk,bahang panas temp 28degC kat sini
agak berbeza dengan Malaysia,duduk bawah pokok atau bumbung pun mungkin tak tahan
lama.Kalau musim 52degC tu tak tahulah camana,lu pikirlah sendiri
2.Environment dan culture......agak bercelaru sikit,sebab banyak nationality kat sini,Filipino dan Indon dah lama masuk Qatar,kita rakyat Malaysia mungkin dah ada dlm 300 keluarga baru.
3.Makanan.....makan kat kedai agak mahal,tapi quantitynya agak banyak(tapi seorang punya cukup untuk 2-3 org)masakan kebanyakan agak lain rasanya dengan Malaysia,walaupun ada unsur nak sama.
Roti canai,nasi lemak pun ada kat sini Kedai Mamak yang pernah bukak kat Taman Melawati,order pun baham Melayu je.....harga kow lah sikit.Barang payah dapat.
Makanan mentah...senang aje nak cari,ikan basah lagi segar..tiap2 petang ada dijual di kawasan
Cornish,harganyapun lebih kurang malaysia je,daging,ayam,sayur,bawang.....jangan bimbanglah. 4.Sekolah....aku belum tahu lagi,apa pendapatanya,Family aku belum mai.Tapi most of them
kata ok,anak2 akan suka sekolah kat sini.Hopefully macam tulah.
5.Kerja....there`s too many race`s here,mentality kena independent.Geng bawang merah and bawang putih selalu tikam belakang,kena be careful.Kilang banyak lagi yg nak naiknya.Pasti ramai lagi geng Malaysia yang akan datang.
6.Sosial for family....shopping complex banyak kat Doha ni,untuk family Jumaat adalah yg dikhususkan,orang bujang payah nak masuk.Anak-anak mesti suka punya,sebab ada playground dan tempat release kan tension.
7.Housing.....Alhamdulillah,untuk RG dan QG rumah company agak selesa,aircond 24jam.Panas
siol kalau tak dok aircond.Kalau Senior Staff(Exec) lagi power rumah,org kata boleh main
badminton dan buat sembahayang jemaah untuk 50 org.
8.Transport.....pergi kerja dengan bas/shuttle company.Anak2 sekolah pun naik company bas.
Vehicle kat sini memang murah banyak pada Malaysia,deduct another 40 - 45%.
Kereta kat atas jalan,banyaknya kereta barulah,Lexus,Altima,X3,X5,Honda,Toyota,Suv
....nok cari kereta honda macam Abang Mat Sulong....payahlah nok tengok,kereta mcm aku
dgn Ringgo tu memang geng bawang dan Bangla je lah pakainya.



9.the rest akan bersambung.......

ILALLIQAQ,