Assalamualaikum/khaifahalaq,
Memang suasana kehidupan di bumi Qatar ini,selepas 2-3 Eid Mubarrak dah pun menjadi normal.Di tambah pula sekarang dah masuk 15 Syawal 1430H,rakyat Malaysia yang pulang beraya di kampung pun dah ramai yang sampai balik ke bumi Qatar ini.Memang suasana raya dah hampir tak ada,barangkali kalau di Malaysia masih kedengaran lagu-lagu raya di radio mahupun shopping complex,mujurlah masih ada lagi rumah-rumah terbuka oleh geng-geng Malaysia yang berada di Qatar ini menjadikan suasana raya ala-ala Malaysia masih sedikit terasa barangkali....
Monday, October 5, 2009
Monday, September 21, 2009
Eid-Mubarrak,Qatar
Assalamualaikum/khaifahalaq,
Kelmarin,20 Sept 2009 yang jatuhnya 1 Syawal 1430 Hijrah.Alhamdulillah aku masih sempat ke Malaysia Embassy untuk solat sunat dan juga sambutan hari raya Eid-Fitri,walaupun aku sampai agak lewat kerana balik kerja shift malam, pada hari pertama Raya Puasa 2009 ini.Memang agak ramai juga yang datang untuk kedua-dua acara itu, walaupun mungkin tidak semeriah suasana di Malaysia,tapi at-least pihak kedutaan dan organising committe cuba mengadakan event ini pada setiap lebaran samada Eid-Fitri mahupun Eid-Adha. Keadaan tempat yang agak limited untuk solat dan juga jumlah makanan yang agak kurang mungkin kerana under estimitation ataupun tersalah budget, pastinya kena di improvekan segera oleh pihak penganjur dan juga embassy kerana sememangnya rakyat Malaysia di Qatar dah semakin ramai.
Hari ini pula, aku dan family ke Doha Sheraton Hotel,untuk majlis sambutan Eid-Fitri anjuran Rasgas.Memang ramai gile orang yang datang,maklumlah mungkin sekitar 60% staf Rasgas yang beragama Islam,ditambah pula event hari ini pun di`open`kan sekali kepada yang Non-Muslims so,memang riuh rendah lah dewan utama Sheraton Hotel hari ini.Nasib baik banyak juga indoor playground yang di buka di dalam dewan tu,so that budak-budak termasuk anak aku memang tak senang duduklah, asyik nak mian je.Cumanya yang tak tahan,antara alunan lagu raya Arab tadi yang di mainkan, ada juga lagu India yang di keluar,tak tahulah samada itu lagu raya versi mereka..
Illaliqaq...
Saturday, September 19, 2009
Eid-Mubarak
Assalamualaikum/khaifahalaq....
Insyallah esok atau lusa,Eid-Fitri akan tiba.Kebiasaanya di bumi Qatar ini jumlah hari puasa adalah 29hari kekadang aje yang jadi 30hari,apapun ianya tergantung pada anak bulan Syawal. Anyway inilah tahun pertama aku dan family akan beraya jauh di negara orang,pastinya isteri dan anak-anak aku akan terasa sedikit pelik dan janggal,walaupun aku perhatikan mental
mereka dah agak bersedia dengan suasana ini, dan semoga mereka akan tetap ceria dan happy.Dah namanya nak hijrah and looking for new environment and challange so this is the small matter that we have to face.Kalau tahun pertama dah balik dan nak balik,so tahun-tahun mendatang yang lain pastinya akan lebih terasa nak balik,so try lah dulu raya kat negara orang ni.Anyway `Selamat Hari Raya Aidilfitri`pada mereka yang tersinggah di blog ini, samada kenal atau tidak `Maaf ,Zahir dan Batin` dan semoga kehadiran ramadhan dan syawal tahun ini menjadikan aku dan family dan kita semua lebih bertaqwa hendaknya.....
mereka dah agak bersedia dengan suasana ini, dan semoga mereka akan tetap ceria dan happy.Dah namanya nak hijrah and looking for new environment and challange so this is the small matter that we have to face.Kalau tahun pertama dah balik dan nak balik,so tahun-tahun mendatang yang lain pastinya akan lebih terasa nak balik,so try lah dulu raya kat negara orang ni.Anyway `Selamat Hari Raya Aidilfitri`pada mereka yang tersinggah di blog ini, samada kenal atau tidak `Maaf ,Zahir dan Batin` dan semoga kehadiran ramadhan dan syawal tahun ini menjadikan aku dan family dan kita semua lebih bertaqwa hendaknya.....Illaliqaq.
Tuesday, September 15, 2009
Eid Mubarrak...
Assalamualaikum/khaifahalaq,
Memang ramai dah geng-geng Qatar yang start balik ke Malaysia untuk Eid-Fitri tak lama lagi.Mungkin juga rakyat Malaysia akan lengang sementara di bumi Qatar ini.Dekat housing aku ni pun mungkin ada sekitar 5-6 family Malaysia aje yang akan beraya di sini,termasuklah aku dan family.Geng-geng office lama aku dulu pun ramai juga yang balik beraya di Malaysia.Orang lama di Qatar ini!!Yem,Amir M,Wan Kamal rasanya memang dah selamat sampai.Juga Man Rambo,Asrul Che Din yang balik mengambil family merangkap beraya di kampung.Dekwan pastinya tak sabar nak balik 3 hari lagi,
maklumlah first raya sebagai suami!!macam balik seorang pejuang rasanya kok,bila dia sampai disana nanti. Leo!! anak jati Kampung Kolam Paka,mesti rindu gile nak balik raya,sebab rasanya dah 2 tahun beraya kat Qatar ni,cayalah Leo. Cumanya kesian jugak pada geng-geng new comer macam Che Mus,Pendi,MatDong yang tidak mendapat kesempatan balik. Sabarlah bro, lagipun`best sangat ke balik raya ni`ha!ha!ha. Anyway aku memang dah berniat dan bertekad untuk at least tahun pertama di Qatar ini,aku memang pun nak try beraya di sini,nak tengok macamana,lagipun memang dah nama bekerja dan cari makan di pentas global,so i have to face this sometimes.Harap-harapnya family aku disini tak terasa sangat ke`pelik`an beraya di bumi orang ini dan semoga aku juga mendapat 4 straight off day............
maklumlah first raya sebagai suami!!macam balik seorang pejuang rasanya kok,bila dia sampai disana nanti. Leo!! anak jati Kampung Kolam Paka,mesti rindu gile nak balik raya,sebab rasanya dah 2 tahun beraya kat Qatar ni,cayalah Leo. Cumanya kesian jugak pada geng-geng new comer macam Che Mus,Pendi,MatDong yang tidak mendapat kesempatan balik. Sabarlah bro, lagipun`best sangat ke balik raya ni`ha!ha!ha. Anyway aku memang dah berniat dan bertekad untuk at least tahun pertama di Qatar ini,aku memang pun nak try beraya di sini,nak tengok macamana,lagipun memang dah nama bekerja dan cari makan di pentas global,so i have to face this sometimes.Harap-harapnya family aku disini tak terasa sangat ke`pelik`an beraya di bumi orang ini dan semoga aku juga mendapat 4 straight off day............Illaliqaq,
Sunday, September 6, 2009
Tarawikh ala Mekah
Assalamualaikum/khaifahaluqha,
Alhamdulillah,malam tadi aku diberi kesempatan olehNya untuk bertarawikh di satu masjid sekitar kawasan Al-Mansoura,lebih kurang 15KM dari bandar Doha.Masjid inilah yang dikatakan yang menjemput imam dari Mekah untuk tarawikh. Kalau dilihat pada total jemaah untuk solat Isyak dan Tarawikh, rasanya yang menghampiri 1000 orang,mungkin betul kok ada imam khas untuk Tarawikh kat masjid ini.Bila dilihat pada setiap saf yang menghampiri 70-80 makmum untuk keseluruhan 13-14 saf,lagipun dari awal sampai akhir,jumlah makmum tetap maintain....
Memang best giler bacaan kedua-dua imam tadi.Yang sorang tu mirip bacaan Syeikh Shuraim imam masjid Mekah,yang seorang lagi macam Syeikh Fahad Al-Kandari imam dari Kuwait.Total masa untuk solat Isyak dan Tarawikh pun tak lah lama sangat,sekitar 1 jam setengah aje,lagipun asyik sekali bila dihayati merdunya bacaan mereka!!!cuma yang tak best tadi masjid tu agak sejuk giler,mungkin aircond di full blast kan,maklumlah musim panas bangat ni........
Illaliqaq.

Saturday, August 29, 2009
Bazar Ramadhan Qatar,
Asslamualaikum/khaifahalaq,
Memang orang yang datang,melebihi kuih-muih dan makanan yang dijual kat Bazar Ramadhan yang specially brought by MalQatar Association dan Mal Embassy semalam.
Anyway and at least bolehlah sesape yang rindukan makanan dan suasana puasa di Malaysia menikmati makanan Malaysia.Walaupun ada juga harga makanan yang agak keterlaluan,tapi rasanya jualan masih tetap laris.Mungkin kerana overhead cost yang agak tinggi,sehinggakan ada makanan yang biasanya antara RM2-3 aje di Malaysia sana,menjadi antara QR10-12 di Qatar ini.Anyway terima kasih pada yang bersusah payah untuk turut serta samada menjadi penganjur ataupun peniaga semalam,tanpa usaha anda pastinya bazar Ramadhan di Hyatt Plaza sekitar Doha semalam tak akan menjadi.Tapi bagi aku, rasanya kalau peniaga semalam menjual pada harga yang lebih berniat nak menolong orang lain,melepaskan rindu dan keinginan mereka pada makanan Malaysia ataupun kata orang berniat bersedekah di bulan Ramadhan adalah lebih baik,lagipun bukannya dapat jadi kaya pun dapat berniaga sekadar 3 kali aje dibulan Ramadhan di Qatar ini...
Anyway and at least bolehlah sesape yang rindukan makanan dan suasana puasa di Malaysia menikmati makanan Malaysia.Walaupun ada juga harga makanan yang agak keterlaluan,tapi rasanya jualan masih tetap laris.Mungkin kerana overhead cost yang agak tinggi,sehinggakan ada makanan yang biasanya antara RM2-3 aje di Malaysia sana,menjadi antara QR10-12 di Qatar ini.Anyway terima kasih pada yang bersusah payah untuk turut serta samada menjadi penganjur ataupun peniaga semalam,tanpa usaha anda pastinya bazar Ramadhan di Hyatt Plaza sekitar Doha semalam tak akan menjadi.Tapi bagi aku, rasanya kalau peniaga semalam menjual pada harga yang lebih berniat nak menolong orang lain,melepaskan rindu dan keinginan mereka pada makanan Malaysia ataupun kata orang berniat bersedekah di bulan Ramadhan adalah lebih baik,lagipun bukannya dapat jadi kaya pun dapat berniaga sekadar 3 kali aje dibulan Ramadhan di Qatar ini...Illaliqaq....
Saturday, August 22, 2009
1st Tarawikh dQatar
Assalamualaikum/khaifahalaq,
Memang dari awal tarawikh sehingga habis witir tadi tidak nampak beza jumlah makmum untuk tarawikh malam pertama ini.Cuma aku tak sangka pulak langsung tiada peringatan antara tarawikh dan witir tadi,terus aje di sambung untuk total 11 rakaat.Sempat juga diberi sedikit tazkirah penuh semangat oleh iman tempat aku bertarawikh di sekitar kawasan Al-Mansoura tadi,rasa aku dia menyeru supaya di ambil kesempatan bulan Ramadhan ini,untuk at least bertarawikh berjemaah,kalau di tengok pada gaya bahasa dan tangan iman tu ketika bertazkirah.Sebenarnya tak lah panjang dan lama sangat surah dibaca tadi, sekadar 3-4 minit untuk setiap rakaat.Lagipun bacaan dan alunan suara 2 orang iman tadi amat syahdu di dengar,lagilah tak terasa lamanya.Yang bezanya dengan tarawikh di Malaysia ialah tak ada selawat dan sambutan`Sallallah Salamualaik`dari makmum, juga seawal malam pertama ini lagi dah dibacakan doa Qunut.
Illaliqaq,

Friday, August 21, 2009
Ramadhan Kareem...
Assalamualaikum/khaifahalaq,
Pertama kali,tahun ini aku dan family bakal,menyambut Ramadhan di bumi Qatar.
Hopefully kami tabah dan mampu hadapi cabaran Ramadhan pertama di dunia luar ini. Makanya tiada lagi bazar Ramadhan harian seperti dulu-dulu,so nak makan bubur lambuk Terengganu pun nampaknya payah lah sikit.Tapi kalau cerita pasal makan memang tak habis!!!Malam tadi pun geng-geng Malaysia Al-Merqab housing complex tempat aku tinggal ini,sempat mengadakan sedikit jamuan makan-makan sempena nak menyambut Ramadhan walaupun program awal sepatutnya sekali dengan bacaan Yassin
beramai-ramai,yang tergendala kerana ramai kaum Adam yang tak dapat hadir kerana bekerja.Anyway program still going on with jamuan makan.Yang menariknya,siang tadi aku terpandang sebuah masjid di area Doha ini mempromosikan mari bertarawikh bersama imam dari Mekah kalau tak silap translation aku,sebab yang di tulisnya dalam bahasa Arab.Aku pun memang dah planned awal-awal lagi memang nak buat rotation ke banyak masjid untuk tarawikh tahun ini,terutamanya bila berada di bumi Arab ini.Kata OTAI-OTAI di Qatar ini,sembahyang tarawikh disini agak simple,tanpa selawat dan tazkirah seperti kebiasaan nya di Malaysia,tapi kekadang boleh mencecah 2 jam untuk 11 rakaat bersama witirnya.Apapun semoga Ramadhan tahun ini,lebih bermakna dan sempurna bagi aku
dan keluarga melebihi Ramadhan sebelum ini.Ramadhan Kareem to all muslim...from akudqatar and family

dan keluarga melebihi Ramadhan sebelum ini.Ramadhan Kareem to all muslim...from akudqatar and familyIllaliqaq,
Thursday, August 20, 2009
Solid Off
Assalamulaikum/khaifahalaq,
Memang sejak dari akhir bulan Jun lagi sehingga ke cycle last ni,barulah aku mendapat solid off day empat hari,moga-moga hendaknya.Sebelum ni, ada aje rezeki dari panggilan OT untuk masuk kerja.Memang terasa bebenar nak rehat lama sikit,lagipun family aku dah lama sampai kembali dari Malaysia.
Bulan Ramadhan pun tak lama lagi nak masuk ni.Nasib baik jugak,pada cycle-cycle lepas aku sempat juga mencuri peluang membawa mereka semua ke beberapa tempat rekreasi untuk hilangkan boring.Ya lah kat Qatar mana ada tempat banyak sangat nak pergi,alih-alih tempat tu le-le,ditambah pulak dengan kepanasan maksima dan humidity tahap gaban....memang malas pun aku nak cari tempat yang jauh-jauh dari bandar Doha ini.Apapun inilah asam garam tinggal di bumi orang....Memang sejak dari akhir bulan Jun lagi sehingga ke cycle last ni,barulah aku mendapat solid off day empat hari,moga-moga hendaknya.Sebelum ni, ada aje rezeki dari panggilan OT untuk masuk kerja.Memang terasa bebenar nak rehat lama sikit,lagipun family aku dah lama sampai kembali dari Malaysia.

Illaliqaq,
Tuesday, August 11, 2009
Hangat aka panas
Assalamualaikum/khaifahalaq,
Memang dua tiga hari kerja shift siang ni,terasa betul cuaca panas di bumi Qatar ini.Suhu aka temperature rasanya menghampiri 49-50degC.Pastinya kalau keluar ke plant perlu ada bekalan air yang perlu dibawa,kalau tak!!!maka tak keruan lah jadinya.Dahaga pelik lagi giler,tak tahulah kalau Ramadhan nanti, Insyallah,mungkin lain jadinya....Anyway insyallah lagi 10-11 hari aku dan family akan sambut Ramadhan di bumi Qatar ini.Memo kerja bulan Ramadhan pun dan dikeluarkan semalam oleh big boss dimana waktu kerja untuk orang normal working hours dipendekkan ke jam jam 12 tengahari aje.Sementara pekerja shift akan dibayar OT untuk 6 jam terakhir setiap hari bekerja. Alhamdulillah rezeki.
Teringat aku kalau di plant lama dulu,aku dan beberapa orang lain adalah antara orang yang selalu ambil pusing tentang waktu kerja di bulan puasa untuk pekerja shift.Ramai sangat yang tak suka,yang suka pun ramai,yang ikut arus aje pun jangan ceritalah,banyaknya.Tapi Alhamdulillah setelah dua kali mencuba,aku dan geng berjaya menjadikan waktu kerja diubah sementara ramadhan, terutamanya bagi memberi peluang kepada mereka yang nak mengambil kesempatan bertarawikh berjamaah.Yang pentingnya masa tu, aku dan geng dah buat dan justify apa yang patut untuk aku dan masyarakat yang sewaktu dengan aku,yang tak suka tu,dia kena justify lah,untuk dia dan masyarakat yang sewaktu dengan nya.Bukan main cakap aje.Sekarang ni,tak tahulah aku,apa cerita mereka disana...semua dah dewasa dan tua-tua belaka,pastinya hati mereka tahu yang mana baik dan buruk.Wallahuallam.

Wednesday, July 29, 2009
Welcome back to Qatar....
Assalamualaikum/khaifahalaq,
Ketika aku menulis ini, pastinya family aku sedang berada dalam flight dari Klia ke Dubai untuk sampai di Qatar malam ini sekitar jam 2.30 pagi waktu tempatan. Sepatutnya kalau dengan direct flight mereka boleh sampai dalam masa 7.5 ja
m,tetapi kerana terpaksa transit di Dubai selama 5 jam mungkin menjadikan total time perjalanan mereka sekitar 12 jam. Dah nak buat camana tiket masa aku beli tu agak melambung naiknya, tapi Alhamdulillah mereka masih sanggup dan mendapat rezeki dariNya untuk pulang meraikan perkhawinan adik ipar aku pada 8 Julai yang lalu dan kenduri dirumah mertua aku pada 25 Julai lepas. Alhamdulillah semua telah selamat disana dan semoga hendaknya isteri dan 4 orang anak-anak aku selamat dan diberi kemudahan dalam perjalanan pulang mereka ke Qatar ini!!!!Amin,Ya Allah.
Illaliqaq.
Ketika aku menulis ini, pastinya family aku sedang berada dalam flight dari Klia ke Dubai untuk sampai di Qatar malam ini sekitar jam 2.30 pagi waktu tempatan. Sepatutnya kalau dengan direct flight mereka boleh sampai dalam masa 7.5 ja
m,tetapi kerana terpaksa transit di Dubai selama 5 jam mungkin menjadikan total time perjalanan mereka sekitar 12 jam. Dah nak buat camana tiket masa aku beli tu agak melambung naiknya, tapi Alhamdulillah mereka masih sanggup dan mendapat rezeki dariNya untuk pulang meraikan perkhawinan adik ipar aku pada 8 Julai yang lalu dan kenduri dirumah mertua aku pada 25 Julai lepas. Alhamdulillah semua telah selamat disana dan semoga hendaknya isteri dan 4 orang anak-anak aku selamat dan diberi kemudahan dalam perjalanan pulang mereka ke Qatar ini!!!!Amin,Ya Allah.Illaliqaq.
Panasnya...
Assalamualaikum/khaifahalaq,
Mungkin kepanasan hari ini mencecah sekitar 47-48 deg C.Patutlah bila aku berkayuh basikal dari shelter ke kantin untuk makan tengahari yang jaraknya sekitar 2.5km return trip,panasnya umpama berada dalam Bang Tembakau. Aku berharap dan berdoa supaya rantai basikal aku yang dah uzur tu supaya tidak jatuh,kalau jatuh maka jenuhlah nak kena berjemur membetulkan balik, dah lah wap kepanasan seumpama sentiasa berada di belakang bas.Panas bro. Yang kelakarnya last week,juga dengan kepanasan seumpama ini,dikala aku juga berharap supaya rantai basikal aku tidak jatuh,tiba-tiba sayup ditengah jalan aku melihat seorang staff Rasgas yang juga menggunakan basikal untuk ke kantin,sedang berusaha membetulkan rantai basikalnya yang jatuh,bila semakin aku hampiri bentuk tubuhnya macam ku kenal!!!!rupanya itu teman seflight aku ManRambo,yang sedang cuba membetulkan rantai basikalnya.Jadi lucu lah pulak masa tu. Anyway,summer season di Qatar ini,baru nak masuk musim climate yang mungkin akan mencecah antara 49-53 deg C untuk tempoh mungkin sekitar 40 hari lagi,tengoklah macamana!!!apapun,kena ada motivasi 'kalau takut di landa panas,jangan datang ke tanah Arab`barulah mungkin semangat akan jadi sentiasa kuat.Insyallah.

Friday, July 17, 2009
Latest 4
Assalamualaikum/khaifahalaq...
Yang terbaru dari ex-company lama aku PPTSB Kerteh adalah pasangan `twin`Pendi dan Mat Don yang baru sampai hari ini di bumi panas gersang Qatar ini.Sebelum itu Che Mus yang telah memasuki hampir 2 minggu berada di sekitar cuaca 45oC disini,manakala Asrul Affandi atau nama glamournya Che Din baru saja melepasi sebulan pertamanya di bumi Qatar ini.Welcome atau Marhaba pada mereka semua.......

Kalau tak silap aku geng-geng ex-PPTSB yang telah menjejakkan kaki dibumi Qatar ini samaada on rotation basis ataupun residential status bermula dari sekitar tahun 2006 dulu sehingga terbarunya hari ini dah memasuki hampir 20 orang,dah boleh buat team bola rasanya....
Rasgas,Qatargas,Orxy,QChem,Q.P,Dolphin merupakan antara company baru kami-kami ini.Mungkinkah ada lagi yang bertambah selepas ini!!!!Wallahuallam.
Illaliqaq,
Monday, July 6, 2009
Kenangan
Assalamualaikum/kahaifahaluqha....
Mungkin aku memang jenis orang yang minat jenama sukan,that why lah bila pertamanya aku tengok jam Adidas ini,
hati aku rasa terdetik nak membelinya, sehinggakan 3 kali survey sehinggalah hari ini,bila aku confirmkan dengan salesman akan originalitynya,sebab buatan datang dari China dan selepas diberikan international warranty dan confirmasi certificatenya , barulah aku yakin!!padahal harganya tak lah mahal sangat,kalau nak dibandingkan Jam Tag Carerra yang dibeli oleh seorang geng aku disini sehingga mencecah QR12000,jam Adidas aku tu sekitar QR1000 aje!!!anyway aku beli ni sebagai kenangan hasil duit salary kerja 26 malam baru-baru ini ketika shutdown Tr 3/4 Rasgas.Lagipun aku ni memang jarang bebenor beli barang yang agak mahal terutamanya benda-benda yang sekadar menjadi kemahuan bukannya keperluan...
hati aku rasa terdetik nak membelinya, sehinggakan 3 kali survey sehinggalah hari ini,bila aku confirmkan dengan salesman akan originalitynya,sebab buatan datang dari China dan selepas diberikan international warranty dan confirmasi certificatenya , barulah aku yakin!!padahal harganya tak lah mahal sangat,kalau nak dibandingkan Jam Tag Carerra yang dibeli oleh seorang geng aku disini sehingga mencecah QR12000,jam Adidas aku tu sekitar QR1000 aje!!!anyway aku beli ni sebagai kenangan hasil duit salary kerja 26 malam baru-baru ini ketika shutdown Tr 3/4 Rasgas.Lagipun aku ni memang jarang bebenor beli barang yang agak mahal terutamanya benda-benda yang sekadar menjadi kemahuan bukannya keperluan...Illaliqaq...
Friday, July 3, 2009
Bukannya halangan hanyalah peluang
Assalamualaikaum/Khaifahaluqa...
Risau juga aku takut terpilih untuk manpower back-up untuk start-up TR6 Rasgas ini,walaupun kalau pikirkan OT yang agak banyak,pastinya seronak.
Ya lah dah kena kerja sebulan berterusan samaada siang atau malam,mestilah OT sekitar 15-16hari. Tapi sehingga aku menulis ini dan nampaknya masih belum ada mail dari boss,tentunya mereka yang agak senior dah terpilih untuk pergi. Alhamdulillah,rasanya dah selamat, walaupun aku sebenarnya dah bersedia kalau ditakdirkan kena join start-up team TR6,tambahan pula family aku sekarang kat Malaysia. Anyway, rasanya TR6 Rasgas itu,masih kekurangan manpower bilamana ada yang dah berhenti baru-baru ini dan mungkin sekarang berkelana di Shakalein,Russia.Dan kalau dilihat pula pada iklan dari
aprecruitment.com.my yang baru keluar pada 1 Julai 2009,masih memerlukan ramai operator untuk LNG plant samada berstatus residential ataupun 28/29 rotational basic,petanda Rasgas ini masih kekurangan manpower yang agak ketara,yang bestnya dekat iklan tu specially mentioned `Malaysian Only`!!! So apa lagi pada mereka yang disana cuba,cubalah!! inilah peluang kalau nak merasa kepanasan sehingga 50 deg C ketas,setiap masa air mandi sentiasa panas,nak berwuduk pun mcm pakai air panas. Ataupun nak merasai kesejukan maksima,hampir mencapai 15 deg C,tidak ada tempat yang panas melainkan sejuk belaka,air wuduk pun umpama air batu,apatah lagi air mandi,kalau tak ada water heater...alamak tak mandi lah.Ataupun nak merasai pengalaman naik flight setahun sekali,satu family di sponsor,ada duit lebih pulak tu...banyak.Ataupun nak merasai pengalaman naik motor ATV ,mungkin juga pengalaman melompat dengan jentera 4WD di di padang pasir.Pada yang suka menangkap ketam, jemput-jemputlah datang merasai pengalaman ketam bermain ditepi jari-jemari.Pada yang suka makan beriyani kambing dan `chicken bukhara` cubalah rasa taste Arab dan Mamak kat sini,ayam Turki grilled dan BBQ chicken pun best gile.Biawak Dart pun banyak,tapi kena usahalah sikit,ataupun nak melanggan susu unta dengan Amir M,QR12 aje seliter,mungkin juga nak try madu Iran,kena sesudu pasti nak lagi...dicampur pulak dengan Habatul Sauda,harga pun mestilah boleh tahan 150-300 QR sebotol ikut size botolnya lah.Tapi yang paling beruntung dan dituntut peluang menunaikan umrah dan haji pada usia yang lebih muda,bukan pergi seorang, boleh bawak satu family.
Tak ada lagi alasan duit,kalau dah pendapatan tahunan mencecah harga Honda Accord 2.4 I V-tec pasaran Malaysia,gabungan duit gaji,ot dan tiket flight...insyallah kita mampu menabung bagi harga sebuah Honda Accord 2.0I V-tec pasaran Qatar,setiap tahun,lima tahun dah lima biji!!!bro. Memang kalau nak diceritakan yang seronak dan best pastinya tak nampak yang kurang eloknya, mana ada tempat dalam dunia ini yang semuanya elok belaka,namun ingatlah Allah maha adil,bila kita baik pastinya akan dibalas baik walau dimana kita berada.Sesunguhnya itu bukan halangan,tapi sekadar peluang.....
Maksud firman Allah`dan sesungguhnya amatlah luas bumi Ku ini,berhijrahlah kamu untuk kebaikan dunia mahupun akhirat mu`.Amin.
illaliqaq....
Risau juga aku takut terpilih untuk manpower back-up untuk start-up TR6 Rasgas ini,walaupun kalau pikirkan OT yang agak banyak,pastinya seronak.
Ya lah dah kena kerja sebulan berterusan samaada siang atau malam,mestilah OT sekitar 15-16hari. Tapi sehingga aku menulis ini dan nampaknya masih belum ada mail dari boss,tentunya mereka yang agak senior dah terpilih untuk pergi. Alhamdulillah,rasanya dah selamat, walaupun aku sebenarnya dah bersedia kalau ditakdirkan kena join start-up team TR6,tambahan pula family aku sekarang kat Malaysia. Anyway, rasanya TR6 Rasgas itu,masih kekurangan manpower bilamana ada yang dah berhenti baru-baru ini dan mungkin sekarang berkelana di Shakalein,Russia.Dan kalau dilihat pula pada iklan dari
aprecruitment.com.my yang baru keluar pada 1 Julai 2009,masih memerlukan ramai operator untuk LNG plant samada berstatus residential ataupun 28/29 rotational basic,petanda Rasgas ini masih kekurangan manpower yang agak ketara,yang bestnya dekat iklan tu specially mentioned `Malaysian Only`!!! So apa lagi pada mereka yang disana cuba,cubalah!! inilah peluang kalau nak merasa kepanasan sehingga 50 deg C ketas,setiap masa air mandi sentiasa panas,nak berwuduk pun mcm pakai air panas. Ataupun nak merasai kesejukan maksima,hampir mencapai 15 deg C,tidak ada tempat yang panas melainkan sejuk belaka,air wuduk pun umpama air batu,apatah lagi air mandi,kalau tak ada water heater...alamak tak mandi lah.Ataupun nak merasai pengalaman naik flight setahun sekali,satu family di sponsor,ada duit lebih pulak tu...banyak.Ataupun nak merasai pengalaman naik motor ATV ,mungkin juga pengalaman melompat dengan jentera 4WD di di padang pasir.Pada yang suka menangkap ketam, jemput-jemputlah datang merasai pengalaman ketam bermain ditepi jari-jemari.Pada yang suka makan beriyani kambing dan `chicken bukhara` cubalah rasa taste Arab dan Mamak kat sini,ayam Turki grilled dan BBQ chicken pun best gile.Biawak Dart pun banyak,tapi kena usahalah sikit,ataupun nak melanggan susu unta dengan Amir M,QR12 aje seliter,mungkin juga nak try madu Iran,kena sesudu pasti nak lagi...dicampur pulak dengan Habatul Sauda,harga pun mestilah boleh tahan 150-300 QR sebotol ikut size botolnya lah.Tapi yang paling beruntung dan dituntut peluang menunaikan umrah dan haji pada usia yang lebih muda,bukan pergi seorang, boleh bawak satu family.
Tak ada lagi alasan duit,kalau dah pendapatan tahunan mencecah harga Honda Accord 2.4 I V-tec pasaran Malaysia,gabungan duit gaji,ot dan tiket flight...insyallah kita mampu menabung bagi harga sebuah Honda Accord 2.0I V-tec pasaran Qatar,setiap tahun,lima tahun dah lima biji!!!bro. Memang kalau nak diceritakan yang seronak dan best pastinya tak nampak yang kurang eloknya, mana ada tempat dalam dunia ini yang semuanya elok belaka,namun ingatlah Allah maha adil,bila kita baik pastinya akan dibalas baik walau dimana kita berada.Sesunguhnya itu bukan halangan,tapi sekadar peluang.....Maksud firman Allah`dan sesungguhnya amatlah luas bumi Ku ini,berhijrahlah kamu untuk kebaikan dunia mahupun akhirat mu`.Amin.
illaliqaq....
Subscribe to:
Posts (Atom)