Sunday, March 7, 2010

Malaysian Futsal Tour

Assalamualaikum/khaifahalaq,

Memang langsung tak disangka bila HajiDin aka Haji Barat nama glamournya,juga Yem turut sama dalam kejohanan futsal semalam.Walaupun aku tak nampak kedua-duanya menerima dan mengawal bola.Tapi kesungguhan larian mereka menunjukkan semangat yang bagai nak rak untuk team meraka. Tak tahulah aku samada bola betul-betul tak singgah dikaki mereka ataupun sebenarnya memang mereka berlari untuk lari dari bola.Mujur lah jugak Leo sekadar menjadi penonton semalam, kalau tak mungkin kejadian muntah hijau 15tahun yang lalu berulang lagi. Apapun tahniah pada MAQ dan Haji Konang selaku orang kuat kejohanan semalam kerana berjaya mengumpulkan ramai player-player dari Malaysia, sehinggakan mencapai 16pasukan dengan hampir 160 pemain,termasuklah kami-kami ini ExPPTSB yang turut sama bermain HajiBarat, Yem,WanKamal,ManRambo termasuklah aku sendiri serta bintang import team Al-Khor A yang berjaya ke final,walaupun baru 5 hari berada di Qatar ini,Iwe aka OTM.TQ and tahniah pada ManRambo dan Batman dari team aku My-Merqab kerana aura kapten dan team manager mereka membawa team kami ke semifinal.Walaupun tewas,tapi kami berjaya melebihi sasaran lagipun kami hanya play for fun,walaupun agak penat kerana bermula seawal jam 8pagi hinggalah jam 10mlm,kami berkampung di padang futsal AlKhor Komuniti.

Illaliqaq.

Thursday, March 4, 2010

Terbaru dan Yang Lama.

Assalamualaikum/khaifahalaq,
Alhamdulillah,akhirnya sampai jua sahabat dari office lamaku yang berasal dari Tanah Merah Kelantan ke Qatar ini,hari ini dah masuk hari ke 2.Iwe aka OTM((Orang Tanah Merah)nama glamour pada blog peribadi beliau)adalah orang yang sentiasa mengikuti perkembangan aku and the geng Qatar ini sebelum datang kemari.Akhirnya selepas beberapa sessi interview sebelumnya, akhirnya berjaya juga Iwe/OTM mencuba nasib di bumi Arab ini,dan semoga hendaknya tabah dan berjaya mengharungi cabaran-cabaran peringkat awal diperantaun ini.Dan semoga Iwe/OTM akan sentiasa ceria seperti dua orang sahabat lama aku ini,yang nampak sentiasa happy dan senang hati.Apa taknya lihatlah style mereka berpakaian.YEM adalah orang terawal yang keluar dari PPT,mungkin dah nak masuk 3 tahun lebih diQatar ini,namum masih berbangga dan anggun berbaju Melayu pada acara QG gala Dinner 2010.LEO pula,sahabat ku yang menjadi antara kelompak pertengahan berhijrah ke Qatar ini,mungkin sekitar 2 tahun lepas dimana ketika itu,LEO nekad mencari kemanisan yang lebih kekal abadi berhijrah ke dunia Arab ini.Mungkin sekarang LEO aka Jamzani,sudah berjaya melupakan kenangan-kenangan yang menghiris perasaan. Anyway,LEO you look gorgeous with blazer and tie.You are the man.....

Illaliqaq.

Tuesday, February 16, 2010

AnwarDQatar

Assalamualaikum/Khaifahalaq,

Dapat juga aku bergambar solo dengan DSAI semalam,sebelum crowd become uncontrolled bila majlis dah habis pada sessi penerangan isu-isu semasa Malaysia oleh DSAI atas usaha-usaha orang kuat Mal Associataion Qatar.ketika DSAI berada diDoha ini untuk program World Islamic Forum bersama-sama Dr Sayed Azman.Tak kelihatan pulak Dr Siti Mariah semalam,walaupun kalau ikutkan agenda WIF berkenaan Dr Siti Mariah pun akan turut sama.Mungkin beliau sekadar berehat di Sheraton Hotel tempat kediaman untuk peserta. Anyway memang DSAI mempunyai ramai penyokong walaupun dimana jua,sehinggalah program semalam turut dipancarkan live sehingga ke Dubai, Bahrain,Saudi Arabia melalui MalaysianQatar JustinTv.Com oleh orang kuat DPPKK sebelum berhijrah Qatar ini,so sekarang sempat lah buat live sekali-sekala untuk program diQatar ini.TQ En Amir Ali.Sekitar 200 orang juga semalam yang sanggup datang meredah kesibukan bandar Doha semata-mata untuk mendengar sedikit kupasan tentang isu semasa oleh DSAI termasuk lah kes liwat,cabaran bagi pakatan rakyat,PM satu Malaysia dan menjawab 4-5 soalan yang diajukan.Terperasan jugak aku semalam ketika DSAI,Dr Syed Azman dan Saudara Megat Rithaudin (adik pada Megat BadrulHisham ex PPT) yang berada di depan crowd semalam kebanyakan lensa DSLR camera memang banyak tertumpu pada DSAI aje,dan DSAI juga yang tampak paling segak,tak hairanlah kalau si Saiful berani membuat tuduhan diliwat DSAI.Sempat juga Dr Syed Azman mengesahkan tentang kewujudan 2 kumpulan politik adun BN di Terengganu,bila aku bertanya sebelum bergambar solo dengan Dr Syed Azman pula,walaupun D90 aku tidak disettingkan untuk gambar ad-hoc sebegitu,but at lesat aku dah ada gambar dengan DSAI dan DSA,yang pada aku lebih bermakna bergambar compare to sahabat lama aku dulu yang sering tunjukkan gambar dia dengan Cheryl Samad.Tapi atleast dia pun ada gambar kenangan dengan famous person.Mabruq anyway.


Illaliqaq.

Saturday, February 13, 2010

Family Fun Day 2010

Assalamualaikum/khaifahalaq,

Macam tahun lepas jugak FFD tahun ini untuk crew aku Delta bersama-sama Charlie,nampak masih bercelaru dan kelam-kabut sikit masa game dan telematch,tapi mungkin dah jadi kebiasaan pada geng-geng India dan Pakistan yang memonopoli keseluruhan komitee FFD tahun ini. Macam biasa jugak,walaupun nampak agak celaru anyhow the event is still manageable dan berjaya disempurnakan.Walaupun aku gagal mempertahankan kejuaraan `sack race`yang dimenangi last year,tapi Alhamdulillah,menang tempat 3 tahun,sama aje nilai hadiahnya dengan menjadi johan last year.Syukur juga untuk cabutan bertuah tahun ini`amount of money`nya agak besar dan memang berbaloi untuk dimenangi, juga hampir kesemua staff yang datang dapat memenangi cabutan bertuah yang rata-rata bernilai antara Qr500 hingga ke QR 3000. Alhamdulillah aku berjaya membawa balik QR800 pada tahun ini,apabila anak lelaki aku,Afiq Daniel juga agak cenderung bersukan dimana dia berjaya membawa balik QR 200 untuk 2 game yang disertainya. Ramai juga teman-teman dari Malaysia yang berjaya memenangi cabutan bertuah,mungkin juga ianya telah dirancangkan untuk semua staff yang ada hari ini,ataupun apakah memang kami-kami ini betul-betul bertuah hari ini........

Illaliqaq,

Friday, February 12, 2010

Qatar & Q8

Assalamualaikum/Khaifahalaq.
Memang Joe Rizal adalah pengemar sukan golf samaada menonton ataupun bermain,lagipun dia agak outstanding jugak dalam permainan ini,that why lah bila ada Qatar Golf Open 2010,si Joe ini dah awal-awal kata nak datang.So bertemulah kami semua di pasar malam Qatar beberapa minggu lepas.
Kebetualan pulak Azrin juga rakan dari lama bersama Joe dari current company mereka Equate Petrochemical Company turut sama kata mereka bercuti di Qatar ini,mungkin ada rezeki lebih gamaknya,lagipun matawang Q8 agak power bilamana 1Kuwait Dinar equal to QR12-13 barangkali,ataupun mungkin dah ada budget awal-awal dari mereka untuk keQatar ini,
Illaliqaq,

Sunday, February 7, 2010

Family Day & Sukaneka.

Assalamualaikum/khaifahalaq.

Alhamdulillah,semuanya berjalan seperti yang dirancang hari ini pada`program family day`dan sukaneka 3 penjuru RasGas Malaysian Community yang tediri dari compound LaPallace,Al-Haya juga Al-Merqab 2.Hampir 50 family hari ni yang berkumpul bagi maksud lebih mengenali satu sama lain terutamanya bagi kaum ibu dan memberi pelunag kepada anak-anak melepaskan geram dan keinginan bersukan seperti mana kebiasaan diperolehi di Malaysia.Syukur pada Allah bermula dengan kelancaran penyusunan logistik dan makan-minum sehinggalah kepada berbagai acara sukan dengan hadiah masing-masing menjadikan program ini pada aku nampak berseri juga walaupun ianya adalah `event self sponsered`tapi atleast kami-kami dan mereka semua dapat lakukan.Insyallah sekiranya masih ada ruang dan kesempatan berbagai kekurangan hari ini pastinya dapat diperbaiki dengan kerjasama semua,ibu-ibu,bapa-bapa dan anak-anak yang agak bersemangat bersukan dan sedikit kerja lebih masa dari kami-kami ini`committe`yang sekadar melantik diri sendiri demi menjayakan program ini.Anyway shukran dan mabruq to all.


Illaiqaq.

Sunday, January 31, 2010

Pasar Malam DQatar....

Assalamualaikum/khaifahalaq.

Memang agak ramai juga yang datang semalam Jumaat,29/Jan/2010 pada pasar malam anjuran MAQ.Walauapun jumlah pengunjung masih melebihi jualan yang ada,tetapi at-least bilangan gerai-gerai dan variety of kuih-muih was increased compared to before.Mana taknya,boleh dikatakan setiap compound komuniti Malaysia ada menghantar wakil dan menyediakan meja jualan,termasuklah compound Al-Mrqab 2 yang aku tinggal ini pun.Ramai juga kaum ibu yang rata-rata ingin suka-suka mencari pengalaman berniaga pasar malam,
termasuklah isteri tersayang,yang mencuba dengan dua jenis kueh-mueh dan kueh teow buatan beliau sendiri.Memang ternyata agak gembira mereka semua bilamana semue jualan habis dijual walaupun kalau dijual semua barang makanan ini di Malaysia dengan harga sebegini,maka menjadi bahan bualan malah mungkin kena maki atau kena `pelekong` oleh pengunjung,tapi di sini nasi kerabu,kueh puteri ayu,Rijaludin char kueh teow yang berharga masing-masing QR25,QR5 dan QR 13 masih seumpama tumpuan orang ramai.Ternyata makanan Malaysia juga yang menjadi ingatan rakyat Malaysia di Qatar ini....Anyway TQ again to MAQ,yang masih setia dengan anjuran pasar malam sebegini,walaupun mungkin kena ada sedikit improvement terutamanya dari segi tempat tetapi at-least ada lah jugak pasar malam dQatar ini....

Illaliqaq.

Sunday, January 10, 2010

Qatar Exxon Mobil Tennis Open 2010.

Assalamulaikum/Khaifahalaq,

Nadal kalah lagi pada Vs Davydenko,selepas kalah pada London Barclays Cup in December 09 yang lalu !!!Memang tiket untuk final malam ini aku dah beli awal-awal lagi tapi bila game semifinal semalam aku dah dapat tengok,rasanya dah ok lah tu,lagipun kesemua top star yang ada untuk tour itu termasuk Federer,Nadal,Davydenko terlibat untuk game semifinal semalam,cumanya Victor Troicki dari Serbia,yang menjadi lawan Nadal untuk semifinal 1,yang memang aku tak kenal sangat,tapi yang pasti memang Nadal bukan lawan sebenar beliau bila menang mudah 6-1,6-3 dalam masa 56 minit.Nampak sangat game Federal vs Davydenko yang dinanti oleh ramai peminat tennis di Qatar ini,bila hampir penuh stadium pada masa itu.Sayang jugak bila Federal tewas hanya dua set 3-6,4-6 pada Davydenko menjadikan suasana Stadium Khalifat Tennis agak lengang selepas itu,walaupun masih ada game untuk double final.

Overallnya,agak menarik jugak game semalam dan satu pujian patut diberikan pada Nadal,bila mana selepas kemenangannya,dan diminta untuk melambungl 3 biji bola yang diautographnya, hanya kelompok penonton yang berbendera Sepanyol yang dicarinya,walaupun kurang disenangi penonton ternyata Nadal dengan semangat Matadornya......
Illaliqaq,

Monday, January 4, 2010

MalQatar 2010 New Year Bowling Tour

Assalamualaikum/khaifahalaq,


Alhamdulillah,Saturday ,2 Jan 2009 event pertama yang aku lead diQatar ini telah berjaya berlangsung.Walaupun hanya self-sponsered tournamet atleast aku berjaya mengumpulkan sebanyak 15trio bowling.Dan sudah pastinya bila self-sponsered tournament prizes value nya pun pastilah tidak besar,tapi Alhamdulillah rata-rata 15trio yang sertai tournament,berkata hadiah bukan ukuran,yang penting participate and forsure we can gather most of Malaysian together....adalah total kurang lebih 70 orang rakyat Malaysia hari tu berkumpul termasuk family dan anak-anak.Ok,pada aku suatu agak meriah walaupun tanpa jamuan ringan dan VIP yang dijemput untuk prizes giving ceromony,tetapi at least rata-rata ada yang bertanya we shud have this kind of tournament more frequent.So Insyallah,my next target will be 2010 Mid Year Bowling Tournament for Malaysian Qatar.Insyallah semoga aku dan crew berjaya menarik lebih ramai participants dan increase kan prizes value....


Ilalliqaq.

Friday, December 25, 2009

Dream Harley

Assalamulaikum/Khaifahalaq,
Sekarang hatiku menjadi tak keruan selepas aku melihat secara live motor Harley Davidson ni.Terutamanya bila sekarang ada stock clerance untuk model 2009,bilamana model 2010 dah tiba.Kalau ikutkan hati rasa nak aje buat downpayment untuk jentera ini,tambahan pulak banyak juga discount yang diberi sehingga menjadikan motor ini,sekitar 65K aje dari 77K harga awalnya.Memang insyallah suatu hari sebelum balik terus ke Malaysia sekitar 4-5tahun lagi, memang teringin jugak aku nak bawak balik satu alat ini.Tapi tengoklah camana,semoga buat sementara ini aku dapat bertahan dengan dugaan duniawi semata-mata ini,aku perlu buat yang mana lebih penting dan terutama......
Illalliqaq.

Sunday, December 20, 2009

With The Famous Bowlers

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Dah sementara ramai player bowling tersohor yang ada pada masa Qatar International Bowling Championship ke9 ini,aku pun sekadar mengambil peluang bergambar dengan famous bowling player yang kebanyakan tersenarai dalam youtube video dengan high score ataupun perfect game masing-masing seperti Paul Moor,England(Pict 1),Tim Mack from USA(Pict 2),Caroline
Lagrange dari Canada juga Woman World Champ yang baru berlangsung di Melaka last month(pict 3),Dominic Barret(pict 4) dan beberapa Malaysia top dan elit players seperti Zulmazran,Aoron Kong,Daniel Lim,Alex Liew dan Syafiq Ridzwan.Bukan senang nak bergambar dengan mereka lain kali,sebab masing-masing agak fokus dengan game mereka cuma kali ini aku bertuah kerana dapat membawa team Malaysia merendap di sekitar Doha,so just take this opportunities with another players as well...


Illalliqaq.

Thursday, December 17, 2009

Mal Bowling Team

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Kebetulan projek nak pergi visit nearby country was cancelled,so saja-saja lah aku bila ada masa lapang aku ke QBC menonton Qatar Bowling International Champ,terutamanya bila ada 5 pemain Malaysia yang turur serta dalam peringkat MQ.So far baru Zulmazran yang layak bertanding untuk peringkat akhir pada Jumaat nanti,so berpeluang memenangi 30000euro banyak gila hadiah no 1,kalau convert ke QR ataupun RM.Sementara pemain lain seperti Aron Kong,Syafik Ridzwan,Daniel Lim dan Alex masih juga mempunyai peluang ke peringkat akhir,dah masih lagi mencuba.Memang game habis agak lewat sekitar jam 11-12malam Qatar time,so aku bawak mereka semua ini,mencari pengalas perut dan meronda-ronda sekitar bandar Doha ni,bukannya jauh pun,kebetulan jugak Honda MRV aku boleh muat untuk 8 orang,so jalan je lah,walaupun agak sesak sedikit kat belakang.
Illaliqaq.

Wednesday, December 16, 2009

Leather Jacket

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Kalau dilihat pada harga asalnya memang aku tak mampu dan langsung tak terfikir nak beli.Tetapi bila mendapat 75% discount,sayang pulak rasanya bila tak beli,tambahan pula jenama Pierre Cardin ni,memang aku dah monitor lama quality barangnya tetapi sebelum ini aku rasa tak perlu dan mungkin juga tak mampu untuk memiliki barangnya. Kebetulan pulak ketika musim offer barangan Pierre Cardin,Guy Laroche dan barangan berjenama lain sehingga 75% potongan kali ini,kena dengan winter season yang memang sejuknya dah terasa dan aku pun memang nak memiliki leather jacket yang baik qualitynya.So walaupun aku terasa seperti agak keterlaluan berbelanja untuk 25% dari total harganya QR5770 tetapi atleast aku dapat jadikan kenangan duit kutu setahun aku disini,yang kali ini jatuh pada giliran aku.
Illaliqaq,

Tuesday, December 15, 2009

Qatar Bowling International Champ

Assalamualaikum/khaifahalaq,

Memang hadiah untuk tournamnet ini adalah antara yang paling besar dalam international bowling championship,that why lah ramai star-star bowling dunia yang turun.Mana taknya value $30000 untuk juara dan sekitar belasan ribu RM untuk tempat kesembilan pastinya menjadi tarikan pada world star bowling termasuklah Paul Moss dari Great Britain,Zulmazran Zulkifli dari Malaysia sendiri http://www.youtube.com/watchv=NiBXo2KjdBA
http://www.youtube.com/watch?v=D9WDC9gEgBE dan ramai lagi seperti Daniel Lim,Aoron Kong yang aku sendiri tak berapa tahu sangat nama mereka semua.Tapi yang pasti,this is the world class bowling.Kebetulan pulak semalam,mereka semua ni,turun ke lane so aku yang sedang bercuti hujung tahun ni,just watch the game in live.Sempat pulak aku berkenalan dengan Brother Hisham team kapten Malaysia, Beng Hong pemenang emas Commenwealth Game 1998 dan Zulmazran Zulkifli sendiri yang sekarang mungkin pemain bowling lelaki no 1 Malaysia.Sempat pula,aku membawa mereka mencari Kebab Turkey di sekitar kawasan Al-Sadd mungkin kerana game yang dah habis agak lewat dan mereka pun baru tiba pagi sebelum game tu dari Malaysia menjadikan perut mereka agak bergelora......





Illaliqaq.

Tuesday, December 1, 2009

2009 Eid Adha

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Tak banyak sangat beza raya haji 2009 ni bagi aku,terutamanya selepas tahun lepas aku dah pun beraya disini keseorangan,cuma ditemani rakan-rakan.Tahun ini,aku menyambut Eid-Adha ini bersama family disini,so macam biasa aje rasanya.Yang paling ketara tak leh nak tengok orang buat korban binatang,yang lainnya, ziarah dan hidangan makanan pastinya dah seumpama hidup di Malaysia.Memang agak letih juga hari itu,bila hampir sepuluh rumah dikawasan perumahan aku tinggal kena aku ziarahi,dah lah kenyang perut.Tapi nak buat camana semua kengkawan kat situ dah nak buat tradisi macam itu,kenalah aku ikut,dah namanya berkawan dan eratkan silaturahim. Tahun ini,aku berkesempatan solat Eid-Adha di kawasan padang bola sekitar Stadium Bolasepak Al-Ahli, memang ramai giler jemaahnya, menghampiri 10 ribu orang barangkali,that why lah imam masjid tempat aku nak pergi solat di kawasan itu turut serta,pastinya nak memberi ruang pada jemaah yang lebih ramai menghayati dan mengambil berkat Eid-Adha. Anyway untuk kedua-dua Eid tahun ini,aku dan keluarga beraya disini, kampung dan negera orang, yang pastinya walaupun tak terasa mana kesyahduan dan asingnya beraya disini,namum hujan emas di negeri orang,pasti best walaupun hujan batu di negeri sendiri....
Illaliqaq,