Wednesday, November 12, 2008

Coretan minggu in di Qatar

Assalamualaikum,!!!!kaifahaluqha......
Hari ini,aku and the geng telah di bawa masuk kedalam kawasan CCB,untuk sedikit sessi familiarization.CCB ni macam MCB lah kalau office lama ok dulu,cumanya dia lebih besar dan lebih ramai penduduknya yang berbilang bangsa,kami sempat berkenalan dengan 4-5 orang panelman dan supervisor yang memang nampak berpengalaman kalau tengok umurnya yang baya-baya Jamal Abdillah/Jackie Chan atau Pele.Hari ini juga kami telah dibekalkan dengan PPE yang baru setelah hampir sebulan meninggalkan warna kuning coverall Petronas,safety shoes Worx.......dapatlah pulok coverall orange dan brown,sempat lagi aku ejast ambik kasut Red Wing walaupun mamak bawang yang berlagak gila nampak!!!bagi kasut kat aku jenis U-Vex pada mulanya,,,tapi dia dok tahu aku liar gok!!! dang lagi ejast dekat dept lain baham Red Wing yang mula-mula aku masuk Petronas dulu,first conclusion untuk familiarization ni nampaknya suasana dalam CCB ini,agak banyak panel consolenya dan surelah panelman nya agak ramai walaupun cuma seorang untuk satu unit,tapi bila dah ada 7 trains,setiap train tak silap aku ada 3-4 orang panel................so nanti dah masuk plant dan process area barulah aku akan lebih nampak...apa barangnya!!
DayB4
Alhamdullilah,Residential Permit(R.P)aku telah siap,setelah sebulan dalam prosses!!!!Insyallah aku boleh berada terus berada di bumi Qatar sehingga suatu masa yang aku sendiri belum pasti.Memang R.P ini adalah lesen yang memang ditunggu oleh siapa jua expatriate yang datang ke Qatar ini,barangkali ke Middle East pun.Dengan R.P ini banyak benda yang selama ini tergantung boleh aku buat umpamanya urusan lesen memandu,urusan visa keluarga,urusan dgn bank dan banyak lagilah yang mudah kalau ada R.P ini,aku tak perlu bawa pasport copy juga visa ke sana-ke sini lagi,maklumlah dah ada new I.C lah,ni kononnya.Selalunya urusan R.P ni memang mengambil masa 1-2 bulan pun,Alhamdulillah seperti yang aku jangka aku telah berjaya mendapatkanya base to e-mail i received.Walaupun aku sedikit risau juga,takut-takut kalau ada problem dengan aku punya medical dan x-ray yang aku buat kat sini hari tu,!!!anyway alhamdulillah everything goes ok,So!!!!Insyallah hari Ahad,16hb/11, nanti aku boleh pergi mengambilnya di HRM office...
So selepas ini dengan lR.P/new I.C yang aku akan dapat ini,aku akan berusahalah seterusnya untuk membuat lesen memandu sebelum pulang mengambil keluarga seberapa segera,mungkin akhir December nanti.....
DayB4,
Kelmarin aku telah pergi ke Malaysia Embassy,atas urusan visa untuk famili aku yang bakal datang.Aku kena `authentitic`surat beranak anak aku aku,sijil nikah dan akademik cert yang telah aku translate ke English,berdasarkan pada format orang-orang yang dah buat.Ada setengah orang kata tak perlu translate pun,ada kata kena translate.......so senang cerita buat je lah dulu,nanti kan kalau Qatar Embassy nak at least aku dah ada,kat sini bermacam pendapat pada sesuatu progress yang nak di buat,so aku ambilah the safest way.
Pejabat Malaysia Embassy ni,macam rumah orang je nampaknya,mungkin di sewa dengan tok Arab kok.Orang Malaysia yang kerja kat embassy ni pun tak ramai,mungkin 7 orang sahaja dari 16 yang ada.Pada awalnya,hajat dihati nak jumpa dengan pegawai dari Malaysia,tapi malangnya mereka sibuk sebab ada delagasi dari Malaysia yang datang,so aku buatlah appointment dulu,Insyallah ada rezeki nanti boleh lah jumpa....boleh tanya sikit pasal sekolah anak-anak Malaysia kat sini,sekolah India dgn Filipina pun dah ada...manlah tahu,boleh set-up sekolah Malaysia kat sini,rakyat Malaysia pun dah ada dlm 3000-4000 orang rasanya dibumi Qatar ini.....
DayB4,
Setelah hampir sebulan,barulah aku and the geng berpeluang meninjau kawasan plant R.G ni,tupun aku curi-curi naik bas yang membuat pusingan didalam plant untuk mengamil pekerja yang menunggu dilokasi tertentu.Memang besarlah kilang ni nampaknya,1 train probably sama dengan 3 unit dekat kilang Aromatik aku dulu,banyak juga yang masih dalam construction terutama dikawasan utilities.Terkejut juga aku bila tengok pipa-pipa yang agak besar sizenya,sama tinggi dengan coaster yang mengangkut pekerja kontraktor.Barangkali sizenya 100inci diameter.Nasib baik line tu, line seawater yang barangkali diguna utk unit utilities for cooling tower mereka.....
Ilalliqaq............

Monday, November 10, 2008

Ini Baru Tennis......

Assalamualaikum......

Aku baru balik dari menonton Sony Ericsson Women Tennis Championship 2008 `final match`antara Venus William menentang Vera Zvonareva dari Russia.Perlawanan di menangi oleh William dalam 3 tiga game 6-7,6-0,6-2.Walaupun Venus William ditentang hebat dan kalah dalam set pertama,namum dia berjaya bangkit dan memenangi 2 set kemudianya.Rata-rata penyokong memberi sokongan padu kepada Venus William,walaupun beliau telah banyak memenangi gelaran Grand Slam,termasuk Wimbledon 2008.... dan seakan tiada ruang,bagi Vera untuk bangkit,walaupun bermain dengan agak berhati-hati,namun banyak ruang dan peluang berjaya di menangi oleh Venus William.....
Memang aku sebenarnya tidak merancang langsung untuk pergi menonton,bila diberitakan tiket agak limited,namum geng baru aku orang Syria `said`.....there will be no ticket for the final,except for the grand stand...so aku pun berusaha lah untuk pergi,lagipun tak jauh 15 min saja menaiki teksi.Alhamdullilah.aku dapat masuk kedalam stadium,walaupun sampai agak lewat ketika tie brake game pertama dah pun bermula......Ini baru Tennis!!!!!!
Memang berbaloi rasanya aku datang,bilamana melihat William yang melakukan servis dengan kelajuan hampir 200km/h...memang betul-betul laju,tak dapat aku bayangkan kalau Roddick,Federer,Tsongoa yang melakukan servis,macammana agaknya,aku rasa kalau kena muka memang berdamo dan lebam lah.This is real world class level,walaupun untuk ladies.Time rally pun asyik gila aku tengok.....speed and power,tak dok lah bola slow-slow,lembut-lembut macam aku tengok set PPT main masa East Cost,Carnival........terutama regu veteran PPT suatu ketika dulu,
dimana sekarang, salah seorangnya telah berada di Qatar ini,yang seorang lagi masih aktif tapi dalam sukan badminton pula aku rasa.Servis Venus Williams tu kalau 6 orang pemain veteran
macam dia orang tu yang menunggu untuk ambil servis,,,,,,for sure tak leh ambil punya.
Anyhow,later on.. aku sempat juga ke kedai CrestLink,,,,main sponsored for attire!!!dang jugak beli topi sutir,QR 50.Baju pun banyak yang lawo-lawo...harga nya pun boleh tahan QR150,tapi jenama CreastLink ni memang well known in quality,so no wonderlah dengan harganya.
Setidak-tidaknya aku dah ada pengalaman melihat secara live world class tennis dan dapat bezakan the real tennis dengan orang yang kata dia pandai main tennis.,,,tetapi servis dan rally playnya macam mak inang................tahniah Sony Ericsson for keep prolong organised this tournament,Insyallah next year aku pergi lagi,mungkin Jim dgn Aru pun nok ikut sekali....,Aku pun heran camana Dekwan boleh ikut aku tengok tennis...ha,ha,ha.

Illaliqaq.

Sunday, November 9, 2008

Coretan seminggu di Qatar.

Assalamualaikum......kaifahaluqha,

Coretan semingguku ini d Qatar.
Alhamdulillah,dah masuk minggu keempat aku and the geng dibumi Qatar ini.Masih tak banyak perubahan dan juga movement yang berlaku.Bermula dari makan,training,kerja,environment dan masyarakat sekeliling kesemuanya nampak seakan dan hampir jadi immune.Aku masih lagi mencari-cari kereta yang bakal aku beli juga masih menunggu R.P untuk siap...barulah langkah akan menjadi semakin panjang dan makin clearlah jalan-jalan diQatar akan di jelajahi.
Makan.......beginilah bila hidup membujang,kenalah pandai-pandai bila nok makan,kalau boleh masak untunglah sikit tupun kalau rajin.Kat sini kalau nak selalu makan kat kedai,memang set-set Qatari jelah.Mana ada nasi 4-5 rial sepinggan,air mana nok dapat 2-3 rial segelas.So sendiri mau pikirlah.Makan kat kantin RG pun dah naik boring dah,mana doknya,asyik makan lauk pauk ala Arab dgn ala mamak je.Hentam sajelah sementara boleh ni.Kat rumah,nak masak bukan pandai sangat pun,bahan-bahan pun tak cukup,Nasib baik kalau hari Jumaat,Sabtu tu banyak undangan makan oleh geng-geng malaysia yang dah lama katsini, Alhamdulillah!!!!semoga rezeki mereka dan kami-kami ini,dimurahkan oleh Mu Ya Allah.Minggu ini ada 4 undangan makan...rumah Cuping ex VCM,rumah,Haji Barat,rumah Yus Ex PPT dan rumah Yus Ex PGB.Guana-guana pun makanan Malaysia tetap menjadi kegemaran ku..............inilah hasil pengamatan aku minggu ini,untuk beberapa perkara.............
Training dan kerja....aku dah habis 3 sessi 2hours training untuk PTW Basis,H2S and B.A dan Safety Induction,It's a compulsory training before get safety passport prior to enter the plant.Banyak juga new lesson yang aku belajar masa training2 ini,ada practice yang jauh lebih baik dari kilang lama aku dulu spt dalam hal PTW,H2S,yang rata-rata boleh membawa kesengsaraan kalau alpa dan take it easy.Baru aku tahu max allowable PPM for H2S is only 10ppm, where as if 300ppm= loss of balance,800ppm = death in few minutes and!!!!!!!!!!!!!!!if more than that 1000ppm =1 breath will kill.Insyallah selepas dua lagi training yang lain aku and the geng akan boleh masuk ke plant untuk familiarization.By the way kalau nak complain pasal sistem training dan arrangement kat sini memang banyak lah,tapi biarkanlah dulu....aku dah masuk kandang unta,kena lah ikut unta .....walaupun aku sendiri tak tahu bunyinya macam mana.So kerja aku secara overallnya,masih belum bermula secara rasminya,masih dalam training yang tak tahu bila akan tamat.....anyway cukup bulan aku tetap dapat gaji menghampiri 5 figures.
Environment......sekarang dah masuk musim sejuk,suhu aka temperature dah bermain di sekitar 25-23oC.Sejuk pun dah terasa,Malamnya masih panjang,subuh pukul 4.17pg,Zohor pukul 11.20pg,Asar pukul 14.28tgh,maghrib pukul 16.55ptg.isyak pukul 18.24ptg.Kalau nak keluar rumah dah nak start kena pakai baju sejuk kalau hari malam,tapi hari siangnya masih macam cuaca Malaysia,cuma debunya agak banyak.
Suatu hari aku pasti kena beli,,gloves,tutup kepala,dan baju sejuk yang memang tahan sejuk bukan tahan air mcm wind breaker...temp akan menghampiri 7oC,bernafas pun keluar asap jadilah macam Arsene Wenger kat dalam tv masa tgk bola Arsenal lwn M.U......tahun lepas,tahun ni kempunan lah nak tgk EPL. Masyrakat........most of the places kalau aku pergi,for sure there's a lot of orang dan budaya Arab.Bau-bauan,makanan,culture memang Arab lah.MInyak Atar,kari kambing yang agak kow baunya dan bunyi hon kereta yang agak menebeng oleh Pak Arab,pantang lambat je mesti hon punya,yang kelakarnya jalan jem pun ada jugak Tok Arab yang hon nok suruh orang depan cepat jalan...gila ke hapa.Pastu kalau nak tengok orang yang pakai serban tapi ganas dan brutal bawak kereta memang disinilah tempatnya.....kaki atas dashboard,cross divider,parking atas divider,biasalah tu.Kalau kat shopping complex tu,ramai Nepalis yang kerja terutama bagi level bawahan.Geng-geng bawang macam biasalah ramai yang jadi buruh kasar.Kabayang pun sama...mesti ramai yang berjalan-jalan barangkali mencari teman dan mangsa,masalahnya kabayang yang lalu tu gred D,kalau gred B-A memang kena kebas di tok Arab punya...

Anyway...memang sembahyang berjemaah kat sini,menjadi keutamaan,Kat kedai pun orang sembahyang jemaah.Sembahyang maghrib dan isyak kat sini...senang-senang je nak cari makmum dalam 150-200orang,......Minggu ini sempat juga aku and the geng merasai pengalaman menangkap ketam.walaupun bukan rezeki kami barangkali,dengan hasil tangkapan yang agak sedikit at least aku dah merasai suasana sejuk didalam air setakat peha,berjalan didalam seluk dan melihat sendiri bagaimana ketam di sauk dan dijok.Walaupun perjalanan kedestinasi hampir satu jam lebih,tetapi bila berada dalam Lumina SS 5700cc V6 dengan kelajuan yang kekadang mencecah 220km/h..yang jauh pun rasa sekejap je.Teringat aku kata-kata seseorang....kalau mum bawak kereta 180km/h,bayangkan!!!! bila melintas kambing maka kesemua bangkai kambing,kereta dgn orang sekali mungkin akan dikutip di Paka....walaupun pada masa tu kita memandu diatas jalan raya Teluk Lipat.(Pak Tam inst mesti ingat siapakah yang berkata sedemikian)Anyway ini kereta Lumina SS bukan kereta proton wira aku,ataupun bekas Iswara 1.3cc Zamri Apek.... it's very stable and good handling.(YEM mum memang pandailah pilih kereta).
Minggu in tak sempat lah akunya,nok gi tengok Women Tennis Sony Ericsson Championship....ingatkan orang tak ramai yang pergi,rupanya mbik toh penuh pooor stadium.Last year orang kata tak ramai mcm ni,mungkin sukan tennis dah well known at Qatar ni.....tambahan pula ramai top players yang mai.Kalau Sharapova yang mai....mesti lagi ramai gila orang yang tengok.Tahun lepas masa final 20biji kereta....was offered for lucky draw,tahun ni tak tahulah.........
By the way,so far i`m still good and remain ok living at Qatar.Insyallah i `ll bring my family soon.Hopefully i can get my Residential Permit by this week.Insyallah.

Ilalliqaq...............Tammam

Monday, November 3, 2008

Qatar.....ada yang baik,buruk pun banyak

Assalamualaikum.........khaifahaluqha.
Semenjak aku and the geng tiba di Qatar dah melebihi 3 minggu ini,sudah 7 orang rakyat Malaysia yang lain tiba dan bersama-sama kami menjadi warga kerja Rasgas.Kebanyakan mereka macam kami juga Ex-Petronas staff.Ada yang dari BASF,Optimal,Mtbe,Vcm,Cefs,PPM...
Alhamdullilah bertambahlah rakyat Malaysia di bumi Qatar ini,dengar kata dah melebihi 3000 keluarga.Dengan itu juga bertambah lah rakyat Malaysia di perumahan kami ,Al-Mirqab ini.Mungkin sudah ada 15-16 keluarga.Tidak seperti setahun yang lalu,bilamana hanya ada satu keluarga Malaysia di perumahan ini...yang lain kebanyakannya India,Indonesia,Filipina,kata isteri kepada Che Wan...rakyat Malaysia tunggal pada masa itu di perumahan ini.Insyallah suasana pergaulan anak-anak dan isteri-isteri yang tidak bekerja disini nanti akan sedikit terpelihara.Terutamanya bila berada jauh di bumi Qatar ini,suasana ke Melayuan itu agak susah nak ditemui...bilamana keluar rumah jumpa India,masuk Lift jumpa Indon,naik bas dudok sebelah Syria,turun bas jalan dgn Nigeria,kat kantin jumpa Nepal.....begitulah kebiasaanya.!!!Rupa-rupanya Adik Wan punya English dasyat jugak........kalau dengan PS Essam/Yasser tu...berambat lah,aku rasa....ha!ha!ha.jangan marah.Anyway kat sini English Malaysian is quite ok lah,if compare to others.........tapi kalau yang dah ada international experience mcm India selalunya memang dia orang lah yang lebih...........
By the way!!!!Sepanjang aku disini,apa yang dapat aku perhatikan antaranya......

Yang Baik......
1.Most of the time orang sembahyang diawal waktu dan berjemaah....
2.Pedestrian is well respected by most of the vehicles(even by hummer,bmv,merc,porsche)
3.Malaysian is much respecetd than other`s countries...i guess.
4.Tiada kos bagi utilities spt air,api,local phone call thru house phone.
5.Vehicles is very cheap(off 40-55% from malaysia prices)
6. Absolutely tax free........

Yang Buruk......
1.Bahan makanan,makanan,minuman ada yang agak mahal,ada
yang susah nak dapat.
2.Musim panasnya dan sejuknya melampau...Wallahualam.
3.Becareful!!!!Tiada pemantauan `pig skin`for most of the leather material(espc kasut)....dekat carrefour berlambak pig skin`.
4.Banyak benda dan urusan nampak tak berapa teratur dan sistematik....bolok wok sikit.
5.Sembahyang kat sini tak berapa tertib mcm kat Malaysia....nak tengok orang doa pun payah
6.Kebanyakan pemandu kenderaan Tok Arab,ganas dan tak sabar(hon,,kerabat divider dah jadi
biasa disini)

Insyallah,nanti aku sambung...................
ILALLIQAQ.

Saturday, November 1, 2008

Assalamulaikum........kaifahaluqha,

Hari ini aku and the geng telah dibawa oleh YEM ke Lousail Internatinal Circuit,di sinilah litar kejuaraan motor GP di yang adakan pada waktu malam.Hari ini aku mengambil kesempatan untuk melihat sprint test motocycle and motorcar,for those who intersted to join....it`s opened.Kami hanya sempat melihat acara motorcycle sahaja,yang bermula sebaik saja kami sampai.Banyak jenis motor jugak yang masuk,ada Ducati,Fire Blade,Honda ZSR dan macam-macam lah.Ada yang driver yang muda macam Mat Obat,ada yang sedikit berumur macam Boh Lan....tetapi rata-rata mereka sekadar nak test power motor masing-masing.Banyak lap mereka pusing untuk litar sejauh 5km ini,nasib baik cuaca dah masuk musim sejuk...tak lah panas sangat rasa bahangnya.Mungkin suatu hari Leo akan menge`test` power motor Fire Blade 660cc dia,tengok selaju mana boleh pergi,tu pun kalau Leo berani letak kepala lutut masa ambil selekoh.......aku sure kalau M.Obat aka W.Hairel ,mesti dok sabar akan peluang sebegini.Come-on Mat....join us motor murah kat sini,nak masuk sprint test pun senang...........ada yang sanggup bagi motor dia kalau mum nok test power.
Untuk sessi kereta!!! bermula agak lambat sikit,dalam pukul 1.30tgh...so kami tak sempat nak tengok yang dalam circuit punya,masa kami nak balik tu adalah, geng-geng kereta lawo dan power yang dah buat scrutineering kereta mereka untuk test power kat dalam litar.Ada kereta Porsh,Corv,Bmw,Audi V1o....Tok Arab mungkin lambat sikit sampai,sebab tu orang dia tak berapa kelihatan lagi........ya lah lagi 2 jam nak start.Tapi aku and geng sempat tgk testing yang yang off circuit punya,tetapi itu untuk driver yang dah register dan expert kok.....sebab nampak gaya merka bawak macam dah lama je,main kat situ.........kereta Impreza dgn Evo 7 tadi memang power lah.....masalahnya ada jugak honda bullet dan EK yang masuk,dah lah nampak slow je
masa selekoh pun ada yang terlanggar kon.....anyway kalau orang minat tengah panas randang dia orang mai tgk,tapi kami ni sekadar mengisi masa dan peluang shj....

Ilalliqaq.

Friday, October 31, 2008

Assalamualaikum......

Hari ini dah masuk kali ketiga aku berJumaat di negera Qatar ini,macam dah jadi routine Hari Jumaat ngan Sabtu,di paginya kami akan perkena roti canai dulu di kedai Mamak Taste of Asia,sekarang bolehlah sementara Wan Kamal masih solo menunggu mek dia mari(nanti mungkin kena gi dgn Hummer Rambo ataupun Nissan Infiniti Adik Wan pulok kok,aku punya GMC belum jumpa lagi)....Kesian Adik Wan!!!!bila turn dia bayar je,mahal pelik pulok kena hari ini....untuk 4 biji roti telur,4 biji roti kosong campur 4 gelas teh tarik...selalunya memang dah mahal pun,tapi hari ni lagi mahal.Qatar bang bukan Kerteh bukan kedai Pak Ali,ataupun kedai awek licin kesukaan Ringgo,Aru,Ustaz Shakri.Sendiri mahu ingatlah,Lepas tu....
Kami saja-saja pergi ke pasar ikan,daging,dan sayur-sayur.....usha-usha harga.Banyak gila ikan kat pasar,segar-segar belaka........mintak maaflah nak cari ikan selar,kembung yang dikatakan masih baru,tetapi bekasan air batu rupanya,macam kat pasar Dungun.Kat sini macam barang lain jugak hanya yang original dan terbaik di jual...so harganya pun,standard dan sendiri mau pikirlah.....
Cerita pasal ikan tadi....ikan selar,kembung,ikan sultan ibrahim.ikan cermin,ikan muduk,ikan aya,ikan yu....harganya lebih kurang Malaysia je,udang pun sama spt harga dekat Pasar Dungun!!!!!tetapi yang paling obvious mahal adalah sotong.Kalau yang harga dalam RM6-10 kat pasar Dungun tu,sotong yang halus-halus tu,bukan sotong jarum bang....tanya Mat Zaki panelman Benzene in waiting lah,sotong mendapa.Harganya memang mahal gila ooe.....dalam QR 30-35/kg.Daging dan ayam belum sempat usha lagi harganya.......next time kok.
Sayur,bawang besar,bawang putih,cili kecik/besar....banyak.Harga lebih kurang je.Cuma kepada kengkawan dari PPTSB...KR2B dan KR2A yang telah/sedang/akan mendapat offer itu....ada lah kok lagi 4-5 orang lagi rasanya,kena bawak awal-awal lah macam....asam jawa,lada kering,ajinomoto dan bahan asas memasak yang simple-simple tu,lepas tu belajar lah memasak sikit-sikit kalau tak untuk orang lain pun untuk kita makan sendiri..........bersambung.
Assalamualaikum........khaifahaluqha,
Semalam dikala aku and the geng sedang berfikir untuk menu makan malamnya,walaupun kami telah diundang kerumah terbuka Deepavali\happy birthday Anand(junior instep)melalui Wan Kamal......runsing juga kami tentang apa yang bakal dihidangkan,walaupun Anand dan isterinya,asalnya dari Malaysia/Terengganu juga,namum berlainan bangsa dan adat menyebabkan kami tak sedap hati untuk memikirkan yang positive tentang..........menu hidangannya,aku dan Adik Wan sempat standby maggi lagi.Namum!!! Alhamdullillah,kami diberitahu yang si Anand ni telah menempah masakan Melayu untuk rakan-rakan Melayunya siap ada kuih gulung inti nyior lagi...Nasi Dagang ditempah dari catering mek Yem aka E.A.Nasri,so apalagi bila nampak nasi dagang dan kuih Melayu kami pun belasah lah betul-betul.Thanks to Anand and family for their very undestanding on choosing the many kind`s of food and menu`s for his multi ration freindstar.May God bless you and your family.Mr Anand.........ramai juga member dia yang datang,yang Melayu ramai yang ada.Selepas itu.................
Sementara menunggu pukul 1.00pg waktu Qatar/6.00pg waktu Malaysia,kami jalan-jalan pusing-pusing sekitar bandar Doha dan Corniche,sekadar melihat gelagat dan permandangan di Qatar ini......malam tadi Amir OMS atau lebih dikenali Amir (M) oleh Lee Plumber akan pulang selama 2 minggu ke Malaysia,bertemu parent dia yang akan ke Mekah,untuk urusan haji.So buat kali keduanya aku and the geng telah ke Doha airport,,,,,baru aku perasan,tak besar mana airport ni rupanya,lebih kurang airport Terengganu yang lama aje,tapi manusia ya Allah,punyalah ramai dekat arrival hall...set-set bawang,bangla penuh.Sempat juga aku tengok bintang-bintang tenis untuk Qatar Sony Ericssson yang kebetulan samapai....tapi malangnya aku tak kenal minah ngan mamat tu(kurang glamour kok),siap naik BMW 7 series lagi,as an official car untuk tournament tu.Excited gila Amir (M) and family to fly back to our hometown,Malaysia.Itulah orang kata hujan emas negeri orang,hujan batu negeri sendiri..........by the way datanglah dulu ambik yang emas tu,cukup masa kita baliklah.
Dan semoga Amir (M) and family selamat sampai di Malaysia dan selamat datang kembali mengambil emas di bumi Qatar ini.........yang paling pentingnya semoga Amir akan terus berusaha mengekalkan trademark Amir(M)....sebab sekarang Amir dah hampir nak jadi Amir XXL.........jgn marah Mir,keta accord baru mum memang best lah.......nanti kita ajak Dillah test bawak,biar tahu penangannya ,kalau dia kena nangislah.......
Ilalliqaq,halas......

Wednesday, October 29, 2008

Permakanan d Qatar

Assalamualaikum........ahlamwassalam,

Alhamdulillah,setelah 3-4 hari tidak dapat merasa nasi pada waktu tengahari,maka hari ini dapatlah aku menjamah nasi walaupun lauk-pauknya ala-ala Arab dan Western di kantin RasGas Office.Ada perkara kurang mengizinkan,tulah sebabnya aku tak dapat ke kantin.....2-3 hari sebelum ini.Anyway Alhamdullilah,...ada ketikanya masih sempat makan nasi pada waktu malam.Cerita pasal makan ni!!!sekarang ,aku masih tak membawa family,so agak rumitlah sikit kalau nak makan....kenderaan pun tak ada lagi.Tapi ramai kawan-kawan yang dah OTAI,selalu call untuk membawa makan...W.Kamal,Yem,Leo,U.Nasri dan ramailah lagi,Insyallah aku and the akan sentiasa dapat makan kat sini......... beginilah routine makan harian aku sementara waktu ini,selalunya pagi aku makan kat rumah je(roti,biskut,telur)alah buat alas perut,ok jugak sekarang dah rasa makin biasa,walaupun jarang berjumpa dengan roti canai,nasi lemak....tetapi kira boleh bertahanlah sehingga tengahari sebelum dapat makan di kantin office.Makan tengahari selalunya memang kat kantin lah,nasi dan berbagai jenis lauk ala Arab dan Western(company deduct QR 4.00/day)...kalau makan kat foodcourt makanan mcm ni.....memang berpuluh -puluh QR lah kok!!!!!!Malam so far,tak tentu.kalau ada member ajak keluar...makan dekat foodcourt shoping complexlah,kalau tak Mee Maggi sedap dimakanlah ataupun roti siput keluaran Carrefour.Nasi bukhari dekat foodcourt kat sini,kira boleh makanlah,harga pun tak mahal sangat dalam QR 7 je,,,,,nasi pun banyak,ayam bapok besor.(kalau aku yang makan memang dok habislah)boleh share 2 orang.Air teh O...mahal gila,kat food court tu QR 8/ gelas kertas bersaiz sederhana....macam tak logik rasanya,tapi ini Qatar bang,bukan Merchang kampung Abang Mat Sulong ataupun Seb.Pintasan kampung aku..........most of the drinking water at food court is between 8QR - 15Q/gelas....aku rasa lah.Fast food mcm KFC,McD,Thaza Chicken pun banyak harga.......lebih kurang Malaysia je,sebab kat sini tak da gov tax,rasanya je lah yang lain sikit.Sos cili kena bawa sendiri........only tomato ketchup is available.Kalau selalu makan kat kedai kat sini,mungkin tauke kedai pun hairan.....
maka pikir-pikirlah sendiri..........


Ilalliqaq..........

Tuesday, October 28, 2008

Assalamualaikum........AhlamWassalam,

Alhamdulillah,setelah 2 minggu lebih berada di Qatar ini,buat pertama kalinya aku and the geng sempat solat Isyak berjemaah bersama imam yang pernah bertugas di Malaysia,imam yang amat terkenal dikalangan penduduk Kerteh.....barulah kali ini sembahyang kami tak perlu tergopoh-gopah mengejar setiap bacaan spt diimamkan oleh Tok Arab kat sini,Tertib dan toqmaninah pun lebih terurus,tidak seperti selalunya bila di imamkan oleh Tok Arab maka....expresslah jadinya sembahyang aku,boleh dikatakan setiap bacaan Fatihah tidak sempat dihabiskan,bacaan masa rukuk dan sujud pun sempat baca sekali je,dah lah tu bila habis sembahyang,memang dah jadi amalan kat sini tiada bacaan wirid dan doa oleh imam.....terus-terus bangun je selalunya,ada yang duduk sekejap tetapi pun berdoa seperti di Malaysia.
Banyak juga perkara pelik yang aku tak pernah tengok di buat oleh makmum-makmum di Malaysia yang menjadi kebiasaan di sini,mungkin kawan-kawan di PPTSB dah ada pengalaman semasa geng-geng Oman datang OJT dulu....tangan selalu bergerak2 kesana-kesini,mematikan handphone,ada yg menjawab SMS(kawan aku yg tgk),ada yang meletakkan spec ke lantai adalah antara perkara yg tak menjadi hal pada kebanyakan Tok Arab,maklumlah ada yg bermazhab Hanafi,Hambali,Ibadi ada juga yang ikut kesemua mazhab.......apa pun semoga ibadat kami diterima Mu Ya Allah,tunjukkanlah kami pintu-pintu rahmat Mu,Ya Allah....Kat sini pun,kalau awal-awal selepas Azan tu kalau nampak masjid sekadar ada 4-5 makmum shj,tetapi antara 15-20min maka berduyung-duyung lah jemaah yang datang....kekadang kat sini Azan je on time tetapi sembahyang memang sengaja di lewatkan....Alhamdulillah memang jemaah ramai,ada yang masjidnya setiap waktu sembahyang macam sembahyang Jumaat makmumnya,kata Ustaz yang menjadi imam kami.......
Imam kami ni sempat bertanya,tentang Dillah betul ke nak mari juga ke Qatar ni,sempat juga dia mengusik,Dillah tu kan takut ke bini ataupun bini tak takut kat dia,tetiba melintas pulok kereta macam Ghan...mung tgk tu,kat sini orang buat teksi je keta mcm tu,kata Imam tersebut,maklumlah Imam tu pun sekarang dah jadi orang kaya Al-Ghanim sekarang.......sebab tu cakap pun umph sikit,zuhud dia pun dah kurang sikit pakai Mits Highlander,tel pun dah updated....tapi sifat tawaduk dan istiqamah pada ugama memang dari dahulu lagi menjadi tunjang Imam ini,Ustaz Nasri.Siap mamat Syria kawan kami yang turut berjemaah bersama kami,kagum dan takjub dengan bacaan ustaz Nasri,tetapi bila ditanya dalam bahasa Arab,ustaz pun macam aku and the geng...masih mencari-cari maknanya,Insyallah,aku akan berusaha mempelajari bahasa Arab.,walaupun tak banyak....
Illalliqaq.



Sunday, October 26, 2008

Assalamualaikum......kaifahalukha,
Hari ini masuk 2 minggu aku di bumi Anbiaq al Qatar.satu pengalaman baru telah menimpa aku and the geng as early in the morning.Gate Pass...memang sesuatu yang tiada kompromi di bumi Qatar ini.Memang aku and the geng dah aware yang temporary gate pass kami sekadar sepuluh hari bermula pada 16hb.So 2-3 hari lepas,kami ada bertanya pada facilitator tentang new gate pass,but he said our gate pass is still valid until today 26hb.Ambik toh.......sesampai aje dekat security gate no1,bila mana pemeriksaan keselamatan...Pak Guard Nepal yang check bas kami ni,terus suruh kami turun bila mana,tengok gate pass kami yg bermula pada 16hb...sebenarnya dah expired hari ini.Yang peliknya facilitaor kami,kata still ok and even another security guard kat situ pun kata masih valid.....sehinggalah supervisor dia kata,no!!!it`s already expired.Kami bertiga bersungguh-sungguh convinced them yang supv kami kata masih ok,sehingga 26hb....
No way,you call you senior or supervisor,ask him tyo bring new gate pass...
Maka terkebil-kebil lah kami,mencari jalan untuk masuk ke RG office...selepas sedikit usaha menelefon rakan Indon yg dah sampai kat office oleh Man The Rambo...maka gate pass yg baru sampailah ke tangan kami,,selepas 1jam 10min...berdiri bersama Bangla,Nepal,India di pintu masuk utama ke kawasan perindustrian Ras Laffan,bezanya dia orang pakai coverall,kami bertiga pakai smart sikit je,T-shirt bercolour tight in,kalau tak memang macam Bangla lah kami.
Anyway one thing yang aku admired kat Qatar ni,there`s no compromise at all to any security and safety matters.
Insyallah,itulah akan menjadi pengalaman pertama dan terakhir aku and the geng sebagai Bangla aka Indon aka Nepal.Panas siol walaupun baru pukul 7.10pg.Nasib baik dah hampir musim sejuk.....
Illalliqaq.

Saturday, October 25, 2008

Assalamulaikum.........kaifahalukha

Hari ini aku and the geng telah ke LandMark Shopping Area.Kami ke Carrefour mencari barang-barang keperluan seharian untuk persediaan masuk ke rumah kami milik company,pada esok hari 26hb.Mujurlah,Wan Kamal masih menunggu kedatangan isterinya jadi dialah yang terus tanpa rasa jemu menemani kami.Terima Kasih!!!Wan Kamal,kalau mum takdok maka naik teksi lah kami...aku dgn A.Wan akan jadi bawang,Man Rambo akan jadi Filipino kok....Banyak juga yang kena beli bermula dari rice cooker, kettel, periuk,pinggang mangkuk,bantal,cadar,selimut,beras,garam,gula dll.So kami pun berbelanjalah seadanya,tak lah berbelanja sakan kerana barang-barang camni isterilah yang lebih arif.Nanti bila orang rumah dah datang barulah `rabok` berbelanja kok. Maka habislah jugak kami hari ini dalam QR 500-600.Banyak barang-barang disini yang harganya memang berbeza dgn Malaysia ada yang murah,yang mahal pun banyak.Barang barang asas spt beras,gula,telur,sos-sos pastilah sedikit mahal dari Malaysia...probably add another 20-30%....

On the way to shopping complex tadi kami sempat ke Mitshubishi showroom,menyilau-yilau kereta Mitshubishi Grandis yang dicadangkan kengkawan kepada aku,harganya memang murah lah kat sini full spec harganya baru dalam QR 95000,Lancer 2.0 mcm Leo atau Budin OMS
QR 85000,Highlander macam Ustaz Nasri tak sampai QR 100k pun.
Sebelum sempat balik,Che Ku Mustaffaa Kamal(7th intake at instep),now our senior at Qatar call W.Kamal untuk jemputan kami ke rumahnya...perkena masakan Malaysia.Alhamdullilah,razeki kat sini melimpah-limpah!!!!,masak lemak ketam,sambal ayam,budu dan ikan Sultan Ibrahim campur sayur dan timun batang telah disajikan kepada kami tadi.Terima Kasih Che Ku.....banyak gok aku and the geng makan tadi,masakan mek mum memang nok bad lah,budu tadi pun lebih kurang Malaysia je...cuma tak de tempoyok,kalau ada.....man rambo,mesti lagi banyak tambah....ikan sultan ibrahim tu,kalau kat Malaysia adalah dalam RM 10/kg kok......ikan kerisi namanya disana.

Ketam pun besar-besar pulok tadi,isi penuh.Walaupun ketam tu tangkapan sendiri Che Ku. Maklumlah,Qatari dah kurang menangkap ketam...mungkin dia orang dah develop kok,rahmatnya dapat juga rakyat Malaysia dapat berpesta menangkap ketam....ramai gila ketam ooe,kalau nak dapat dalam 10-20KG memang senanglah,kalau kena dengan musimnya.
Insyallah aku and the geng akan mengambil peluang merasai keseronokan menangkap ketam dalam masa terdekat ini.....












Ilalliqaq.
Assalamualaikum........

Semalam aku and the geng sempat ke Souq Al Wakif,macam biasa Wan Kamal lah yang bawa kami.Souq Al Wakif ni macam pasar kedai payang lah kalau dekat Terengganu Malaysia.Banyak benda lah yang ada dijual disini bermula dari makanan,pakaian,perhiasan,permata,emas dan macam-macam lagi lahTujuan aku and the geng sekadar menyilau-yilau apa-apa barang yang boleh dijadikan souvinier bila balik nanti.Pening gok kepala,pusing-pusing kat Souq ni.Dah lah Tok Arab ramai bunyi muzik mcm cerita Ali Baba P.Ramlee pun boleh tahan kuat,pelancong asing pun ramai.....tok arab siap bernyayi-nyayi lagi,ingatkan malam Jumaat dia orang duduk
rumah.....
Anyway Souq Al Wakif ini adalah tempat yang sesuai untuk mencari cenderahati kepada kepada sanak saudara dan kawan-kawan bila first time balik nanti,namum biasalah bila ramai orang
maka berbolok wok lah sikit jadinya......










ILALLIQAQ.

Friday, October 24, 2008

Assalamualaikum.....syukran!syukran

Alhamdulillah,aku and the geng baru balik daripada rumah Yem Otai,perkena nasi dagang buatan isteri dia,syukran,syukran rasanya not bad .......bertambah-tambah juga kami semua tadi.Tadi ada lah jugak geng lama aku ,yg bergelar Nasir Gaban the Otai,yg dah datang sini hampir 3 tahun dah,semangat jugak dia maka makan pun semangat jugalah..... On the way tadi Wan Kamal,buat pertama kalinya telah mengisi minyak kereta Honda Jazz dia...murahnya lah minyak kat sini..isi QR 26 dapat 32 Liter lagi,kat Malaysia kalau harga macam tu pastinya rakyat akan lebih selesa,bila agaknya harga kat Malaysia nak turun...harga minyak sekarang pun dah bawah 70 USD.

ILALLIQAQ.....

Thursday, October 23, 2008

Assalamualaikum……

Hari ini aku telah mengambil kunci rumah aku,Ahad ini,26hb aku akan move out from the Merweb Hotel to my permenant residential house.So nanti akan bermulalah
hidup baru aku di rumah company.Maka tiadalah lagi suasana makan dihotel dan pakaian pun kenalah basuh sendiri….selama 2 minggu ini,RG sponsered aku QR 300/day untuk makan dan QR400/week for my laundry.
Rumah yang aku dapat itu bertaraf fully furnished,so tak dapatlah aku elaun perabut buat sementara waktu ini,sehingga berpindah pula ke rumah lain nanti mungkin 1-2 tahun lagi.Banyak juga benda yang kena beli spt rice cooker,kettle,pinggang mangkuk,kuali dan peralatan kecil-kecil untuk memasak dan kegunaan harian.Mungkin perlu jugak dalam seribu-dua nak beli barang-barang ni.Tak apalah kok,nanti bila dapat elaun perabut tu aku dah ada semua barang-barang tu….. boleh jimatlah elaun tu,banyak juga ooe jumlahnya QR 2++++.
Adik Wan pun akan berpindah ke rumah bujang bertaraf semi furnished,bestnya dia dapatlah furniture elaun QR 1++++,banyak gak tu boleh beli kete Ringgo in cash kalau dia nak jual.

ILALLIQAQ…….


Assalamualaikum….

Hari ini aku dan Adik Wan kena buat `finger printing`untuk process Residential Permit.
Macam biasa aku di ambil di hotel oleh shuttle RG.Perjalanan adalah dalam 40min ke immigration office.Office immigration ni nampak macam rumah orang je,tapi security kat Qatar memang ketat lah,nampak aje mcm simple.
Aku ingatkan finger printing ni,dia orang ambil cap ibu jari saja,rupanya kesemua jari-jemari aku diambil capnya.Siap dengan kedua-dua tapak tangan lagi kena buat scaning,jadi macam dalam cerita CSI lah puloknya. Tak tahulah dekat Malaysia kalau orang nak dapat residential permit kena buat macam tu jugak,Abang Mat Sulong dgn Hj Mang mungkin boleh bagi jawapan...Anyway!!! alhamdulillah everything goes ok.
Insyallah kalau ada rezeki aku di bumi Qatar ini dalam sedikit masa lagi aku akan dapat Residential Permit yang bakal memudahkan aku berurusan dengan banyak benda,especially can make preparation to bring my family to Qatar.

ILALLIQAQ.