Tuesday, August 24, 2010

Iftar dCorniche

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Walaupun macam program ad-hoc aje pada mulanya,Alhamdulillah menjadi jugak hari ini program Iftar di pinggir corniche bersama-sama family, walaupun aku cuma keseorangan tapi terasa jugak kelawasan berbuka di tengah padang.Adalah 5-6 family yang datang,memang tak open invitation pun rasanya,cumanya pada sesapa yang nak join...please,you are welcome.
Mungkin itu gamoknya kata orang yang curahkan idea majlis Iftar ni,Awang Fadli,Rudy juga Amir.Walaupun aku sekali lagi sekadar menumpang ,kerana masih keseorangan tapi tetap terasa juga kemeriahan berbuka ramai-ramai, walaupun ala kadar aje menu dan juadahnya. Sempat juga selepas itu aku bertarawikh ditempat masjid kegemaran aku pada tahun lalu,di kawasan Najma,sekitar 15KM dari Doha.Alhamdulillah,walaupun imam ala-ala Mekah yang dijemput tahun lalu tidajk kelihatan,namum pengantinya juga tak kurang sedap dan merdu bacaan Qurannya,tiba-tiba dah nak habis 8 rakaat yang selalu dibuat di bumi Qatar ini. Alhamdulillah, syukur pada mu Ya Allah kerna masih di beri rezeki untuk bertarawikh di situ,juga rezeki ketika berbuka tadi......amin.


Illaliqaq.


Monday, August 23, 2010

Iftar Perkampungan Malaysia.

Assalamualaikum/khaifahalaq,

Alhamdulillah,pada hari Jumaat tanggal 20/Aug/2010 yang lepas geng-geng RG/QG Malaysia di Al-Khor Community ini,telah berjaya menganjurkan majlis gotong royong berbuka puasa dan solat tarawikh bersama-sama di perkarangan komplek kami tinggal ini.Meriah jugak pada masa berbuka, bilamana agak ramai jugak yang datang dari seantero Doha dan Alkhor. Walaupun `humidity`masih agak tinggi dan bahang panas masih terasa, namum dengan semangat ukhwah dan kesungguhan menjayakan aktiviti ini berjaya juga kami laksanakan majlis ini,walaupun aku sekadar menumpang dari banyak sudut terutamanya bila family aku masih berada diMalaysia. Cumanya,ramai juga yang merungut bilamana 'Pak Imam' bagi solat tarawikh memberikan tazkirah dan membaca doa yang sedikit panjang,bagi selang ruang yang ada ketika solat sunat berkenaan. Agaknya kurang keselesaan, mungkin kalau di Malaysia,it's shud be ok,we have good weather.That whylah Rasulullah S.A.W,menyuruh kita mencari keselesaan ketika beribadat,di mana Baginda s.a.w sendiri pun pernah berhenti ketika merasa terlalu panas ketika bersolat.....Apapun semoga usaha-usaha mereka berkenaan di rahmati dan mendapat balasan setimpal dari Allah jua.
Illaliqaq.

Thursday, August 19, 2010

Iftar dan Istiqamah Untuk Palestin.

Assalamualaikum/Khaifahalaq,

Alhamdulillah petang tadi aku dan rakan-rakan sekitar Doha dan Al-Khor berkesempatan mengikuti program iftar anjuran MAQ dan Dar-Al Arqam/Al-Khor Malaysian Community bersama-sama dengan Tn.Haji Jamaludin Elias,Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia bagi misi bantuan dan kemanusian di kebanyakan negara,terutamannya untuk pembebasan Palestin di Semenanjung Ghaza....kenapa Ghaza,Insyallah bebasnya Ghaza dari cengkaman Israel maka Insyallah bebaslah Palestin dan Al-Aqsa dari Yahudi Laknatullah begitulah luahan Tuan Haji Jamaludin.Memang bersemangat serta sakitnya hati bila banyak gambar adan cerita secara terus dari orang berpengalaman berada secara live di negara Palestin ketika jet-jet dan helikopter Apachee Israel berlegar-legar di atas kepala mencari sasaran dan mangsa,tapi Alhamdulillah rata-rata sukarelawan Yayasan Amal Malaysia sudah bersedia untuk pergi kemana saja,walaupun balik dan pulangnya belum pasti...hanya Allah yang tahu.Betapa mulia dan istiqamahnya mereka.Apakah aku jua sanggup menjadi seperti mereka?Walallahualam.
Illaliqaq.

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Kareem 2010

Assalamualaikum/khaifahalaq,

2010/1431Hijrah,Ramdhan Kareem,Alhamdulillah Ramadhan datang lagi.Kali ini sudah tahun kedua aku menyambut Ramadhan dan insyallah Syawal nanti dibumi Qatar ini,bukan tidak berkesempatan untuk balik,tapi naluri dan perasaan aku lebih banyak untuk berRamadhan dan bertarawikh disini,walaupun tanpa nak dan isteri di sini.Mungkin berbetulan juga,dengan income bulan Ramadhan di bumi Qatar ini sedikit lebih,menjadi daya penarik untuk aku menyambut Ramadhan dan berpuasa disini.Apapun memang sepatutnya tidak menjadi masalah pada sesiapa jua,bila sudah berada pada international level ,soal puasa dan raya bukan sesuatu yang menjadi hal,bab kata seorang kawan lama`best sangat ke balik raya ni`. Anyway semoga Ramadhan ini menjadi Ramadhan yang lebih baik bagi aku dan teman-teman hendaknya,dan semoga jua aku mendapat ketiga-tiga bahagian daripada keseluruhan Ramadhan ini,kurniakan aku rahmat mu Ya Allah,ampunkan segala kesalahan dan dosa ku Ya Allah dan bebaskan aku dari siksa api nerakaMu ya Allah. Amin ya Allah.
Illaliqaq.

Friday, August 6, 2010

Qatar...I Came Back

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Alhamdulillah,hari ini 5 August 2010 aku telah selamat kembali ke Qatar setelah hampir 40hari pulang bercuti di Malaysia.Banyak jugak benda yang telah aku settlekan,walaupun masih ada beberapa perkara yang terbengkalai. Insyallah next time akan diusahakan.Ternyata walaupun semangat dan keinginan untuk datang kembali agak kuat,namum ralat dan sedih tetap terasa bila keluarga aku masih berada di Malaysia sehingga selepas Syawal nanti.Banyak juga perubahan yang dilihat di daerah kelahiran aku Dungun setelah hampir 18 bulan aku disini. Apapun yang paling aku terkilan bila tidak berkesempatan bertemu dengan 2-3 orang rakan dan sahabat lama di office lama terutamanya brother MBS dan AHC,orang yang selalu bertekak dan tak sehaluan dengan aku dulu,tapi mempunyai beberapa ciri-ciri yang membuatkan aku terasa untuk bertemu muka tapi mungkin bukan rezeki dan tiada titik pertemuan kali ini.....
Ilalliqaq.

Sunday, June 27, 2010

Hometown Vacation

Asslamualaikum/Khifahalaq,
Insyallah hari ini 27Jun 2010 selepas hampir setahun setengah tak balik ke Malaysia,hari ini aku dan family akan balik bercuti untuk beberapa ketika sehingga awal August nanti.Memang banyak benda yang aku rindu dan tak sabar aku nak menikmatinya semula pada kelapnagan yang ada nanti Insyallah.Berbetulan pula semalam,buat pertama kalinya Al-Khor Community tempat aku tinggal sekarang menganjurkan pasar malam yang dikelolai oleh geng-geng dari Malaysia,namum aku tidak berkesempatan untuk at least meraikan dan melihat suasana,kerana masih sibuk dengan last packing.Mungkin juga nanti banyak pasar malam yang akan aku dan family jumpa sepanjang sebulan diMalaysia,menjadikan aku tak berapa bersungguk untuk ke sana!!anyway Tq to Malaysian yang sentiasa menghidupkan suasana budaya Malaysia di Qatar yang sememangnya menjadikan perasaan rindu pada Malaysia sentiasa di kemuncak!!

Tuesday, June 15, 2010

World Cup 2010.


Assalamualaikum/Khaifahalaq,

South Africa 2010,walaupun aku tidak mengambil cakna sangat dengan World Cup kali ini,tetapi bila-bila dan di mana-mana aje sembang pasal bola ini terus kedengaran,menjadikan aku terpanggil juga untuk menonton beberapa game.Malangnya,walaupun hampir 20 channel sukan bagi siaran satelit di rumah aku ini,masih belum jumpa walau satu pun siaran yang hidangkan live telecast untuk semua game,apalah!!tok arab ni,semua nak kena subscribe. Nasib baik Al-Waha Club,dekat dengan rumah baru aku tinggal ni,ada pancarkan big screen live telecast for the all matches,so boleh lah pilih-pilih yang mana nak pie tengok.Dan kebetulan pulak geng-geng India kat sini memang tak berapa minat dengan bola,so agak lapang dan tenang jugak lah berada di Al-Waha Club big screen walaupun tak lah besar mana sebenarnya...compare big screen yang ada kat Malaysia.Anyway,Insyallah untuk perlawanan bertarikh 27hb June keatas aku akan sempat menonton game-game berkenaan di Malaysia,termasuklah perlawanan akhir nanti.Cuma tinggal 16 hari lagi untuk aku balik kali kedua selepas hampir 1 tahun setengah berada di Qatar .!!!memang tak sabar,banyak benda yang di rindui.
Illaliqaq.

Tuesday, June 1, 2010

My New Accomodation

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Setelah hampir satu setengah tahun aku dan family menetap di Al-Merqab Rasgas Doha Housing maka hari ini,31 May 2010 bermulalah kehidupan baru aku dan family di RG/QG Al-Khor Community. Alhamdulillah walaupun kediaman baru ini agak kecil sedikit,berbanding dengan Al-Merqab Compound namum masih ada ruang dan keselesaan yang cuba disediakan oleh pihak RG/QG.Yang paling penting,anak2 pasti akan lebih ceria dan gembira kerana suasana budaya Malaysia memang ketara kelihatan disini terutamanya bila hampir 40 keluarga Malaysia berada di sekitar ini.Jarak ke sekolah mereka pun sekitar 1-2km aje,mungkin mengambil sekadar 5minit dengan shuttle yang disediakan,untuk ke plant RG/QG pula mungkin kami dah save 1jam dari masa Doha to RasLaffan,menjadikan perjalanan sekadar 20-25 minit sahaja.....


Illaliqaq.

Monday, May 3, 2010

2010 Shutdown..

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Alhamdulillah,telah berakhir shutdown Train5 LNG Rasgas selama 15hari. Walaupun agak penat jugak bila bekerja tanpa rehat selama 15 hari berturut-turut.Ditambah pulak dengan musim summer dah bermula bercampur sedikit tekanan starting-up the plant ahead of schedule oleh bos-bos `bawang`disini. Apapun alhamdulillah aku berjaya menyelesaikan task yang diberikan walaupun aku dah lama tak involve dengan shutdown secara directly berada di field.Mungkin juga sedikit hasil lebihan shutdown ini,boleh jadikan modal untuk mendapatkan extra lens Nikon 70-200mm f/2.8 dan flash SB 900 untuk D90 aku yang kekadang aje aku letakkan on running mode sekarang ini.

Illaliqaq.

Saturday, April 17, 2010

2010 Shutdown

Assalamualaikm/khaifahalaq,
Maka esok 17 April hingga 3 May,akan bermula kerja siang aku berterusan selama 18hari tanpa rehat untuk sessi shutdown LNG Train 5 plant aku bekerja sekarang.Kalau tahun lepas aku melalui 28malam tanpa rehat untuk shutdown Train 3/4 2009. Nampaknya tahun ini kenalah,memerah keringgat dan peluh pada kepanasan 35oC-38oC di awal musim summer ini.Nasib baik tak lama sangat shutdown kali ini, mungkin pejam celik-pejam celik dah nak masuk seminggu nanti rasanya.Anyway rasa bersemangat jugak,untuk melibatkan diri dalam shutdown kali ini,bilamana aku kena jadi care taker untuk `drier and mercury removal unit`bersama Bang Agus teman dari Indonesia.

Illaliqaq.

Sunday, April 11, 2010

New Housing

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Sehari dua ni agak sibuk sikit membuat persediaan untuk berpindah kerumah baru di Al-Khor Community.Rumah baru yang telah siap semenjak awal tahun lagi,sekarang telah mendapat arahan dari pihak Rasgas Housing Commitee untuk aku and the geng membuat persediaan berpindah.So banyak lah keperluan furniture yang perlu di beli,nasib baik company bagi elaun perabut so tinggal nak beli aje lah.Anyway mungkin aku tak sempat untuk berpindah secara total bulan ini,kerana Train 5 LNG RasGas,tempat aku mencari makan sekarang akan melalui process TNA selama 17hari,jadinya mungkin sekitar awal Mei nanti barulah aku berkesempatan untuk move secara total.So mungkin selepas itu perjalanan ke Doha akan menjadi sedikit berkurangan kerana jaraknya sekitar 50KM dari rumah baru aku nanti.Anyhow it's still ok...

Illalliqaq.

Sunday, April 4, 2010

My Umrah dan Ziarah.

Assalamualaikum/Khaifahalaq,

Alhamdulillah atas limpah nikmat dan kurniaNya dapat aku dan keluarga menunaikan ibadat umrah tahun ini.5 hari diMekah dan 4 hari diMadinah memang bagai dikata orang seperti terlalu singkat,begitu pantas berlalu,tiba-tiba dah nak balik.Nasib baik sempat meziarahi beberapa tempat bersejarah zaman Rasulullah SAW seperti gua Hiraq,gua Sur,bukit Uhud,masjid Qubaa,masjid Qiblatine dan banyak lagi.Bab kata Ustaz Hussin,muttawir bagi family aku untuk trip umrah kali ini,sudah tidak ketara bezanya jemaah umrah dan jemaah musim haji sekarang, bila jumlah manusia yang berada di bumi Mekah sentiasa ramai samada musim umrah ataupun haji. Sempat juga berada diruangan Raudhah beberapa kali dan menziarahi maqam Nabi s.a.w dan dua sahabat baginda Sayyidina Abu Bakar alSiddiq dan Sayyidina Umar alKhatab,sempat juga 3-4kali aku ke perkuburan Baqie,tempat jenazah ayah aku disemadikan.Alhamdulillah perjalanan kami berjalan seperti dirancang pada masa berangkat pergi,tiada ganguan besar cuma sebiji tayar kereta rakan bocor dan aircond kereta seorang lagi teman mengalami masalah,juga sedikit gangguan`sandstorm`yang agak mencemaskan juga,yang menyebabkan perjalanan mejadi sekitar 16-17jam.Pada ketika pulang keDoha pula walaupun kami sekeluarga bersendirian aje dari Madinah,perjalanan yang memakan masa 12jam berjalan lancar,cumanya ketika lost signal pada garmin/gps system menjadikan kami agak panik juga ditambah pula, indicator petrol berada pada kedudukan separuh aje sementara petrol pump tidak pula kelihatan,anyway Alhamdulillah umrah aku dan keluarga yang berjumlah 9 hari bermula 25march-4april 2010 berjalan lancar seperti dirancang juga atas kehendakNya, walaupun anak lelaki kedua aku yang berumur 4 tahun agak merenget kerena demam sebaik menjelang malam perjalanan.....



Illalliqaq.

Sunday, March 21, 2010

Umrah & Ziarah

Assalamualaikum/Khaifahalaq,

Alhamdulillah,sekarang dah masuk pertengahan musim umrah.Ramai juga teman-teman dari compund Al Merqab 2,tempat aku tinggal ini yang turut sama pergi,ada yang masih di Tanah Suci dan ada yang dah pun selamat pulang,dan masih ramai lagi yang akan pergi sekitar 2 minggu ini.Ramai diantara mereka yang pergi menaiki bas, terutamanya bagi yang membawa orang tua datang dari Malaysia ke Qatar in untuk tujuan umrah.Ramai juga yang menggunakan kenderaan sendiri,konvoi 4-6buah kenderaan menuju jarak 1500km yang mengambil masa sekitar 15-17 jam. Teman-teman office lama dulu seperti ManRambo,Amir,CheMus yang masing-masing dengan Ford Explorer 4.0L telah selamat berada disana semenjak 3 hari lepas, ditemani oleh LandCruiser milik KLot dan RamboExPM juga sebuah MercBenz kepunyaan HishamExPPM yang telah berlepas sekitar jam 3pagi hari Rabu yang lepas,semoga hendakNya mereka selamat kembali nanti.Dan semoga hendakNya jua,supaya aku dan keluarga diberi kesempatan manis sebegitu suatu hari nanti untuk sama-sama pergi menuju ke rumahMu Ya Allah. Amin.Amin,Ya Rabalallamin.

Illaliqaq.

Sunday, March 7, 2010

Malaysian Futsal Tour

Assalamualaikum/khaifahalaq,

Memang langsung tak disangka bila HajiDin aka Haji Barat nama glamournya,juga Yem turut sama dalam kejohanan futsal semalam.Walaupun aku tak nampak kedua-duanya menerima dan mengawal bola.Tapi kesungguhan larian mereka menunjukkan semangat yang bagai nak rak untuk team meraka. Tak tahulah aku samada bola betul-betul tak singgah dikaki mereka ataupun sebenarnya memang mereka berlari untuk lari dari bola.Mujur lah jugak Leo sekadar menjadi penonton semalam, kalau tak mungkin kejadian muntah hijau 15tahun yang lalu berulang lagi. Apapun tahniah pada MAQ dan Haji Konang selaku orang kuat kejohanan semalam kerana berjaya mengumpulkan ramai player-player dari Malaysia, sehinggakan mencapai 16pasukan dengan hampir 160 pemain,termasuklah kami-kami ini ExPPTSB yang turut sama bermain HajiBarat, Yem,WanKamal,ManRambo termasuklah aku sendiri serta bintang import team Al-Khor A yang berjaya ke final,walaupun baru 5 hari berada di Qatar ini,Iwe aka OTM.TQ and tahniah pada ManRambo dan Batman dari team aku My-Merqab kerana aura kapten dan team manager mereka membawa team kami ke semifinal.Walaupun tewas,tapi kami berjaya melebihi sasaran lagipun kami hanya play for fun,walaupun agak penat kerana bermula seawal jam 8pagi hinggalah jam 10mlm,kami berkampung di padang futsal AlKhor Komuniti.

Illaliqaq.

Thursday, March 4, 2010

Terbaru dan Yang Lama.

Assalamualaikum/khaifahalaq,
Alhamdulillah,akhirnya sampai jua sahabat dari office lamaku yang berasal dari Tanah Merah Kelantan ke Qatar ini,hari ini dah masuk hari ke 2.Iwe aka OTM((Orang Tanah Merah)nama glamour pada blog peribadi beliau)adalah orang yang sentiasa mengikuti perkembangan aku and the geng Qatar ini sebelum datang kemari.Akhirnya selepas beberapa sessi interview sebelumnya, akhirnya berjaya juga Iwe/OTM mencuba nasib di bumi Arab ini,dan semoga hendaknya tabah dan berjaya mengharungi cabaran-cabaran peringkat awal diperantaun ini.Dan semoga Iwe/OTM akan sentiasa ceria seperti dua orang sahabat lama aku ini,yang nampak sentiasa happy dan senang hati.Apa taknya lihatlah style mereka berpakaian.YEM adalah orang terawal yang keluar dari PPT,mungkin dah nak masuk 3 tahun lebih diQatar ini,namum masih berbangga dan anggun berbaju Melayu pada acara QG gala Dinner 2010.LEO pula,sahabat ku yang menjadi antara kelompak pertengahan berhijrah ke Qatar ini,mungkin sekitar 2 tahun lepas dimana ketika itu,LEO nekad mencari kemanisan yang lebih kekal abadi berhijrah ke dunia Arab ini.Mungkin sekarang LEO aka Jamzani,sudah berjaya melupakan kenangan-kenangan yang menghiris perasaan. Anyway,LEO you look gorgeous with blazer and tie.You are the man.....

Illaliqaq.