Tuesday, December 9, 2008

Raya Qurban Pertama.....di negeri orang.

Assalamualaikum,lailatulqasaedah........
Banyak juga undangan hari raya Aidiladha,hari raya pertama aku and the geng di bumi orang Al-Qatar ini.Selepas aje balik menunaikan solat sunat Aidiladha di kedutaan Malaysia hari ini,dengan keadaan perut yang dah agak sendat,bermulalah episod makan-makan dihari raya ini.Pertamanya ke rumah Wan Kamal perkena nasi minyak citarasa Terengganu,buatan orang
Chendering rasanya asal isteri dia,not bad rasanya!!! biasalah kami mesti tambah punya.Syukur Alhamdulillah kenyang!!kami terpaksa menangguhkan untuk kerumah Haji Funky Din al Barat untuk perkena satay dan nasi himpit,sehingga petangnya.Sedang elok lepas Asar barulah kami suruh Haji datang menjemput,lama juga sembang-sembang sambil menjadi rumah Haji Din pusat bertemu hari ini oleh keluarga W.Kamal,Amir M,Yus,Cuping dan kami bujang di kampung orang berlima orang ini,termasuk dua budak baru dari VCM untuk company ORYX.Selepas Isyaknya kami menghabiskan jemputan hari ini dirumah Ustaz Nasri,merasai mee bandung selera Kedah,sedap dan menyelerakan!!!walaupun perut dah agak kenyang tetapi dah undangan dan rezeki.....makanlah kami sejujurnya.
Semoga Allah melimpahkan yang rahmat dan rezeki yan berterusan kepada mereka semua.Dan semoga hendaknya Allah menjadikan hari raya Qurban pertama kami di bumi orang ini...ruang-ruang syukur dan sabar yang lebih bermakna kepada aku dan kawan-kawan.Amin.

Illaliqaq........

No comments: