Sunday, January 25, 2009

AkuDMalaysia

Assalamualaikum,khaifahaluqha....

Sibuk juga aku sepanjang 2 minggu berada di Malaysia ini.Terutamanya nak settlekan loan rumah aku dengan Petronas,maka terpaksalah 2 kali aku ke KLCC mendapatkan dokumen yang patut.Bimbang juga aku kalau-kalau masa yang ada ini,masih belum dapat settlekan loan rumah aku dengan Petronas ini,Maklumlah interestnya pun tinggi 7.8%/month base on balance.Anyway Alhamulillah,semua dokumen yang berkenaan telah aku dapati untuk kegunaan pihak bank dan KWSP.Cuma tunggu nak process aje,kalau tak lulus dan ada masalah lagi so aku terpaksalah gunakan plan B.Sepanjang kesibukan dan persediaan untuk pergi semula nanti ke Qatar pada 3/Feb/09 ini sempat juga aku menjalankan tanggungjawab sosial dan keluarga,ke kenduri kahwin di Perak,ke PD bertemu family sebelah isteri,di KLCC sempat juga aku mencuri ambil photo Misbun dan Lee Chong Wei.Yang paling berkesan,bilamana dapat mendengar ceramah `Hijrah`oleh Imam Besar Masjid Negara di Port Dickson,kampung wife aku.Lagi syoknya bila dapat tahu Imam Besar ini,asalnya dari Terengganu,patutlah masa ceramah tu slangnya macam orang Ganu,bila aku confirmkan nyata asalnya dari Dungun,Padang Jambu.Tan Sri Syeikh Ismail Mohamad agak lama juga tinggal di Mesir that`s why lah beliau agak petah menterjemahkan Al-quran dalam ceramahnya itu,Hijrah tajuknya.Antara yang memberi kesan kepada aku adalah bila mana dibacakan satu maksud firman Allah yang berbunyi`sesungguhnya bumi ku ini amat luas,maka hijrah lah kamu untuk kebaikan dunia dan akhirat`.Berbetulan pula dengan apa yang aku buat sekarang,berhijrah ke Qatar untuk dunia ku yang lebih terjamin dan akhiratku yang lebih baik.
Tapi yang paling syoknya,bilamana aku dapat memberikan gambaran kehidupan di Qatar pada kawan aku M.Fadillah Ismail.Sempat juga dia bergambar di depan Ferrari di depan Hotel Mandarin KL,ketika beliau menemani aku ke KLCC.Aku memang respect kat Dillah ni,sebab katanya walaupun kehidupan dan kenderaan mewah di Qatar menjadi umpan dan tarikan!!!Namum cinta,sayang,komitmen dan keinginan melihat Petronas maju akan tetap di teruskan.Katanya beliau akan memberikan yang terbaik pada Petronas,walaupun kekadang beliau rasa seolah tidak dipandang apatah lagi dihargai oleh sesetengah manusia
namun itu semua cabaran dan dugaan kehidupan,`aku mahu jadi orang yang lambat naik dan pastinya akan lambat turun dan mampu bertahan lama`,katanya tegas lagi bersemangat `mu jangan umpam lah aku dengan kereta,motor dan kehidupan mewah,aku akan tetap berjuang untuk Petronas sehingga ke titisan darah terakhir`.Anyway Dillah aku doakan mu berjaya dengan apa yang kamu cita-citakan.Untuk itu,tinggal seminggu sahaja lagi,untuk aku menyiapkan kelengkapan untuk membawa family ke Qatar,dan semoga Allah jua hendaknya,memudahkan urusan-urusan aku dan family disini dan di sana.Amin.

Illaliqaq.

No comments: