Saturday, February 21, 2009

1st trip with MRV....

Assalamualaikum/Khaifahaluqha.......

Aku berpeluang membawa family ke Doha Beach Club yang terletak berhampiran RasLaffan Industrial City.Ok jugak tempat ini,memang dibuat khas untuk rekreasi staff Rasgas dan Qgas barangkali.Walaupun tak besar mana,tetapi atleast suasana linang air laut yang hijau jernih cukup untuk membuat anak-anak aku gembira sakan.
Pada mulanya geng kami aje yang sampai tetapi selepas hampir setengah jam ramai pulak geng-geng Arab dan Lebanon yang tiba.TQ to Che Wan dan Klot yang berusaha untuk menjadikan trip keluraga geng-geng Melayu Al-Merqab ke pantai ini.Banyak juga makanan yang disediakan hasil cooperation isteri2.Cuma sayangnya bila masa turn BBQ udang,aku dan family dah nak balik,tak sempatlah merasa udang!anyway BBQ daging dan ayam pun not bad..So aku tinggalkan xtvt itu agak awal sedikit dari yang lain,kerana anak yang paling kecil kesejukan dan selsemanya makin kuat,lagipun aku pun tak suka sangat berada disatu tempat agak lama,unless ada xtvt yang lebih menarik.

Illaliqaq