Assalamualaikum/khaifahaluqha....
Setelah hampir 5 bulan di bumi Qatar ini,malam tadi,aku and the geng,berkesempatan menghantar Dekwan ke airport berangkat balik ke Malaysia buat pertama kalinya,walaupun agak lewat sedikit dari aku dan ManRambo yang telah balik pada awal Jan lalu,sedangkan kami datang satu fligt dulu pada 10 Nov 2008Pasti kerinduan pada family dan orang tersayang akan dapat Dekwan lepaskan walaupun baliknya sekadar 10 hari,1 cycle aje cutinya.Insyallah cukup untuk selesaikan persiapan nak kahwin Jun/Julai nanti dan tunaikan tanggungjawab sosial kepada kengkawan dan keluarga.Dan harapnya Dekwan mampu memberi gambaran lebih jelas pada kengkawan lama tentang kehidupan dan suasana kerja di bumi Qatar ini.Mungkin juga Dekwan dah siap print slip gaji 2 bulan terakhirnya,sekadar buat semangat kawan-kawan lama!!maklumlah OT Dekwan untuk 2 bulan ini agak lumayan!!!tanyalah Dekwan berapa QR untuk satu hari.Ada benda yang aku kagum dengan Dekwan,bila berada dibumi Qatar ini,walaupun ada juga kawan-kawan yang tak yakin dengan self confident dan motivasi dia,pada awal-awal kami nak datang dulu.Anyway,pada aku Dekwan adalah antara orang yang beruntung kerana dapat berada pada dunia antarabangsa pada usia yang jauh lebih muda,yang sudah tentu peluang untuk pengalaman dan rezeki yang pastinya lebih.......dan semoga Allah memberikan Dekwan dan kami-kami ini nikmat-nikmat yang tidak melalaikan dan memudaratkan kami.Anyway semoga Dekwan selamat pulang dan datang kembali kesini seperti yang di rancangkan.Amin.
Illaliqaq.
Tuesday, March 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment