Thursday, June 25, 2009

Family Ku Balik Kampung

Assalamualaikum/khaifahaluqha.

Nampak sangat anak lelaki aku yang besar itu,gembira dan tak sabar nak balik ke Malaysia.Mungkin kerana dia agak rapat dan pastinya rindu kat atuk nya.Jam 8 malam lagi dah ajak ke Doha Airport, walaupun flight sebenarnya hanya sekitar jam 4 pagi waktu Qatar.Maklumlah dah 5 bulan mereka disini,banyak sangat yang mereka nak buat bila balik nanti!!!makan kuih-muih dan masakan Malaysia,main hujan,main playground dll.Anyway mereka semua akan pulang ke Malaysia selama lebih sebulan,atas tujuan utamanya meraikan dan turut sama memeriahkan perkhawinan adik lelaki isteri aku, juga terus mengambil peluang bercuti pada musim panas gila di Qatar ini,ya lah sekolah pun akan memulakan summer breaknya seawal Julai ini sehingga awal Sept depan.Jadinya bermulalah kembali kehidupan bujang sementara aku di bumi Qatar ini,kebetulan pulak keluarga Man Rambo juga pulang bercuti dan keluarga Amir pun turut pulang,kerana ibu mertua Amir telah kembali ke Rahmatullah 3 hari lepas....Al-Fatiihah.Cumanya Dekwan yang skang yang ada teman sehidup-semati membawa isterinya berbulan madu di tengah panas terik negara timur tengah ini,pelik tapi benar,bagus juga tu susah-senang pasti ditempuh bersama. Congrat,Dekwan. Selamat pengantin baru...moga kekal ke akhir hayat. Apapun memang salute lah kat isteri aku ni,walaupun dari dulu lagi aku tahu memang dia seorang yang agak survival,bilamana dengan anak kami yang dah empat ini,dengan transit time yang agak lama menunggu di Dubai airport sekitar 5jam,dia agak relax je, menjaga dan membawa anak-anak aku pulang ke Malaysia,barangkali jugak perasaan nak balik menghilangkan semua kerenah dan suka duka perjalanan mereka.Semoga semuanya selamat pergi dan balik,Amin.Anyway this is the first try for them to return independently,as well as using Emirates Airlines,instead of Qatar Airways normally.Ya Allah selamatkanlah perjalanan mereka pergi dan balik,sempurnakanlah urusan mereka dari mula sehingga ke akhirnya.Amin.!!!!By the way!!sempena cuti sekolah musim summer break ini,harga tiket pastinya naik melambung sehingga mencecah 5-6k QR untuk ke Malasyia dengan Qatar Airways,yang kebiasaanya sekadar QR 3k aje.Memang rata-rata oarang Arab suka bercuti di Malaysia pada musim panas mereka ini,sehinggakan seorang Qatari agak pelik bila tahu aku tak balik bersama keluarga sedangkan kalau berpeluang dia mahu bercuti sehingga 4 bulan di Malaysia,ya lah duit meraka banyak,setakat hotel 5 star, harga 6-7 ratus masih dikatakan agak murah.Memang powerlah tok-tok Arab ni..........

Illaliqaq.

No comments: