Hari ini 10 Okt 2009 maka genaplah setahun penghijrahan aku ke bumi Qatar ini.
Kebetulan pulak semalam Man Rambo ada buat majlis hari raya kat rumahnya, pastu Dekwan pulak depart back from KL to Doha selepas cuti hari raya,so terasa lah jugak,walaupun secara kebetulan.Rasa macam kejap je,pejam celik-pejam celik dah masuk setahun.Anyway,alhamdulillah sekarang kehidupan di bumi orang ini dah semakin normal,ditambah pula dengan rakyat Malaysia yang memang dah semakin bertambah di sini.Insyallah apa yang akan cita-citakan semasa aku nekad untuk hijrah dulu akan tetap manjadi istiqamah dan nampaknya semakin hampir untuk digapai,dan semoga Allah tetap memberi Nur dan hikmahnya sepanjang aku di bumi Qatar ini....
1 comment:
Tahniah kerana mampu bertahan. RasGas dan QatarGas tidak akan bertahan lama tanpa warga kerja yang istiqamah dari Malaysia dan Indonesia. Sekarang ini orang kampung asyik bercerita nak lari jer.. Bagi aku, masalah sebenar adalah disebabkan syarikat ini diurus oleh golongan bawang. Apa pengertian "amanah" kepada golongan ini untuk mengurus syarikat?
Post a Comment