Wednesday, February 11, 2009

Dah habis Jet Leg......

Assalamualaikum/khaifahaluqha.

Pada 4-5hari pertama,nampak sangat family aku ni dilanda jet leg yang agak kritikal,sehinggakan aku balik dari kerja terpaksa menunggu hampir setengah jam,untuk dapat masuk kerana mereka semua dah tido.Maklumlah jam tu pukul 9 malam diQatar,makanya dah pukul 2 pagi diMalaysia.
Anyway now everything goes ok.Anak-anak aku pun dah bersemangat nak ke sekolah,anak yg kecil selalu tanyakan pasal kereta,bila nak beli.Insyallah dalam masa sehari dua ini,kok settle lah masalah kereta dan akan lebih sedikit terisi rasa kosong mereka nanti hendaknya..Sementara ini,aku sekadar menggilirkan bawa mereka sekiranya ada kerja yang perlu aku settlekan,maklumlah bila tak ada kereta sendiri dan masih ada baby pastinya akan sedikit susah.
Namum aku perhatikan mereka semakin ok dari hari ke sehari,Insyallah!!!Semoga Allah sentiasa memberikan aku dan keluarga kemudahan di bumi Qatar ini.

Illaliliqaq.

Friday, February 6, 2009

1st family outing at.......

Assalamulaikum,khaifahaluqha...

Sekadar membawa familyku bersiar-siar di sekitar bandar Doha,Villagio adalah tempat pertama yang aku bawa.Walaupun menaiki teksi,tetapi keinginan mereka untuk melihat bandar Doha mengatasi keleceran menunggu teksi,walaupun tak lama.Alhamdulillah mereka nampak ok aje dengan perubahan iklim dan budaya ini,terutamanya anak-anak aku yang seolah tidak merasai perbezaanya,kecuali cuaca yang agak sejuk.
Isteri aku nampak ok aje,anyway aku harapkan mereka akan terus ceria dihari mendatang berada di bumi Qatar iniPastinya sokongan zahir dan batin dari mereka semua amat bermakna bagi aku dalam hijrah ini..........


Illaliqaq.

Tuesday, February 3, 2009

Family Mobilisation...Alhamdulillah.

Assalamualaikum,khaifahaluqha........Kurang lebih jam 5.30 pagi tadi waktu Qatar bersamaan 10.30 pagi waktu Malaysia,aku dan family telah selamat sampai di bumi Qatar ini,Alhamdulillah!perjalanan lancar seperti yang dirancang.Walaupun agak lama juga masa diambil ketika check-in barang-barang di KLIA semalam.Maklumlah first time bawa family,pastilah banyak barang yg dibawa.....totalnya lebih kurang 200KG,terpaksalah aku ejast-ejast bawa hand carry lebihan KG yang dibenarkan
,letih dan penat juga bila terpaksa bawa 5 beg di tangan ditambah pula dengan kerenah dua hero kesayangan aku....Anyway,dalan hijrah pastinya memerlukan pengorbanan!!!dan semoga hendaknya Allah memberikan kemudahan kepada aku dan keluarga sepanjang masa di bumi Qatar ini.Amin.

Illaliqaq.

Sunday, January 25, 2009

AkuDMalaysia

Assalamualaikum,khaifahaluqha....

Sibuk juga aku sepanjang 2 minggu berada di Malaysia ini.Terutamanya nak settlekan loan rumah aku dengan Petronas,maka terpaksalah 2 kali aku ke KLCC mendapatkan dokumen yang patut.Bimbang juga aku kalau-kalau masa yang ada ini,masih belum dapat settlekan loan rumah aku dengan Petronas ini,Maklumlah interestnya pun tinggi 7.8%/month base on balance.Anyway Alhamulillah,semua dokumen yang berkenaan telah aku dapati untuk kegunaan pihak bank dan KWSP.Cuma tunggu nak process aje,kalau tak lulus dan ada masalah lagi so aku terpaksalah gunakan plan B.Sepanjang kesibukan dan persediaan untuk pergi semula nanti ke Qatar pada 3/Feb/09 ini sempat juga aku menjalankan tanggungjawab sosial dan keluarga,ke kenduri kahwin di Perak,ke PD bertemu family sebelah isteri,di KLCC sempat juga aku mencuri ambil photo Misbun dan Lee Chong Wei.Yang paling berkesan,bilamana dapat mendengar ceramah `Hijrah`oleh Imam Besar Masjid Negara di Port Dickson,kampung wife aku.Lagi syoknya bila dapat tahu Imam Besar ini,asalnya dari Terengganu,patutlah masa ceramah tu slangnya macam orang Ganu,bila aku confirmkan nyata asalnya dari Dungun,Padang Jambu.Tan Sri Syeikh Ismail Mohamad agak lama juga tinggal di Mesir that`s why lah beliau agak petah menterjemahkan Al-quran dalam ceramahnya itu,Hijrah tajuknya.Antara yang memberi kesan kepada aku adalah bila mana dibacakan satu maksud firman Allah yang berbunyi`sesungguhnya bumi ku ini amat luas,maka hijrah lah kamu untuk kebaikan dunia dan akhirat`.Berbetulan pula dengan apa yang aku buat sekarang,berhijrah ke Qatar untuk dunia ku yang lebih terjamin dan akhiratku yang lebih baik.
Tapi yang paling syoknya,bilamana aku dapat memberikan gambaran kehidupan di Qatar pada kawan aku M.Fadillah Ismail.Sempat juga dia bergambar di depan Ferrari di depan Hotel Mandarin KL,ketika beliau menemani aku ke KLCC.Aku memang respect kat Dillah ni,sebab katanya walaupun kehidupan dan kenderaan mewah di Qatar menjadi umpan dan tarikan!!!Namum cinta,sayang,komitmen dan keinginan melihat Petronas maju akan tetap di teruskan.Katanya beliau akan memberikan yang terbaik pada Petronas,walaupun kekadang beliau rasa seolah tidak dipandang apatah lagi dihargai oleh sesetengah manusia
namun itu semua cabaran dan dugaan kehidupan,`aku mahu jadi orang yang lambat naik dan pastinya akan lambat turun dan mampu bertahan lama`,katanya tegas lagi bersemangat `mu jangan umpam lah aku dengan kereta,motor dan kehidupan mewah,aku akan tetap berjuang untuk Petronas sehingga ke titisan darah terakhir`.Anyway Dillah aku doakan mu berjaya dengan apa yang kamu cita-citakan.Untuk itu,tinggal seminggu sahaja lagi,untuk aku menyiapkan kelengkapan untuk membawa family ke Qatar,dan semoga Allah jua hendaknya,memudahkan urusan-urusan aku dan family disini dan di sana.Amin.

Illaliqaq.

Saturday, January 10, 2009

Semalam Di Qatar,Hari ini....

Asslamualaikum,khaifahaluqhaa
Alhamdulillah,aku sudah sampai di KLIA jam 2ptg tadi waktu Malaysia.Rasa ok lah pula penerbangan tadi,tak lah boring sanagat,mungkin kerana dah selalu naik bas ulang alik ke tempat kerja,selama 1jam 1/2 tiap tiap hari menjadikan aku agak immune dengan tabiat tidur dalam bas!!!so sedikit sebanyak membantu aku dalam flight 7jam tadi.Sekarang aku berada di KLIA menanti flight ke Kuantan,mungkin lagi sejam.Tak sabar rasa nak jumpa keluarga dan kawan-kawan.aku akan berada di Malaysia mungkin selama 23 har,sebelum pergi membawa family ke Qatar.

Ilalliqaq.

Friday, January 9, 2009

From Tennis to Malaysia

Assalamulaikum/Khaifahaluqha

Memang power gila servis Federer,Roddick,Moflis dan Murray ada yang mencecah 224km/h.Kalau kena muka pastinya hilang pedoman dan imbangan.Anyway this is the real world class tennis.Berbaloi jugak aku delay balik ke Malaysia 1 hari nak tengok semifinal match hari ini,bukannya apa takut-takut next year aku dah berada di Dubai atau Peru pulak...so ambilah dulu kesempatan yang ada ni,tengok Qatar Tennis Open 2009.Lagi pun most of the world best player yang datang,tiket pun tak mahal mana...QR 50-60 aje untuk seat dan view yang agak comfortable .Pada yang kata minat kalau tak lihat tournament ni,so memang tak minat lah sebenarnya tu.So besoknya untuk final game,Roddick akan bertemu dengan Murray,selepas semi final match yang agak menarik tadi.Walaupun tanpa nadal dan Federer game besok pastinya agak menarik,kerana servis Roddick dan Murray yang paling power tadi,melebehi 224KM/H.Mungkin aku akan menonton Astro aje di Malaysia malam besok.Anyway!!!!!Jap lagi pukul 1 pagi Qatar time,aku akan akan balik ke Malaysia selepas 3 bulan di bumi Qatar ini,for my family mobilisation,see un then,Malaysia.


Illaliqaq.

Qatar Tennis,Quarter Final.......................

Assalamualaikum,kaifahaluqha.

Sedang aku membuat touch up barang-barang untuk balik ke Malaysia esok, sambil menonton di tv Nadal tewas pada Moflis untuk quarterfinal kedua Qatar Tenis Open 2009 tadi,aku terus ke Khalifa Stadium untuk melihat secara live game quaterfinal yang lain,walaupun aku tak plan pada awalnya untuk melihat peringkat quarter final ini,tiket pun tak beli nasib baik boleh masuk.Risau juga aku takut-takut Federer pun kalah,so tak tercapai lah hasrat untuk melihat peringkat semifinal antara mereka nanti.Anyway masa aku sampai di Stadium Khalifa, Federer telah menang game pertama,namum peringkat tie break pada game kedua amat mencemaskan penyokong Federer.Tapi kekuatan mental dan servis power Federer membantu beliau ke peringkat semi final esok,Roddick,Moflis,Federer,Murray yang layak Insyallah aku akan ke melihat peringkat semifinal ini secara live di Stadium Khalifa esok,lagipun memang tiket aku dah beli awal-awal lagi,cuma yang kurang syoknya Nadal dah tewas,tapi Moflis pun boleh tahan permainanya dan yang penting dapat melihat world tennis secara dekat!,esok!!!sebelum aku balik ke Malaysia 3 jam selepas itu.
Illaliqaq.

Thursday, January 8, 2009

Hampir 3 bulan........

Assalamualaikum;khaifahaluqha.
Sedar tak sedar,malam ini dah masuk malam terakhir untuk shift cycle ke 4 aku di Rasgas LNG train 5.Dah hampir masuk 3 bulan pun aku di Qatar ini.Memang masa ditempat lama dulu aku agak selesa berada di kerusi tinggi panel,jarang sekali memakai safety shoe,masuk plant pun mungkin 3,4 bulan sekali aje.Tetapi sekarang mengambil sample,isolate and line-up valve,buat routine check dan banyak lagi xtvt luar yang menjadi kerja baru aku.Alhamdulillah everything goes ok,better and better dalam penghijrahan ini.Dah pun namanya hijrah,pastinya perlukan pengorbanan.Pastinya banyak juga yang menjadi cabaran dan dugaan,namum kalau di pikirkan sangat kerenah-kerenah di dunia antarabangsa ini,maka ribut dan tak keruanlah jadinya,!!!bab kata si Faisal ex PPM,Alstom yg sedikit senior di Qatar ini`kalau kita pikirkan sangat kerenah bawang-bawang putih dan merah kat sini,maka ada yang pikir nak balik aje,tapi bila dilihat pada pay slip bulanan yang kekadang mencecah harga sebiji kancil 850cc baru ataupun mampu bayar 25% harga Civic 1.8 i-vtec,maka biarkanlah aje mereka dengan tabiat buruk mereka itu,asalkan kita buat kerja kita dan pandai jaga diri.Insyallah selamat.
Memang hasil di sini agak lumayan,terutama kalau banyak OT, mungkin mencecah bulanan 1/3 pendapatan tahunan gred 10-11 di kilang lama aku dulu.Anyway kalau tak ada pun,pendapatan tahunan diRasgas ditambah dengan duit flight ticket dan pendapatan tambahan cuti umum dan Ramadhan OT mampu menjadikan pendapatan tahunan sehingga mencapai harga baru honda accord 2.4iVtec di Malaysia.Yang menariknya di sini banyak benda yang selalu dipikirkan dulu,terutama yang melibatkan kewangan spt minyak kereta,sekolah anak,sewa rumah dan utilities cost dah pun ditanggung oleh company.Gaji buat belanja harian aje atau bayar lah apa-apa loan yang terpaksa..........
Anyway,azam,nekad dan istiqimah banyak membantu menjalani kehidupan di bumi Qatar ini,dan semoga nikmat-nikmat ini menjadikan aku sentiasa ingat dan lebih hampir kepadaNya.
Insyallah Sabtu ini 10/01/2009 aku akan sampai di Malaysia,dah tiga bulan rupanya tak jumpa keluarga dan kawan-kawan lama.

Illaliqaq.

Thursday, January 1, 2009

Gaza,Palestin dan Israel......

Assalamualaikum/khaifahaluqha...
Tak nampak pulak aku bantahan tentang aktiviti jahat Israel ini di mana-mana tempat di Qatar ini,mungkin juga kerana Qatar ini adalah antara kubu untuk US dalam misinya di Middle East ini.....namum suasana hiba dan sayu ketika solat di masjid apabila qunut dan doa di baca ketika sembahyang amat terasa,walaupun aku sendiri tak paham!Yang pasti doa itu untuk kebaikan rakyat Palestin di Gaza dan kehancuran Israel/Yahudi!! Mungkin Israel/Yahudi lupa janji Allah dan Nabi S.A.W,yang mana kedatangan Israel/Yahudi ke bumi Palestin bukan untuk membunuh,namum pastinya mereka akan dibunuh. Inilah antara janji-janji Allah s.w.t!!! Al Quran (Al Waaqi’ah : Ayat 60) Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-sekali tidak akan dapat dikalahkan Al Quran : (38) Shaad : Ayat 11)Suatu tentara yang besar yang berada disana dari golongan- golongan yang berserikat, pasti akan dikalahkan Al Quran : (3) Ali ‘Imraan : Ayat 12 Katakanlah kepada orang-orang yang kafir: “Kamu pasti akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan digiring ke dalam neraka Jahannam. Dan itulah tempat yang seburuk-buruknya
Al Quran : (48) Al Fath : Ayat 22 Dan sekiranya orang-orang kafir itu memerangi kamu pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah) kemudian mereka tiada memperoleh pelindung dan tidak (pula) penolong.
Illalliqaq,AllahuAkbar.

Tuesday, December 30, 2008

KaRuf

Assalamualaikaum!!!khaifahaluqha

Inilah antara makanan tradisional Qatar,KaRuf.
Istimewanya seumpama nasi dagang atau pulut kuning di Malaysia.Aku sempat juga merasa KaaRuf di CCB Rasgas baru baru ini.Majlis dibuat sempena meraikan new promoted panelman dan juga senior operator di Train 5 LNG,tempat aku sekarang mencari rezeki. Not bad,ada lauk ayam,dan ada yang berlauk kambing siap dengan kepala lagi.(Dillah mesti suka,kalau ada kambing).Nasinya lembut dan lauknya pun sedap...ikut taste akulah.Yang tak tahannya bila makan dengan geng-geng bawang India/Pakistan/Tok Arab Qatar ni dia orang main ambik camtu je nasi dalam dulang tu....dengan tangan aje,tak de lah senduk, sudu atau pengaut.Nasib baik masa turn aku makan masih ada satu dulang yang fresh belum diusik.Alhamdulillah.Anyway budaya belanja makan,bila got promoted ni not only well known at Malaysia,but also for India,Pakistan,Indonesia and even to Arabic.Teringat aku antara
maksud firman Allah masa sekolah dulu,kalau tak silap!!!
1.Sesunggunnya setiap apa yang kamu dapat itu,pastinya
ada hak orang lain keatasnya.
2.Sekiranya kamu bersyukur pasti akan Aku tambahkan lagi
nikmatKu atas kamu,namum jika kamu kufur,ingatlah
sesungguhnya azabKu amatlah pedih.
Dan semoga hendaknya Allah menjadikan aku dan kengkawan semua antara golongan orang bersyukur dan redha dengan nikmatNya.Amin.
CountDown to Malaysia...10days.
Illalillqaq.

Saturday, December 27, 2008

Jan 2009...tak lama lagi

Assalmualaikum,khaifahaluqha,
Teringat aku pada masa gambar ini di ambil ketika aku dalam perjalanan ke bumi Qatar ini.Dah hampir 3 bulan rupanya,pejam celik.Alhamdulillah so far so good.Insyallah kalau ada jodoh dan rezeki akan balik buat pertama kalinya nanti Jan 2009.So baki minggu mendatang ini,aku agak sedikit sibuk mencari sedikit ole-ole dan cenderahati kepada keluarga dan sahabat handai,sekadar ingatan yang tak seberapa barangkali.Jubah lelaki/perempuan,serban,kopiah,minyak atar,syisa casing,gula-gula Arab antara yang selalunya menjadi pilihan sesapa jua yang datang ke sini sebagai cenderhati untuk pulang.........terlupa pulak aku,siapa agaknya member PPT kirim kopi Turki itu hari!!!!anyway,insyallah kalau ada rezeki aku sempat kok aku menonton Qatar Tennis Open peringkat semi final,sebelum balik ke Malaysia sejurus selepas itu.

Illaliqaq....

Thursday, December 18, 2008

Exciting Offer.....

Assalamualaikum,khaifahaluqha,

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyaksikan Kejohanan Tennis Qatar Open 2009,terhad kepada 10 orang pertama sahaja.!!!!Tiket untuk semi final dan final,makan dan minum,penginapan sepanjang kejohanan, juga bakal menapat souvinier Qatar berupa jubah,serban,syisa casing ataupun daging unta(pilihan satu saja).Sila berhubungan terus dengan penulis untuk mendapatkan pembiayaan ini.Peringatan!!!!!!Tiket kapal terbang pergi dan balik juga akan di booking oleh penulis tetapi dengan pembiayaan sendiri oleh mereka yang terbabit.

This offer is valid for those who are staying at Malaysia only.
Insyallah kalau tak ada aral melintang,aku akan dapat tengok semi final nanti,tiket dah beli!!!!!!Abang Mat Sulong,Hj Mang,Jim,Mat Yie,Essam jangan marah............
Illaliqaq......

Monday, December 15, 2008

Pengalaman Shutdown Pertama LNG

Assalamualaikum,khaifahaluqha....

Tak sangka pula,pada 2nd day shift cycle minggu ini,train 5 LNG plant,tempat aku mencari makan sekarang berhadapan dengan emergency shutdown,kerana ada satu line yang di tapping dari line feed utama LNG train 5 ini,bocor.Normal pressure untuk line ini agak tinggi sekitar 65bar so that why lah bila bocor,LNG train 5 ini kena down untuk beberapa ketika.......apa yang menariknya tentang shutdown ini bagi aku adalah........
1.Aku sekadar kesana-kemari mengikut senior aku menutup
valve,check line dan system!!! jadilah macam budak baru
kerja,ikut je dan buat aje,rasa luculah pulak.
2.Dah lama juga tak merasa menutup valve sebesar 32inci
pipe,umpama tank D958 di OMS dulu...berat gila,platform dah
lah tak comfartable,banyak pulak...lelah dan letih ooe,1 valve
hampir satu jam dgn 3 orang operate.
3.Di Rasgas ni,bagusnya bila plant down,not rush to start but
ensure all safety precautions and
procedure is definetly follow,prior to start,boss turun for safety not for starting the plant.
4.Safety department agak power walaupun ketika shutdown,once mereka idintified near miss
maka akan jadi susahlah process start-up.
5.Plant LNG ni,hanya akan di start bila mana everything is really-really ok interm of safety and
process,no compromise at all.

Anyway,agak menarik bila bekerja aku kena terlibat dengan shutdown dan isolation process dikilang baru ini,walaupun gelap gambor dan tak tahu kala lagi,but at least aku kena ambil pelajaran untuk shutdown hari tu...........
Illalliqaq........

Sunday, December 14, 2008

Ok Jugak.........why not

Assalamualaikum,Lailatulqasaeedah,
Mungkin betul juga,bagai dikata orang bila dah datang Qatar ini,at least bila sudah nak balik 5-6 tahun akan datang Insyallah,perlu ada sesuatu yang patut menjadi ingatan dan kenangan di bumi Qatar ini.So kenapa tidak dengan motor-motor seumpama ini,harganya memang murah sekitar QR 40000 - QR70000 je,tu yang baru,2nd hand jangan ceritalah,mungkin Haji Din,Leo,Muzaisham dah buat advance planning sebab masing-masing dah ada motor sebegini.Ok jugak kok,Insyallah kalau ada rezeki dan dipanjangkan umur,motor harley davidson dyna low ryder mungkin menjadi pilihan setidak-tidaknya boleh bawak pergi surau-bala ataupun buat gi beli roti canai!!!!

Illalliqaq.........

Friday, December 12, 2008

Yang mana satu.........

Assalamualaikum,kaifahaluqha,
Aku pun pening memikirkan yang mana satu patut aku ambil,????GMC Acadia QR 133K lower spec yang full specnya pula QR 187k,,Memang kereta ini lawo dan luxury!!!Namum mampukah aku?Memang boleh kalau aku nak ambik,tapi takut terpesong pulak tujuan sebenar aku datang ke Qatar ini,
Mazda CX9,full specnya QR 130k,kereta ni kalau kat Malaysia Anwar Ibrahim yang pakai geng aku kata,itu hari itu aku nampak kat Paka sutir,plat Singapore mungkin anak sedara Lee Kuan Yew ataupun anak abang tiri Leo kok yang bawak,harganya kalau kat Malaysia sekitar RM290k,
Ford Explorer,sekarang tengah offer,hujung tahun QR 99k,baru dan not full spec tapi cukup dan memadai lah untuk pergi Sand Dune dan Sea Line!!!4wd dgn 4000 cc,kat Malaysia rasanya aku tak pernah nampak.Second hand tahun 2006,milleage dlm 25000km sedang di dalam advertised untuk dijual dengan harga QR 65k.....

Apa pun aku kena cepat settlekan masalah dalam dilema ini,setidak-tidaknya sebelum family aku sampai bulan Jan atau Feb nanti!!!!!Kalau tak aku kena menenggek sebelah Dekwan lah dulu dalam Hummer H3 dia.................

Ilalliqaq..........