Nampak sangat anak lelaki aku yang besar itu,gembira dan tak sabar nak balik ke Malaysia.
Mungkin kerana dia agak rapat dan pastinya rindu kat atuk nya.Jam 8 malam lagi dah ajak ke Doha Airport, walaupun flight sebenarnya hanya sekitar jam 4 pagi waktu Qatar.Maklumlah dah 5 bulan mereka disini,banyak sangat yang mereka nak buat bila balik nanti!!!makan kuih-muih dan masakan Malaysia,main hujan,main playground dll.Anyway mereka semua akan pulang ke Malaysia selama lebih sebulan,atas tujuan utamanya meraikan dan turut sama memeriahkan perkhawinan adik lelaki isteri aku, juga terus mengambil peluang bercuti pada musim panas gila di Qatar ini,ya lah sekolah pun akan memulakan summer breaknya seawal Julai ini sehingga awal Sept depan.Jadinya bermulalah kembali kehidupan bujang sementara aku di bumi Qatar ini,kebetulan pulak keluarga Man Rambo juga pulang bercuti dan keluarga Amir pun turut pulang,kerana ibu mertua Amir telah kembali ke Rahmatullah 3 hari lepas....Al-Fatiihah.Cumanya Dekwan yang skang yang ada teman sehidup-semati membawa isterinya berbulan madu di tengah panas terik negara timur tengah ini,pelik tapi benar,bagus juga tu susah-senang pasti ditempuh bersama. Congrat,Dekwan. Selamat pengantin baru...moga kekal ke akhir hayat. Apapun memang salute lah kat isteri aku ni,walaupun dari dulu lagi aku tahu memang dia seorang yang agak survival,Illaliqaq.




apat selesaikan baki hutang rumah kepada masa yang lebih singkat lagi,mungkin juga aku mampu selesaikan lebih awal lagi,Insyallah,mudah-mudahan. Walaupun sebenarnya aku kerugian sekitar Rm4000 atas susut nilai mata wang yang telah aku kirimkan hari tu,tapi Alhamdulillah aku masih diberi ilham dan ruang untuk selesaikan juga baki pinjaman ini.So yang tinggal lagi aku kena sediakan lawyer,untuk releaskan rumah aku itu daripada pihak Petronas. Anyway,everything is cleared now,just waiting clearance letter dari Petronas dan yang lawyer tu lambat pun tak kisah,sebabnya ianya dah jadi hak aku sekarang,kecualilah aku ada problem dengan IBQ di Qatar ini. Siapa tahu suatu hari aku mampu memiliki rumah lain pula. Shukran,Mabruq thanks Allah for your rezeki dan rahmat.












