Monday, October 26, 2009

Rakyat Malaysia Vs Indonesia....friendly game.

Assalamuaalikum/khaifahalaq,

Kebetulan Friday 06/Nov nanti ada friendly match untuk beberapa game antara rakyat Malaysia dan Indonesia di Qatar ini,anjuran kedua-dua kesatuan rakyat dengan kerjasama embassy.Aku pulak dah lama bangat tak main,untuk mana-mana game bolasepak dan badminton yang termasuk dari antara 4 game selain volleyball man and women ,so kenalah buat fitness dan training sikit.Selepas hampir setahun lebih tak main badminton,semalam pulak ada session training dan breifing dari team kapten untuk game badminton.Tak sangka pulak antara pemain badminton yang register itu,ada 2 rakyat Malaysia Sarawak yang dulunya antara bekas pemain project sekolah sukan Bukit Jalil juga bekas pemain negeri Sarawak ,yang kebetulan study di Qatar dan mengikut ayahnya bekerja di sini.Memang pandai pelik kata orang gaya mainannya, memang di Malaysia dulupun nak tengok in real live depan mata orang main badminton macam, tu agak payah,level mainanya memang agak tinggi.Tetapi yang pentingnya selamatlah aku dari kena main single match untuk badminton nanti,kerana kedua-dua mereka dan seorang lagi kawannya memang bukan level pemain biasa untuk badminton terutamanya diQatar ini.....

Illaliqaq.

Thursday, October 22, 2009

Brazil Vs England dQatar.

Assalamualaikum/Khaifahalaq,

Tiket untuk friendly match Brazil vs England pada 14 Nov ini, dah pun mula dijual hari ini di beberapa shopping complex besar sekitar Doha ini.Dengan range harga bermula dari QR100 sehingga QR750,rasanya macam mahal bangat.Tapi bila lagi nak tengok world football star dari Brazil dan England in real live, kebetulan pulak ramai jugak pemain yang aku minat dalam kedua- dua team ni.Rasanya kalau nak pergi tengok dekat tempat lain memamg tak akan pergi lah.So insyallah, apa-apa pun aku mesti dapatkan dulu tiket dalam satu dua hari ini setidak-tidaknya yang QR100 tu,nak pergi tengok ke tak nak kemudian cerita.......

Illaliqaq,

Monday, October 19, 2009

Sony Ericsson Tennis 2009 Woman Championship!!! datang lagi

Assalamulaikum/khaifahalaq,

Biasalah,aku pasti beli awal-awal lagi tiket kalau sebut tennis ni,tak kira lah man atau women. Walaupun aku memang jarang main tennis ni,dan kalau main pun tak pandai pun,tapi kalau untuk nak tengok star-star dunia beraksi pastinya aku kena cepat beli.Lagipun tak lah mahal mana sekadar QR60 untuk semua game semifinal termasuk untuk women double,pastinya tiket akan sold-out kalau lambat beli.Apapun tahun ini masuk tahun kedua insyallah dapat tengok live lagi. Hopefully tahun ini, dapat lihat Dinara Safina Vs Jankovic untuk game semi final,bagi tiket aku yang ada tu,walaupun peluang agak tipis,kerana Jankovic masih berusaha untuk layak ke top 8 best women players,dah lah performance dia tak lah bagus mana sekarang ni.Tanpa Sharopova, Klisters, Justine Henin, Ana Ivanovic.Sony Ericsson Tour 2009 di Qatar hujung bulan Oktober ini,pastinya kempunan untuk kumpulkan semua 'crowd favourite' best women players sebabnya next year giliran Turki pula yang dipilih untuk next 3 years!Sony Ericsson Tour Women Championship Tennis.



Ilalliqaq.

Traffic Violant

Assalamualaikum/khaifahalaq,

Tak sampai juga hajat di hati nak jadi pemandu berhemah lagi bersih di bumi Qatar ini,bila mana aku dah ada satu saman jalanraya yang telah dikesan oleh sistem radar polis Qatar.Kebetulan pulak 20hb Sept 2009 itu jatuhnya hari raya eid-fitri pertama, jam 0832 pagi itu waktu aku nak pergi solat hari raya dekat Malaysia Embassy.So memang sah dah gamoknya kereta aku yang kena tu, sebab time tu aku sedikit kelam-kabut nak cepat nak sampai di Malaysia Embassy,takut terlepas solat Eid Fitri,tak perasan lah pulak aku bila masa sistem radar dan kamera tu detect kelajuan aku.Apa lagi nak di buat,dah kena!nak tak nak kenalah bayar QR500 tu,kat sini mana ada kompaun dan rayuan.Ya lah kalau di Malaysia dulu aku memang suka buat rayuan kalau kena saman,kat sini no way lah. Sendiri buat sendiri tanggunglah,bro.Apapun Alhamdulillah syukur tak kena saman langgar traffic light, kalau tak mampuis lah nak bayar QR6000-Qr7000. Apapun ini sekadar peringatan barangkali,supaya aku lebih cermat dan berhemah ketika memandu di bumi Qatar ini...

Illaliqaq,

Saturday, October 10, 2009

Genap 1 Tahun

Assalamualaikum/khaifahalaq....
Hari ini 10 Okt 2009 maka genaplah setahun penghijrahan aku ke bumi Qatar ini.
Kebetulan pulak semalam Man Rambo ada buat majlis hari raya kat rumahnya, pastu Dekwan pulak depart back from KL to Doha selepas cuti hari raya,so terasa lah jugak,walaupun secara kebetulan.Rasa macam kejap je,pejam celik-pejam celik dah masuk setahun.Anyway,alhamdulillah sekarang kehidupan di bumi orang ini dah semakin normal,ditambah pula dengan rakyat Malaysia yang memang dah semakin bertambah di sini.Insyallah apa yang akan cita-citakan semasa aku nekad untuk hijrah dulu akan tetap manjadi istiqamah dan nampaknya semakin hampir untuk digapai,dan semoga Allah tetap memberi Nur dan hikmahnya sepanjang aku di bumi Qatar ini....














Illaliqaq,

Thursday, October 8, 2009

Shopping Festive

Assalamualaikum/khaifahalaq...

Selalunya di Qatar ini bila musim`winter` ataupun`summer` banyaklah shopping complex ataupun kedai yang besar-besar adakan festival beli belah. Maka banyaklah grand prize yang di tawarkan. Ada yang menawarkan sehingga 5 buah`land cruiser`, ada yang offerkan 3 buah kereta Toyota Lexus,ada kedai offerkan Mercedes Benz ada juga yang tawarkan sehingga 15 buah SUV Audi Q7.Nak kata all this game is just for Qatari tak jugak sebenarnya,sebab ada juga rakyat Malaysia yang menang Hummer H3 awal tahun 2009 baru-baru ini walaupun baru 2 minggu berada di Qatar.Apapun semuanya bergantung pada rezeki,kalau dah Allah pilih orang tu,walau macamana sekalipun kalau dah itu rezekinya,pastinya akan tetap menjadi rezekinya.Ya lah,manalah tahu suatu hari ada rezeki untuk aku....siapa tahu.Amin.
Illaliqaq,

Monday, October 5, 2009

Raya to normal...

Assalamualaikum/khaifahalaq,

Memang suasana kehidupan di bumi Qatar ini,selepas 2-3 Eid Mubarrak dah pun menjadi normal.Di tambah pula sekarang dah masuk 15 Syawal 1430H,rakyat Malaysia yang pulang beraya di kampung pun dah ramai yang sampai balik ke bumi Qatar ini.Memang suasana raya dah hampir tak ada,barangkali kalau di Malaysia masih kedengaran lagu-lagu raya di radio mahupun shopping complex,mujurlah masih ada lagi rumah-rumah terbuka oleh geng-geng Malaysia yang berada di Qatar ini menjadikan suasana raya ala-ala Malaysia masih sedikit terasa barangkali....
Illaliqaq,

Monday, September 21, 2009

Eid-Mubarrak,Qatar

Assalamualaikum/khaifahalaq,

Kelmarin,20 Sept 2009 yang jatuhnya 1 Syawal 1430 Hijrah.Alhamdulillah aku masih sempat ke Malaysia Embassy untuk solat sunat dan juga sambutan hari raya Eid-Fitri,walaupun aku sampai agak lewat kerana balik kerja shift malam, pada hari pertama Raya Puasa 2009 ini.Memang agak ramai juga yang datang untuk kedua-dua acara itu, walaupun mungkin tidak semeriah suasana di Malaysia,tapi at-least pihak kedutaan dan organising committe cuba mengadakan event ini pada setiap lebaran samada Eid-Fitri mahupun Eid-Adha. Keadaan tempat yang agak limited untuk solat dan juga jumlah makanan yang agak kurang mungkin kerana under estimitation ataupun tersalah budget, pastinya kena di improvekan segera oleh pihak penganjur dan juga embassy kerana sememangnya rakyat Malaysia di Qatar dah semakin ramai.
Hari ini pula, aku dan family ke Doha Sheraton Hotel,untuk majlis sambutan Eid-Fitri anjuran Rasgas.Memang ramai gile orang yang datang,maklumlah mungkin sekitar 60% staf Rasgas yang beragama Islam,ditambah pula event hari ini pun di`open`kan sekali kepada yang Non-Muslims so,memang riuh rendah lah dewan utama Sheraton Hotel hari ini.Nasib baik banyak juga indoor playground yang di buka di dalam dewan tu,so that budak-budak termasuk anak aku memang tak senang duduklah, asyik nak mian je.Cumanya yang tak tahan,antara alunan lagu raya Arab tadi yang di mainkan, ada juga lagu India yang di keluar,tak tahulah samada itu lagu raya versi mereka..


Illaliqaq...


Saturday, September 19, 2009

Eid-Mubarak

Assalamualaikum/khaifahalaq....

Insyallah esok atau lusa,Eid-Fitri akan tiba.Kebiasaanya di bumi Qatar ini jumlah hari puasa adalah 29hari kekadang aje yang jadi 30hari,apapun ianya tergantung pada anak bulan Syawal. Anyway inilah tahun pertama aku dan family akan beraya jauh di negara orang,pastinya isteri dan anak-anak aku akan terasa sedikit pelik dan janggal,walaupun aku perhatikan mental mereka dah agak bersedia dengan suasana ini, dan semoga mereka akan tetap ceria dan happy.Dah namanya nak hijrah and looking for new environment and challange so this is the small matter that we have to face.Kalau tahun pertama dah balik dan nak balik,so tahun-tahun mendatang yang lain pastinya akan lebih terasa nak balik,so try lah dulu raya kat negara orang ni.Anyway `Selamat Hari Raya Aidilfitri`pada mereka yang tersinggah di blog ini, samada kenal atau tidak `Maaf ,Zahir dan Batin` dan semoga kehadiran ramadhan dan syawal tahun ini menjadikan aku dan family dan kita semua lebih bertaqwa hendaknya.....


Illaliqaq.

Tuesday, September 15, 2009

Eid Mubarrak...

Assalamualaikum/khaifahalaq,

Memang ramai dah geng-geng Qatar yang start balik ke Malaysia untuk Eid-Fitri tak lama lagi.Mungkin juga rakyat Malaysia akan lengang sementara di bumi Qatar ini.Dekat housing aku ni pun mungkin ada sekitar 5-6 family Malaysia aje yang akan beraya di sini,termasuklah aku dan family.Geng-geng office lama aku dulu pun ramai juga yang balik beraya di Malaysia.Orang lama di Qatar ini!!Yem,Amir M,Wan Kamal rasanya memang dah selamat sampai.Juga Man Rambo,Asrul Che Din yang balik mengambil family merangkap beraya di kampung.Dekwan pastinya tak sabar nak balik 3 hari lagi,maklumlah first raya sebagai suami!!macam balik seorang pejuang rasanya kok,bila dia sampai disana nanti. Leo!! anak jati Kampung Kolam Paka,mesti rindu gile nak balik raya,sebab rasanya dah 2 tahun beraya kat Qatar ni,cayalah Leo. Cumanya kesian jugak pada geng-geng new comer macam Che Mus,Pendi,MatDong yang tidak mendapat kesempatan balik. Sabarlah bro, lagipun`best sangat ke balik raya ni`ha!ha!ha. Anyway aku memang dah berniat dan bertekad untuk at least tahun pertama di Qatar ini,aku memang pun nak try beraya di sini,nak tengok macamana,lagipun memang dah nama bekerja dan cari makan di pentas global,so i have to face this sometimes.Harap-harapnya family aku disini tak terasa sangat ke`pelik`an beraya di bumi orang ini dan semoga aku juga mendapat 4 straight off day............

Illaliqaq,

Sunday, September 6, 2009

Tarawikh ala Mekah

Assalamualaikum/khaifahaluqha,

Alhamdulillah,malam tadi aku diberi kesempatan olehNya untuk bertarawikh di satu masjid sekitar kawasan Al-Mansoura,lebih kurang 15KM dari bandar Doha.Masjid inilah yang dikatakan yang menjemput imam dari Mekah untuk tarawikh. Kalau dilihat pada total jemaah untuk solat Isyak dan Tarawikh, rasanya yang menghampiri 1000 orang,mungkin betul kok ada imam khas untuk Tarawikh kat masjid ini.Bila dilihat pada setiap saf yang menghampiri 70-80 makmum untuk keseluruhan 13-14 saf,lagipun dari awal sampai akhir,jumlah makmum tetap maintain....
Memang best giler bacaan kedua-dua imam tadi.Yang sorang tu mirip bacaan Syeikh Shuraim imam masjid Mekah,yang seorang lagi macam Syeikh Fahad Al-Kandari imam dari Kuwait.Total masa untuk solat Isyak dan Tarawikh pun tak lah lama sangat,sekitar 1 jam setengah aje,lagipun asyik sekali bila dihayati merdunya bacaan mereka!!!cuma yang tak best tadi masjid tu agak sejuk giler,mungkin aircond di full blast kan,maklumlah musim panas bangat ni........

Illaliqaq.

Saturday, August 29, 2009

Bazar Ramadhan Qatar,

Asslamualaikum/khaifahalaq,

Memang orang yang datang,melebihi kuih-muih dan makanan yang dijual kat Bazar Ramadhan yang specially brought by MalQatar Association dan Mal Embassy semalam.Anyway and at least bolehlah sesape yang rindukan makanan dan suasana puasa di Malaysia menikmati makanan Malaysia.Walaupun ada juga harga makanan yang agak keterlaluan,tapi rasanya jualan masih tetap laris.Mungkin kerana overhead cost yang agak tinggi,sehinggakan ada makanan yang biasanya antara RM2-3 aje di Malaysia sana,menjadi antara QR10-12 di Qatar ini.Anyway terima kasih pada yang bersusah payah untuk turut serta samada menjadi penganjur ataupun peniaga semalam,tanpa usaha anda pastinya bazar Ramadhan di Hyatt Plaza sekitar Doha semalam tak akan menjadi.Tapi bagi aku, rasanya kalau peniaga semalam menjual pada harga yang lebih berniat nak menolong orang lain,melepaskan rindu dan keinginan mereka pada makanan Malaysia ataupun kata orang berniat bersedekah di bulan Ramadhan adalah lebih baik,lagipun bukannya dapat jadi kaya pun dapat berniaga sekadar 3 kali aje dibulan Ramadhan di Qatar ini...


Illaliqaq....

Saturday, August 22, 2009

1st Tarawikh dQatar

Assalamualaikum/khaifahalaq,

Memang dari awal tarawikh sehingga habis witir tadi tidak nampak beza jumlah makmum untuk tarawikh malam pertama ini.Cuma aku tak sangka pulak langsung tiada peringatan antara tarawikh dan witir tadi,terus aje di sambung untuk total 11 rakaat.Sempat juga diberi sedikit tazkirah penuh semangat oleh iman tempat aku bertarawikh di sekitar kawasan Al-Mansoura tadi,rasa aku dia menyeru supaya di ambil kesempatan bulan Ramadhan ini,untuk at least bertarawikh berjemaah,kalau di tengok pada gaya bahasa dan tangan iman tu ketika bertazkirah.Sebenarnya tak lah panjang dan lama sangat surah dibaca tadi, sekadar 3-4 minit untuk setiap rakaat.Lagipun bacaan dan alunan suara 2 orang iman tadi amat syahdu di dengar,lagilah tak terasa lamanya.Yang bezanya dengan tarawikh di Malaysia ialah tak ada selawat dan sambutan`Sallallah Salamualaik`dari makmum, juga seawal malam pertama ini lagi dah dibacakan doa Qunut.

Illaliqaq,

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Kareem...

Assalamualaikum/khaifahalaq,
Pertama kali,tahun ini aku dan family bakal,menyambut Ramadhan di bumi Qatar.Hopefully kami tabah dan mampu hadapi cabaran Ramadhan pertama di dunia luar ini. Makanya tiada lagi bazar Ramadhan harian seperti dulu-dulu,so nak makan bubur lambuk Terengganu pun nampaknya payah lah sikit.Tapi kalau cerita pasal makan memang tak habis!!!Malam tadi pun geng-geng Malaysia Al-Merqab housing complex tempat aku tinggal ini,sempat mengadakan sedikit jamuan makan-makan sempena nak menyambut Ramadhan walaupun program awal sepatutnya sekali dengan bacaan Yassin beramai-ramai,yang tergendala kerana ramai kaum Adam yang tak dapat hadir kerana bekerja.Anyway program still going on with jamuan makan.Yang menariknya,siang tadi aku terpandang sebuah masjid di area Doha ini mempromosikan mari bertarawikh bersama imam dari Mekah kalau tak silap translation aku,sebab yang di tulisnya dalam bahasa Arab.Aku pun memang dah planned awal-awal lagi memang nak buat rotation ke banyak masjid untuk tarawikh tahun ini,terutamanya bila berada di bumi Arab ini.Kata OTAI-OTAI di Qatar ini,sembahyang tarawikh disini agak simple,tanpa selawat dan tazkirah seperti kebiasaan nya di Malaysia,tapi kekadang boleh mencecah 2 jam untuk 11 rakaat bersama witirnya.Apapun semoga Ramadhan tahun ini,lebih bermakna dan sempurna bagi aku dan keluarga melebihi Ramadhan sebelum ini.Ramadhan Kareem to all muslim...from akudqatar and family







Illaliqaq,

Thursday, August 20, 2009

Solid Off

Assalamulaikum/khaifahalaq,

Memang sejak dari akhir bulan Jun lagi sehingga ke cycle last ni,barulah aku mendapat solid off day empat hari,moga-moga hendaknya.Sebelum ni, ada aje rezeki dari panggilan OT untuk masuk kerja.Memang terasa bebenar nak rehat lama sikit,lagipun family aku dah lama sampai kembali dari Malaysia.

Bulan Ramadhan pun tak lama lagi nak masuk ni.Nasib baik jugak,pada cycle-cycle lepas aku sempat juga mencuri peluang membawa mereka semua ke beberapa tempat rekreasi untuk hilangkan boring.Ya lah kat Qatar mana ada tempat banyak sangat nak pergi,alih-alih tempat tu le-le,ditambah pulak dengan kepanasan maksima dan humidity tahap gaban....memang malas pun aku nak cari tempat yang jauh-jauh dari bandar Doha ini.Apapun inilah asam garam tinggal di bumi orang....

Illaliqaq,