Saturday, April 25, 2009

Family Fun day...

Assalamualaikum/khaifahalaq,

Walaupun agak bercelaru dan nampak sangat di monopoli oleh geng-geng bawang-bawang India dan Pakistan,but at least suasana ceria dan happening jugak pada acara Family Fun Day Shift D Rasgas hari ini.Inter Continental Hotel Doha mungkin setaraf Awana Kijal kalau di Terengganu negeri lahir aku,hotel inilah jugak hari itu Anwar Ibrahim datang untuk satu forum ekonomi sekitar 2 bulan lepas.Bermula dengan acara kanak-kanak antara 3-5 tahun,5-7 tahun,7-12 tahun nampak sangat geng comittee bawang-bawang ni,nak sangat anak-anak geng mereka menang dan dapat hadiah!!Ambiklah,nak sangat!!kata seorang orang kita,hadiah pun belum tentu mahal sangat pun.Tapi untuk game orang dewasa geng-geng mereka tak boleh nak concouer sangat,maklum mungkin orang dari Indonesia dan Malaysia barangkali lebih berbakat. Aku sendiri pun dapat no 1 untuk dua acara,lari dalam guni dan volleyball team,bolehlah dapat voucer dalam QR 400 ,dicampur dengan cabutan bertuah.Alhamdullillah. Cumanya cabutan bertuah tahun pada acara tahunan untuk kali ini,mungkin agak kecil sekitar QR 250/per cabutan compare to last year geng Malaysia kita dapat sehingga Qr 1500.Mungkin jugak tahun ini mereka memperbanyakkan jumlah cabutan bertuah,daripada jumlah duit.Anyway,it`s agood event,cumanya kalau lebih ramai comittee dari pelbagai bangsa, mungkin event akan nampak fair and square to most of the participants.Congratulations,to the committe.

Illaliqaq,

Wednesday, April 22, 2009

Resume required...

Assalamualaikum/khaifahaluqha,
Those who interested for position LNG panelman or even field technician, please send your strong and relevant resume.Rasgas still required most.Will be forwarded to appropriate personnel.
Come-on!!!Chances to explore Qatar.

Illaliqaq.

Thursday, April 16, 2009

Musim panas

Assalamualaikum/khaifahaluqha....

Sepatutnya musim panas dah ni kata OTAI Qatar,tapi kekadang masih terasa sejuk dan dingin disini,walaupun sebenarnya bagi aku panas terik dan bahang dah mula terasa.Tapi bagi orang lama disini dan orang kampung,suasana sekarang masih ok ditambah pulak kekadang hujan dan sejuk masih sesekali tiba.Tapi,agak janggal juga sementara ini,bila mana waktu Fajar atau Subuh bermula seawal jam 3.48 pagi dan matahari dan naik seawal jam 5 pagi,adalah sesuatu yang cukup baru dan unik.Pukul 5 pagi dah cerah gila,dah macam pukul 8 kalau dekat Malaysia rasanya.Mungkin satu-dua bulan lagi waktu subuh akan masuk seawal pukul 3.15 pagi.Memang kalau musim panas sepatutnya ,siang akan jadi lebih panjang di Qatar ini,yalah mana taknya pukul 5 pagi dah cerah,Maghrib pula sekitar jam 6 petang,kalau musim sejuk pula Subuhnya sekitar jam 5 pagi tetapi Maghrib pula lebih kurang pukul 4.30 petang , malamnya pula yang lebih panjang.Anyway aku baru nak merasai cycle baru di Qatar ini,maklumlah masa aku mari hari tu baru masuk musim sejuk dah sekarang giliran musim panas pula......

Illaliqaq.

Sunday, April 5, 2009

AntaJadaan....

Assalamualaikum/khaifahaluqha...

The only OTAI Qatar kat sini yang memang agak payah nak bertemu,apatah lagi nak duduk semeja makan bersama,nak naik kereta sekali no way lah,malah belum pernah aku tengok live kereta Mitsubishi Lancer 2.0 dia punya.Mana taknya dah nasib badan dia kok kena kerja 4siang,2malam dah berbulan-bulan dah.Duit pun mungkin banyak dah mamat ni,that why lah itu hari aku dengar dia ke Eygpt bercuti dengan anak dan isteri.LEO@Jamzani yang dari dulu lagi suka bertopi,bekasan panelman reformate kat aromatic plant dulu,anak jati Kampung Kolam Paka aku kenal sangat lah mamat ni,muka ganas gile tapi hati lembut macam NekBak Sira,tapi time naik minyak,mintak maaf lah sape-sape yang kena...... Guana-guana pun aku tabik dan respect lah ke geng aku ni,sebabnya di saat aku menulis ini,katanya LEO@Jamzani sedang menunaikan umrah di Makkah/Madinah.Walaupun dia agak sibuk dan jarang mempunyai masa berehat,tapi Alhamdulillah azam dan istiqamah LEO@Jamzani untuk buat umrah telah mendapat izin Allah.Semoga LEO kembali nanti menjadi seperti Azmil Mustapha atau pun Dwen penyanyi tu,yang sentiasa bersama usaha ugama Allah,juga semoga LEO dan kami-kami ini disisihkan dari terus menjadi manusia-manusia yang leka dengan nikmat dunia.Amin.

Thursday, April 2, 2009

Umrah dan ziarah...

Assalamualaikum/khaifahaluhqa,

Memang nampak bersemangat benar,ketika menghantar member-member geng Indonesia ke tempat bas yang mereka akan naiki untuk menunaikan umrah di Mekah dan Madinah kali ini. Walaupun perjalanan mereka dari Doha ke Makkah akan mengambil masa antara 20-24jam dengan bas,namum seolah mereka tidak fikirkan kepenatan dan keletihan itu semua.Mereka nampak ceria dan bersemangat aje sekeluarga,ada yang membawa anak yang baru 8 bulan,tapi rata-rata mereka membawa antara 3-4 orang anak.Walaupun ada yang telah 2-3 kali pergi,namum kali ini mereka ingin mengambil pengalaman menaiki bas pula ke Mekah/Madinah.Bagi geng-geng Malaysia pula, terutamanya yang tinggal di Al-Merqab, perumahan aku tinggal ini,ramai yang pergi menaiki kenderaan sendiri.Dengan jarak antara Doha ke Makkah antara 1500km sehala, kekuatan semangat dan iqtiqamah mereka untuk kerumah Allah yang akan memandu antara 12-15jam sehala pasti mengatasi segalanya.Dan semoga mereka semua selamat dalam perjalanan pergi dan balik,juga semoga istiqamah mereka kearah seseuatu yang lebih baik akan mendapat penghargaan dari Allah jua.
Dan semoga hendaknya,aku dan keluarga mendapat peluang dan rezeki sebegitu dalam masa terdekat ini,walaupun seolah perancangan untuk tahun ini,nampak seakan banyak halangan.Namum hanya pada mu Ya Allah,ketentuan segala perancangan.Amin.

Illaliqaq.

Monday, March 30, 2009

Malaysian only....

Assalamualaikum/khaifahaluhqa.....

Kalau diikutkan reputasi,memang rakyat Malaysia yang bekerja dengan di Qatar ini,selalu menjadi bahan bualan bangsa lain,dekat Rasgas pun terutamnya.Mungkin mereka risau,terutamnya bawang-bawang dari India,manalah tahu rakyat Malaysia semakin hari makin bertambah kok.Yalah mana taknya ,kita datang untuk bekerja dan kurang bercakap compare to dia orang yang banyak bercakap,walaupun kerjanya tak balas mana.
That whylah kalau dilihat dalam AP Rect website,ada position yang hanya for Malaysian only.Barangkali untuk operation TR6 & TR7,dimana ada operator yang berhenti 5-6 orang baru-baru ini,ke Shakleen atau pun Peru rasanya.Memang ada juga kedengaran suara-suara dari management yang cuba nak meramaikan rakyat Malaysia dan Indonesia disini,pastinya barangkali kerana good reputasi yang dibawa.
Mabrook waa shukran rakyat Malaysia dan Ex-Petronas.........

Illaliqaq.

Season climate

Assalamualaikum/khaifahaluqha...

Satu dua hari ini hujan yang turun di bumi Qatar ini,terutamnya pada petang hari semacam suasana di Malaysia aje,mungkin dah nak masuk season climate ni,musim sejuk dah nak habis ,bahang panas pun dah mula terasa.Anyway kenalah fokus sikit pada kesihatan anak-anak terutamanya.Last week pun aku di panggil oleh pihak AKIS untuk membawa pulang anak perempuan sulong aku yang berusia 8thn yang demam ketika disekolahnya.Anak-anak yang lain pun nampak ada sedikit gangguan pada kesihatan mereka.Namum kalau ikutkan orang lama kat Qatar ni,memang dah jadi trend bilamana perubahan musim especially kanak-kanak,mereka akan terasa sedikit sebanyak kesannya.Dan semoga ianya tidak menjadi keberatan dan halangan untuk kami terus berada di bumi Qatar ini,terutamnya bila keluarga aku ini dah nampak mula serasi dan cocok di sekitar Doha ini.

Illaliqaq.

Tuesday, March 24, 2009

OT

Assalamualaikum/khaifahaluqha,

Alhamdulillah,bulan ini aku dah start di panggil untuk OT.Walaupun aku sendiri rasanya tak terfikir pun nak buat OT sementara ini,tapi bab kata orang rezeki jangan di tolak.Memang OT rate disini agak lumayan kata orang,kalau selalu dapat OT,pastinya akan lebih terasa bagusnya,gaji dan elaun tetap boleh simpan aje.Mungkin Dekwan ngan Rambo dah dah selalu bergelumang ngan OT,sebelum aku lagi,pastinya dah tahu berapa ongkosnya!!!Anyway kalau ada Alhamdulillah,tak de pun tak pe!!rasanya dah cukup.

Ilalliqaq.

Tuesday, March 17, 2009

Join team project...

Assalamualaikum/khaifahaluqa....

Sepatutnya aku kena join team project `asset verification` bermula pada 15hb March baru ni ,Kalau nak ikutkan kena kerja day 3-4 bulan.Tapi Alhamdulillah,Asset Coordinator Train 5 unit aku, boleh terima excuse yang aku mintak,buat sementara ini,supaya aku dibenarkan dulu concentrate pada unit dan plant baru aku.Ditambah pula dengan family aku yang masih dalam stage sesuaikan diri dibumi Qatar ini,bila mana kena masuk day tu,balik pun dah lewat dah lah kena pergi tiap-tiap Sabtu!!risau juga aku takut mereka semua boring bila kena duduk kat rumah je.Nasib baik,dapat excuse,kalau tak asyik kena kerja day lah selama 2-3 bulan ni,walaupun ramai orang kata good for exposure,tapi aku rasa biarlah dulu.........it`s not the time now!!!

Ilalliqaq.

Wednesday, March 11, 2009

Banyak lagi nak naik

Assalamualaikum/khaifahaluqha.

Memang dah lama aku nak dapatkan gambar di atas platform tertinggi di RasGas iniBaru hari aku berjaya mendapatkanya.Aku pun sebenarnya hairan dan macam tak percaya lagi yang kilang R.G TR6,kilang geng-geng rotation 28-28,plant Awang Amzani akan mula beropersai pada April 2009 ini,kalau dilihatkan pada kren-kren yang masih banyak juga piping-piping yang masih belum sempurna.Anyway kalau ya, bagus juga,sebab TR6 ini letaknya bersebelahan dengan TR5!!aku punya plant....boleh jumpa jiran baru.Tetapi yang pastinya bila melihat dari atas ini,ternyata masih banyak plant-plant dalam pembinaan termasuklah plant QG 2 dan 3.Plant GTL(gas to liquid) pun baru nak naik..tetapi kalau betulah bagai dikata,menjelang hujung tahun 2010 akan banyak lagi plant-plant baru yang akan beroperasi termasuklah aromatic plant,refinery plant,petrochemical plant makanya mungkin akan ada lagi rakan-rakan baru dari Malaysia ,Petronas terutamnya yang akan datang barangkali!!!dan pastinya akan sedikit kecoh lagi krisis manpower Petronas kok.Mana taknya,selepas aku & geng datang ke Qatar ini pada Nov 2008,rasanya tak kurang dari 50 orang lagi staff Petronas yang turut sama ke Qatar ini yang rata-ratanya dari MTCE dept.Tak silap aku juga ada 2-3 orang lagi mtce guys dari plant lama aku dulu yang akan menyusul ke Qatar ini,semoga azam dan istiqamah berjaya membawa mereka ke Qatar ini!Anyway kepada sesapa yang nak rasa environment kerja dan hidup baru,peluang di Qatar masih banyak rasanya.Tinggal lagi usaha,azam dan pastinya rezeki Allah jua,juga nekad untuk berubah,tinggalkan keselesaan yang sebenarnya tak selesa mana,try something new.Come on,join us,Guys!!!Wallahuallam

Illaliqaq......

Sunday, March 8, 2009

ATV...

Assalamualaikum/khaifahaluqha.....

Biasanya bila tiba di Qatar ini,pastinya seawal mungkin orang akan mengambil peluang ke ATV track di Messaid SeaLine Beach.Cuma hari ini aku berpeluang!!! walaupun dah banyak kali diajak oleh OTAI Qatar ke ATV track ini.Walaupun ribut pasir yang agak memedihkan mata dan muka,namum keseronokan bermain ATV ni dapatkan hilangkan itu semua.1 jam untuk QR 100,rasa macam sekejap aje.Aku sekadar nak rasakan peluang ini bersama dengan anak-anak......Namum fun and thrill bermain ATV ni agak berisiko,bilamana hari ini dekat track aku bermain ada 2 accident berlaku, Alhamdulillah tak serius mana.Mana tak nya,tiada safety precautions langsung dari pihak owner ATV, ditambah pula dengan cara pemanduan gila-gila seumpama lembu mabuk darah oleh ramai orang,terutamanya dari Pak Arab,memang agak risau dan takut juga aku terutamanya bila mereka dah start buat aksi willy!!Anyway kalau nak try dan just to have an experiance, it`s shud be ok kok!!!Cumanya be careful dan beringat sebelum kena.....

Ilaliqaq..........

Friday, March 6, 2009

Hampir settle..

Assalamualaikum/khaifahaluqha....

Alhamdulillah,kedua-dua anak aku yang 7 dan 8 tahun,dah pun bersekolah.Makanya dah hampir complete lah urusan aku sementara ini.Cuma yang tinggal lagi RP untuk isteri dan anak-anak aku lagi,yang masih belum dapat.Bila semua dah settle nanti,Insyallah kehidupan di bumi Qatar ini,akan jadi seumpama di Malaysia lah.Kehidupan seharian pun dah hampir macam normal,bilamana selok belok kehidupan di Qatar ini dah diexplore....tempat shopping,barang mentah dan keperluan harian,jalan-jalan,jiran dan rakan yang seumpama hidup di Malaysia banyak membantu menjadikan hidup aku sekeluarga ini di bumi orang.Anyway pastinya hujan emas dinegeri orang,hujan batu juga yang selalu ada manisnya......

Dah 2 kali............

Assalamualaikum/khaifahaluqha...

Yang tak syoknya kat Rasgas ni,dah 2 kejadian bunuh diri berlaku oleh kontraktor.Terbaru 2hari lepas,seorang Filipino telah mengantung diri,bersebelahan pulak dengan unit aku.2-3 bulan lepas seorang Nepal juga telah membunuh diri,semuanya berlaku dekat Train 6,kilang geng2 rotation 28-28,kilang Awang Amzani,geng aku.Memang beginilah suasana bila berada di dunia antarabangsa berbagai kaum dan ugama.Pastinya banyak ragam dan kerenah manusia.Makanya baru pertama kali dalam hidup aku,melihat orang mati tergantung,nasib baik mukanya ditutup dengan topeng yang welder selalu guna.Mungkin kalau budaya Melayu,akan adalah usikan hantu atau tempat orang mati dibunuh.Anyway!! semoaga Allah tetap memberikan aku panduan dan pedoman,terutamanya bila berada dan hidup di dunia antarabangsa ini....

Ilalliqaq.

Tuesday, March 3, 2009

Turn Dekwan

Assalamualaikum/khaifahaluqha....

Setelah hampir 5 bulan di bumi Qatar ini,malam tadi,aku and the geng,berkesempatan menghantar Dekwan ke airport berangkat balik ke Malaysia buat pertama kalinya,walaupun agak lewat sedikit dari aku dan ManRambo yang telah balik pada awal Jan lalu,sedangkan kami datang satu fligt dulu pada 10 Nov 2008Pasti kerinduan pada family dan orang tersayang akan dapat Dekwan lepaskan walaupun baliknya sekadar 10 hari,1 cycle aje cutinya.Insyallah cukup untuk selesaikan persiapan nak kahwin Jun/Julai nanti dan tunaikan tanggungjawab sosial kepada kengkawan dan keluarga.Dan harapnya Dekwan mampu memberi gambaran lebih jelas pada kengkawan lama tentang kehidupan dan suasana kerja di bumi Qatar ini.Mungkin juga Dekwan dah siap print slip gaji 2 bulan terakhirnya,sekadar buat semangat kawan-kawan lama!!maklumlah OT Dekwan untuk 2 bulan ini agak lumayan!!!tanyalah Dekwan berapa QR untuk satu hari.Ada benda yang aku kagum dengan Dekwan,bila berada dibumi Qatar ini,walaupun ada juga kawan-kawan yang tak yakin dengan self confident dan motivasi dia,pada awal-awal kami nak datang dulu.Anyway,pada aku Dekwan adalah antara orang yang beruntung kerana dapat berada pada dunia antarabangsa pada usia yang jauh lebih muda,yang sudah tentu peluang untuk pengalaman dan rezeki yang pastinya lebih.......dan semoga Allah memberikan Dekwan dan kami-kami ini nikmat-nikmat yang tidak melalaikan dan memudaratkan kami.Anyway semoga Dekwan selamat pulang dan datang kembali kesini seperti yang di rancangkan.Amin.

Illaliqaq.

Thursday, February 26, 2009

AKIS

Assalamualaikum/khaifahaluqha........

Baru masuk hari kedua anak perempuan aku bersekolah di AlKhor International School,selepas mula bersekolah pada 25hb Feb baru ini.Alhamdulillah nampak dia macam biasa aje,semangat dan keinginan untuk ke sekolah seperti di Malaysia dulu juga,walaupun aku sendiri risau takut-takut faktor bahasa menjadikan dia tidak ceria untuk kesekolah.Tapi mungkin cikgu-cikgu di AKIS ini agak pro dalam melayan kerenah student pelbagai bangsa,agaknya itulah yang menolong anak-anak kami disini barangkali menjadi ceria dan bersemangat untuk ke sekolah,umpama yang aku perhatikan semasa membawa mereka untuk interview dan registration hari itu,banyak approached yang diberikan oleh cikgu-cikgu ini untuk memikat hati anak-anak ke sekolah.They are really very friendly,mungkin juga syarat utama untuk menjadi cikgu di AKIS ini....
Anyway,anak lelaki aku hanya akan mula bersekolah pada 4hb Mac nanti,mungkin kerana penyusunan semula kelas,selepas limit 20student/kelas telah melebihi.Yang pastinya aku nampak rata-rata anak-anak orang lain yang pergi ke sekolah agak ceria aje.Insyallah!!semoga ia menjadikan anak aku pun turut ceria dan bersemangat,dan mampu memahami kehendak cikgu-cikgu mereka dalam masa terdekat ini....

Illaliqaq.