Alhamdulillah dan terima kasih bebanyak pada organising comittee yang berusaha membawakan pasar malam ini,walaupun tak besar tapi cukuplah untuk membawa family mengingati dan dapatkan kuih-muih dan masakan Malaysia. Sambutan memang dasyat,ya lah kebanyakan Malaysian yang ada kat Qatar ini pastinya rindukan masakan Malaysia,walaupun memang jauh bezanya pasar malam paling kokak di Malaysia dibandingkan dengan pasar malam paling meriah di Qatar ini.Harga makanan pun kenalah ikut harga Qatar!!!!kuih apam 4 biji,kecik peeh QR 5,nasi berlauk sikit tuek QR 10,laksam pun QR 10,air oren/sirap satu gelas QR 5....tapi nampaknya semua habis di sapu dan diserbu pada peringkat awal lagi,kalau murtabak Bukit Teruna datang jual mesti boleh jadi kaya,mahu jadi 30-50 QR murtabaknya......anyway usaha mengadakan pasar malam semalam amatlah di hargai,terutama pada MAQ dan Malaysia Embassy yang mengguna pakai ruang kosong embassy sebagai tapak jualan!!!hopefully next time ada lagi,dan kalau boleh harga makanan biarlah berbaloi dengan kuantitinya.........
Ilalliqaq...
1 comment:
Kami pergi dlm pukul 7++...banyak dah habis. Mulanya terkejut juga dgn harga, ingatkan 4 bekas kuih tu dlm qr10-15 jer...tup tup qr20. Dalam ada 3 ketul jer kuihnya. Kesian mereka yang pergi lambat....dah habis.Tp, sekurang2nya terubatlah juga rindu masakan Mlysia ni..Lain kali harap banyakkan masakan dan banyak lagilah gerainya.
Post a Comment