Sunday, February 7, 2010

Family Day & Sukaneka.

Assalamualaikum/khaifahalaq.

Alhamdulillah,semuanya berjalan seperti yang dirancang hari ini pada`program family day`dan sukaneka 3 penjuru RasGas Malaysian Community yang tediri dari compound LaPallace,Al-Haya juga Al-Merqab 2.Hampir 50 family hari ni yang berkumpul bagi maksud lebih mengenali satu sama lain terutamanya bagi kaum ibu dan memberi pelunag kepada anak-anak melepaskan geram dan keinginan bersukan seperti mana kebiasaan diperolehi di Malaysia.Syukur pada Allah bermula dengan kelancaran penyusunan logistik dan makan-minum sehinggalah kepada berbagai acara sukan dengan hadiah masing-masing menjadikan program ini pada aku nampak berseri juga walaupun ianya adalah `event self sponsered`tapi atleast kami-kami dan mereka semua dapat lakukan.Insyallah sekiranya masih ada ruang dan kesempatan berbagai kekurangan hari ini pastinya dapat diperbaiki dengan kerjasama semua,ibu-ibu,bapa-bapa dan anak-anak yang agak bersemangat bersukan dan sedikit kerja lebih masa dari kami-kami ini`committe`yang sekadar melantik diri sendiri demi menjayakan program ini.Anyway shukran dan mabruq to all.

Illaiqaq.

Sunday, January 31, 2010

Pasar Malam DQatar....

Assalamualaikum/khaifahalaq.


Memang agak ramai juga yang datang semalam Jumaat,29/Jan/2010 pada pasar malam anjuran MAQ.Walauapun jumlah pengunjung masih melebihi jualan yang ada,tetapi at-least bilangan gerai-gerai dan variety of kuih-muih was increased compared to before.Mana taknya,boleh dikatakan setiap compound komuniti Malaysia ada menghantar wakil dan menyediakan meja jualan,termasuklah compound Al-Mrqab 2 yang aku tinggal ini pun.Ramai juga kaum ibu yang rata-rata ingin suka-suka mencari pengalaman berniaga pasar malam,
termasuklah isteri tersayang,yang mencuba dengan dua jenis kueh-mueh dan kueh teow buatan beliau sendiri.Memang ternyata agak gembira mereka semua bilamana semue jualan habis dijual walaupun kalau dijual semua barang makanan ini di Malaysia dengan harga sebegini,maka menjadi bahan bualan malah mungkin kena maki atau kena `pelekong` oleh pengunjung,tapi di sini nasi kerabu,kueh puteri ayu,Rijaludin char kueh teow yang berharga masing-masing QR25,QR5 dan QR 13 masih seumpama tumpuan orang ramai.Ternyata makanan Malaysia juga yang menjadi ingatan rakyat Malaysia di Qatar ini....Anyway TQ again to MAQ,yang masih setia dengan anjuran pasar malam sebegini,walaupun mungkin kena ada sedikit improvement terutamanya dari segi tempat tetapi at-least ada lah jugak pasar malam dQatar ini....

Illaliqaq.

Sunday, January 10, 2010

Qatar Exxon Mobil Tennis Open 2010.

Assalamulaikum/Khaifahalaq,

Nadal kalah lagi pada Vs Davydenko,selepas kalah pada London Barclays Cup in December 09 yang lalu !!!Memang tiket untuk final malam ini aku dah beli awal-awal lagi tapi bila game semifinal semalam aku dah dapat tengok,rasanya dah ok lah tu,lagipun kesemua top star yang ada untuk tour itu termasuk Federer,Nadal,Davydenko terlibat untuk game semifinal semalam,cumanya Victor Troicki dari Serbia,yang menjadi lawan Nadal untuk semifinal 1,yang memang aku tak kenal sangat,tapi yang pasti memang Nadal bukan lawan sebenar beliau bila menang mudah 6-1,6-3 dalam masa 56 minit.Nampak sangat game Federal vs Davydenko yang dinanti oleh ramai peminat tennis di Qatar ini,bila hampir penuh stadium pada masa itu.Sayang jugak bila Federal tewas hanya dua set 3-6,4-6 pada Davydenko menjadikan suasana Stadium Khalifat Tennis agak lengang selepas itu,walaupun masih ada game untuk double final.

Overallnya,agak menarik jugak game semalam dan satu pujian patut diberikan pada Nadal,bila mana selepas kemenangannya,dan diminta untuk melambungl 3 biji bola yang diautographnya, hanya kelompok penonton yang berbendera Sepanyol yang dicarinya,walaupun kurang disenangi penonton ternyata Nadal dengan semangat Matadornya......
Illaliqaq,

Monday, January 4, 2010

MalQatar 2010 New Year Bowling Tour

Assalamualaikum/khaifahalaq,


Alhamdulillah,Saturday ,2 Jan 2009 event pertama yang aku lead diQatar ini telah berjaya berlangsung.Walaupun hanya self-sponsered tournamet atleast aku berjaya mengumpulkan sebanyak 15trio bowling.Dan sudah pastinya bila self-sponsered tournament prizes value nya pun pastilah tidak besar,tapi Alhamdulillah rata-rata 15trio yang sertai tournament,berkata hadiah bukan ukuran,yang penting participate and forsure we can gather most of Malaysian together....adalah total kurang lebih 70 orang rakyat Malaysia hari tu berkumpul termasuk family dan anak-anak.Ok,pada aku suatu agak meriah walaupun tanpa jamuan ringan dan VIP yang dijemput untuk prizes giving ceromony,tetapi at least rata-rata ada yang bertanya we shud have this kind of tournament more frequent.So Insyallah,my next target will be 2010 Mid Year Bowling Tournament for Malaysian Qatar.Insyallah semoga aku dan crew berjaya menarik lebih ramai participants dan increase kan prizes value....


Ilalliqaq.

Friday, December 25, 2009

Dream Harley

Assalamulaikum/Khaifahalaq,
Sekarang hatiku menjadi tak keruan selepas aku melihat secara live motor Harley Davidson ni.Terutamanya bila sekarang ada stock clerance untuk model 2009,bilamana model 2010 dah tiba.Kalau ikutkan hati rasa nak aje buat downpayment untuk jentera ini,tambahan pulak banyak juga discount yang diberi sehingga menjadikan motor ini,sekitar 65K aje dari 77K harga awalnya.Memang insyallah suatu hari sebelum balik terus ke Malaysia sekitar 4-5tahun lagi, memang teringin jugak aku nak bawak balik satu alat ini.Tapi tengoklah camana,semoga buat sementara ini aku dapat bertahan dengan dugaan duniawi semata-mata ini,aku perlu buat yang mana lebih penting dan terutama......
Illalliqaq.

Sunday, December 20, 2009

With The Famous Bowlers

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Dah sementara ramai player bowling tersohor yang ada pada masa Qatar International Bowling Championship ke9 ini,aku pun sekadar mengambil peluang bergambar dengan famous bowling player yang kebanyakan tersenarai dalam youtube video dengan high score ataupun perfect game masing-masing seperti Paul Moor,England(Pict 1),Tim Mack from USA(Pict 2),Caroline
Lagrange dari Canada juga Woman World Champ yang baru berlangsung di Melaka last month(pict 3),Dominic Barret(pict 4) dan beberapa Malaysia top dan elit players seperti Zulmazran,Aoron Kong,Daniel Lim,Alex Liew dan Syafiq Ridzwan.Bukan senang nak bergambar dengan mereka lain kali,sebab masing-masing agak fokus dengan game mereka cuma kali ini aku bertuah kerana dapat membawa team Malaysia merendap di sekitar Doha,so just take this opportunities with another players as well...


Illalliqaq.

Thursday, December 17, 2009

Mal Bowling Team

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Kebetulan projek nak pergi visit nearby country was cancelled,so saja-saja lah aku bila ada masa lapang aku ke QBC menonton Qatar Bowling International Champ,terutamanya bila ada 5 pemain Malaysia yang turur serta dalam peringkat MQ.So far baru Zulmazran yang layak bertanding untuk peringkat akhir pada Jumaat nanti,so berpeluang memenangi 30000euro banyak gila hadiah no 1,kalau convert ke QR ataupun RM.Sementara pemain lain seperti Aron Kong,Syafik Ridzwan,Daniel Lim dan Alex masih juga mempunyai peluang ke peringkat akhir,dah masih lagi mencuba.Memang game habis agak lewat sekitar jam 11-12malam Qatar time,so aku bawak mereka semua ini,mencari pengalas perut dan meronda-ronda sekitar bandar Doha ni,bukannya jauh pun,kebetulan jugak Honda MRV aku boleh muat untuk 8 orang,so jalan je lah,walaupun agak sesak sedikit kat belakang.
Illaliqaq.

Wednesday, December 16, 2009

Leather Jacket

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Kalau dilihat pada harga asalnya memang aku tak mampu dan langsung tak terfikir nak beli.Tetapi bila mendapat 75% discount,sayang pulak rasanya bila tak beli,tambahan pula jenama Pierre Cardin ni,memang aku dah monitor lama quality barangnya tetapi sebelum ini aku rasa tak perlu dan mungkin juga tak mampu untuk memiliki barangnya. Kebetulan pulak ketika musim offer barangan Pierre Cardin,Guy Laroche dan barangan berjenama lain sehingga 75% potongan kali ini,kena dengan winter season yang memang sejuknya dah terasa dan aku pun memang nak memiliki leather jacket yang baik qualitynya.So walaupun aku terasa seperti agak keterlaluan berbelanja untuk 25% dari total harganya QR5770 tetapi atleast aku dapat jadikan kenangan duit kutu setahun aku disini,yang kali ini jatuh pada giliran aku.
Illaliqaq,

Tuesday, December 15, 2009

Qatar Bowling International Champ

Assalamualaikum/khaifahalaq,

Memang hadiah untuk tournamnet ini adalah antara yang paling besar dalam international bowling championship,that why lah ramai star-star bowling dunia yang turun.Mana taknya value $30000 untuk juara dan sekitar belasan ribu RM untuk tempat kesembilan pastinya menjadi tarikan pada world star bowling termasuklah Paul Moss dari Great Britain,Zulmazran Zulkifli dari Malaysia sendiri http://www.youtube.com/watchv=NiBXo2KjdBA
http://www.youtube.com/watch?v=D9WDC9gEgBE dan ramai lagi seperti Daniel Lim,Aoron Kong yang aku sendiri tak berapa tahu sangat nama mereka semua.Tapi yang pasti,this is the world class bowling.Kebetulan pulak semalam,mereka semua ni,turun ke lane so aku yang sedang bercuti hujung tahun ni,just watch the game in live.Sempat pulak aku berkenalan dengan Brother Hisham team kapten Malaysia, Beng Hong pemenang emas Commenwealth Game 1998 dan Zulmazran Zulkifli sendiri yang sekarang mungkin pemain bowling lelaki no 1 Malaysia.Sempat pula,aku membawa mereka mencari Kebab Turkey di sekitar kawasan Al-Sadd mungkin kerana game yang dah habis agak lewat dan mereka pun baru tiba pagi sebelum game tu dari Malaysia menjadikan perut mereka agak bergelora......





Illaliqaq.

Tuesday, December 1, 2009

2009 Eid Adha

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Tak banyak sangat beza raya haji 2009 ni bagi aku,terutamanya selepas tahun lepas aku dah pun beraya disini keseorangan,cuma ditemani rakan-rakan.Tahun ini,aku menyambut Eid-Adha ini bersama family disini,so macam biasa aje rasanya.Yang paling ketara tak leh nak tengok orang buat korban binatang,yang lainnya, ziarah dan hidangan makanan pastinya dah seumpama hidup di Malaysia.Memang agak letih juga hari itu,bila hampir sepuluh rumah dikawasan perumahan aku tinggal kena aku ziarahi,dah lah kenyang perut.Tapi nak buat camana semua kengkawan kat situ dah nak buat tradisi macam itu,kenalah aku ikut,dah namanya berkawan dan eratkan silaturahim. Tahun ini,aku berkesempatan solat Eid-Adha di kawasan padang bola sekitar Stadium Bolasepak Al-Ahli, memang ramai giler jemaahnya, menghampiri 10 ribu orang barangkali,that why lah imam masjid tempat aku nak pergi solat di kawasan itu turut serta,pastinya nak memberi ruang pada jemaah yang lebih ramai menghayati dan mengambil berkat Eid-Adha. Anyway untuk kedua-dua Eid tahun ini,aku dan keluarga beraya disini, kampung dan negera orang, yang pastinya walaupun tak terasa mana kesyahduan dan asingnya beraya disini,namum hujan emas di negeri orang,pasti best walaupun hujan batu di negeri sendiri....
Illaliqaq,

Friday, November 20, 2009

F1 Power Boat Race

Assalamulaikum/khaifahalaq,
Memang bila musim winter aje,di Qatar ini banyak sekali kejohanan sukan yang berlangsung.Hujung minggu ini saje,2 event yang agak menarik,squash classic Qatar yang mana adanya Nicol David,pemain no 1 squash wanita dunia terkini.Tetapi yang menarik bagi aku adalah kejohanan F1 power bot yang memang tak boleh tengok lah kalau di Malaysia dulu,memang laju giler bot tu seumpama mahu terangkat bahagian depannya seperti di awal kemunculan sukan power bot dulu yang mana banyak sekali kemalangan seperti itu.Tetapi mungkin sekarang, pereka dan pengeluar bot F1 dah buat improvement yang memang nampak lebih secure bagi bot F1 ini,memang fun bila menonton terutamanya kelajuan dan bunyi enjinnya yang memang seumpama kereta F1.At least hari ini aku and family dapat tengok secara live,satu lagi sukan bertaraf dunia di Qatar ini.Memang anak-anak aku agak enjoy juga tadi, cumanya sayang untuk peringkat semi-final dan final pada besok dan lusa aku terpaksa bekerja,so terlepas lah peluang nak tengok mereka berlumba each other,kerana hari ini cuma peringkat free pratice dan saringan aje....




Illaliqaq,

Monday, November 16, 2009

Brazil Vs England

Assalamulaikum/khaifahalaq,


Kalau nak ikutkan QR150 harga tiket yang aku bayar untuk game ini memang tak berbaloi.Apatah lagi ramai juga star-star dari kedua-dua team ini tak dapat hadir.Tapi atleast manalah tahu kalau-kalau ada yang bertanya, sekurang-kurangnya boleh kata dah ada experience tengok live Brazil Vs England.Nasib baiklah banyak sekali game-game kat luar stadium yang membolehkan aku and the geng membawa balik 2-3 helai t-shirt kenangan pernah saksikan match Brazil vs England ini.Nampak sangat pihak penganjur macam nak bagi saje souvinier itu semua,bila mana ada yang tak masuk gol pun untuk penalty kick masih dapat t-shirt dan key chain.Anyway game semalam memang jelas di dominasi oleh Brazil walaupun kelihatan hanya Kaka berseorangan yang menceriakan suasana game.Ditambah pula tanpa Gerrard,Lampard,Terry nampak sangat England bukan lawan Brazil yang sepatutnya tamat dengan atleast 3-0 dengan satu penalti yang gagal disudahkan oleh Brazil dan rembatan jarak 50 meter Lucio yang telah menewaskan gol keeper England tapi terkena tiang gol sebelah kanan...


Illiqaq,

Winter Coming Back

Assalamualaikum/Khaifahalaq,



Kalau mengikut perkiraan,bermula 15 Nov 2009 - 31 Mei 2009 akan menjadi musim sejuk bagi bumi Qatar tahun ini.So macam biasalah xtvt wajib bagi kebanyakan Qatari mahupun expatriates disini adalah xtvt sosial seperti menunggang jentera ATV ini.Anak-anak aku memang dah lama pun nak pergi main ATV ni,selepas kali terakhir pada penghujung musim sejuk yang lepas,dengan azam kali ini mereka nak menunggang sendiri katanya.Apalagi bila dah jumpa geng-geng baik mereka,satu jam pertama dengan rate 70-80QR/hour bagi motor budak2 masih perlu aku ditambah lagi untuk puaskan hati mereka.Anyhow oleh kerana xtvt sebegini agak limited dan bermusim disini,so ikut aje lah...lagipun bukan selalu aku layan kerenah mereka ini.........




Illailqaq,

Wednesday, November 11, 2009

Istimara@Road Tax

Assalamulaikum/khaifahalaq,

Memang aku dah nekad nak settlekan sendiri semuanya hal bersangkut pauk istimara@road tax kereta aku ni termasuk dengan ada satu traffic violation yang dah aku ada.So bermula dengan vehichle inspection,car insuran,traffic violation settlement sehingga ke yang agak rumit sikit bila berdepan dengan urusan polis Qatar,dimana selalunya ramai staff kerajaan yang tak boleh berbahasa English.Anyway Alhamdilillah,dalam masa sekitar 3 jam, everything qhalas dan settled.Dan yang pastinya bulan ini agak kasar juga expenses yang aku terpaksa keluarkan termasuklah yang kepada perkara yang menjadi keperluan seperti istimara kereta dan keperluan sosial tambahan anak-anak untuk bersekolah juga yang sekadar menjadi kehendak aku sendiri seperti Nikon D90 dan juga kehendak rekreasi untuk aktiviti sukan dan riadah ayng aku dah start mulakan semula,termasuklah bagi keinginan menonton game tennis Sony Ericsson Tour Woman Champ dan football friendly match Bra vs England! Moga-moga dan harapnya aku mampu bertahan untuk berbelanja mengikut yang sekadar menjadi keperluan bukan nafsu mahupun kehendak semata....

Illaliqaq,

Mal Vs Indo...Friendly Match

Assalamualaikum/khaifahalaq,

In total team Malaysia menang pada 6 Nov 2010 hari tu dalam game friendly dengan rakan-rakan dari Indonesia.Cumanya aku tak punya gambar untuk keseluruhan event hari tu,that whylah lambat aku nak update resultnya.Tapi yang pasti game badminton hari tu Malaysia menang 5-2,football pun menang 6-5 tapi kalah dalam volleyball dengan 2 game terus.Happening jugak hari tu,bilamana ramai jugak yang datang termasuk Malaysia Embassador pun ada.Masih menunggu gambar-gambar hari tu dari rakan-rakan photographer yang datang dengan DSLR yang nampak memang gah lagi power,mungkin nanti boleh tengok quality gambarnya.....

Illaliqaq.