Thursday, February 26, 2009

AKIS

Assalamualaikum/khaifahaluqha........

Baru masuk hari kedua anak perempuan aku bersekolah di AlKhor International School,selepas mula bersekolah pada 25hb Feb baru ini.Alhamdulillah nampak dia macam biasa aje,semangat dan keinginan untuk ke sekolah seperti di Malaysia dulu juga,walaupun aku sendiri risau takut-takut faktor bahasa menjadikan dia tidak ceria untuk kesekolah.Tapi mungkin cikgu-cikgu di AKIS ini agak pro dalam melayan kerenah student pelbagai bangsa,agaknya itulah yang menolong anak-anak kami disini barangkali menjadi ceria dan bersemangat untuk ke sekolah,umpama yang aku perhatikan semasa membawa mereka untuk interview dan registration hari itu,banyak approached yang diberikan oleh cikgu-cikgu ini untuk memikat hati anak-anak ke sekolah.They are really very friendly,mungkin juga syarat utama untuk menjadi cikgu di AKIS ini....
Anyway,anak lelaki aku hanya akan mula bersekolah pada 4hb Mac nanti,mungkin kerana penyusunan semula kelas,selepas limit 20student/kelas telah melebihi.Yang pastinya aku nampak rata-rata anak-anak orang lain yang pergi ke sekolah agak ceria aje.Insyallah!!semoga ia menjadikan anak aku pun turut ceria dan bersemangat,dan mampu memahami kehendak cikgu-cikgu mereka dalam masa terdekat ini....

Illaliqaq.