Friday, June 12, 2009

Pasar Malam DQatar

Assalamualaikum/khaifahaluqha....

Alhamdulillah dan terima kasih bebanyak pada organising comittee yang berusaha membawakan pasar malam ini,walaupun tak besar tapi cukuplah untuk membawa family mengingati dan dapatkan kuih-muih dan masakan Malaysia. Sambutan memang dasyat,ya lah kebanyakan Malaysian yang ada kat Qatar ini pastinya rindukan masakan Malaysia,walaupun memang jauh bezanya pasar malam paling kokak di Malaysia dibandingkan dengan pasar malam paling meriah di Qatar ini.Harga makanan pun kenalah ikut harga Qatar!!!!kuih apam 4 biji,kecik peeh QR 5,nasi berlauk sikit tuek QR 10,laksam pun QR 10,air oren/sirap satu gelas QR 5....tapi nampaknya semua habis di sapu dan diserbu pada peringkat awal lagi,kalau murtabak Bukit Teruna datang jual mesti boleh jadi kaya,mahu jadi 30-50 QR murtabaknya......anyway usaha mengadakan pasar malam semalam amatlah di hargai,terutama pada MAQ dan Malaysia Embassy yang mengguna pakai ruang kosong embassy sebagai tapak jualan!!!hopefully next time ada lagi,dan kalau boleh harga makanan biarlah berbaloi dengan kuantitinya.........
Ilalliqaq...

Tuesday, June 9, 2009

Ya Allah leganya....

Assalamualaikum/khaifahaluqha...

Maka semalam 8hb Jun,telah habislah sessi kerja malam aku yang paling panjang dan lama dalam hidup,25 malam berterusan selepas di tolak off satu hari.Rasa nikmat yang amat sangat dapat kembali mengambil off day 4 hari solid,Insyallah semoga panggilan OT ad-hoc tiada dulu buat sementara waktu ini.Aku nak rehat,nak bawak anak-anak pusing-pusing bandar Doha ini, tambah pulak offer summer season agak banyak sekarang.Kalau panjang umur ada rezeki mungkin tahun depan April 2010 berjumpa lagi dengan schedule yang outlaw dan agak gila ini, bilamana Train 5 Rasgas LNG, train aku pulak yang akan shutdown.Tak tahulah camana samada aku nak teruskan hasrat untuk proposed schedule yang selalu aku and geng PPT ikut masa shutdown dan commisioning dekat plant lama dulu,3 hari siang,3 hari malam dapat 2 hari off day yang memang lebih jauh baiknya dari berterusan siang atau malam tanpa off pulak tu.By the way tak sabar jugak nak tunggu next salary,yang kata senior mungkin boleh mencecah pendapatan basic 3 orang ADUN!!!!Alhamdulillah.JazaqAllahQhairanQasiran.

Illaliqaq,