Saturday, April 17, 2010

2010 Shutdown

Assalamualaikm/khaifahalaq,
Maka esok 17 April hingga 3 May,akan bermula kerja siang aku berterusan selama 18hari tanpa rehat untuk sessi shutdown LNG Train 5 plant aku bekerja sekarang.Kalau tahun lepas aku melalui 28malam tanpa rehat untuk shutdown Train 3/4 2009. Nampaknya tahun ini kenalah,memerah keringgat dan peluh pada kepanasan 35oC-38oC di awal musim summer ini.Nasib baik tak lama sangat shutdown kali ini, mungkin pejam celik-pejam celik dah nak masuk seminggu nanti rasanya.Anyway rasa bersemangat jugak,untuk melibatkan diri dalam shutdown kali ini,bilamana aku kena jadi care taker untuk `drier and mercury removal unit`bersama Bang Agus teman dari Indonesia.

Illaliqaq.

Sunday, April 11, 2010

New Housing

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Sehari dua ni agak sibuk sikit membuat persediaan untuk berpindah kerumah baru di Al-Khor Community.Rumah baru yang telah siap semenjak awal tahun lagi,sekarang telah mendapat arahan dari pihak Rasgas Housing Commitee untuk aku and the geng membuat persediaan berpindah.So banyak lah keperluan furniture yang perlu di beli,nasib baik company bagi elaun perabut so tinggal nak beli aje lah.Anyway mungkin aku tak sempat untuk berpindah secara total bulan ini,kerana Train 5 LNG RasGas,tempat aku mencari makan sekarang akan melalui process TNA selama 17hari,jadinya mungkin sekitar awal Mei nanti barulah aku berkesempatan untuk move secara total.So mungkin selepas itu perjalanan ke Doha akan menjadi sedikit berkurangan kerana jaraknya sekitar 50KM dari rumah baru aku nanti.Anyhow it's still ok...

Illalliqaq.