Saturday, October 25, 2008

Assalamulaikum.........kaifahalukha

Hari ini aku and the geng telah ke LandMark Shopping Area.Kami ke Carrefour mencari barang-barang keperluan seharian untuk persediaan masuk ke rumah kami milik company,pada esok hari 26hb.Mujurlah,Wan Kamal masih menunggu kedatangan isterinya jadi dialah yang terus tanpa rasa jemu menemani kami.Terima Kasih!!!Wan Kamal,kalau mum takdok maka naik teksi lah kami...aku dgn A.Wan akan jadi bawang,Man Rambo akan jadi Filipino kok....Banyak juga yang kena beli bermula dari rice cooker, kettel, periuk,pinggang mangkuk,bantal,cadar,selimut,beras,garam,gula dll.So kami pun berbelanjalah seadanya,tak lah berbelanja sakan kerana barang-barang camni isterilah yang lebih arif.Nanti bila orang rumah dah datang barulah `rabok` berbelanja kok. Maka habislah jugak kami hari ini dalam QR 500-600.Banyak barang-barang disini yang harganya memang berbeza dgn Malaysia ada yang murah,yang mahal pun banyak.Barang barang asas spt beras,gula,telur,sos-sos pastilah sedikit mahal dari Malaysia...probably add another 20-30%....

On the way to shopping complex tadi kami sempat ke Mitshubishi showroom,menyilau-yilau kereta Mitshubishi Grandis yang dicadangkan kengkawan kepada aku,harganya memang murah lah kat sini full spec harganya baru dalam QR 95000,Lancer 2.0 mcm Leo atau Budin OMS
QR 85000,Highlander macam Ustaz Nasri tak sampai QR 100k pun.
Sebelum sempat balik,Che Ku Mustaffaa Kamal(7th intake at instep),now our senior at Qatar call W.Kamal untuk jemputan kami ke rumahnya...perkena masakan Malaysia.Alhamdullilah,razeki kat sini melimpah-limpah!!!!,masak lemak ketam,sambal ayam,budu dan ikan Sultan Ibrahim campur sayur dan timun batang telah disajikan kepada kami tadi.Terima Kasih Che Ku.....banyak gok aku and the geng makan tadi,masakan mek mum memang nok bad lah,budu tadi pun lebih kurang Malaysia je...cuma tak de tempoyok,kalau ada.....man rambo,mesti lagi banyak tambah....ikan sultan ibrahim tu,kalau kat Malaysia adalah dalam RM 10/kg kok......ikan kerisi namanya disana.

Ketam pun besar-besar pulok tadi,isi penuh.Walaupun ketam tu tangkapan sendiri Che Ku. Maklumlah,Qatari dah kurang menangkap ketam...mungkin dia orang dah develop kok,rahmatnya dapat juga rakyat Malaysia dapat berpesta menangkap ketam....ramai gila ketam ooe,kalau nak dapat dalam 10-20KG memang senanglah,kalau kena dengan musimnya.
Insyallah aku and the geng akan mengambil peluang merasai keseronokan menangkap ketam dalam masa terdekat ini.....












Ilalliqaq.
Assalamualaikum........

Semalam aku and the geng sempat ke Souq Al Wakif,macam biasa Wan Kamal lah yang bawa kami.Souq Al Wakif ni macam pasar kedai payang lah kalau dekat Terengganu Malaysia.Banyak benda lah yang ada dijual disini bermula dari makanan,pakaian,perhiasan,permata,emas dan macam-macam lagi lahTujuan aku and the geng sekadar menyilau-yilau apa-apa barang yang boleh dijadikan souvinier bila balik nanti.Pening gok kepala,pusing-pusing kat Souq ni.Dah lah Tok Arab ramai bunyi muzik mcm cerita Ali Baba P.Ramlee pun boleh tahan kuat,pelancong asing pun ramai.....tok arab siap bernyayi-nyayi lagi,ingatkan malam Jumaat dia orang duduk
rumah.....
Anyway Souq Al Wakif ini adalah tempat yang sesuai untuk mencari cenderahati kepada kepada sanak saudara dan kawan-kawan bila first time balik nanti,namum biasalah bila ramai orang
maka berbolok wok lah sikit jadinya......










ILALLIQAQ.

Friday, October 24, 2008

Assalamualaikum.....syukran!syukran

Alhamdulillah,aku and the geng baru balik daripada rumah Yem Otai,perkena nasi dagang buatan isteri dia,syukran,syukran rasanya not bad .......bertambah-tambah juga kami semua tadi.Tadi ada lah jugak geng lama aku ,yg bergelar Nasir Gaban the Otai,yg dah datang sini hampir 3 tahun dah,semangat jugak dia maka makan pun semangat jugalah..... On the way tadi Wan Kamal,buat pertama kalinya telah mengisi minyak kereta Honda Jazz dia...murahnya lah minyak kat sini..isi QR 26 dapat 32 Liter lagi,kat Malaysia kalau harga macam tu pastinya rakyat akan lebih selesa,bila agaknya harga kat Malaysia nak turun...harga minyak sekarang pun dah bawah 70 USD.

ILALLIQAQ.....

Thursday, October 23, 2008

Assalamualaikum……

Hari ini aku telah mengambil kunci rumah aku,Ahad ini,26hb aku akan move out from the Merweb Hotel to my permenant residential house.So nanti akan bermulalah
hidup baru aku di rumah company.Maka tiadalah lagi suasana makan dihotel dan pakaian pun kenalah basuh sendiri….selama 2 minggu ini,RG sponsered aku QR 300/day untuk makan dan QR400/week for my laundry.
Rumah yang aku dapat itu bertaraf fully furnished,so tak dapatlah aku elaun perabut buat sementara waktu ini,sehingga berpindah pula ke rumah lain nanti mungkin 1-2 tahun lagi.Banyak juga benda yang kena beli spt rice cooker,kettle,pinggang mangkuk,kuali dan peralatan kecil-kecil untuk memasak dan kegunaan harian.Mungkin perlu jugak dalam seribu-dua nak beli barang-barang ni.Tak apalah kok,nanti bila dapat elaun perabut tu aku dah ada semua barang-barang tu….. boleh jimatlah elaun tu,banyak juga ooe jumlahnya QR 2++++.
Adik Wan pun akan berpindah ke rumah bujang bertaraf semi furnished,bestnya dia dapatlah furniture elaun QR 1++++,banyak gak tu boleh beli kete Ringgo in cash kalau dia nak jual.

ILALLIQAQ…….


Assalamualaikum….

Hari ini aku dan Adik Wan kena buat `finger printing`untuk process Residential Permit.
Macam biasa aku di ambil di hotel oleh shuttle RG.Perjalanan adalah dalam 40min ke immigration office.Office immigration ni nampak macam rumah orang je,tapi security kat Qatar memang ketat lah,nampak aje mcm simple.
Aku ingatkan finger printing ni,dia orang ambil cap ibu jari saja,rupanya kesemua jari-jemari aku diambil capnya.Siap dengan kedua-dua tapak tangan lagi kena buat scaning,jadi macam dalam cerita CSI lah puloknya. Tak tahulah dekat Malaysia kalau orang nak dapat residential permit kena buat macam tu jugak,Abang Mat Sulong dgn Hj Mang mungkin boleh bagi jawapan...Anyway!!! alhamdulillah everything goes ok.
Insyallah kalau ada rezeki aku di bumi Qatar ini dalam sedikit masa lagi aku akan dapat Residential Permit yang bakal memudahkan aku berurusan dengan banyak benda,especially can make preparation to bring my family to Qatar.

ILALLIQAQ.

Tuesday, October 21, 2008

Assalamualaikum,…
Disaat aku menulis ini,aku telah pun berada di hotel,bukan mengulor tapi balik awal sikit
sebab dok tahu nok buat mendapa kat office(tapi tak leh selalu).Schedule aku and the geng untuk training hanya bermula pada 26hb ni saja .Kami mencari-cari juga slot untuk masuk training dalam masa terdekat ni,malangnya semua dah penuh..very limited seat.Peliknya!!! kat sini kami kena proactive untuk buat booking dan cari date untuk training kami,pihak company cuma bagi list of training to be completed saja…the rest is depend on us,if we quest fast so that we can join shift early.Kalau dah masuk shift lagi ok gamoknya,rest pun banyak,duit mungkin lebih lagi kok,kok lah.Anyway banyak pengalaman baru disini,jangan haraplah nak dapat manjaan masa dengan Petronas dulu.

Day B4.
Semalam,selepas Isyak sekali lagi W.Kmal Otai mengajak aku bertiga perkena roti canai dekat kedai mamak Taste Of Asia,Yem Otai pun join kami sekali.Kami perkena roti sardin dgn teh tarik.4 biji roti sardin,5 teh tarik dan bungkus 5 roti kosong……cuba teka berapa harganya.Ok,kok kalau kat sini,kalau kat Malaysia mampuslah kedai ni kena boikot,siap dgn mamak-mamak sekali kena bungkus,pastu buang kat laut.
Selepas tu kami pergi ke Villagio,cari barang dekat Carefour.Aku cari neck pillow untuk guna dlm bas hari-hari,sakit kepala ooe kalau tak de bantal ni.Geng lain cari barang accesories lain...makanan dsb.Sempat jugak kami survey barang dekat Carefour ni,maklumlah next week kami dah kena keluar hotel masuk apartment yg company bagi,so kena silau-silaulah barang makanan dan apa-apa yang boleh membantu kami
menahan lapar.....2 minggu duduk hotel makan tanggung,nah kau nanti tahulah macam mana nak makan...masak ke,makan maggi,makan kat kedai(skali-skla bolehlah).
Anyaway banyak bahan mentah boleh didapati dekat Carefour,yang buatan Malaysia pun ada....harga!!!! ada yang mahal,ada yang murah.Sure kalau family mari nanti senang lah nak masak dan makan dan mesti jimat banyak sikit.....


ILALLIQAQ.

Monday, October 20, 2008

Assalamualaikum…..,Ahlam wassalam.

Hari ini aku dan Adik Wan,dah kena buat medical check-up for residential permit, Rambo belum lagi.Buat dekat hospital gov,Dia orang ambil darah dengan X-Ray saja. Banyak juga system dia orang yang ketinggalan dan ada yg advance pada Malaysia. Walaupun nampak tidak systematic tetapi everything goes find.Mula-mula kena bayar dan ambik bil dulu (QR100 company sponsored)Kalau di Malaysia bayar kemudian.
Ambil darah....macam Yem kata macam ambik darah ayam,main inject gitu je,aku dok tengok tapi Adik Wan kata memang kasar lah dia inject,dok mainlah slow-slow,itu doktor yg buat,kalau nurse tak tahulah camana,aku punya lengang bekok notong lepas ambik darah,sekarang nampak dah nak ok X-ray.....memang macam kartun lah,kena beratur panjang..yang kelakarnya masa beratur tu dah kena bukak baju,ada yang slim,terboyol,katang dan mcm-mcm.Aku bukak baju masa dalam bilik X-Ray je,bukan lama pun nak bukak baju.Jadilah kami tadi macam geng Bangla dan pelarian..
Insyallah kalau everything goes ok and no problem with blood and X-ray,i will get my RP after past the finger printing process.Hopefully Allah will help us,to stay much more longer here,even so far there is no obvious negative result from the expat,bimbang jugak kalau-kalau aku yang ada problem……dan sesungguhnya rezeki di tanganmu ya Allah.

ILALLIQAQ,

Sunday, October 19, 2008

Assalamualaikum......Alhamdulillah,hari ini setelah hampir seminggu tidak kena roti canai dgn nasi lemak,maka hari ini Wan Kamal Otai telah membawa kami perkena nasi lemak dan roti canai,Malaysian mari.Buat pertama kali dalam hidup aku,makan 3 biji roti canai...1 telur,2 kosong campur air teh tarik.Buatan Malaysia........apa lagi,lagipun dah seminggu padan perkena ala Arab punya makanan.Harga mestilah boleh tahan sikit......barang payah dapat,nak tahu berapa sen sebiji
nantilah aku balik Malaysia,insyallah bulan 1 ni kok.Tapi tak lah mahal sangat........may be add another 40% cost at Malaysia.

Petangnya kami merendap lagi ke bandar Doha,cari barang dan survey harga dekat Carefour,
Ada yang mahal dan ada yang murah dari Malaysia,yang pentingnya ada dan boleh didapati disini.Insyallah....everything will goes ok,


KULLUTAMAN,....ILALLIQAQ.