Ketika aku menulis ini, pastinya family aku sedang berada dalam flight dari Klia ke Dubai untuk sampai di Qatar malam ini sekitar jam 2.30 pagi waktu tempatan. Sepatutnya kalau dengan direct flight mereka boleh sampai dalam masa 7.5 ja
m,tetapi kerana terpaksa transit di Dubai selama 5 jam mungkin menjadikan total time perjalanan mereka sekitar 12 jam. Dah nak buat camana tiket masa aku beli tu agak melambung naiknya, tapi Alhamdulillah mereka masih sanggup dan mendapat rezeki dariNya untuk pulang meraikan perkhawinan adik ipar aku pada 8 Julai yang lalu dan kenduri dirumah mertua aku pada 25 Julai lepas. Alhamdulillah semua telah selamat disana dan semoga hendaknya isteri dan 4 orang anak-anak aku selamat dan diberi kemudahan dalam perjalanan pulang mereka ke Qatar ini!!!!Amin,Ya Allah.Illaliqaq.