Wednesday, November 17, 2010

Brazil VS Argentina....Doha,Qatar.

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Kalau tak kerana kerana bekerja night shift pada tarikh 17hb Nov ini,pastinya dah awal-awal lagi aku beli tiket untuk match ini,Brazil vs Argentina,siapa yang tak mahu tengok.Tambah pula katanya Messi dan Ronaldinho akan pasti mengetuai skuad masing-masing.Tapi dah tak de rezeki kok untuk menonton match yang dinantikan oleh ramai peminat bolasepak dunia, walaupun sekadar perlawanan persahabatan.Apapun harap-harapnya kedua-kedua team akan membariskan pemain-pemain hebat masing-masing untuk perlawanan ini,tidak seperti match Brazil vs England last year yang mana ada segelintir aje pemain-pemainnya yang aku kenal....

Illaliqaq.

Eid Adha Al-Mubarak

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Kebetulan pulak aku kena kerja hari ni,so terpaksalah family aku beraya sesama kaum ibu aje disekitar kawasan aku tinggal ni.Nasib baik juga rumah kami semua ini agak berdekatan yang tak memerlukan kenderaan untuk kunjungan ziarah Eid-Adha ini.Alhamdulillah suasana perayaan seperti di Malaysia tetap terasa, cumanya anak-anak aku sedikit mengeloh kerana katanya beraya kat sini tak best,tak dapat duit raya!!!memang anak-anak dah macam tu,asal raya pasti nak duit.Anyway dah masuk tahun kedua aku dan keluarga menyambut Eid Adha di Qatar ini,memang suasana perayaan tak nampak ketara terutamanya dikalangan orang Arab, suara takbir yang biasa kedengaran jelas di Malaysia selama 3hari selalunya untuk Eid Adha ini,tetapi agak sepi disini mungkin sekadar kedengaran diruangan masjid-masjid aje,.....

Illaliqaq.

Sunday, November 14, 2010

Ex-PPT Gathering

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Alhamdulillah menjadi jugak akhirnya gathering ini,walaupun pada mulanya agak sepi dan kurang sambutan untuk penyertaan dari rakan-rakan Ex-PPT di Qatar ini maklumlah bilamana ada yang kena kerja,ada yang balik Malaysia dan ada jugak yang sedang mengerjakan haji di Baitulah.Mungkin juga aura En Megat Kuwaiti yang datang melawat Qatar berjaya mengumpulkan seramai 14 orang ex-ppt di Qatar semalam di Al-Khor Beach Club.Juga semestinya tanpa commitment project leader Asrul/Che Din gathering semalam tak mampu mengumpulkan sebahagian dari kami di Qatar ini, terutamanya bila xtvt semalam bertembung pulak dengan xtvt geng2 India dari Karala dan Gujerat dengan penyertaan dari mereka seramai 180 orang.Resipi dan perencah BBQ ayam,udang,ketam dari Chef Amir M pun memang boleh tahan sedapnya, menjadikan masa xtvt selama 6 jam itu berlalu agak cepat juga,bila makan sambil membakar BBQ dan bertukar2 cerita..
Illaliqaq.