Sibuk juga aku sepanjang 2 minggu berada di Malaysia ini.Terutamanya nak settlekan loan rumah aku dengan Petronas,maka terpaksalah 2 kali aku ke KLCC mendapatkan dokumen yang patut.Bimbang juga aku kalau-kalau masa yang ada ini,masih belum dapat settlekan loan rumah aku dengan Petronas ini,Maklumlah interestnya pun tinggi 7.8%/month base on balance.Anyway Alhamulillah,semua dokumen yang berkenaan telah aku dapati untuk kegunaan pihak bank dan KWSP.Cuma tunggu nak process aje,kalau tak lulus dan ada masalah lagi so aku terpaksalah gunakan plan B.Sepanjang kesibukan dan persediaan untuk pergi semula nanti ke Qatar pada 3/Feb/09 ini sempat juga aku menjalankan tanggungjawab sosial dan keluarga,ke kenduri kahwin di Perak,ke PD bertemu family sebelah isteri,di KLCC sempat juga aku mencuri ambil photo Misbun dan Lee Chong Wei.


Tapi yang paling syoknya,bilamana aku dapat memberikan gambaran kehidupan di Qatar pada kawan aku M.Fadillah Ismail.

namun itu semua cabaran dan dugaan kehidupan,`aku mahu jadi orang yang lambat naik dan pastinya akan lambat turun dan mampu bertahan lama`,katanya tegas lagi bersemangat `mu jangan umpam lah aku dengan kereta,motor dan kehidupan mewah,aku akan tetap berjuang untuk Petronas sehingga ke titisan darah terakhir`.Anyway Dillah aku doakan mu berjaya dengan apa yang kamu cita-citakan.Untuk itu,tinggal seminggu sahaja lagi,untuk aku menyiapkan kelengkapan untuk membawa family ke Qatar,dan semoga Allah jua hendaknya,memudahkan urusan-urusan aku dan family disini dan di sana.Amin.
Illaliqaq.