Friday, March 6, 2009

Hampir settle..

Assalamualaikum/khaifahaluqha....

Alhamdulillah,kedua-dua anak aku yang 7 dan 8 tahun,dah pun bersekolah.Makanya dah hampir complete lah urusan aku sementara ini.Cuma yang tinggal lagi RP untuk isteri dan anak-anak aku lagi,yang masih belum dapat.Bila semua dah settle nanti,Insyallah kehidupan di bumi Qatar ini,akan jadi seumpama di Malaysia lah.Kehidupan seharian pun dah hampir macam normal,bilamana selok belok kehidupan di Qatar ini dah diexplore....tempat shopping,barang mentah dan keperluan harian,jalan-jalan,jiran dan rakan yang seumpama hidup di Malaysia banyak membantu menjadikan hidup aku sekeluarga ini di bumi orang.Anyway pastinya hujan emas dinegeri orang,hujan batu juga yang selalu ada manisnya......

Dah 2 kali............

Assalamualaikum/khaifahaluqha...

Yang tak syoknya kat Rasgas ni,dah 2 kejadian bunuh diri berlaku oleh kontraktor.Terbaru 2hari lepas,seorang Filipino telah mengantung diri,bersebelahan pulak dengan unit aku.2-3 bulan lepas seorang Nepal juga telah membunuh diri,semuanya berlaku dekat Train 6,kilang geng2 rotation 28-28,kilang Awang Amzani,geng aku.Memang beginilah suasana bila berada di dunia antarabangsa berbagai kaum dan ugama.Pastinya banyak ragam dan kerenah manusia.Makanya baru pertama kali dalam hidup aku,melihat orang mati tergantung,nasib baik mukanya ditutup dengan topeng yang welder selalu guna.Mungkin kalau budaya Melayu,akan adalah usikan hantu atau tempat orang mati dibunuh.Anyway!! semoaga Allah tetap memberikan aku panduan dan pedoman,terutamanya bila berada dan hidup di dunia antarabangsa ini....

Ilalliqaq.

Tuesday, March 3, 2009

Turn Dekwan

Assalamualaikum/khaifahaluqha....

Setelah hampir 5 bulan di bumi Qatar ini,malam tadi,aku and the geng,berkesempatan menghantar Dekwan ke airport berangkat balik ke Malaysia buat pertama kalinya,walaupun agak lewat sedikit dari aku dan ManRambo yang telah balik pada awal Jan lalu,sedangkan kami datang satu fligt dulu pada 10 Nov 2008Pasti kerinduan pada family dan orang tersayang akan dapat Dekwan lepaskan walaupun baliknya sekadar 10 hari,1 cycle aje cutinya.Insyallah cukup untuk selesaikan persiapan nak kahwin Jun/Julai nanti dan tunaikan tanggungjawab sosial kepada kengkawan dan keluarga.Dan harapnya Dekwan mampu memberi gambaran lebih jelas pada kengkawan lama tentang kehidupan dan suasana kerja di bumi Qatar ini.Mungkin juga Dekwan dah siap print slip gaji 2 bulan terakhirnya,sekadar buat semangat kawan-kawan lama!!maklumlah OT Dekwan untuk 2 bulan ini agak lumayan!!!tanyalah Dekwan berapa QR untuk satu hari.Ada benda yang aku kagum dengan Dekwan,bila berada dibumi Qatar ini,walaupun ada juga kawan-kawan yang tak yakin dengan self confident dan motivasi dia,pada awal-awal kami nak datang dulu.Anyway,pada aku Dekwan adalah antara orang yang beruntung kerana dapat berada pada dunia antarabangsa pada usia yang jauh lebih muda,yang sudah tentu peluang untuk pengalaman dan rezeki yang pastinya lebih.......dan semoga Allah memberikan Dekwan dan kami-kami ini nikmat-nikmat yang tidak melalaikan dan memudaratkan kami.Anyway semoga Dekwan selamat pulang dan datang kembali kesini seperti yang di rancangkan.Amin.

Illaliqaq.