Thursday, March 4, 2010

Terbaru dan Yang Lama.

Assalamualaikum/khaifahalaq,
Alhamdulillah,akhirnya sampai jua sahabat dari office lamaku yang berasal dari Tanah Merah Kelantan ke Qatar ini,hari ini dah masuk hari ke 2.Iwe aka OTM((Orang Tanah Merah)nama glamour pada blog peribadi beliau)adalah orang yang sentiasa mengikuti perkembangan aku and the geng Qatar ini sebelum datang kemari.Akhirnya selepas beberapa sessi interview sebelumnya, akhirnya berjaya juga Iwe/OTM mencuba nasib di bumi Arab ini,dan semoga hendaknya tabah dan berjaya mengharungi cabaran-cabaran peringkat awal diperantaun ini.Dan semoga Iwe/OTM akan sentiasa ceria seperti dua orang sahabat lama aku ini,yang nampak sentiasa happy dan senang hati.Apa taknya lihatlah style mereka berpakaian.YEM adalah orang terawal yang keluar dari PPT,mungkin dah nak masuk 3 tahun lebih diQatar ini,namum masih berbangga dan anggun berbaju Melayu pada acara QG gala Dinner 2010.LEO pula,sahabat ku yang menjadi antara kelompak pertengahan berhijrah ke Qatar ini,mungkin sekitar 2 tahun lepas dimana ketika itu,LEO nekad mencari kemanisan yang lebih kekal abadi berhijrah ke dunia Arab ini.Mungkin sekarang LEO aka Jamzani,sudah berjaya melupakan kenangan-kenangan yang menghiris perasaan. Anyway,LEO you look gorgeous with blazer and tie.You are the man.....

Illaliqaq.