Sunday, March 7, 2010

Malaysian Futsal Tour

Assalamualaikum/khaifahalaq,

Memang langsung tak disangka bila HajiDin aka Haji Barat nama glamournya,juga Yem turut sama dalam kejohanan futsal semalam.Walaupun aku tak nampak kedua-duanya menerima dan mengawal bola.Tapi kesungguhan larian mereka menunjukkan semangat yang bagai nak rak untuk team meraka. Tak tahulah aku samada bola betul-betul tak singgah dikaki mereka ataupun sebenarnya memang mereka berlari untuk lari dari bola.Mujur lah jugak Leo sekadar menjadi penonton semalam, kalau tak mungkin kejadian muntah hijau 15tahun yang lalu berulang lagi. Apapun tahniah pada MAQ dan Haji Konang selaku orang kuat kejohanan semalam kerana berjaya mengumpulkan ramai player-player dari Malaysia, sehinggakan mencapai 16pasukan dengan hampir 160 pemain,termasuklah kami-kami ini ExPPTSB yang turut sama bermain HajiBarat, Yem,WanKamal,ManRambo termasuklah aku sendiri serta bintang import team Al-Khor A yang berjaya ke final,walaupun baru 5 hari berada di Qatar ini,Iwe aka OTM.TQ and tahniah pada ManRambo dan Batman dari team aku My-Merqab kerana aura kapten dan team manager mereka membawa team kami ke semifinal.Walaupun tewas,tapi kami berjaya melebihi sasaran lagipun kami hanya play for fun,walaupun agak penat kerana bermula seawal jam 8pagi hinggalah jam 10mlm,kami berkampung di padang futsal AlKhor Komuniti.

Illaliqaq.