Thursday, April 2, 2009

Umrah dan ziarah...

Assalamualaikum/khaifahaluhqa,

Memang nampak bersemangat benar,ketika menghantar member-member geng Indonesia ke tempat bas yang mereka akan naiki untuk menunaikan umrah di Mekah dan Madinah kali ini. Walaupun perjalanan mereka dari Doha ke Makkah akan mengambil masa antara 20-24jam dengan bas,namum seolah mereka tidak fikirkan kepenatan dan keletihan itu semua.Mereka nampak ceria dan bersemangat aje sekeluarga,ada yang membawa anak yang baru 8 bulan,tapi rata-rata mereka membawa antara 3-4 orang anak.Walaupun ada yang telah 2-3 kali pergi,namum kali ini mereka ingin mengambil pengalaman menaiki bas pula ke Mekah/Madinah.Bagi geng-geng Malaysia pula, terutamanya yang tinggal di Al-Merqab, perumahan aku tinggal ini,ramai yang pergi menaiki kenderaan sendiri.Dengan jarak antara Doha ke Makkah antara 1500km sehala, kekuatan semangat dan iqtiqamah mereka untuk kerumah Allah yang akan memandu antara 12-15jam sehala pasti mengatasi segalanya.Dan semoga mereka semua selamat dalam perjalanan pergi dan balik,juga semoga istiqamah mereka kearah seseuatu yang lebih baik akan mendapat penghargaan dari Allah jua.
Dan semoga hendaknya,aku dan keluarga mendapat peluang dan rezeki sebegitu dalam masa terdekat ini,walaupun seolah perancangan untuk tahun ini,nampak seakan banyak halangan.Namum hanya pada mu Ya Allah,ketentuan segala perancangan.Amin.

Illaliqaq.

Monday, March 30, 2009

Malaysian only....

Assalamualaikum/khaifahaluhqa.....

Kalau diikutkan reputasi,memang rakyat Malaysia yang bekerja dengan di Qatar ini,selalu menjadi bahan bualan bangsa lain,dekat Rasgas pun terutamnya.Mungkin mereka risau,terutamnya bawang-bawang dari India,manalah tahu rakyat Malaysia semakin hari makin bertambah kok.Yalah mana taknya ,kita datang untuk bekerja dan kurang bercakap compare to dia orang yang banyak bercakap,walaupun kerjanya tak balas mana.
That whylah kalau dilihat dalam AP Rect website,ada position yang hanya for Malaysian only.Barangkali untuk operation TR6 & TR7,dimana ada operator yang berhenti 5-6 orang baru-baru ini,ke Shakleen atau pun Peru rasanya.Memang ada juga kedengaran suara-suara dari management yang cuba nak meramaikan rakyat Malaysia dan Indonesia disini,pastinya barangkali kerana good reputasi yang dibawa.
Mabrook waa shukran rakyat Malaysia dan Ex-Petronas.........

Illaliqaq.

Season climate

Assalamualaikum/khaifahaluqha...

Satu dua hari ini hujan yang turun di bumi Qatar ini,terutamnya pada petang hari semacam suasana di Malaysia aje,mungkin dah nak masuk season climate ni,musim sejuk dah nak habis ,bahang panas pun dah mula terasa.Anyway kenalah fokus sikit pada kesihatan anak-anak terutamanya.Last week pun aku di panggil oleh pihak AKIS untuk membawa pulang anak perempuan sulong aku yang berusia 8thn yang demam ketika disekolahnya.Anak-anak yang lain pun nampak ada sedikit gangguan pada kesihatan mereka.Namum kalau ikutkan orang lama kat Qatar ni,memang dah jadi trend bilamana perubahan musim especially kanak-kanak,mereka akan terasa sedikit sebanyak kesannya.Dan semoga ianya tidak menjadi keberatan dan halangan untuk kami terus berada di bumi Qatar ini,terutamnya bila keluarga aku ini dah nampak mula serasi dan cocok di sekitar Doha ini.

Illaliqaq.