Thursday, December 17, 2009

Mal Bowling Team

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Kebetulan projek nak pergi visit nearby country was cancelled,so saja-saja lah aku bila ada masa lapang aku ke QBC menonton Qatar Bowling International Champ,terutamanya bila ada 5 pemain Malaysia yang turur serta dalam peringkat MQ.So far baru Zulmazran yang layak bertanding untuk peringkat akhir pada Jumaat nanti,so berpeluang memenangi 30000euro banyak gila hadiah no 1,kalau convert ke QR ataupun RM.Sementara pemain lain seperti Aron Kong,Syafik Ridzwan,Daniel Lim dan Alex masih juga mempunyai peluang ke peringkat akhir,dah masih lagi mencuba.Memang game habis agak lewat sekitar jam 11-12malam Qatar time,so aku bawak mereka semua ini,mencari pengalas perut dan meronda-ronda sekitar bandar Doha ni,bukannya jauh pun,kebetulan jugak Honda MRV aku boleh muat untuk 8 orang,so jalan je lah,walaupun agak sesak sedikit kat belakang.
Illaliqaq.

Wednesday, December 16, 2009

Leather Jacket

Assalamualaikum/Khaifahalaq,
Kalau dilihat pada harga asalnya memang aku tak mampu dan langsung tak terfikir nak beli.Tetapi bila mendapat 75% discount,sayang pulak rasanya bila tak beli,tambahan pula jenama Pierre Cardin ni,memang aku dah monitor lama quality barangnya tetapi sebelum ini aku rasa tak perlu dan mungkin juga tak mampu untuk memiliki barangnya. Kebetulan pulak ketika musim offer barangan Pierre Cardin,Guy Laroche dan barangan berjenama lain sehingga 75% potongan kali ini,kena dengan winter season yang memang sejuknya dah terasa dan aku pun memang nak memiliki leather jacket yang baik qualitynya.So walaupun aku terasa seperti agak keterlaluan berbelanja untuk 25% dari total harganya QR5770 tetapi atleast aku dapat jadikan kenangan duit kutu setahun aku disini,yang kali ini jatuh pada giliran aku.
Illaliqaq,

Tuesday, December 15, 2009

Qatar Bowling International Champ

Assalamualaikum/khaifahalaq,

Memang hadiah untuk tournamnet ini adalah antara yang paling besar dalam international bowling championship,that why lah ramai star-star bowling dunia yang turun.Mana taknya value $30000 untuk juara dan sekitar belasan ribu RM untuk tempat kesembilan pastinya menjadi tarikan pada world star bowling termasuklah Paul Moss dari Great Britain,Zulmazran Zulkifli dari Malaysia sendiri http://www.youtube.com/watchv=NiBXo2KjdBA
http://www.youtube.com/watch?v=D9WDC9gEgBE dan ramai lagi seperti Daniel Lim,Aoron Kong yang aku sendiri tak berapa tahu sangat nama mereka semua.Tapi yang pasti,this is the world class bowling.Kebetulan pulak semalam,mereka semua ni,turun ke lane so aku yang sedang bercuti hujung tahun ni,just watch the game in live.Sempat pulak aku berkenalan dengan Brother Hisham team kapten Malaysia, Beng Hong pemenang emas Commenwealth Game 1998 dan Zulmazran Zulkifli sendiri yang sekarang mungkin pemain bowling lelaki no 1 Malaysia.Sempat pula,aku membawa mereka mencari Kebab Turkey di sekitar kawasan Al-Sadd mungkin kerana game yang dah habis agak lewat dan mereka pun baru tiba pagi sebelum game tu dari Malaysia menjadikan perut mereka agak bergelora......





Illaliqaq.