Friday, November 20, 2009

F1 Power Boat Race

Assalamulaikum/khaifahalaq,
Memang bila musim winter aje,di Qatar ini banyak sekali kejohanan sukan yang berlangsung.Hujung minggu ini saje,2 event yang agak menarik,squash classic Qatar yang mana adanya Nicol David,pemain no 1 squash wanita dunia terkini.Tetapi yang menarik bagi aku adalah kejohanan F1 power bot yang memang tak boleh tengok lah kalau di Malaysia dulu,memang laju giler bot tu seumpama mahu terangkat bahagian depannya seperti di awal kemunculan sukan power bot dulu yang mana banyak sekali kemalangan seperti itu.Tetapi mungkin sekarang, pereka dan pengeluar bot F1 dah buat improvement yang memang nampak lebih secure bagi bot F1 ini,memang fun bila menonton terutamanya kelajuan dan bunyi enjinnya yang memang seumpama kereta F1.At least hari ini aku and family dapat tengok secara live,satu lagi sukan bertaraf dunia di Qatar ini.Memang anak-anak aku agak enjoy juga tadi, cumanya sayang untuk peringkat semi-final dan final pada besok dan lusa aku terpaksa bekerja,so terlepas lah peluang nak tengok mereka berlumba each other,kerana hari ini cuma peringkat free pratice dan saringan aje....




Illaliqaq,

Monday, November 16, 2009

Brazil Vs England

Assalamulaikum/khaifahalaq,


Kalau nak ikutkan QR150 harga tiket yang aku bayar untuk game ini memang tak berbaloi.Apatah lagi ramai juga star-star dari kedua-dua team ini tak dapat hadir.Tapi atleast manalah tahu kalau-kalau ada yang bertanya, sekurang-kurangnya boleh kata dah ada experience tengok live Brazil Vs England.Nasib baiklah banyak sekali game-game kat luar stadium yang membolehkan aku and the geng membawa balik 2-3 helai t-shirt kenangan pernah saksikan match Brazil vs England ini.Nampak sangat pihak penganjur macam nak bagi saje souvinier itu semua,bila mana ada yang tak masuk gol pun untuk penalty kick masih dapat t-shirt dan key chain.Anyway game semalam memang jelas di dominasi oleh Brazil walaupun kelihatan hanya Kaka berseorangan yang menceriakan suasana game.Ditambah pula tanpa Gerrard,Lampard,Terry nampak sangat England bukan lawan Brazil yang sepatutnya tamat dengan atleast 3-0 dengan satu penalti yang gagal disudahkan oleh Brazil dan rembatan jarak 50 meter Lucio yang telah menewaskan gol keeper England tapi terkena tiang gol sebelah kanan...


Illiqaq,

Winter Coming Back

Assalamualaikum/Khaifahalaq,



Kalau mengikut perkiraan,bermula 15 Nov 2009 - 31 Mei 2009 akan menjadi musim sejuk bagi bumi Qatar tahun ini.So macam biasalah xtvt wajib bagi kebanyakan Qatari mahupun expatriates disini adalah xtvt sosial seperti menunggang jentera ATV ini.Anak-anak aku memang dah lama pun nak pergi main ATV ni,selepas kali terakhir pada penghujung musim sejuk yang lepas,dengan azam kali ini mereka nak menunggang sendiri katanya.Apalagi bila dah jumpa geng-geng baik mereka,satu jam pertama dengan rate 70-80QR/hour bagi motor budak2 masih perlu aku ditambah lagi untuk puaskan hati mereka.Anyhow oleh kerana xtvt sebegini agak limited dan bermusim disini,so ikut aje lah...lagipun bukan selalu aku layan kerenah mereka ini.........




Illailqaq,