Saturday, February 21, 2009

1st trip with MRV....

Assalamualaikum/Khaifahaluqha.......

Aku berpeluang membawa family ke Doha Beach Club yang terletak berhampiran RasLaffan Industrial City.Ok jugak tempat ini,memang dibuat khas untuk rekreasi staff Rasgas dan Qgas barangkali.Walaupun tak besar mana,tetapi atleast suasana linang air laut yang hijau jernih cukup untuk membuat anak-anak aku gembira sakan.
Pada mulanya geng kami aje yang sampai tetapi selepas hampir setengah jam ramai pulak geng-geng Arab dan Lebanon yang tiba.TQ to Che Wan dan Klot yang berusaha untuk menjadikan trip keluraga geng-geng Melayu Al-Merqab ke pantai ini.Banyak juga makanan yang disediakan hasil cooperation isteri2.Cuma sayangnya bila masa turn BBQ udang,aku dan family dah nak balik,tak sempatlah merasa udang!anyway BBQ daging dan ayam pun not bad..So aku tinggalkan xtvt itu agak awal sedikit dari yang lain,kerana anak yang paling kecil kesejukan dan selsemanya makin kuat,lagipun aku pun tak suka sangat berada disatu tempat agak lama,unless ada xtvt yang lebih menarik.

Illaliqaq

Sunday, February 15, 2009

aku dan kereta....

Assalamualaikum,khaifahaluqha..........

Kalau di fikirkan rupa dan bentuk,memanglah Honda MRV 3.5L ini,tak lah nampak menarik.Namum bila dilihat pada keselesaan untuk family aku,ini adalah salah satu kenderaan idaman family agaknya.
7seater,FWD walaupun second hand tahun 2006,Honda MRV ini,cukuplah bagi aku dan keluarga sementara menumpang di bumi Qatar ini.Alhamdulillah hari ini,akau telah berjaya memiliki kereta sendiri.Insyallah akan memberikan sedikit keselesaan dan kemudahan pada aku dan keluarga.Yang pastinya!!!QR 77000 tidaklah nampak banyak sangat,walaupun jumlahnya besar,terutama bila matawang Qatar ini masih ada yang bernilai 500QR,ditambah pula dengan duit USD yang aku bawa dari Malaysia.Aku sendiri pun,baru pertama kali dalam hidup melihat dan memegang duit sebanyak itu.Terima kasih kepada yang memberikan aku loan peribadi atas maksud membayar Honda Mrv ini!!semoga Allah membalasnya,atas kepercayaan yang diberkan pada aku.Dan pastinya akan bayar secepat mungkin!!!!!

Illaliqaq........