Tuesday, October 19, 2010

Forum Perdana & RedBull Fortress Challange

Assalamualaikum/Khaifahalaq,

Dah kebetulan first day shift aku jatuh pada Jumaat 22 Oct 2010.So tak dapatlah turut nak sertai kedua-dua event ini nanti.Forum perdana,dengan ahli panel tekenal dari Malaysia,Dr MAZA,Ustaz Mujahid Yusof Rawa dan Ustaz Abdullah Zaik yang akan datang bertandang di Qatar ini selama 2-3 hari.Beberapa program ceramah dan kuliah telah disusun atur oleh pihak penganjur disini, terutamanya dari orang kuat Malaysia di Qatar En.Megat Rithauden dibantu oleh dengan promosi yang gah dari orang kuat alam cyber En Amir. Memang rugi rasanya,bila tak leh nak join acara berkenaan tapi mungkin bukan rezeki aku kali ini,terutamanya sayang sekali `miss' program bersama Dr Maza yang akan berlangsung pada Sabtu 23Oct.Redbull MTB Fortress Challange,tak lah aku minat sangat sebenarnya.Tapi dah kebetulan ada MTB,terasa juga nak cuba beraksi dan mencuba walaupun nampak macam impossible bagi aku.Sesekali rasa besemangat juga, terutamanya bila agak ramai juga geng-geng Malaysia yang mempunyai mountain bike bicycles nak turut mencuba.Mungkin sekadar nak cari pengalaman ataupun nak tengok bagaimana peserta lain beraksi barangkali.


Illaliqaq,