Friday, December 12, 2008

Yang mana satu.........

Assalamualaikum,kaifahaluqha,
Aku pun pening memikirkan yang mana satu patut aku ambil,????GMC Acadia QR 133K lower spec yang full specnya pula QR 187k,,Memang kereta ini lawo dan luxury!!!Namum mampukah aku?Memang boleh kalau aku nak ambik,tapi takut terpesong pulak tujuan sebenar aku datang ke Qatar ini,
Mazda CX9,full specnya QR 130k,kereta ni kalau kat Malaysia Anwar Ibrahim yang pakai geng aku kata,itu hari itu aku nampak kat Paka sutir,plat Singapore mungkin anak sedara Lee Kuan Yew ataupun anak abang tiri Leo kok yang bawak,harganya kalau kat Malaysia sekitar RM290k,
Ford Explorer,sekarang tengah offer,hujung tahun QR 99k,baru dan not full spec tapi cukup dan memadai lah untuk pergi Sand Dune dan Sea Line!!!4wd dgn 4000 cc,kat Malaysia rasanya aku tak pernah nampak.Second hand tahun 2006,milleage dlm 25000km sedang di dalam advertised untuk dijual dengan harga QR 65k.....

Apa pun aku kena cepat settlekan masalah dalam dilema ini,setidak-tidaknya sebelum family aku sampai bulan Jan atau Feb nanti!!!!!Kalau tak aku kena menenggek sebelah Dekwan lah dulu dalam Hummer H3 dia.................

Ilalliqaq..........

Tuesday, December 9, 2008

Raya Qurban Pertama.....di negeri orang.

Assalamualaikum,lailatulqasaedah........
Banyak juga undangan hari raya Aidiladha,hari raya pertama aku and the geng di bumi orang Al-Qatar ini.Selepas aje balik menunaikan solat sunat Aidiladha di kedutaan Malaysia hari ini,dengan keadaan perut yang dah agak sendat,bermulalah episod makan-makan dihari raya ini.Pertamanya ke rumah Wan Kamal perkena nasi minyak citarasa Terengganu,buatan orang
Chendering rasanya asal isteri dia,not bad rasanya!!! biasalah kami mesti tambah punya.Syukur Alhamdulillah kenyang!!kami terpaksa menangguhkan untuk kerumah Haji Funky Din al Barat untuk perkena satay dan nasi himpit,sehingga petangnya.Sedang elok lepas Asar barulah kami suruh Haji datang menjemput,lama juga sembang-sembang sambil menjadi rumah Haji Din pusat bertemu hari ini oleh keluarga W.Kamal,Amir M,Yus,Cuping dan kami bujang di kampung orang berlima orang ini,termasuk dua budak baru dari VCM untuk company ORYX.Selepas Isyaknya kami menghabiskan jemputan hari ini dirumah Ustaz Nasri,merasai mee bandung selera Kedah,sedap dan menyelerakan!!!walaupun perut dah agak kenyang tetapi dah undangan dan rezeki.....makanlah kami sejujurnya.
Semoga Allah melimpahkan yang rahmat dan rezeki yan berterusan kepada mereka semua.Dan semoga hendaknya Allah menjadikan hari raya Qurban pertama kami di bumi orang ini...ruang-ruang syukur dan sabar yang lebih bermakna kepada aku dan kawan-kawan.Amin.

Illaliqaq........

Monday, December 8, 2008

Eid Adha....Al-Qatar.

Assalamualaikum,khaifahaluqha......

Antara isi penting yg menyentuh semasa khutbah di Malaysia Embassy pagi tadi ialah,mampu kah kita redha seperti nabi ibrahim yang sanggup menyembelih anaknya Ismail ketika diperintahkan Allah melalui mimpi baginda,Nabi Ismail pula turut hanya akur,redha dan menyuruh ayahnya hanya menurut perintah Allah,manakala pula Siti Hajar redha dan sanggup berada di atas padang pasir yang kering kontang dan panas perit........ itulah antara rentetan peristiwa yang menjadikan ibadat Qurban itu adalah perkara yang menjadi tuntutan.Juga peringatan tentang rezeki yang Allah kurniakan....apakah kita hanya akan berkata `inilah nikmat ataupun rahmat Allah bila dikurniakan kemewahan,
namum bila kita dikurniakan ujian dan sedikit kesusahan,kita berkata Allah telah menguji aku dan memberikan aku kesusahan ....lupakah kita yang rezeki itu samada banyak atau sedikit kesemuanya ujian Allah`
Alhamdulillah hari ini,aku sempat menunaikan Solat sunat Eid Adha di Kedutaan Malaysia.So nampaklah suasana perayaan rakyat Malaysia di bumi Qatar ini bermula dengan takbir rayanya,pakaian sehinggalah ke juadah raya.Agak ramai juga rakyat Malaysia yang datang,mungkin sekitar 300-400 orang termasuk isteri dan anak-anak.Risau juga nampak Malaysia Embassdor kesana-kemari rungsingkan makanan takut tak cukup,namam rasanya Alhamdulillah semua yang hadir dapat merasa sedikit-sebanyak hidangan yang ada,umpamanya rendang,nasi minyak,nasi himpit dll.Aku tertanya-tanya kenapa sembahyang dimulakan agak lambat sekitar jam 0830pg,sedangkan fajr/subuh di Qatar ini bermula pada pukul 0445 lagi,dan kebanyakan masjid di Qatar telah siap menunaikan solat sunat Eid Adha sekitar jam 0630 lagi.......rupanya kesemua embassdor perlu meghadap Emir Qatar di awal pagi........that way waktu sembahyang bermula jam 0830pg.
Ok and not bad,event ini walaupun sederhana namum at least aku rasa Malaysia Embassy berjaya mengumpulkan sebilangan rakyat Malaysia di Qatar ini,umpama tahun-tahun lepas kata senior aku di Qatar ini.Selalunya untuk raya haji,raya puasa memang ada majlis seumpama ini,Bazar Ramdahan pun ada nanti bila bulan Ramadhan.!!!!Qullu Taman........Malaysia Embassy.

Illaliqaq..........

Aku dah masuk shift.........

Assalamualaikum,kaifahaluqha,
Minnal Eid Adha.
Alhamdulillah,semalam aku telah melepasi 2 malam pertama aku dalam shift di Rasgas Company.Risau juga aku pada mulanya takut tak larat betahan atau terbawa-bawa tradisi dikilang lama aku dulu,namum Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan ok.Dua orang senior aku ini pun memberikan komitmen yang baik.Terutamanya yang dari Indonesia walaupun dah hampir 4 tahun,yang dari India pun ok jugak,dah nak masuk 2 tahun...walaupun selalu lelap tetapi quick response bila jaga.Macam kilang BZ dan PX jugak,kilang LNG ni....jarang-jarang je ada kerja pada waktu malam,dengar panelman pun sekali-sekala aje......Anyway banyak juga benda menarik yang aku dapat,bila dapat join shift dikilang baru aku ini......antaranya!!!!!!
1.Safety first,jangan ribut-ribut bila ada upset,save aje yang penting.
2.Tiada formal meeting untu h/over cumanya h/over ditempat letak basikal.
3.Position senior operator cukup selesa,tiada tanggunjawab yang khusus,duduk antara operator
dan panel aje.
4.No specific task for new operator mcm aku,janji tahu buat kerja nanti bila disuruh,so aku
kenalah cepat sikit belajar.
5.Tiada routine job dan checklist reading at all,everything is reliable on P.I system.
6.Sample....operator ambil aje,sample bomb ambik dan hantar,sample semuanya lab personnel
yang buat.
Paling bestnya,lepas 2 malam kerja ni,aku terus dapat 4 hari off yang kebetulan pulak jatuh pada hari raya Eid Adha,dekat Qatar ni dapat 4 public holiday.So senior aku yang Indonesia kata bulan ini agak lumayan,hasilnya sebabnya bila public holiday pada hari off company bayar 8 jam OT,kalau kerja dapat 14 jam,so kalau 1 jam+- QR 50.....dah banyak jugak bila 8jam x 4 hari x QR 50...Alhamdulillah,T.Q Allah for giving us this such benefits.Bulan ini pulak ada 6 hari public kat Qatar ini.Syukran!Syukran.

Illaliqaq.........