Wednesday, October 1, 2008





1 Syawal 1429H(Rabu :1/okt/2008) Beraya di Dungun.

Tahun ini,kami sekeluarga beraya di Dungun. Insyallah kalau ada rezeki kami di Qatar,mungkin tahun-tahun mendatang agak sukar sikit kami nak beraya di kampung halaman(Dungun ataupun P.D).Tapi itu sekadar halangan-halangan kecil dalam penghijrahan yang bakal kami buat.

Tuesday, September 30, 2008


Selasa 30/08/2008,hari terakhir ramadhan 2008/1429H.
Kami bakal menyambut raya di rumah kami di Dungun,berenam buat pertama kalinya,dengan kehadiran insan terbaru dalam keluarga kami.

Insan terbaru dalam keluarga kami bernama Qistina(3 bulan 21 h)

Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Batin.................

Sunday, September 28, 2008



Hari ini 28/09/2008,isnin,,aku telah menyerahkan surat perletakkan jawatan 24j notis,berkuatkuasa 30 sept 2008. tentunya perasaan sayang dan sedih menyelubungi perasaan,namum berbekalkan semangat mahu berhijrah....aku tetapkan pendirian,resign tetap resign.
Yang kurang manisnya aku terpaksa bernotis 24j,namum harapan aku agar mereka memahami
masa dan keadaan yang memaksa aku...
Alhamdulillah bos-bos like TSK/WSWH/TD /very open and have some courages to me also not forget to my collegeous for their useful advice.




Saturday, September 27, 2008

ex office











26/sept/2008(my last night working with my SHIFT A)

27/sept/2008(my last night working with PETRONAS)

aku akan menghantar resign tender dalam masa terdekat.........
sedih dan sayang.masakan tidak hampir 14tahun aku dengan PPTSB/PETRONAS,banyak perkara manis,pahit getir dikecapi disini.,ramai kawan dan sahabat,juga kawan yang makan kawan ditemui disini.
anyway,aku akan ambil sebagai pengajaran.

Thursday, September 25, 2008


22/09/08(Monday)

Alhamdulillah,akhirnya aku menerima panggilan tiket from Ap Rec to Qatar........
Date to fly:11/10/2008(saturday)
KT-KLIA:2105hrs(MAS)
KLIA-QTR:0300hrs(QatarAirWays)

Maka 11/10/2008 nanti,insyallah aku akan meningggalkan mereka berlima ini,buat sementara waktu.......mungkin untuk 2-3 bulan pertama.Pastinya aku kena tabahkan hati.
Jangan bicara pasal penghijrahan kalau takut berkorban...insyallah,aku akan berusaha tabahkan hati dan kuatkan semangat.
Dan semoga penghijrahan ini,menjadikan aku semakin matang,tabah dan terus mampu memimpin keluarga ku kerah dunia yang lebih baik dan akhirat yang makin sempurna.


25/sept/2008.....

Tinggal 5 hari lagi,
Dengan rasminya pada 30/sept/o8 aku akan meletakkan jawatan dengan petronas,semakin dekat semakin banyak dugaan dan cabaran,semua benda di fikir semacam tak betul aje tindakanya,bab kata kawan aku YEM.....itulah saat dimana kita rasa kita nak tarik balik keputusan nak berhijrah,tapi `stick` lah pada kehendak asal .

...insyallah,aku akan berhijrah jua.....just looking for something new in my life.

Tuesday, September 23, 2008

Progress to qatar



Isnin(22/Sept/2008),
Just get confirmation from APRec on my ticket to Qatar.

Date To Fly:11/10/2008(saturday)
KT-KLIA:2105hrs(MAS)
KLIA-QTR:0300hrs(Qatar Airways)