Saturday, October 11, 2008









Assalamualaikum.....

Di saat aku menulis ini,aku sedang berada di KLIA menunggu flight to Qatar.Rambo dan Adek Wan turut sama menunggu,dalam keadaan tak tahu kala.Alhamdulillah aku selamat sampai dari KT tadi lebih kurang pukul 10.10mlm.Semasa dalam fligt dari Kt tadi sempat juga bertemu dengan seorang geng baru yang dah hampir setahun bekerja dgn Rasgas,Nassaruddin namanya,satu intake dengan Rosli Koter,Azhar Hadi,Langgar(my ex senior at PPTSB)
Ramai juga saudara yang menghantar aku tadi,thanks to them for their supporting on sending me at the airport either KT or KLIA.
Insyallah,flight kami ke Doha al qatar ni lagi 4jam.Pukul 3.30pg.....jem doh nin sebenarnya,letih sakit pinggang,ceruk peruk ada belaka.
Insyallah hari ini,aku akan berangkat ke Qatar.Biasalah disaat akhir ini,pasti ada benda yang nak disiapkan.Ok jugak sebenarnya sebab boleh hilangkan perasaan sedih untuk tinggalkan my family.Memang dah jadi asam garam penghijrahan pastinya ada benda yang memerlukan kita berkorban...............insyallah everything will goes ok and smoothly.Qatar here i come.

Friday, October 10, 2008

Assalamualaikum........

Alhamdulillah,malam tadi 9hb.okt.2008(khamis,mlm jumaat)aku telah selesai menganjurkan majkis kenduri kesyukuran dan doa selamat atas tujuan penghijrahan aku ke Qatar 2 hari lagi.
Ramai juga yang datang,terdiri dari jemaah surau pak teh awang,jiran-jiran,kawan sepejabat dahulu,juga sanak saudara.
Antara yg kawan2 datang...azmi & fauzi lab,jamal,mangga,acang PS,sudin,din awin,pak tam Inst,Johe ETL,Seman M.long Nah....ramai yang say good luck to me and family,and wishing me all the best.
TQ to them for coming,may Allah bless them for their never ending support and freindship value.

Tuesday, October 7, 2008

last visit to PPTSB

Assalamualaikum....

Hari ini 7hb Okt 2008,aku ke ex-office aka PPTSB,mengambil surat tentang resign aku,juga menghantar pas keselamatan dan ING Card.Sempat juga aku di exit i.view by HRM.Alhamdulillah aku sekadar memberitahu,tujuan sebenar aku berhijrah adalah untuk mencari pengalaman dan kehidupan baru.Aku juga sempat berbual dgn SMHRM dan MD CEO.

Alhamdulillah ketika aku masuk dulu dengan cara baik,pastinya bila aku mahu pergi aku harus pulangkan dengan baik juga,dan semoga penghijrahan ini bakal menjadi titik tolak permulaan
mencari keredhaanNya dunia dan akhirat.

Sunday, October 5, 2008

Alhamdulillah!!!!!Pada hari Khamis (02hb Okt 2008) aku balik beraya di kampung isteri Port Dickson N9 sehingga Ahad(05hb Okt 2008).Biasalah suasana raya di kampung isteri aku ni,selalunya meriah dengan kunjungan sanak saudara dari keluarga ayah dan ibu mertua ku.

Keadaan jalan raya agak lancar semasa perjalanan aku pergi dan balik,Alhamdulillah walaupun aku dengan kereta lamaku,kami selamat sampai pergi dan balik dengan lancarnya.Syukur Alhmadulillah tiada kemalangan jalanraya yang kami temui..............
Mungkin tahun-tahun mendatang agak payah sikit bagi kami nak merasai suasana beraya di kampung halaman sendiri.

Wednesday, October 1, 2008





1 Syawal 1429H(Rabu :1/okt/2008) Beraya di Dungun.

Tahun ini,kami sekeluarga beraya di Dungun. Insyallah kalau ada rezeki kami di Qatar,mungkin tahun-tahun mendatang agak sukar sikit kami nak beraya di kampung halaman(Dungun ataupun P.D).Tapi itu sekadar halangan-halangan kecil dalam penghijrahan yang bakal kami buat.

Tuesday, September 30, 2008


Selasa 30/08/2008,hari terakhir ramadhan 2008/1429H.
Kami bakal menyambut raya di rumah kami di Dungun,berenam buat pertama kalinya,dengan kehadiran insan terbaru dalam keluarga kami.

Insan terbaru dalam keluarga kami bernama Qistina(3 bulan 21 h)

Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Batin.................

Sunday, September 28, 2008



Hari ini 28/09/2008,isnin,,aku telah menyerahkan surat perletakkan jawatan 24j notis,berkuatkuasa 30 sept 2008. tentunya perasaan sayang dan sedih menyelubungi perasaan,namum berbekalkan semangat mahu berhijrah....aku tetapkan pendirian,resign tetap resign.
Yang kurang manisnya aku terpaksa bernotis 24j,namum harapan aku agar mereka memahami
masa dan keadaan yang memaksa aku...
Alhamdulillah bos-bos like TSK/WSWH/TD /very open and have some courages to me also not forget to my collegeous for their useful advice.




Saturday, September 27, 2008

ex office











26/sept/2008(my last night working with my SHIFT A)

27/sept/2008(my last night working with PETRONAS)

aku akan menghantar resign tender dalam masa terdekat.........
sedih dan sayang.masakan tidak hampir 14tahun aku dengan PPTSB/PETRONAS,banyak perkara manis,pahit getir dikecapi disini.,ramai kawan dan sahabat,juga kawan yang makan kawan ditemui disini.
anyway,aku akan ambil sebagai pengajaran.

Thursday, September 25, 2008


22/09/08(Monday)

Alhamdulillah,akhirnya aku menerima panggilan tiket from Ap Rec to Qatar........
Date to fly:11/10/2008(saturday)
KT-KLIA:2105hrs(MAS)
KLIA-QTR:0300hrs(QatarAirWays)

Maka 11/10/2008 nanti,insyallah aku akan meningggalkan mereka berlima ini,buat sementara waktu.......mungkin untuk 2-3 bulan pertama.Pastinya aku kena tabahkan hati.
Jangan bicara pasal penghijrahan kalau takut berkorban...insyallah,aku akan berusaha tabahkan hati dan kuatkan semangat.
Dan semoga penghijrahan ini,menjadikan aku semakin matang,tabah dan terus mampu memimpin keluarga ku kerah dunia yang lebih baik dan akhirat yang makin sempurna.


25/sept/2008.....

Tinggal 5 hari lagi,
Dengan rasminya pada 30/sept/o8 aku akan meletakkan jawatan dengan petronas,semakin dekat semakin banyak dugaan dan cabaran,semua benda di fikir semacam tak betul aje tindakanya,bab kata kawan aku YEM.....itulah saat dimana kita rasa kita nak tarik balik keputusan nak berhijrah,tapi `stick` lah pada kehendak asal .

...insyallah,aku akan berhijrah jua.....just looking for something new in my life.

Tuesday, September 23, 2008

Progress to qatar



Isnin(22/Sept/2008),
Just get confirmation from APRec on my ticket to Qatar.

Date To Fly:11/10/2008(saturday)
KT-KLIA:2105hrs(MAS)
KLIA-QTR:0300hrs(Qatar Airways)