Saturday, November 29, 2008

Antajadaan.........Conang.

Assalamualaikum!!laillatuqasaedah,

Patutlah bila diminta oleh Man Rambo(masa pergi tangkap ketam itu hari) supaya Conang membawa kami merendap di kota Doha ini,Conang memberikan jawapan `selepas Disember nanti Insyallah aku free,sekarang aku sibuk sikit`.Langsung tidak diberitahu apa sebabnya,rupanya Conang barangkali sibuk menyiapakan diri untuk pergi menyambut seruan Ilahi menghadap kaabah,kiblat umat Islam dengan lebih dekat.Agak terkejut juga aku bila Man Rambo beritahu Ahmad Hasnan aka Conang juga kan pergi ke Mekah,ketika dia pergi menghantar 2 orang lagi kawan aku(Nasir Gaban dan Nasir Katang) di terminal haji Doha.Aku memang tabik dan respect dengan istiqamah dan iltizam Conang,lantas mampu pergi menunaikan rukun Islam ke5,pada usia semuda 30tahun,mungkin mendahului ramai rakan-rakan lain yang sudah agak lama di bumi Qatar ini.
Teringat aku dua kupasan tentang haji oleh seorang ustaz dulu.....
1.Kalau boleh hanya dihebahkan selepas balik dari Mekah seperti kenduri doa selamat,bagi
mengelakkan riaq dan salah anggap.
2.Ramai yang pergi haji kerana mampu bukan semata-mata kerana nak berubah,sebab itulah
bila balik haji ramai yang nampak tak berubah.
Dan semoga Conang aka Ahmad Hasnan bin Mohd Zaki mendapat keredhaannya dan haji yang mabrur,dan mampu memberikan kami iltizam dan istiqamah,untuk turut seberapa segera menunaikan rukan Islam ke 5 ini,Laibaqallah Hummaqallabaiq...........

Ilalliqaq....................


3 comments:

Princess said...

Betul tu ehh,,saya tertarik ngan ayat
'ramai yang gi haji pasal mampu bukan kerana nak berubah"

Selamat A Hasnan kawan kita menunaikan haji semuga dapat haji mubrur

dari..ustaz kassim

WalkingWithRemboe™ said...

en kassim dah gi haji ke??

Princess said...

LUM LAGIK...cuma title ustaz