Friday, August 21, 2009

Ramadhan Kareem...

Assalamualaikum/khaifahalaq,
Pertama kali,tahun ini aku dan family bakal,menyambut Ramadhan di bumi Qatar.Hopefully kami tabah dan mampu hadapi cabaran Ramadhan pertama di dunia luar ini. Makanya tiada lagi bazar Ramadhan harian seperti dulu-dulu,so nak makan bubur lambuk Terengganu pun nampaknya payah lah sikit.Tapi kalau cerita pasal makan memang tak habis!!!Malam tadi pun geng-geng Malaysia Al-Merqab housing complex tempat aku tinggal ini,sempat mengadakan sedikit jamuan makan-makan sempena nak menyambut Ramadhan walaupun program awal sepatutnya sekali dengan bacaan Yassin beramai-ramai,yang tergendala kerana ramai kaum Adam yang tak dapat hadir kerana bekerja.Anyway program still going on with jamuan makan.Yang menariknya,siang tadi aku terpandang sebuah masjid di area Doha ini mempromosikan mari bertarawikh bersama imam dari Mekah kalau tak silap translation aku,sebab yang di tulisnya dalam bahasa Arab.Aku pun memang dah planned awal-awal lagi memang nak buat rotation ke banyak masjid untuk tarawikh tahun ini,terutamanya bila berada di bumi Arab ini.Kata OTAI-OTAI di Qatar ini,sembahyang tarawikh disini agak simple,tanpa selawat dan tazkirah seperti kebiasaan nya di Malaysia,tapi kekadang boleh mencecah 2 jam untuk 11 rakaat bersama witirnya.Apapun semoga Ramadhan tahun ini,lebih bermakna dan sempurna bagi aku dan keluarga melebihi Ramadhan sebelum ini.Ramadhan Kareem to all muslim...from akudqatar and family







Illaliqaq,

No comments: